Eh, itukan akan jadi kawan kamu.
Apabila terima UMNO, kena terimalah MCA, Gerakan, MIC,
Parti Pesaka Bumiputera Sarawak, PBS dan sebagainya.
Ibaratnya jika bernikah dengan janda yang sudah ada anak,
bagaimana mahukan dia seorang sahaja dan meminggirkan anak-anak dan ibu bapa
janda berkenaan.
Itu tidak adil. begitulah juga dengan PAS jika hanya mahu
berbaik-baik dengan UMNO sahaja.
Isunya ialah bagaimana sikap PAS terhadap parti komponen
Barisan Nasional (BN), khususnya yang bukan Islam apabila mereka membuat
kenyataan yang boleh menimbulkan kemarahan orang Islam?
Lihat sahaja apabila membuat tohmahan terhadap sekolah
agama. Benar beliau sudah meminta maaf tetapi pertanyaan ialah jenapa PAS
sekadar meminta Naib Presiden Gerakan
itu hanya mohon maaf secara terbuka?
Setakat itu sahaja? Kenapa PAS tidak hentamnya
cukup-cukup?
Sebaliknya dengan Cina DAP mereka sanggup bermusuhan kononnya
‘demi Islam’ sehinggakan tidak mahu bertegur sapa dan tidak boleh bertentangan
mata?
Apakah PAS ada dua jenis amalan mengikut kesesuaian atau
kepentingan - dengan bukan Islam komponen Barisan Nasional (BN) boleh berlembut
tetapi dengan bukan Islam DAP, mesti
tegas dan keras?
Sedangkan DAP tetap menjunjung Perlembagaan Malaysia dan
mengkiktiraf agama Islam sebagai agama Persekutuan.
DAP tidak timbulkan isu sekolah agama sebaliknya Cina
Gerakan mengeluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan sesetengah pihak ‘naik
angin’. Tetapi reaksi PAS kepada pemipin Cina Gerakan dan Cina MCA lebih lembut
berbanding kritikan keras terhadap Cina
DAP.
Apakah di Malaysia ini, pemimpin Islam boleh mengamalkan treatment berbeza kepada berbagai puak bukan Islam di negara majmuk
ini?
Kalau mahu dibuat perbandingan, berdasarkan sejarah
politik Malaysia dua dekad yang lalu, Cina DAP banyak membantu PAS bagi kerusi
di Pantai Barat, walaupun tidak di Kelantan, Terengganu atau mungkin Kedah
sebelum ini.
Malah, masih kita ingat dengan jelas Presiden PAS, Datuk
Seri Abdul Hadi Awang berpeluk erat dengan pemimpin DAP ketika mula membentuk
kerajaan di Terengganu selepas pilihan raya umum 199.
Pertanyaan juga apakah Cina Gerakan atau Cina MCA pernah
bantu PAS dalam pilihan raya sebelum ini?
Cina DAP bukan baru dengan PAS. Hampir selama 20 tahun lamanya, memang PAS dan DAP amat
rapat.
Sokongan moral dan undi kepada PAS daripada penyokong DAP
membuktikan segala-galanya. Kenapa Cina DAP dianggap sebagai musuh tetapi tidak
Cina Gerakan dan Cina MCA?
Sedangkan pada 13 November 2016 lalu, MCA tetap membantah
rang undang-undang (RUU) persendirian yang diusulkan Presiden PAS untuk
memperkasakan Mahkamah Syariah bagi melaksanakan hukuman jenayah.
Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesahkan
bantahan parti itu terhadap RUU berkenaan pada perasmian Perhimpunan Agung
Tahunan MCA ke-63, hari ini.
Liow berkata, cadangan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu
bertentangan Perlembagaan Persekutuan dan perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.
Terbaru, pada 8 Januari lalu, Liow menegaskan pendirian
membantah rancangan PAS untuk menganjurkan satu himpunan mega bulan depan bagi
memberi penerangan pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa
Jenayah) (Pindaan) 2016.
Menurut Presiden MCA itu, himpunan tersebut berkemungkinan mencetuskan perpecahan antara kaum.
Menurut Presiden MCA itu, himpunan tersebut berkemungkinan mencetuskan perpecahan antara kaum.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini menyifatkan himpunan mega yang dijadual 18 Februari depan itu sebagai medan untuk menghilangkan keraguan dan kebimbangan umum tentang pindaan Akta 355 itu.
