Friday, March 30, 2012

AIR OH AIR - Gangguan & Sekolah Tiada Berterusan di Kelantan

Apalah malang menimpa orang ramai dan pelajar sekolah!

Kenyataan bahawa 77 sekolah di Kelantan tidak mendapat bekalan air yang diuruskan oleh Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd tidak boleh dipandang ringan kerana ia melibatkan soal keperluan asas, kata setiausaha politik kepada perdana menteri Datuk Mohd Fatmi Che Salleh.

Beliau berkata keadaan itu merupakan antara contoh mengenai tahap kemampuan PAS mentadbir negeri Kelantan.

"Ini gagal namanya, jika sudah membabitkan pelajar sekolah yang terpaksa menerima beban," katanya kepada pemberita pada majlis Konvokesyen Politeknik Kota Baharu di Kota Bharu kelmarin (Rabu 28 Mac 2012).

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi, yang membuat kenyataan mengenai ketiadaan bekalan air ke sekolah-sekolah itu di Dewan Rakyat pada Isnin lepas, berkata daripada bilangan itu, 39 sekolah berada dalam kedudukan yang amat kritikal dan memerlukan tindakan sewajarnya.

Dan semalam, Air Kelantan Berhad (AKSB) menyebtu bahawa Jajahan Machang, Pasir Puteh dan beberapa kawasan di ibu negeri ini akan mengalami gangguan bekalan air berikutan kerja penyelenggaraan dan pemasangan pam di muka sauk di Loji Rawatan Air Merbau Chondong dalam tempoh tiga hari mulai Sabtu ini.

Eksekutif Hal Ehwal Pelanggan AKSB, Hazwan Hassan, berkata antara kawasan terlibat di jajahan Machang ialah Bandar Machang; Pulai Chondong; Labok; Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang; Padang Selising; Bukit Tiu; Banggol Petai; Kweng Hitam; Pangkal Meleret; Wakaf Bata; Paloh Rawa dan Kemuning.

Bagi jajahan Pasir Puteh kawasan terlibat ialah Bukit Bidang; Taman Sentosa; Alor Hijau; Selising Jeram; Dalam Rhu; Semerak; Tok Bali; Tualang Tinggi; Tasik Pauh; Kedai Menanti; Bukit Jawa; Bukit Tanah; Kampung Jerus; Bukit Abal; Sri Aman; Taman Kobena; Kampung Lepah; Kampung Berangan; Banggol; Telipot; Tualang Tinggi; Tasik Pauh; Kedai Menanti; Bukit Jawa; Bukit Tanah dan Kampung Jerus.

Kawasan terlibat di jajahan Kota Baharu pula ialah Kok Lanas dan kampung-kampung sekitarnya.

"AKSB akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan pemasangan pam di muka sauk di Loji Rawatan Air Merbau Chondong untuk penambahbaikan perkhidmatan bekalan air kepada pengguna," katanya dalam kenyataan di Kota Bharu semalam.

Mazlan Aiman Dan PAS - CERMIN Diri Dulu ! Jangan Tahu Kritik Saja ..

Apakah yang maintain jer ada selama lebih 20 tahun di Kelantan ? Kerajaan Pas.

Apakah agensi yang maintain jer membantu rakyat golongan peneroka selama lebih 20 tahun di Kelantan ? Kesedar.

Selama lebih 20 tahun diKelantan, Pas konsisten buat apa ? Mengkritik Kesedar !

Samalah juga dengan Felda dan Ketengah di Terengganu .... Kritik dan terus mengkritik, dulu, kini dan selamanya. Padahal saya fikir Pas jika mereka serius, sudah mampu untuk menwujudkan satu agensi dibawah kerajaan negeri bagi membantu rakyat golongan peneroka yang baru bagi membuktikan cara mereka yang dikatakan lebih baik.

Barulah terbeliak mata kerajaan BN dan mata rakyat dan waktu itu Pas tak perlu cakap apa dah , bukti sudah jelas terpampang didepan mata cara praktikal Pas lebih baik.

Dan para penceramah Pas pun senang, pergi mana-mana pun diseluruh negara, mereka hanya perlu jadikan hasil kerja Pas Kelantan sebagai contoh, cakap banyak tak nak.

Tapi ternyata, Pas lebih gemar mengkritik. Sememangnya Pas lahir untuk mengkritik, sejarah juga mengatakan Pas itu wujud hasil ketidakpuasan orang Umno. Maka dari awal penubuhan sehingga sekarang, walaupun dah perintah 2 negeri, mereka masih mengekalkan konsistensi mereka iaitu kepakaran mengkritik.

Dari blog TEGANUKU

Peranan double standard yang dimainkan oleh Mazlan, NGO dan PAS membuktikan mereka tidak cermin diri! Apa yang dapat dilihat sejak memerintah Kelantan lebih 20 tahun, kerajaan PAS gagal membangunkan kawasan pembangunan wilayah di Kelantan. Yang terus memajukan rakyat ialah Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) yang fungsinya sama dengan Ketengah dan sehingga kini rakyat atau peneroka di dalamnya menikmati pelbagai hasil dan bantuan kerajaan.

Semalam Mazlan Aliman cuba menyerahkan satu memorandum dipejabat Ketengah di Bandar AlMuktafi Billah Shah, Dungun tapi malangnya tidak ada sesiapa yang nak terima memo tersebut !

Muka-muka yang tidak tahu malu selepas tidak dilayan Ketengah untuk menyerahkan memorandum. Paling kanan Mazlan Aiman yang mahu menjadi hero di Terengganu pula!

Mazlan teramatlah dukacita dan berkata akan mengadu kepada ahli Parlimen ...Haaa, siapa yang susah nanti ? Shafie Apdal juga yang susah nanti !

“Saya dukacita dan seolah-olah ada tangan ‘ghaib’ yang memberi arahan tidak membenarkan kita (Waris) masuk untuk serah memorandum. “Ketika ini, sidang Dewan Rakyat sedang berlangsung. Hari ini pemberita datang, mereka (wartawan) merakamkan apa yang berlaku di sini (Ketengah) dan akan sampai (berita) ke Kuala Lumpur. Jadi yang susah dengan tindakan Ketengah ini adalah Menteri. Dia (Ketengah) di bawah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Seri Mohd Shafie Apdal. Bayangkan, bila saya sampaikan hal ini kepada Ahli-ahli Parlimen, apa Menteri hendak jawab, kenapa mereka (Waris) tidak dibenarkan masuk.”

TEGANUKU melontarkan satu soalan yang menarik kepada Mazlan -
Kenapa tidak serahkan memorandum kepada kerajaan Kelantan supaya program Ladang Rakyatnya mampu dijadikan contoh mengatasi Ketengah atau Kesedar terlebih dahulu? Apakah Ladang Rakyat bebas masalah? Apakah Ladang Rakyat tidak membazir?

Baca sepenuhnya artikel itu di Wahai Mazlan Aiman, Waris, Anak & PAS - Cerminlah Diri Terlebih Dahulu !!!

PS - Saya teringat peringatan dari Tuan Ibrahim semalam - Amal Islam bukan berteori saja ! Saya nak tambah - ATAU MENGKRITIK SAJA, CUBA AMALKAN APA YANG DIKRITIK DAN BUKTIKAN !

Baca daripada sumber