Thursday, August 5, 2010

SESAMA RAKAN BLOGGER PUN ADA NAK KEBAS, TONGGANG, DAN MUNGKIR JANJI?

Daripada hambali1.blogspot.com

Terkejut saya melihat poster WANTED dan membaca entri mengenai perkara ini.

Sukar saya nak mengecam gambar siapa sebenarnya dalam poster WANTED itu.

Ini cerita blogger. Terima kasih The Unspinners. Pendedahan ini ada kaitan sedikit dengan pengalaman saya. Tidak payah diperjelaskan kerana saya bukan menerima tetapi kes lain.

Kes saya ini Blogger catatanzabidi, lesung batu dan Sang Kelembai serta beberapa yang lain memang tahu!

Apa pun diharapkan rakan bloggers bantulah sesama sendiri! Atau kalau boleh Sang Kelembai bantulah selesaikannya!

Apa pun diharapkan rakan bloggers bantulah sesama sendiri!

Saya perturunkan apa yang dinukilkan melalui The Unspinners:


Cerita blogger ini banyak tapi tak ada yang diketahui.

Semuanya diam-diam dan tidak terdedah. Sesekali ada berlaku, macam kisah orang guna nama The Unspinners. Kali ini pula blogger Braveheart ada beberapa cerita orang tak betul. Ceritanya berikut:

... Setiausaha UMNO, Dato' Tengku Adnan telah menyediakan sumbangan (bukanlah banyak sangat) RM15,000 untuk diagihkan kepada para blogger yang bertungkus lumus di Hulu Selangor dulu. Jumlah itu sekiranya diagihkan sama-rata mungkin setiap orang hanya akan mendapat sebanyak RM500.00 atau RM600.00 sahaja.

Tidak mengapalah!

Alhamdulillah juga jika hanya setakat itulah yang mampu diberikan oleh kerajaan (maksud parti) sebagai penghargaan dan mengenang jasa para blogger. Namun apa yang berlaku amat mendukacitakan!

Kenapa SU UMNO tidak secara peribadi bertemu dengan para blogger untuk berkenal mesra sambil menyerahkan sumbangan itu? Saya percaya blogger akan sangat menghargai menerimanya secara langsung dari seorang tokoh walaupun jumlahnya tidak besar.

Menyerahkan kepada 'orang kedua' telah mendatangkan risiko dimana peruntukan berkenaan telah tercicir ditengah jalan. Blogger Aiman Jr tentu lebih maklum tentang perkara ini.

Blogger Sanggah Tok Janggut ini merupakan teman akrab kepada blogger Sang Kelembai yang tentu masih kenal dan melihat sahabat-sahabat yang sama berjuang di Hulu Selangor dulu, yang menjulang kemenangan calon BN [ dengan membelanja duit sendiri.]

Justru saya menyaran kepada pemimpin supaya lebih berhati-hati dan lebih telus ketika berhubung dengan blogger.

Saya masih ingin mendengar apa kata pihak Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang janji anakbuahnya untuk men'sedekahkan' blogger yang hadir di pelancaran blog beliau dulu dengan modem broadband.

Kita fahan bahawa mungkin kilang pembuat modem berkenaan masih dalam pembinaan, kerana itu kita masih belum menerima nya.

Hehehe!

Bagaimana pula dengan sumbangan dari SU UMNO melalui blogger Sanggah Tok Janggut ini? Apakah 'cek' itu masih sukar untuk di 'cash' kan? Atau sudah kehilangan alamat pada sahabat semua? Atau memang sumbangan itu hanya untuk beliau seorang diri? ...

Petikan dari Beranikan Hati:


Kami The Unspinners tak mahu sebab satu dua makhluk yang ambil peluang, perjuangan kita terbantut. Biar dia malu dari pendedahan ini, peduli apa. Dedahkan sesiapa yang mengguna sesiapa ntara kita untuk tujuan tidak baik.



Kita faham tak semua ada peluang dan boleh dapat peruntukan. Ada lebih dan ada kurang. Ada tak ada. Itu rezeki masing2, kebolehan masing2 dan penghargaan orang kepada bloggers tersebut.

Tapi jangan guna nama orang untuk masuk poket sendiri. Oleh demikian, berawas bila ada sesiapa minta nama dan butiran.

