Sunday, March 28, 2010

ILMU MUNAKAHAT ATASI ZINA

Oleh Harussani Zakaria (Mingguan Malaysia 28 Mac 2010)

DARI Maimunah Binti Harith r.a, Nabi Muhammad SAW bersabda: Umatku sentiasa berkeadaan baik selama tidak ada orang yang berzina. Namun sekali zina telah meluas di kalangan mereka, maka azab Allah akan turun kepada mereka semua. (Riwayat Ahmad)

Mutakhir ini, media mendedahkan berita pembuangan bayi yang saya percaya cukup menyedihkan kita semua. Sama ada bayi itu Islam atau bukan Islam, Melayu atau bukan Melayu,bayi itu tidak berhak diperlakukan sedemikian rupa.

Saya merenung permasalahan ini dan bertanya, apakah erti pembangunan yang telah kita bangunkan pada hari ini, jika dalam masa yang sama akhlak manusiawi kita runtuh roboh.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara ( JPN) telah memaklumkan statistik pendaftaran anak luar nikah yang menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun. Pada tahun 2007, 16,100 anak luar nikah didaftarkan, tahun 2008 seramai 16,541 dan tahun 2009 seramai 17,303. Malah yang lebih memeranjatkan saya dalam 5 tahun terakhir ini, JPN telah mencatatkan seramai 74,723 anak luar nikah dari orang Melayu Islam telah didaftarkan.

Fakta yang dibentangkan pada kita di atas, sememangnya cukup serius dan merisaukan. Saya tidak faham jika ada pihak-pihak yang boleh rasa selesa dengan angka-angka tersebut.

Ia cukup bagi kita mengandaikan indeks kebejatan akhlak di kalangan masyarakat kita cukup merosot, iman yang semakin rapuh, perintah Allah dilanggar, larangan Allah juga yang dibuat.
Dari Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad SAW bersabda: Tidak berzina seorang penzina itu dalam keadaan beriman. (Riwayat Bukhari & Muslim)

Dalam hal ini kita sepatutnya menggandakan usaha bagi membanteras punca masalah ini tanpa hanya menuding jari kepada pihak-pihak tertentu sahaja. Masalah pembuangan bayi seumpama buah busuk di sebatang pokok. Biasanya kita tidak peduli tentang penjagaan pokok hinggalah sampai musim buah. Namun segala sudah terlambat bila buah yang disangka ranum rupanya busuk dimakan ulat.

Saya berpendapat isu pembuangan bayi berpunca daripada perlakuan zina atau sumbang mahram. Saya sukar untuk mempercayai anak-anak ini dibuang kerana tekanan kemiskinan. Namun dua punca masalah yang telah disebutkan iaitu zina dan sumbang mahram yang saya percaya cukup relevan dengan isu ini.

Pendekatan

Oleh itu satu pendekatan menyeluruh dan bersepadu perlu kita lipat-gandakan melibatkan semua aspek. Contohnya di peringkat sekolah, pentarbiyahan agama dan moral perlu ditekankan dengan sungguh-sungguh. Perlu ada suasana yang konstruktif dalam penerapan agama dan moral di sekolah.

Pendidikan agama bukan seperti pendidikan sains, lukisan mahupun matematik. Pendidikan agama satu pendidikan yang bermula daripada penyampaian ilmu, kemudian perlu diamalkan dan akhirnya dihayati hingga berkesan ke dalam lubuk hati.

Saya sejak dulu lagi telah menyarankan ilmu munakahat ini diajarkan dengan lebih serius di sekolah. Ada orang sarankan untuk diajar pendidikan seks di sekolah. Namun saya rasa pendidikan munakahat lebih sesuai. Istilah pendidikan seks itu sendiri dalam masyarakat kita belum dapat kita terima. Tetapi ia istilah dan pendekatan ilmu munakahat lebih sesuai.

Dalam munakahat kita bukan saja diajar perhubungan suami isteri, pergaulan lelaki dan perempuan, malah lebih dari itu hubungan dosa dan pahala, hubungan kita dengan Allah. Tiada masalah untuk kita serapkan pendidikan tentang biologi manusia sesuai dengan peringkat umur.
Begitu juga dengan susun atur reka bentuk rumah.

Nabi Muhammad SAW mengajar kita untuk mengasingkan bilik anak-anak dari ibu bapa. Bila sampai umur 10 tahun kita perlu pisahkan pula anak-anak lelaki dan perempuan. Hari ini setiap rumah kita perlu ada tiga bilik iaitu bilik ibu bapa, anak lelaki dan anak perempuan. Ini supaya pergaulan anak-anak lelaki dan perempuan begitu juga ibu bapa punya privacy.

Dalam perancangan perumahan hari ini juga saya lihat ada kawasan perumahan yang tidak ada surau. Surau sebenarnya berperanan untuk menjadi pusat pendidikan agama mahupun masyarakat. Dalam kuliah-kuliah ilmu, solat jemaah, ceramah-ceramah, aktiviti qiamullail dan pelbagai lagi aktiviti lain, boleh memberikan kekuatan pada individu dan masyarakat membendung masalah ini

Biarpun begitu, saya ingin menyarankan bahawa kesepaduan yang dibina dalam solat di mana-mana surau atau masjid itu perlu dijelmakan di luar, di mana masyarakat juga mesti bersatu dan berpadu menjaga batasan halal dan haram dan membina sensetiviti terhadap perlakuan sumbang dalam masyarakat.

