Monday, March 14, 2011

Hassan Ali Kata Nik Aziz Menyalak Gila Judi!!

Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali kelmarin (13 Mac 2011) memberi penjelasan mengenai isu pengharaman Perniagaan Nombor Ekor (Judi) di Selangor yang menjadi kontroversi orang ramai. Beliau turut tidak menafikan bahawa Perniagan Nombor Ekor tidak tersenarai dalam Perniagaan Haram selagi ianya berlesen.

Namun, pihak JAIS berhak untuk mengambil tindakan ke atas mana2 orang Islam yang terlibat dalam perniagaan tersebut termasuklah sebagai pelanggan. Ianya tidak berubah sepertimana yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri semasa pemerintahan BN.

Hasan Ali juga berkata beliau tidak memerlukan sebarang nasihat atau tunjuk ajar dari mana2 pihak termasuklah daripada MB Kelantan, Nik Aziz Nik Mat. Nik Aziz katanya mudah untuk bercakap soal Halal Haram Judi ini kerana faktor populasi penduduk di Kelantan yang majoriti terbesarnya adalah beragama Islam.

Hasan Ali juga meminta agar Diktator PAS tersebut tutup mulut dan tidak campur tangan dalam pengurusan Kerajaan Negeri Selangor. Beliau mempunyai cara pendekatan yang tersendiri dalam menguruskan Hal Ehwal Islam di Negeri ini dan tidak perlu mengambil pendekatan Kerajaan Negeri Kelantan bagi dijadikan inspirasi perlaksanaan dasar tersebut.

Apabila ditanya soal kritikan terbuka beliau dan dakwaan mengenai beliau tidak sebulu dengan pendekatan Kerajaan Pimpinan Khalid Gagap, Hasan Ali mendakwa itu merupakan perkara biasa dan beliau menberi jaminan tidak akan berganjak daripada pendiriannya. Namun, dalam masa yang sama beliau menghormati kepimpinan Kerajaan Negeri yang telahpun dipersetujui semasa gabungan Kerajaan DAP, PKR dan PAS kerana ini merupakan amalan demokrasi yang sewajarnya dijunjung tinggi.

Kata beliau lagi, teruskanlah mengamalkan sistem demokrasi yang amat mudah untuk diikuti kerana, jika terdapat mana2 individu termasuklah beliau sendiri tidak bersetuju dengan kepimpinan sedia ada, biarlah PRU 13 menjadi penentu segala2 nya.

Gelombang Rakyat (12 March, 2011)

Thursday, March 10, 2011

Orang Asli Tuntut Ganti Rugi Penerokaan Haram

Nisra Nisran menunjukkan kawasan tanah milik Orang Asli Kampung Barong Lama, RPS Balar yang rosak selepas diteroka pihak tidak bertanggungjawab.
Kegiatan penerokaan hutan dan tanah Orang Asli secara haram di Kampung Barong Lama, RPS Balar, dalam daerah Gua Musang yang berlaku sejak Februari, terbongkar hasil aduan penduduk kampung.

Kejadian itu disedari orang kampung yang terus membuat aduan kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Kelantan dan Terengganu.

Berikutan aduan itu, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan JAKOA, Nisra Nisran Asra Ramlan, bertindak pantas mengadakan lawatan ke tempat kejadian baru-baru ini untuk meninjau suasana dan mendapatkan maklum balas daripada penduduk di situ.

Nisra Nisran berkata, menurut sumber peneroka haram yang menceroboh tanah mereka datangnya dari Johor Bharu dan mendapati ada sebuah khemah dan tujuh pekerja asing sedang membuat kerja membersih dan menebang kawasan hutan.

Luas kawasan yang sudah diterokai dengan aktiviti penebangan dan pembersihan adalah dua hektar.

Kata Nisra Nisran, penduduk juga sudah bertindak membuat laporan polis mengenai pencerobohan itu di Balai Polis Gua Musang.

Selain membuat laporan polis, penduduk kampung juga ingin menuntut ganti rugi atas kerugian yang dialami hasil daripada penebangan pokok getah dan tanaman yang terjejas disebabkan perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

Nisra Nisran berkata, kegiatan pencerobohan itu menyebabkan pendapatan
penduduk kampung terjejas, terutama mereka yang ber-gantung sepenuhnya kepada hasil tanaman dan hutan.

Di pihak jabatan, beliau berkata, JAKOA akan mewujudkan ‘task force’ bagi menangani isu yang dibangkitkan oleh masyarakat Orang Asli dan perkara ini akan dirujuk kepada Kerajaan Negeri bagi mencapai jalan penyelesaian.

Tuesday, March 8, 2011

Nik Aziz Harus Dipecat Dari Jawatan “Mursyidul Am PAS”..!!!