Kalau ada pihak mengaku The Unspinners ada dalam mana-mana senarai, sah itu group nak jual nama dan menyamun. Kami tak akan ikut mana2 group. Kami berjalan sendiri tapi seiring dengan blogger2 pejuang yang tulin.

Bagi yang tak amanah, jangan pula nak tegur dan nasihat Noh Omar. Nasihat diri sendiri.

Sumber : http://theunspinners.blogspot.com/

Ubat Kuat Lelaki Memudaratkan - Liow

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan ubat-ubatan tidak berdaftar khasnya ubat kuat lelaki kerana ia mengandungi bahan racun.

Beliau berkata rata-rata ubat kuat lelaki yang semakin berleluasa dijual di pasaran bercampur dengan bahan-bahan racun seperti sildenafil, tadalafil dan verddanafil yang merupakan bahan aktif perangsang seks lelaki.

Sildenafil, tadalafil dan verdanafil adalah ubat yang digunakan untuk rawatan "erectile dysfunction" yang hanya boleh diberikan kepada pesakit oleh doktor atau ahli farmasi berlesen dengan preskripsi dari seorang doktor.

Bercakap kepada pemberita selepas melawat Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di sini, hari ini, beliau berkata kesan sampingan ubat itu adalah sangat merbahaya kepada pesakit jika diambil tanpa pengawasan doktor.

"Adalah tidak berbaloi kepada mereka yang mengambil ubat kuat lelaki kerana ia mempunyai banyak kesan sampingan dan akan merosakkan badan," katanya.

Antara kemudaratan ubat itu ialah serangan jantung, strok, pendarahan otak, peningkatan tekanan darah, kehilangan pendengaran dan kehilangan penglihatan yang kadangkalanya adalah kekal.

Beliau berkata produk-produk mengandungi bahan-bahan aktif perangsang seks lelaki itu juga semakin dipelbagaikan dan mudah didapati dalam bentuk minuman seperti kopi dan 'ice lemon tea'.

"Saya rasa sudah tiba masanya untuk kita menghentikan semua perkara mengarut dan penyalahgunaan (ubat) ini di negara ini. Saya memandang serius perkara ini. Jangan suka membeli produk-produk sedemikian.

"Kementerian Kesihatan akan perangi habis-habisan ubat-ubatan, makanan dan minuman kesihatan dan kosmetik yang tidak berdaftar," katanya.

DUIT...DUIT...DUIT...NAK BERIBADAT PUN KENA BAYAR

Program maki hamun UMNO dikenakan bayaran


Program agama dan amal ibadat pun dikenakan bayaran

Di Thailand sesiapa yang ada seekor gajah, maka akan digunakan gajah itu sebaik mungkin sebagai sumber rezeki mereka melalui persembahan-persembahan untuk menghiburkan orang ramai.

Di India pula sesiapa yang ada seekor kerbau,maka digunakan sebaik mungkin kerbau tersebut sebagai sumber rezeki mereka melalui kerja-kerja pertanian.

Di Malaysia pula Pas ada Nik Aziz, maka digunakan sebaik mungkin Nik Aziz itu untuk 'merompak' duit ahli-ahli Pas dan duit orang ramai.

Asal nak 'rompak' duit rakyat, jual nama Nik Aziz atau jemput Nik Aziz, kemudian duit pakat-pakat songlap. Duit habis, panggil Nik Aziz pula buat 'persembahan' atau 'membajak' pula.

Dipendekan cerita, wakil-wakil rakyat Pas meletak taraf Nik Aziz sama sahaja dengan gajah di Thailand dan kerbau di India. bagi mereka Nik Aziz adalah alat terbaik yang ada bagi mereka mencari duit.

Cuma anda semua fikirkan, tak ke gila namanya itu ?

Program berbuka puasa di surau dan menghidupkan malam Ramadhan pun dikenakan bayaran.?

Mereka semua ini sudah hilang akal, surau seolah-olah dijadikan hotel yang menyediakan buffet berbuka puasa. Manakala Nik Aziz pula dijadikan alat untuk mengutip duit.

Pertama kali dalam hidupku dan mungkin hidupmu jua mendengar orang yang nak berbuka puasa dan beramal di surau dikenakan bayaran. Tanggunglah azab di akhirat kelak.