Pertembungan antara al-amru bil ma‘ruf dan al-amru bil munkar, juga menjadi virus dalam masyarakat kita. Tilawah al-Quran kita anjurkan, namun kita juga dihidangkan program hiburan yang terang-terang melanggar syarak mahupun budaya.

Masjid kita bina, namun disekelilingnya juga pusat-pusat hiburan pelbagai peringkat umur dibiarkan beroperasi tanpa kawalan. Remaja dengan pusat siber kafe dan permainan video, orang tua pula dengan disko dan pusat perjudian. Tambahan pula program-program agama dijalankan pada hari ini lebih berupa acara rasmi dan kosmetik. Dengan kekangan, kawalan dan batas-batas yang kadang-kadang tidak munasabah dan tidak profesional, ia sudah tiada ruh dan sentuhan magik seperti satu masa dulu.

Jika satu stesen televisyen menyiarkan rancangan forum, satu lagi menyiarkan acara anugerah muzik, saya yakin tanpa perlu kita susah- susah untuk kaji, jawapannya sudah pasti rating acara anugerah muzik yang lebih tinggi. Inilah cabaran buat kita hari ini.

Kerana itulah saya mahu menyeru seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia untuk sama memikul bebanan ini. Ini bukan masanya untuk kita menuding jari, namun masa yang terbaik untuk kita mula bekerja bagi memperkembangkan dakwah ini. Jika semua individu mula bekerja memperbaiki masalah-masalah yang telah kita sebutkan, saya percaya dengan izin Allah SWT kita akan mampu menjadi umat yang terbaik.

Sunday, March 21, 2010

PEMBOHONGAN 16 SEPTEMBER

(Utusan Malaysia)

DALAM pertemuan dengan penulis pada 11 Mac lalu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim menyatakan bahawa beliau akan membuat ucapan penting di sidang Dewan Rakyat pada 15 Mac.
''Selepas itu, saya serahkan kepada rakyat untuk memikirkannya,'' itulah kata beliau tanpa menyatakan apa isi kandungan ucapan penting tersebut.

Ternyata pada tarikh berkenaan, Zahrain yang buat pertama kalinya melangkah ke Parlimen sebagai ahli Parlimen bebas selepas mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 12 Februari melakukan ucapan yang menggegarkan arena politik negara.



Zahrain mendedahkan mengenai rancangan 16 September 2008 yang otak perancangnya ialah Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jika selama ini, impian 16 September tidak begitu diketahui secara terperinci selain daripada cita-cita songsang Anwar untuk menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang tetapi apa yang didedahkan oleh Zahrain cukup menggemparkan.

Anwar dalam mencapai cita-cita itu atau lebih tepat lagi memenuhi khayalannya untuk menjadi Perdana Menteri sanggup mempergunakan nama Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ketika itu dipimpin oleh Tan Sri Abdul Aziz Zainal.

Tujuan Penasihat PKR itu adalah mudah iaitu hendak menyakinkan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bahawa kononnya dua pihak paling berkuasa di negara ini berada di belakangnya.
Dalam mana-mana juga negara yang mengamalkan raja berperlembagaan dan angkatan tentera menjadi tonggak kekuatan, sudah pastilah penggunaan nama itu boleh menggerunkan sesiapa sahaja.

Tetapi Anwar terlupa ahli-ahli Parlimen BN tidaklah sebodoh yang disangkakan. Atas sebab itulah perancangan 'jahat' beliau untuk menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang gagal.

Akhirnya, impian 16 September Anwar mendedahkan siapa diri beliau sebenarnya. Beliau kini dilihat bukan sahaja pemimpin yang rakus, malah sanggup mempergunakan nama sesiapa sahaja demi mencapai cita-cita politiknya.

Tindakan Anwar mempergunakan nama Yang di-Pertuan Agong dan ATM, adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan satu pengkhianatan. Anwar cuba menyeret dua institusi berkenaan ke dalam gelanggang pertarungan politik berikutan kekecewaan selepas pakatan pembangkang yang diketuainya gagal menumbangkan kerajaan BN.

Sebagai seorang ahli politik berpengalaman, Anwar bukannya tidak tahu bahawa dua institusi berkenaan tidak seharusnya diseret dalam kancah politik.

Tetapi Anwar tidak peduli kesan akibat pendustaan yang beliau lakukan. Apa yang penting bagi beliau ialah ke Putrajaya, walaupun tindakan itu bukan sahaja boleh mencemarkan nama baik institusi tersebut tetapi juga mengkhianati mandat yang telah diberikan kepada BN oleh rakyat.

Kita tidak harus lupa selain pembohongan yang dilakukan oleh Anwar dalam agenda 'gila' itu, Anwar juga berjaya memperdaya rakan-rakan dalam pakatan pembangkang sendiri iaitu Pas dan DAP.