Nik Aziz telah menzalimi ramai pihak dengan mengeluarkan fatwa dan kenyataan yang memecah belahkan umat Islam di negara ini. Nik Aziz menzalimi PAS kerana sebagai Mursyidul Am PAS yang merupakan pemimpin tertinggi parti “ala-ala Ayatollah Khomieni”, Nik Aziz telah memecah belahkan umat Islam di antara parti PAS dan UMNO. Meskipun ahli PAS dan UMNO berlainan parti politik, siapa yang dapat menafikan hakikat bahawa kedua-duanya adalah beragama Islam? Adakah Melayu Islam di dalam UMNO itu “kafir”? Atau apakah “Arab” Islam di dalam PAS itu “kafir” juga?

Kini segalanya sudah jelas! Pengakuan Nik Aziz kelmarin yang mengakui bahawa segala “fatwa” dan kenyataannya semua siri pilihanraya mampu untuk memecah belahkan umat Islam di Malaysia. Malah Nik Aziz bangga dengan peranannya yang memecah belahkan umat Islam di negara ini dengan menyatakan bahawa isu pepecahan umat Islam sudah lama bermula sejak di zaman Nabi Adam A.S dan Rasulullah S.A.W lagi. Maka dengan alasan itu, maka Mursyidul Am PAS itu meng”halal”kan tindakannya memecah belahkan umat Islam di Malaysia.

Pengakuan Nik Aziz sempena PRK Merlimau dan Kerdau ini mengesahkan segala yang didakwa oleh kita selama ini iaitu “Nik Aziz tidak mahu perpaduan berlaku kepada umat Islam di negara ini”. Selain itu, Nik Aziz juga telah mengakui secara tidak langsung bahawa dia mempunyai tujuan yang sama dengan Yahudi dan Nasrani dan sedang melaksanakan cita-cita dan perjuangan mereka dengan memecah belahkan umat Islam di Malaysia.

Negarawan Ulung Negara, Tun Dr. Mahathir pantas membidas Musyidul Am itu dengan menyatakan bahawa Nik Aziz bahawa Mursyidul Am itu hanyalah memperjuangkan POLITIK semata-mata dan BUKANnya memperjuangkan Islam. Walaupun Tun M tidak berlatar belakangkan pendidikan Islam secara khusus, ternyata kata-katanya itu logik, berfakta dan boleh diterima akal manusia waras. Penulis bersetuju 100% dengan dakwaan Tun M terhadap Nik Aziz itu.

Menggunakan alasan bahawa isu pepecahan umat Islam berlaku di zaman Rasulullah S.A.W dan Nabi Adam A.S sebagai “jawapan munasabah” bagi tindakannya memecah belahkah umat Islam di Malaysia, seakan-akan menyamakan tindakannya itu sebagai “sunnah Rasulullah”. Benarkah “memecah belahkan umat Islam itu “sunnah”? Dan wajarkah menyatakan bahawa memecah belahkan umat Islam di negara ini bersamaan dengan apa yang berlaku di zaman Rasulullah S.A.W dan para Anbiya A.S?

Memang benar peristiwa pepecahan umat Islam berlaku sejak di zaman Rasulullah S.A.W dan para Rasul A.S. Namun, Rasulullah S.A.W dan para Rasul A.S yang diutuskan Allah S.W.T tidak sama sekali diutuskan untuk memecah belahkan umat mereka. Malah sebaliknya, semua Rasul yang diutuskan Allah termasuklah Rasulullah S.A.W menggesa agar umat mereka bersatu padu di dalam semua perkara. Sebagai umat Islam, umat Muhammad S.A.W, kita juga diajar untuk berkasih sayang di antara satu sama lain dan diseru agar bersatu padu.

Firman di dalam Al-Quran juga menyeru kita begitu dan Allah S.W.T menghantar utusanNya untuk menyatu padukan umat dibawah satu kalimah iaitu Islam.

Firmannya “Waqtasimuu bi hablillahi wala tafarraquu…” menjelaskan seruan Allah Azza Wa Jalla dan Rasulullah S.A.W yang mahu umat Islam di akhir zaman ini untuk bersatu padu. Firman ini juga cuba dijelaskan oleh Profesor Mohd Nor Idris (bekas AJK Dewan Ulama PAS) kepada Nik Aziz tempohari, namun Nik Aziz dengan angkuh menolak pelawaan debat perbincangan itu dengan mengatakan bahawa Profesor Mohd Nor Idris tidak layak berdebat dengannya dan tidak “muqtaraf” sebagai ulama.

Pada penulis, Nik Aziz telah menzalimi ramai pihak dengan mengeluarkan fatwa dan kenyataan yang memecah belahkan umat Islam di negara ini. Nik Aziz menzalimi PAS kerana sebagai Mursyidul Am PAS yang merupakan pemimpin tertinggi parti “ala-ala Ayatollah Khomieni”, Nik Aziz telah memecah belahkan umat Islam di antara parti PAS dan UMNO. Meskipun ahli PAS dan UMNO berlainan parti politik, siapa yang dapat menafikan hakikat bahawa kedua-duanya adalah beragama Islam? Adakah Melayu Islam di dalam UMNO itu “kafir”? Atau apakah “Arab” Islam di dalam PAS itu “kafir” juga? Oleh itu, menuduh mereka-mereka yang mengundi BN itu sebagai “jahiliyyah” adalah terma yang tidak sesuai digunakan oleh Nik Aziz untuk menarik sokongan politik.

