Kerajaan negeri Kelantan melalui Yayasan Amanah Tok Kenali (YATK) h
membazirkan wang berjumlah RM300ribu kerana kecuaian membina atas tanah
milik persendirian dalam membina Tugu Banjir di Kuala Krai setahun lalu.
Penasihat Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan Datuk
Husam Musa yang mendedahkan perkara itu berkata, beliau terkejut dengan berita
ini kerana sepanjang beliau bersama dalam majlis mesyuarat kerajaan negeri
perkara seumpama ini tidak pernah berlaku.
"Setiap projek kerajaan yang dibawa ke mesyuarat
exco; perkara pertama yang dibincangkan status tanah.
"Jika tanah berkenaan bukan milik kerajaan,
pertimbangan pertama ialah berkenaan jumlah pampasan yang diperlukan,"
katanya di majlis dialog di pejabat Ahli Parlime Kuala Krai baru-baru ini
Dalam pembinaan kes tugu banjir ini, amat memeranjatkan
apabila selepas setahun didapati tuan tanah telah meminta perjelasan.
"Kononnya, untuk mengelakk dari menjawab soalan
berkaitan penggunaan dana kerajaan maka Yayasan Amanah Tok Kenali digunakan
untuk membuat bayaran ini," katanya.
Menurutnya, terdapat dua persoalan yang timbul dari
tindakan ini.
"Pertama, mengapa wang dari YATK digunakan sedangkan
arwah Tok guru dengan jelas mahu penubuhan yayasan ini ditumpuhkan sepenuhnya
untuk pendidikan dan pembinaan insan.
"Ini penyelewangan besar yang harus tidak dimaafkan
oleh rakyat Kelantan," katanya.
Tugu
Banjir yang dibina di Kuala Kerai, KelantanPerkara kedua yang semua pihak
maklum katanya, ialah bantuan kepada mangsa banjir 2014 yang sehingga kini
tidak selesai.
"RM300 ribu bukan nilai yang kecil, kalau kita bina
rumah mangsa banjir hampir sepuluh buah rumah boleh disiapkan," katanya.
Beliau turut membangkitkan tindakan kerajaan menaikkan
pelbagai cukai terutama berkaitan pentadbiran tanah.
"Baru-baru ini mereka menafikan menaikkan harga
pasir, sedangkan semua orang yang pembeli membeli pasir dengan harga tinggi
hingga dikatakan bertambah sekali ganda," katanya.
Menurutnya, sekarang orang ramai mengadu semua caj
berkaitan urusan pejabat tanah dinaikkan.
"Urusan membeli cabutan (mendapat salinan geran
tanah) dinaikkan daripada RM30 kepada RM80.
"Lain-lain bayaran juga dikatakan mengalami
kenaikkan serupa," katanya.
Sebelum ini, Husam membangkitkan kenaikkan bayaran pecah
lot dan tukar syarat tanah.
"Sekarang caj ini diberi peluang untuk merayu
melalui wakil-wakil rakyat.
"Tindakan seperti ini membawa diskriminasi besar
kerana dikalangan rakyat ada yang rapat dengan wakil rakyat dan ada yang tidak.
"Bagi mereka yang tidak ada akses dengan wakil
rakyat, ini satu penindasan dan penganiayaan," katanya.
Kalau rakyat ingin perkara ini selesai, pilihlah Amanah,
kalau kita jadi kerajaan semua balik kepada harga asal, tak perlu rayu-rayu,
katanya.