Gagal

Sebab itulah apabila rancangan 16 September gagal, Pengerusi DAP, Karpal Singh yang sememangnya menentang perbuatan lompat parti mengeluarkan kenyataan yang cukup keras pada 8 Februari 2009, apabila menegaskan, Anwar tidak layak memimpin parti itu kerana mempromosi budaya lompat parti.

"Anwar Ibrahim harus bertaubat kerana perbuatannya, Pakatan Rakyat sepatutnya memohon untuk mendapatkan seorang pemimpin yang baru bukannya pemimpin yang mengamalkan budaya ini," kata Karpal.

Tetapi kemarahan Karpal hanyalah seketika apabila Anwar terus dibenarkan memimpin pakatan pembangkang, biar pun kini jelas Anwar adalah pemimpin politik yang mengamalkan pendekatan matlamat menghalalkan cara.

Walaupun kini segala tembelang dan 'topeng raksaksa pelbagai wajah' Anwar sudah didedahkan oleh Zahrain, namun pemimpin-pemimpin pembangkang masih setia ingin menyokong beliau sebagai pemimpin utama mereka.

Ia terbukti apabila Zahrain diserang hebat oleh pemimpin-pemimpin berkenaan termasuklah oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dianggap oleh Anwar ketika dalam kerajaan bahawa beliau 'ulama terompah'.

Secara tiba-tiba Nik Abdul Aziz bercakap soal tipikal ahli politik Melayu yang mendedahkan kepincangan bekas parti mereka. Tetapi Nik Abdul Aziz tidak pula mahu mengulas apa pula dosa Anwar apabila melakukan pembohongan dengan mempergunakan nama Yang di-Pertuan Agong dan ATM.

Apakah kerana pendedahan itu melibatkan Anwar maka segala pendustaan dan penipuan oleh Ketua Pembangkang tersebut boleh 'dihalalkan'? Yang manakah lebih berdosa mendedahkan kebenaran seperti mana dilakukan oleh Zahrain atau pembohongan yang dibuat oleh Anwar?

Penulis yakin tidak semua pemimpin dan ahli Pas berkongsi pandangan dengan Nik Abdul Aziz biarpun beliau seorang Mursyidul Am. Ia kerana yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah.

''Sebenarnya, pendedahan Zahrain telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam Pas kerana tidak semua dalam parti sukakan Anwar,'' kata seorang pemimpin muda Pas ketika dihubungi.

Jika pembangkang menganggap pendedahan Zahrain disebabkan beliau sudah menjadi 'askar upahan' kepada BN, kenapa mereka tidak mendesak Anwar supaya membuat penjelasan bagi membersihkan namanya.

Tindakan meninggalkan sidang Dewan Rakyat dan menganggap 'itulah bahana apabila sudah menjadi alat UMNO'', bukanlah tindakan yang bijak kerana ia hanya mendedahkan Anwar kepada tuduhan bahawa beliau hakikatnya tidak sanggup menerima kebenaran yang dipaparkan oleh Zahrain dan seorang yang pengecut untuk mempertahankan diri.

Jika beliau di pihak yang benar sudah pasti Anwar tidak akan ke London untuk bertemu kawan baiknya yang juga bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Al Gore.

Ini kerana tuduhan Zahrain adalah serius dan memerlukan jawapan balas daripada beliau tetapi Anwar tahu segala yang Zahrain dedahkan adalah satu kebenaran. Sebuah kebenaran tidak boleh ditutup bak kata lagu Jay Jay dalam lagu Rindu Bayangan; ''berputar-putar membelitkan kata-kata'' - yang sebelum ini menjadi 'alat' untuk Anwar meraih sokongan sebahagian rakyat.

Penipuan

Justeru adalah jelas, Anwar tidak berdaya menutupi tembelangnya sehingga terpaksa meninggalkan sidang Dewan Rakyat supaya 'telinganya tidak terus panas' mendengar satu demi satu penipuan yang beliau lakukan.

"Sebagai seorang yang mendabik dada kononnya beliau bakal menjadi Perdana Menteri, pendirian Anwar untuk tidak membalas pendedahan ahli Parlimen Bayan Baru dengan keluar daripada Dewan Rakyat jelas membuktikan beliau tiada integriti dan kredibiliti, sedangkan pada masa itu kewibawaannya sebagai ketua pembangkang diserang.

"Adalah sesuatu yang pelik juga apabila seorang pemidato yang hebat seperti Anwar tidak mampu membalas 'serangan' yang ditujukan kepada beliau, sebaliknya mengambil keputusan 'menenangkan' diri di Eropah," kata penganalisis politik, Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak.

Apabila politik matlamat menghalalkan cara yang dirancang oleh Anwar terdedah melalui impian 16 September, ramai yang tertanya-tanya, apakah Pas yang memperjuangkan Islam akan terus bersekongkol dengan pemimpin seumpama itu?

Selama ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sering menegaskan bahawa Pas ingin berkuasa melalui proses demokrasi iaitu melalui pilihan raya. Tetapi apa yang dilakukan oleh Anwar bertentangan sama sekali dengan semangat Pas yang menurut Abdul Hadi adalah parti Islam yang memperjuangkan dasar-dasar Islam serta nilai-nilai keadilan sejagat.