Agama dilacurkan secukup-cukupnya di si bangsat-si bangsat iblis yang bertopengkan manusia dalam mengejar kepentingan politik dan nafsu serakah mereka.

http://ruangbicarafaisal.blogspot.com

MANA JAMBATAN PENGKALAN CINA?

“Jambatan sepanjang 300 meter ini dijangka siap tahun ini, 2010, namun sehingga kini tiada tanda yang ia akan siap kerana hanya terdapat beberapa batang besi dan kerangka di tebing sungai, malah segala peralatan untuk tujuan pembinaan sudah dibawa pulang. - Pengerusi JKKK Persekutuan, Abdul Halim Omar

“Kami amat mengharapkan agar Kerajaan Negeri segera menyiapkan jambatan ini demi kepentingan hampir 4,000 penduduk di sini,”

Kira-kira 300 penduduk membabitkan lima kampung dekat Mukim Pengkalan Cina di Bachok, mengadakan bantahan secara aman mendesak Kerajaan Negeri menyiapkan jambatan Pengkalan Cina yang menghubungkan bandar Bachok bagi kemudahan penduduk kampung.

Seorang penduduk, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan, Abdul Halim Omar mendakwa jambatan itu adalah janji Kerajaan Negeri pada Pilihan Raya Umum 2008, namun sehingga kini ia masih tidak dapat berfungsi.

“Jambatan sepanjang 300 meter ini dijangka siap tahun ini, 2010, namun sehingga kini tiada tanda yang ia akan siap kerana hanya terdapat beberapa batang besi dan kerangka di tebing sungai, malah segala peralatan untuk tujuan pembinaan sudah dibawa pulang.

“Kami amat mengharapkan agar Kerajaan Negeri segera menyiapkan jambatan ini demi kepentingan hampir 4,000 penduduk di sini,” katanya ketika ditemui pada demonstrasi aman yang diadakan berhampiran jambatan berkenaan di sini, kelmarin.

Menurutnya, jambatan yang dipercayai bernilai RM2.5 juta begitu penting buat mereka bagi mengelak kejadian tidak diingini sebagaimana yang berlaku sebelum ini.

“Sungai ini sudah beberapa kali meragut nyawa penduduk di sini, dahulunya ia dibina menggunakan tong dram, yang diikat kayu di atasnya seperti rakit, namun kerana bimbang keselamatan penduduk Kerajaan Negeri cuba membinanya kembali dalam bentuk yang lebih sempurna, tetapi sehinga kini belum mempunyai tanda untuk siap,” katanya.

Beliau berkata, sebelum ini bekas Ahli Parlimen Bachok ketika itu, Senator Datuk Dr Awang Adek meluluskan peruntukan RM250,000 untuk pembinaan jambatan berkenaan, namun disekat Kerajaan Negeri.

Seorang lagi penduduk, Ali Mahmood berkata, sekiranya Kerajaan Negeri tidak mampu membina jambatan berkenaan serahkan kepada kerajaan pusat demi menjaga kepentingan penduduk tanpa mengira fahaman politik.

Menurutnya, apa yang diharapkan kini ia mampu diselesaikan segera, kerana sudah agak lama penduduk mukim berkenaan menanti tanpa sebarang jaminan.

“Sampai bila kami perlu menggunakan laluan yang agak jauh untuk ke bandar sedangkan jika pembinaan jambatan siap seperti di jadualkan, kami tidak perlu bersusah payah lagi,” katanya.

Manakala Pengerusi JKKP Tanjung Pauh, Azman Mohamad, merasa amat dukacita janji yang dibuat Kerajaan Negeri.

“Saya agak terkilan kerana kemudahan untuk pelajar di sekolah melalui jambatan itu terpaksa berulang-alik di kampung lain sedangkan sekiranya melalui jambatan itu lebih dekat,” katanya.

RON 97 DI MALAYSIA TERUS JASI PILIHAN WARGA THAILAND

DUA rakyat Thailand mengisi minyak petrol Ron 97 di dalam motosikal mereka di sebuah stesen minyak berdekatan pekan Rantau Panjang, Kelantan, semalam.

Jualan petrol jenis RON 97 di beberapa kawasan sempadan dengan Thailand didapati meningkat sejak petrol jenis RON 95 dilarang dijual kepada kenderaan asing hujung bulan lepas.