PAS mengatakan mereka akan menganjurkan satu himpunan mega untuk memberi penerangan mengenai pindaan itu yang lebih dikenali sebagai RUU355 di Dataran Merdeka pada 18 Februari ini.
Katanya, masyarakat Cina amat terganggu dengan RUU itu
yang dilihat akan membuka jalan kepada pelaksanaan hukuman jenayah hudud untuk
kesalahan Islam.
Liow menyalahkan pesaing parti itu, DAP kerana membantu
PAS mencapai kuasa dan pengaruh sekarang.
Beliau berkata, PAS tidak pernah memenangi kerusi di
Dewan Undangan Negeri Selangor antara 1978 hingga 2004.
“Bagaimanapun, pada 2008, PAS tiba-tiba memenangi Lapan (8) kerusi, terima kasih kepada sokongan
DAP. Lebih buruk lagi, pada 2013, PAS menang lebih banyak kerusi.
Kenyataan MCA ini
membuktikan parti komponen itu ‘masih menentang’ Akta 355 yang sebelum ini
pemimpinnya mengancam akan meletakkan jawatan dalam Kabinet.
Sedangkan DAP belum memberikan sebarang kenyataan
mengenai hasrat PAS itu, walaupun ia turut menentang Akta 355.
Sebenarnya antara Cina MCA dengan Cina Gerakan tidak jauh
sifat mereka. Gerekan turut menentang RUU355.
Malah baru-baru ini Gerakan melalui Naib Presiden
Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau membuat kenyataan bersifat ‘menentang sesuatu
yang ada kaitan dengan isu Islam’ yang kebanyakan pihak Islam tidak boleh boleh
dimaafkan beliau kerana kenyataan itu.
Dominic menggesa kerajaan untuk mengkaji semula
dasar-dasar sekolah agama yang dibiayai kerajaan, selain mendakwa sebagai ia
salah satu ancaman perpaduan dalam negara.
PAS tidak payah bermain sandiwara dalam dua isu terbaru
di mana kenyataan pemimpin PAS tidak konsisten apabila melibatkan pemimpin Cina
Gerakan dan pemimpin Cina MCA berbanding pemimpin Cina DAP.
Kerajaan Negeri Kelantan kononnya mahu Dr Dominic memohon
maaf secara terbuka di atas kenyataan yang dikeluarkannya melibatkan sekolah
agama sebelum ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan
Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, kenyataan tersebut
tidak relevan, tidak bertanggungjawab dan lahir dari sikap prejudis yang
terlampau.
Katanya, sebagai contoh, lihat sendiri di Kelantan, ada banyak
sekolah agama. Malah negeri Kelantanlah yang paling harmoni dari sudut hubungan
antara kaum.
“Sewaktu peristiwa hitam 13 Mei 1969, rusuhan antara kaum
berlaki dalam negara, tidak setitik pun darah tumpah di bumi ini. Ini buktinya
tuduhan beliau itu tidak masuk akal,”katanya.
Komen pemimpin PAS terhadap Dr Dominic jelas ‘layu’
seperti menjaga hati rakan mereka – UMNO -.
Bayangkan jika pemimpin DAP yang berkata demikian, pasti
mereka akan ‘dilipat’ habis-habisa.
Pemimpin PAS mempertahankan siapa?
Pemimpin PAS tidak akan membidas Cina MCA dan Cina
Gerakan sehebat Cina DAP kerana mereka perlu menjamin UMNO tidak terasa sangat.
Apa-apa komen dan ulasan mengenai apa juga kenyataan
pemimpin MCA dan Gerakan dibuat berhati-hati agar keakraban Presiden PAS, Datuk
Seri Abdul Hadi Awang yang semakin menonjol dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib tidak
terjejas.
Itulah sebenarnya ‘talam dua’ muka yang sedang dimainkan
oleh pemimpin PAS yang terpaksa ‘menjaga lidahnya’ jika mengulas kenyataan Cina
MCA dan Cina Gerakan tetapi akan melepaskan geram habis-habisan apabila membuat
kenyataan mengenai DAP.
Itulah sikap dan ciri-ciri sebenar PAS sekarang yang
sudah banyak berubah selepas ‘bercium mulut’ hampir 20 tahun dalam pakatan
pembangkang seelum ini.