Mungkin ada yang akan berhujah bagaimana pula dengan kejayaan BN menguasai semula Perak apabila tiga wakil rakyat pembangkang mengisytihar menjadi wakil rakyat bebas.

Antara kes di Perak dan impian 16 September ia adalah berbeza. Ini kerana BN Perak tidak pernah mempergunakan nama sesiapa untuk menarik sokongan tiga wakil rakyat berkenaan, mereka keluar daripada PKR dan DAP dengan sukarela.

Ini berbeza dengan Anwar yang terlalu inginkan kerusi Perdana Menteri sehingga sanggup berbohong dan menghantar ahli Parlimen pembangkang ke Taiwan bagi memujuk ahli Parlimen BN. Tidakkah tindakan Anwar itu mengkhianati semangat demokrasi yang Abdul Hadi dan Pas uar-uarkan?

Oleh itu sebagai parti yang berhasrat menegakkan perjuangan Islam, pemimpin-pemimpin Pas sudah tentu memahami bahawa Anwar sememangnya tidak layak menjadi pemimpin mereka.

Mana mungkin sebuah parti seperti Pas terlalu mengagung-agungkan pemimpin yang mengamalkan politik seperti Anwar yang sekali gus akan mencemarkan perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas.

Kini terserahlah kepada parti-parti pembangkang untuk menilai siapa ketua yang mereka kagumi itu dan kepada sebahagian rakyat yang masih taksub melihat Anwar sebagai 'pemimpin yang bersih dan murni'.

Apa pun kesimpulannya, pendedahan oleh Zahrain telah membuka wajah sebenar insan bernama Anwar Ibrahim dan membuktikan impian 16 September dilumuri dengan perancangan yang penuh dengan pembohongan, penipuan, pendustaan dan pengkhianatan, namun akhirnya kebenaran pasti memusnahkan kebatilan.

Sunday, March 14, 2010

MEB - NAJIB, KABINET, BN JANGAN GELOJOH

Oleh Hambali Abdul Latiff (www.hambali1.blogspot.com)

Jangan ulangi seperti 1Malaysia.

Selepas diumumkan, macam-macam cakap politik dan paling memburukkan keadaan, sehingga hari ini 1Malaysia dijadi bahan ketawa atau sindiran, termasuk dfi kalangan ahli akademik dan professional.

Kenapa demikian? Kerana kurang penjelasan dan maklumat tepat gagasan ketika mula dilancarkan.

Dalam konteks Model Ekonomi Baru (MEB) ini, kajiannya biarlah secara menyeluruh dan mendalam. Minta pandangan dahulu.

Tidak guna tergesa-gesa mengumumkannya tetapi dengan kelemahan yang bertimbun.
Kenapa siapa MEB ditujukan?

Jika 1Malaysia dirasakan tidak begitu menguntungkan orang Melayu dan Bumiputera sebaliknya lebih kepada menambat hati bukan Melayu, apakah perkara yang sama akan berlaku?

Saya tidak mengatakan 1Malaysia tidak baik tetapi sehingga kini rata-rata masih ramai yang terkial-kial memahaminya secara mendalam. Yang menjadi fokus hanya perpaduan.

Pemimpin kerajaan pun banyak merujuk 1Malaysia kepada perpaduan. Sedangkan perkara lain lebih penting – menjadikan Malaysia bertaraf global serta pencapaian yang dikagumi – tenggelam begitu saya.

Malah pengumuman kerajaan mengenai pelbagai kebajikan tidak dilihat dalam konteks 1Malaysia, sebaliknya dianggap sebagai tujuan kerajaan ‘memancing undi’.

Kenapa demikian? Di mana kelemahannya?

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak mengatakan MEB peringkat pertama akan diumumkan pada 30 Mac.

Kemudian, MED peringkat kedua akan diumumkan semasa pembentangan Rancangan Malaysia Ke-sepuluh (RMK10).

"Kita akan umumkan (mengenai MEB itu) tetapi ia akan berdasarkan dua peringkat. Peringkat kedua akan menjadi sebahagian daripada RMK10 dan tidak lama selepas itu, yang bergantung kepada prosesnya."

"Ini ialah kerana kita mahu mendapatkan padangan semua pihak yang berkepentingan," katanya selepas menerima secara rasmi Laporan Tahunan 2009 PEMUDAH dan melancarkan Buku Garis Panduan Pendaftaran Hartanah di Malaysia.

Jika demikian keadaannya, kenapa tidak umum sahaja pada pembentangan RMK10 nanti. Bukan sahaja waktu mengkaji, mendalami serta mendapatkan pandangan banyak pihak mempunyai masa yang agak panjang tetapi dengan mengumumkannya secara sekaligus akan menjadikan kritik dan polimik lebih menyeluruh.

Apakah kerajaan bersedia berdepan dengan pandangan dan reaksi dalam dua suasana dan ketika?

Apakah kerajaan benar-benar bersedia untuk menghadapi kritikan-kritikan dalam dua tempoh yang berterusan?