Terma “Jahiliyyah” yang digunakan oleh Nik Aziz itu boleh ditafsirkan dengan pelbagai tafsiran. “Jahiliyyah” boleh dirujuk kepada zaman “jahiliyyah” bangsa Arab sebelum era nubuwwah. Perkataan itu juga boleh dirujuk sebagai sifat jahil, tidak tahu, tidak berilmu, tidak berpengetahuan dan seumpamanya. Nik Aziz cuba mempergunakan kalimah Arab ini untuk memberikan persepsi buruk terhadap pengundi BN, khususnya yang beragama Islam. Wajarkah tindakannya itu?

Penulis ragu-ragu dengan niat Nik Aziz, apakah motif sebenar Mursyidul Am PAS itu memecah belahkan umat Islam di Malaysia. Apakah dengan pepecahan perpaduan umat Islam itu maka Islam dan perjuangan agama itu akan mendapat keuntungan? Apa untungnya pepecahan umat Islam itu? Ternyata Nik Aziz hanya berkiblatkan POLITIK busuk! Politik sebegini tidak dianjurkan pun di dalam Islam. Tahalluf siyasi dari agama manakah yang dirujuk oleh Nik Aziz? Dari Yahudi atau Nasrani?

Penulis mencadangkan agar semua umat Islam tanpa mengira parti, sama ada dari PAS, PKR, UMNO dam mahupun DAP supaya membuka mata luas-luas terhadap agenda dan pengakuan Nik Aziz ini. Lihatlah betapa Nik Aziz sudah terpesong jauh dari perjuangan Islam sebenar. Lihatlah bagaimana rupanya “true colours” niat hati Nik Aziz. Usahlah kita terus terpengaruh dengan dakyah busuk dari Mursyidul Am PAS “palsu” ini.

Hakikatnya PAS patut malu dengan pengakuan Nik Aziz ini. Nik Aziz sepatutnya dipecat dari jawatan Mursyidul Am PAS dan digantikan dengan Datuk Dr. Harun Din Al-Hafiz yang lebih layak! Hanya keberanian dan kebenaran saja yang dapat menurunkan Nik Aziz dari kekhilafan umat Islam di negara ini. Ayuh kepimpinan PAS, ada berani?

http://www.mykmu.net/ (Sunday, March 6th, 2011)

Saturday, March 5, 2011

Nik Aziz Akui Kenyataannya Pecahkan Perpaduan Umat Islam

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kenyataan politiknya ketika berkempen dalam pilihan raya boleh menyebabkan umat Islam di negara ini berpecah-belah.

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata dalam perjuangannya mempertahankan parti terdapat kenyataan dikeluarkan beliau akan menyebabkan ada pihak yang menyokong kenyataannya dan ada pihak yang menentang pandangannya.

"Malah, isu pecah belah di kalangan umat manusia berlaku sejak zaman Nabi Muhammad (S.A.W) dan Nabi Adam (A.S) lagi," katanya semasa menyampaikan kuliah mingguannya di Medan Ilmu, di Kota Bharu, semalam.

Nik Abdul Aziz pernah mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan fatwanyasendiri ketika berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang di Johor bahawa pengundi yang menyokong Barisan Nasional (BN) adalah golongan Jahiliyah kerana mereka menolak Pas, parti yang mendakwa memperjuangkan Islam.

Berikutan kenyataan itu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Nik Abdul Aziz hanya berjuang untuk memenangi pilihan raya dan bukannya berjuang untuk Islam.

Dr Mahathir berkata Menteri Besar Kelantan itu menyatakan bahawa tujuan hidupnya ialah untuk memenangi pilihan raya dan menjadi pemerintah bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria turut menegur kenyataan Nik Aziz menghukum pengundi yang tidak menyokong Umno atau BN dalam pilihan raya akan masuk neraka manakala mereka yang mengundi PAS akan masuk syurga, kerana pandangan sedemikian memesongkan akidah umat Islam.

Nik Abdul Aziz berkata beliau akan terus menggunakan pendekatan menjelaskan hukum halal haram dalam memilih pemimpin parti pada pilihan raya walaupun tindakannya itu ditegur oleh alim-ulama negara ini.

"Pendekatan itu kalau dalam agama dipanggil dakwah dan dalam politik pilihan raya dipanggil berkempen, jadi tidak timbul masalah jika saya menggunakan pendekatan itu dalam mana-mana kempen pilihan pilihan raya," katanya.