"Kenyataan itu bermaksud saya seorang pemimpin dan ahli politik yang korup, tidak berkredibiliti dan menyalahgunakan kuasanya bagi kepentingan peribadi dan pemimpin UMNO."
- Datuk Seri Mustapa Mohamed
Datuk Husam Musa bukan ada hal dengan Presiden PAS, Datuk
Seri Abdul Hadi Awang dan kepimpinan PAS Kelantan sahaja.
Dia juga ada kes dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO
Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Jika tidak kerana peguam bekas naib presiden PAS itu cuti sakit, kes perbicaraan kes saman fitnah
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, pasti
berlangsung hari ini.
Kesian ‘Tok Pa’ (panggilan untuk Mustapa), beliau hadir di
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, seawal 9.15 pagi bagi memberi keterangan pada hari pertama
perbicaraan membabitkan kes samannya yang dijadualkan berlangsung selama dua
hari bermula hari ini.
Berikutan cuti sakit peguamnya, saman terhadap Husam serta
empat lagi terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan.
Laporan Bernama itu menyebut, ia saman itu berhubung
kenyataan fitnah yang didakwa dikeluarkan Husam terhadap Mustapa, yang juga
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, berkaitan saham Felda Global
Ventures Holdings Berhad (FGVH).
Terdahulu, peguam Lew Cho Kang yang mewakili Mustapa memaklumkan kepada mahkamah bahawa peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak dapat hadir pada prosiding hari ini kerana cuti sakit bermula semalam.
Lew yang mengemukakan sijil cuti sakit Muhammad Shafee kepada mahkamah turut
memohon supaya perbicaraan kes itu ditangguhkan ke tarikh lain.Terdahulu, peguam Lew Cho Kang yang mewakili Mustapa memaklumkan kepada mahkamah bahawa peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak dapat hadir pada prosiding hari ini kerana cuti sakit bermula semalam.
Bagaimanapun, Hakim Datuk Nor Bee Ariffin berkata perbicaraan kes itu yang beberapa kali tertangguh sebelum ini tidak sepatutnya ditangguhkan lagi kerana plaintif (Mustapa) hadir hari ini untuk memberi keterangan.
"Namun sekiranya peguam mahu kes hari ini ditangguhkan, saya akan mempertimbangkannya," kata hakim itu.
Mahkamah kemudiannya membenarkan penangguhan perbicaraan kes itu dan menetapkan 30 November untuk pengurusan kes manakala 27 Januari tahun depan ditetapkan untuk perbicaraan kes berkenaan.
Perbicaraan kes itu yang dijadualkan bersambung esok turut dilapangkan kerana Muhammad Shafee mempunyai satu kes lain membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Senator Datuk S. Nallakarupan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur esok.
Prosiding hari ini turut dihadiri peguam Mohamad Fitri Khalis Ahmad, mewakili Husam.
Pada 7 Oktober lepas, mahkamah menetapkan dua hari bermula hari ini untuk perbicaraan penuh kes itu selepas pihak plaintif dan defendan gagal mencapai penyelesaian.
Pada 22 April 2013, Mustapa memfailkan saman terhadap Husam, yang ketika itu Anggota Exco Kerajaan Negeri Kelantan, parti PAS, Setiausaha Agung PAS yang juga pemegang permit akhbar Harakah Datuk Mustafa Ali, Ketua Pengarang serta Pengarang http:/harakahdaily.net. Zulkifli Sulong dan Azmi Yusof sebagai defendan.
Dalam penyataan tuntutan, Mustapa mendakwa Husam, pada 23 Mac 2013, dalam ceramah politiknya di Tapak Expo Machang, Kelantan, mengeluarkan perkataan fitnah terhadap beliau berhubung saham FGVH.
Mustapa, yang juga Anggota Parlimen Jeli, mendakwa bahawa pada 24 Mac 2013, PAS dan defendan lain menyiarkan ucapan Husam yang didakwa berbaur fitnah itu menerusi harakahdaily.net yang boleh diakses berjuta pengguna laman web.
Mustapa mendakwa kenyataan itu bermaksud beliau seorang pemimpin dan ahli politik yang korup, tidak berkredibiliti dan menyalahgunakan kuasanya bagi kepentingan peribadi dan pemimpin UMNO.
Sebelum ini dilaporkan, kes saman fitnah yang difailkan
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu terhadap PAS, bekas setiausaha agung PAS Datuk
Mustafa Ali dan dua yang lain berkemungkinan diselesaikan secara baik.
Peguam C.K Lew, yang mewakili Mustapa, memaklumkan perkara
itu kepada pemberita selepas kes disebut di dalam kamar sebelum ini di hadapan
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nor Bee Ariffin.
Lew berkata peguam Nadzratun Naim Hammad Azizi yang
mewakili keempat-empat defendan itu memberitahu mahkamah anak guamnya
mencadangkan supaya kes saman berkenaan diselesaikan
Namun, Lew berkata kedua-dua pihak masih lagi berbincang
mengenai terma penyelesaian.