Kita faham niat baik kerajaan untuk menjadikan MEB lebih ampuh untuk melonjakkan negara bagi mencapai status negara maju dan menjadi ekonomi berpendapatan tinggi.

Tetapi kelemahan-kelemahan pasti aka nada dan Najib sendiri mengakui bahawa kenapa MEB dalam dua fasa “...ialah kerana kita mahu mendapatkan padangan semua pihak yang berkepentingan."

Bagi saya, jika tergesa-gesa mengumumkan MEB tanpa perbahasan – khususnya di Dewan Rakyat – ia akan dianggap sebagai dasar sebelah pihak, bukan yang diluluskan oleh rakyat.

Jika kerajaan sukar mempertahankannya akibat pengumuman yang dilihat terdesak, ia boleh mendatangkan ‘bencana’ kepada kerajaan. Jika ‘bencana sudah dilakukan’, ia sukar untuk memperbaiki dan niat baik kerajaan akan dilanda badai besar.

Kerana itu, kaji dan bentang untuk perbahasan. Bukan sahaja cara ini lebih mendatangkan input dan hasil yang lebih memuaskan tetapi juga lebih demokratik.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir.baru-baru ini berkata MEB akan memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada kaum Bumiputera.

Pertimbangan itu sejajar dengan dasar yang telah digunakan sebelum ini khususnya Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Beliau turut mengakui badan-badan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang mewakili pelbagai sektor dan industri telah menyampaikan rasa bimbang bahawa model ini yang begitu terbuka sehingga mengurangkan peluang kepada pengusaha-pengusaha bumiputera.

Pemimpin kerajaan selalunya memberikan jaminan bahawa MEB akan dilaksanakan berteraskan perlembagaan negara.

Benar apa yang dikatakan oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali bahawa MEB perlu diperhalusi sepenuhnya agar kepentingan Melayu dan Bumiputera terus terbela selaras dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, kerajaan perlu memastikan setiap dasar yang ditetapkan di dalam MEB adalah berteraskan kepada peruntukan tersebut agar tidak menimbulkan kemarahan di kalangan orang Melayu hingga menjadi isu politik.

Namun, berapa ramaikah daripada kita sedar bahawa Perlembagaan yang diasaskan kepada Perjanjian 1948 itu sudah lebih 50 tahun dan mungkin banyak kelemahan yang terdapat khususnya perkara-perkara membabitkan kepentingan dan hak Melayu dan Bumiputera.

Jangan sampai perkara-perkara dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan akan dicabar apabila MEB dilancarkan khususnya apabila bukan Bumiputera turut merasakan hak mereka ‘dirampas’.

Jika DEB dikritik hebat dan pelan-pelan lain termasuk pelan pembangunan nasional dirasakan ‘memihak kepada Melayu dan Bumiputera’, saya tidak Nampak MEB akan terlepas begitu sahaja.

Jika bukan Melayu dan Bumiputera merasakan mereka terancam, bagaimana dengan status 30 peratus diperuntukkan kepada Melayu dan Bumiputera?

Apakah peruntukan 30 peratus itu menggambarkan keadilan dan saksama untuk rakyat Bumiputera?

Apakah ia mencerminkan rakyat (Bumiputera) didahulukan melalui MEB ini pada ketika kedudukan kemunduran, kemiskinan dan tertinggalnya mereka jauh lebih besar berbanding bukan Bumiputera?

Najib jangan lupa beliau datang dari sokongan UMNO dan melaluinya membolehkan beliau menjadi Presiden UMNO yang secara automatik menjadi Perdana Menteri.

Sebarang kesilapan dalam MEB akan menggugat Barisan Nasional (BN) yang turut dianggotai oleh bukan Melayu.

Kerana itu perlu ada pertimbangan adil dan sewajarnya bagi prinsip dan perlaksanaan MEB.
Cabaran Najib ialah memuaskan hati penyokong partinya terlebih dahulu sebelum beliau berdepan dengan sungutan dan tuntutan parti komponen BN.

Jika melepasi cabaran ini, Najib akan mudah berdepan pembangkang. Jika tidak, MEB akan mengalami nasib lebih buruk daripada DEB yang sehingga kini tidak menunjukkan pencapaian yang sewajarnya walaupun kuotanya hanya 30 peratus.

Thursday, March 4, 2010

PENDEDAHAN MENARIK TENTANG ANWAR

Info yang di dapati dari internet menyatakan Anwar dan Azizah berkahwin pada 28 Februari 1980 dan kelahiran Nurul Izzah pula ialah 19 November 1980. Cuba anda kira jika bunting pelamin sekali pun kelahiran anak adalah dalam bulan December minggu pertama...So apa status anak nya?.

Nurul Izzah binti Anwar (born November 19, 1980) is a Malaysian politician from Parti Keadilan Rakyat (PKR), and is the current Member of Parliament for Lembah Pantai. She is the daughter of Anwar Ibrahim, a former Malaysian Deputy Prime Minister and the current de facto opposition leader and of the PKR.[1] Her mother, Wan Azizah Wan Ismail, is the President of PKR.