Pengarah Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan, Fauzi Harun berkata peningkatan kuantiti jualan minyak petrol RON 97 di beberapa stesen minyak di tiga pintu masuk utama ke negeri ini jelas menunjukkan Malaysia tetap menjadi pilihan rakyat dari negara jiran untuk membeli bahan api berkenaan berbanding membelinya di negara mereka sendiri.

"Mengikut pemerhatian kita di beberapa stesen minyak di Rantau Panjang, Pengkalan Kubor dan Bukit Bunga, berlakunya peningkatan mendadak penjualan minyak petrol RON 97 terutama dalam tempoh dua hari selepas larangan itu dikuatkuasakan.

"Pada 30 dan 31 Julai lalu, jumlah yang terjual ialah 23,205 liter dan dua hari selepas berkuatkuasanya larangan itu pada 1 dan 2 Ogos lalu, jualan minyak meningkat kepada 63,265 liter," katanya kepada pemberita selepas turun padang memantau penjualan minyak di kawasan sempadan Rantau Panjang semalam.

Fauzi berkata peningkatan sebanyak 40,060 itu menunjukkan Malaysia tetap menjadi destinasi pilihan kepada rakyat asing untuk mendapatkan bekalan minyak petrol biarpun hanya minyak petrol RON 97 yang dibenarkan dibeli.

Difahamkan, harga minyak petrol RON 97 di negara ini jauh lebih murah, iaitu RM2.10 berbanding di negara jiran iaitu RM3.60.

Fauzi berkata jualan petrol RON 95 pula menunjukkan penurunan sebanyak 94,277 liter iaitu daripada 304,390 liter yang dicatatkan pada 30 dan 31 Julai kepada 210,113 liter selepas dua hari larangan itu berkuatkuasa.

Seorang rakyat negara Thailand, Mohd Yan Abdul Hanan, 50, berkata beliau masih mampu membeli bahan api RON 97 biarpun ianya agak mahal berbanding RON 95 yang dijual di negara ini.

"Bagi rakyat Malaysia mungkin rasa mahal minyak petrol RON 97 itu, tetapi bagi saya tiada masalah kerana ia masih jauh lebih murah dari minyak petrol yang dijual di negara kami. Jadi kami tetap akan beli minyak di sini, ianya lebih berbaloi," katanya.

CADANGAN PEMIMPIN FAM LEPAS JAWATAN DI NEGERI TIDAK PRAKTIKAL

Cadangan bekas Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar agar anggota jawatankuasa FAM yang terpilih dalam kongres tahunan minggu lalu melepaskan jawatan di peringkat negeri, dianggap sebagai tidak praktikal.

Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa berkata ini kerana jika semua pemimpin itu melepaskan jawatan, mereka sudah tidak mempunyai kuasa untuk mengundi dan tidak boleh membawa permasalahan di negeri yang dipimpin.

"Ada pro dan kontra atas cadangan itu tetapi perlu fikirkan secara mendalam kerana yang lebih penting kita mahu memberi tumpuan untuk menyelesaikan masalah di setiap persatuan negeri untuk dibincang.

"Jika kita lepas jawatan, kita sudah tidak ambil tahu dan tidak tahu permasalahan yang berlaku di negeri dan apa lagi yang mahu dibahas dalam kongres," katanya kepada pemberita di Kota Bharu, semalam.

Pada Selasa Raja Ahmad Zainuddin ketika memberikan cadangan itu berpendapat dengan cara itu mereka akan dapat memberikan lebih masa dan komitmen untuk menyempurnakan azam bekerja keras dalam memajukan sukan tersebut dan menjadikannya sebagai agenda nasional.

Ini kerana kata Raja Ahmad Zainuddin hampir kesemua yang terpilih dalam pemilihan minggu lalu mempunyai jawatan yang disandang di peringkat negeri dan tidak mahu jawatan tersebut mempengaruhi keputusan yang dibuat di peringkat nasional.

Hanya Presiden FAM Sultan Ahmad Shah, Timbalan Presiden Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Naib Presiden FAM Datuk Subahan Kamal dan Datuk Afandi Hamzah tidak mempunyai jawatan di peringkat negeri.