Ini statistik telah aku ambil dari blog TM aka TaipingMali, menarik sungguh persoalan yang ditimbulkan oleh blogger tersebut! Hmm, bukan apa cuma nak mengingatkan aje, Anwar Harami dan Wan Azizah ni cuma manusia biasa je kan? Mereka pun tak lari dari melakukan kesilapan atau keterlanjuran kot....

Kat bawah ini, ada sedikit petikan dari Blog X-PKR, menarik sekali isu yang dibangkitkan oleh blogger ini juga, anda mesti kena baca:

1. Semalam, 28 Feb 2010 genaplah 30 tahun AnWAR membawa Azizah kahwin lari. AnWAR membawa lari Azizah setelah bapa Azizah Datuk Dr. Wan Ismail tidak bersetuju samasekali hasrat AnWAR mahu menyunting anakandanya untuk dijadikan isteri. Bukan setakat tidak setuju, malah Datuk Wan Ismail teramat marah hingga mahu menembak AnWAR!

2. Itu cerita lama, namun sejarah tidak dapat dipadamkan. AnWAR sendiri hingga kini cuba menyembunyikan tarikh beliau berkahwin lari. Anak-anak mereka hanya tahu tarikh tetapi AnWAR tidak pernah menceritakan kepada mereka bagaimana cara beliau mendapatkan Azizah. Ada yang cuba bertanya, namun dimarahi AnWAR agar tidak bertanya lagi.

3. Ketua rombongan meminang AnWAR ketika tahun 1980 ialah Ustaz Ahmad Awang (bekas Pesuruhjaya PAS Perak). Lurusnya Ahmad Awang hingga kini dipermainkan AnWAR. Kejap marah, kejap sayang. Bukannya beliau tak tau perangai AnWAR yang kaki 'putar'. Banyak kali dari zaman ABIM, Persatuan Ulama', kini dalam PAS, Usataz Ahmad Awang kena 'jual' aje dengan AnWAR.

4. Azizah pula, 'lakonannya' makin tak menjadi! Sepanjang 30 tahun berkahwin, bukan sedikit hatinya diguris AnWAR. Semasa zaman ABIM, AnWAR lebih pentingkan kawan-kawannya. Setelah itu, AnWAR lebih mengutamakan Sukma, Azmin dan Shamsidar. Azizah sering ditengking dan dibodohkan di hadapan keluarga dan rakan-rakan.

5. Kini Azizah diheret ke mahkamah. Tiba-tiba menjadi saksi alibi kepada kes liwat AnWAR. Saya pernah menulis, ini bakal memecahkan tembelang Azizah. Banyak yang bertanya, apakah Azizah tidak mengetahui perangai AnWAR selama ini? Rata-rata menjawab sukar untuk dinyatakan apakah Azizah tahu atau tidak!

6. Namun dalam kes ini, jika Azizah gagal membuktikan alibi beliau, maka pecahlah tembelang Azizah beliau berbohong. Apabila berbohong maknanya beliau tahu perkara sebenar. Apabila tahu perkara sebenar, kenapa beliau berbohong? Apakah tangannya yang sentiasa memegang tasbih dan menggenggam tangan AnWAR di mahkamah hanya lakonan?

Saya syorkan kepada penyokong PKR jika mereka membaca artikel ini, sila cetak dan tanyakan sendiri kepada Azizah! Soalan wajib tanya, apakah perasaannya yang jujur selama 30 tahun bersuamikan AnWAR.........

Sekian.

Ada baiknya kalau difikirkan dengan sedalam-dalamnya, mereka ini pun manusia biasa, ANWAR CIFUT bukanlah malaikat! Memang dari dulu lagi si peliwat ini bermasalah, attitude problem beb! Jadi kepada sesiapa yang masih teruja dengan dia, kembalilah kepangkal jalan!

Ramai dari kalangan PKR dah sedar, anda bila lagi? Kepada yang nak tengok Alexa ranking blog House PK ini, sila klik sini - bukan apa just untuk berkongsi sama je;

Ada kisah-kisah menarik tentang anak angkat Anwar CIFUT di bawah ini yang wajib dibaca oleh anda!
1. Anak angkat yang hampir menjadi menantu..

2. Pendedahan tentang anak angkat dengan Kalimullah!
3. GEVI Spa yang membeli MV Augusta pada 1 EURO milik siapa?

Baca jangan tak baca! Memang panas dan terhangat! Aku masih lagi menunggu jawapan dari anak angkat CIFUT BABI ini tentang 'income' dia! Bagaimana dia boleh menjadi jutawan walau tidak berkerja?

Apakah rahsia beliau?

Sudikah anak angkat Al Juburi ini berkongsi rahsianya dengan kita?

http://parpukari.blogspot.com/

Wednesday, March 3, 2010

GANTI AHMAD SAID - SURATAN ATAU KEBETULAN?

Oleh Hambali Abdul Latiff (hambali1.blogspot.com)

Jika sudah tersurat Datuk Ahmad Said akan digantikan 18 Mac ini. Ia bukan kebetulan.
Segalanya dirancang, dan siapa yang mengaturnya tidak sukar untuk dikenali.

Cuma apa yang menarik ketika ini ialah ia mungkin berlaku (saya kata mungkin kerana pada waktu kecederaan, apa-apa sahaja boleh berlaku).

Kenapa waktu kecederaan? Ini kerana kebetulan sebuah blog ada melaporkan mengenai kemungkinan akan timbulnya suatu kuasa baru di Putrajaya pada Mac 2010.

Entah betul entah tidak. Tapi itu perkhabaran yang diterima. Boleh jadi suatu khabar angin, boleh jadi tak jadi dan juga boleh jadi sekadar illusi.

Menurut blog berkenaan, kalau benar pastinya ianya memeranjatkan dan semua orang akan terlopong mulut. Kuasa apa tu ye..Benda belum tentu jadi..kita tengok sama ada ia akan jadi ke tidak. Tapi yang meramalkannya pun rasa macam mustahil. Politik adalah seni untuk merealisasikan benda-benda mustahil.

Siapa yang akan berkuasa tu ye? Ada orang kata Ku Li. Tapi dia nafi. Takkan dia nak ganti Anwar yang masih mahu kekal Ketua Pembangkang.

Ada kata tarikh 15 March. Dah hampir ribut tak ada, sepoi-sepoi bahasa pun tak rasa.

Begitulah juga di Terengganu, sebuah blog pro-pembangkang melaporkan ada sumber rapat dengan seorang Datuk yang baik dengan YDPA Tuanku Mizan Zainal Abidin memberitahu bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak akan menghadap Baginda Tuanku dalam masa yang terdekat untuk memohon agar Menteri Besar Terengganu ditukar.

Betul ke? Bagaimana kalau kuasa di Putrajaya bertukar?

Isu ini bertambah sensasi lagi apabila seorang Datuk pergi ke Makkah menunaikan Umrah yang kebetulan SPB Yang Dipertuan Agong berada di sana.

Yang pasti dan sudah disahkan Datuk ini tiada dalam senarai rombongan DiRaja yang dikeluarkan oleh Istana Negara. Ini bermakna, kalau ada pertemuan pun ia secara kebetulan, bukan dirancang!

Sejak akhir minggu lalu, di kalangan pegawai ada menerima sms kononnya Ahmad Said telah melepaskan jawatan Menteri Besar atas desakan daripada Najib yang mendapat perkenan SPB YDP Agong.

Kalau tidak jadi 1 Mac bermakna 18 Mac 2010 inilah. Ada 17 hari lagi Ahmad Said duduk di kerusi berkenaan!

Satu lagi versi, kalangan pegawai yang pernah bekerja dengan bekas Menteri Besar mengeluarkan pertanyaan kepada rakannya dengan soalan “Dengar kata pada 1 Mac 2010 ini Ahmad Said akan diganti ?”

Di Marang Terengganu – dilaporkan dua orang ADUN bakal menjadi Menteri Besar menggantikan Ahmad Said pada bulan Mac ini.

ADUN yang menggegar pagar istana dan ADUN yang mendakwa dirinya ‘bukan cap ayam’ dikatakan calon yang bakal dilantik MB. Nampaknya isu perlantikan Menteri Besar Terengganu telah bertambah rumit dan tidak ada penyelesaian kerana semua mahu jadi pengganti MB.

Semua yang berjuang untuk menyingkirkan Ahmad Said adalah calon-calon yang ‘layak’ dan berhasrat menjadi Menteri Besar. Mereka langsung tidak mempunyai persefahaman untuk melantik salah seorang daripada mereka.

Jika salah seorang dilantik sebagai Menteri Besar, semua daripadanya akan menentang dan akan berlaku penentangan yang lebih dahsyat tanpa penyelesaian sehingga lah ke pilihanraya umum nanti. UMNO mungkin berkubur.

Persoalannya, jika Ahmad Said diganti, tidakkah Sultan bagaikan mengakui baginda telah membuat kesilapan melantik Menteri Besar berkenaan?

Sejarah akan mencatat Sultan telah membuat kesilapan dan pasti akan menjadi catatan sejarah dan rujukan sampai bila-bila.

Satu lagi isu yang dimainkan oleh pegawai yang rapat dengan bekas Menteri Besar, kononnya di Jerman baru-baru ini Ahmad Said telah tidak diperkenan mengadap oleh SPB YDP Agong.

Saya difahamkan, Ahmad Said mengunjungi SPB YDP Agong yang mendapat rawatan di Jerman adalah mengikut tuntutan adat negeri. Menurut adat negeri, Menteri Besar perlu menemani atau menjaga keadaan Tuanku sekiranya ada masalah kesihatan.

Menteri Besar ke Makkah pula kerana mengiringi DYMM Pemangku Raja menunaikan Umrah.

Beliau seterusnya mengiringi Baginda dalam perjalanan pulang pada 26 Febuari 2010. Menurut adat Terengganu, Menteri Besar merupakan ‘memanda’ kepada Raja.

Mungkin saya salah, maafkan saya jika tidak benar fakta berkenaan.

Sinar Harian minggu ini melaporkan, isu terbaru yang disifatkan sebagai serangan politik

melibatkan Menteri Besar tersebut ialah kiriman khidmat pesanan ringkas (sms) yang mengaitkan kedudukan Ahmad Said selepas pertengahan Mac depan.

Antara lain sms yang cuba disebarkan oleh pihak-pihak tertentu itu turut mendakwa bahawa Ahmad kini telah dinasihatkan supaya melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar.

Puak penentang Ahmad Said memang “Raja SMS”. Ini kerana pada April tahun lalu mantan Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar difitnah menghantar SMS ugutan bunuh ADUN yang mana kes tersebut sedang dalam perbicaraan di Mahkamah dan seorang Datuk telah ditahan polis.

Kenyataan dalam, Sinar Harian di atas bertentangan dengan kenyataan sebelumnya apabila mantan Setiausaha UMNO Negeri Datuk Rosli Mat Hasan dilaporkan berkata bahawa dakwaan mengatakan UMNO Terengganu masih bermasalah tidak harus dipercayai.

“Kita berada dalam keadaan cukup baik, tidak ada apa-apa masalah, malah UMNO juga sudah menjadi juara rakyat sekarang dan itu adalah perkembangan positif, ” kata beliau.

Yang nyata, sambutan kepulangan Ahmad Said dari Jerman dan Makkah di lapangan Terbang Sultan Mahmud pada 26 Febuari 2010 jam 3.45 petang sangat hebat.

Menteri Besar ternyata riang dan ceria dan sempat berucap ringkas.

Ditanya wartawan mengenai SMS terbaru yang mengatakan beliau diminta meletak jawatan, Ahmad Said tidak mengulas panjang, sebaliknya meminta wartawan bertanya kepada pihak terbabit.

“Kena tanya orang itulah. Saya tidak mahu ulas benda ini, ia (serangan politik) biasalah. Ada dengar dalam SMS, anda (wartawan) baca sebab tu anda tanya. Tidak mengapalah, saya masih seperti ini,” katanya kepada pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), kelmarin.

Keseluruhan hampir 1,000 orang hadir termasuk Exco, wakil rakyat, Ketua Jabatan dan rakyat.

Keluar sahaja dari pesawat, Menteri Besar disambut oleh pegawai nombor satu (SUK) dan pegawai nombor dua (PKN) dan hanya segelintir pegawai tinggi tidak kelihatan.

Yang pasti, Ahmad Said terus mendapat sokongan pegawai tinggi kerajaan, pemimpin parti dan rakyat.

Kini terpulanglah kepada Perdana Menteri sama ada benar atau tidak beliau mahu meminta Ajhmad Said berhenti apabila namanya dikaitkan sama ada melalui SMS dan cakap-cakap kedai kopi di Terengganu.

Hanya Najib yang boleh memberhentikan cerita-cerita seperti ini.

Yang pasti perkhabaran yang dibawa oleh penentang Ahmad Said bukan suratan atau kebetutan tetapi dirancang.

Apakah Najib ‘gemar dan suka’ ganggu-gugat seperti ini?

Bagaimana pun rasa beliau apabila ganggu-gugat sudah bermula terhadapnya akhir-akhir ini?

CERAMAH EZAM DI SELURUH NEGARA BUAT ANWAR PANAS PUNGGONG !

http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com





































































terima kasih aku ucapkan saudara ghani haron(rakan seISA ezam) kerana telah mengirimkan beberapa gambar penting siri ceramah ezam.

siri penjelajahan ceramah ezam ke seluruh negara ini bermula di UITM jengka pahang, bersama ustaz ridhuan tee abdullah. lebih hebat apabila tetamu kehormat yang turut hadir dalam ceramah ezam adalah ke bawah duli yang maha mulia sultan haji ahmad shah beserta tengku abdullah

kemudian ezam ke melaka. disusuli dengan trengganu,lenggong perak,kuala kangsar dan yang terbaru di bachok kelantan, menyampaikan ceramah mengenai royalti minyak bersama tok pa dan awang adek.

sudah aku katakan bahawa sudah ada gerakan cukup teratur daripada beberapa pemimpin melayu melanyak anwar,dap dan pakatan haram.

umno selangor sudah memanaskan enjin menyerang pakatan. dimulakan dengan umno bahagian shah alam,klang,subang dan insyaallah disusuli dengan kuala selangor,umno kota raja dan gombak dalam masa terdekat...3 bahagian umno ini akan meneruskan siri ceramah jelajah ke seluruh negara oleh ezam dan rakan-rakan.gerakan PERKASA terbesar juga akan berlaku pada bulan mac.



aku sempat tanyan ghani haron, sampai takat mana ezam akan buat road show ni ? ghani kata ezam akan pastikan anwar dan kuncu-kuncu munafik melayu pakatan tumbang ,terlingkup dan ditalkinkan secara rasminya oleh seluruh umat bangsa melayu dalam masa terdekat ! ini janji ezam, sms ghani kat aku..

nampak tak puzzle gerakan ini ? ezam..umno..perkasa..bloger...dll (buat masa ini dirahsiakan). TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMIMPIN MELAYU..

kepada bahagian-bahagian umno di seluruh negara sila email dan hubungi gap jika ada program ceramah besar di tempat kamu..gap dan rakan-rakan bloger lain sedia membantu promosikan program anda.kerjasama bloger dan seluruh bahagian-babgian umno amat dialukan !