Kecelaruan politik menyebabkan Datuk Seri Mukhriz
Mahathir mendakwa PAS mempunyai
perjanjian dengan UMNO berkaitan pembahagian tiga negeri majoriti Melayu –
Kedah, Kelantan dan Terengganu?
Beliau dibidas oleh pemimpin PAS Kelantan, Terengganu dan
Kedah, sambil Menteri Besar Terengganu menyifatkan Mukhriz sebagai melakukan ‘propaganda
buruk’.
Malah Presiden PAS, menafikan wujud perjanjian antara
parti itu dengan UMNO membabitkan 'pertukaran' yang melibatkan Kedah,
Terengganu dan Kelantan.
Hadi menyifatkan dakwaan Mukhriz adalah tidak benar sama
sekali dan tidak boleh dipercayai.
“Berita palsu (tentang pertukaran itu). tidak ada
perjanjian dan kita tidak pernah berbincang. PAS hanya akan bertanding (dalam
pilihan raya umum) untuk dapatkan negeri-negeri itu,” katanya.
Semalam, Timbalan
Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob menjelaskan, tiada sebarang kerjasama
dengan UMNO mengenai penyerahan tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan
Terengganu kepada PAS pada pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Ahmad Yakob |
Beliau berkata jika adapun kerjasama hanya yang
membabitkan perkara kebajikan dan kebaikan kepada rakyat.
“Setakat ini tiada sebarang perjanjian, cuma kita (PAS)
akan beri kerjasama kepada pekara yang membawa kebaikan dan kebajikan kepada
rakyat. Itu dasar kita sejak dahulu lagi. Dalam perkara yang menimbulkan dosa
dan perseteruan sebagainya, kita tidak ada sebarang kerjasama,” katanya .
Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata
kemungkinan isu itu timbul disebabkan kecelaruan politik buat masa sekarang.
Sementara itu Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu dan pesuruhjaya
PAS negeri Kedah menganggap apa yang diperkatakan oleh Mukhriz itu sebagai
dakwaan sangat dangkal, berunsur fitnah dan hanya sebuah “propaganda buruk”.
Malah Mukhriz juga dianggap cuba memfitnah pemimpin di
peringkat negeri yang disebutkan melalui spekulasi dan imaginasinya sendiri.
Mukhriz Ahad lalu (26 Jun 2016) menyifatkan hubungan 'panas' di antara PAS
dan UMNO sebagai petanda awal Kedah bakal dilePASkan kepada parti Islam itu.
Menurutnya, pada masa sekarang, kelihatan seolah-olah UMNO
bersedia untuk menyerahkan Kedah, Kelantan dan Terengganu kembali kepada PAS.
"Mesti ada perjanjian. Mereka cuba membawa PAS dan UMNO bersama. PASti juga ada pertukaran untuk PAS. Saya lihat Kelantan, Terengganu dan Kedah kembali kepada PAS," jelas bekas Menteri Besar Kedah itu ketika sidang media di Pusat Alumni Universiti Malaya.
Ditanya sama ada beliau merasakan ini akan membawa kepada sebuah kerajaan perpaduan bagi negeri-negeri, Mukhriz berkata ia akan menjadi seperti 'menyerah sepenuhnya'.
"Pada pendapat saya, ia bukan satu kerajaan perpaduan, saya rasa semua akan diserahkan sepenuhnya kepada mereka (PAS)," katanya.
Berikutan kenyataan itu Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman menyifatkan apa yang diperkatakan oleh Mukhriz sebagai andaian dan imaginasi Mukhriz semata-mata.
Malah Ahmad Razif menganggapnya sebagai spekulasi jahat
tidak bersandarkan kebenaran untuk menimbulkan keresahan dalam parti.
Malah, UMNO
Terengganu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bekas Menteri Besar Kedah itu.
“UMNO Terengganu
yakin parti ini bukan sahaja akan kekal sebagai kerajaan negeri pada pilihan
raya umum ke-14 nanti, tetapi bakal memperoleh undi majoriti lebih besar hasil
gerak kerja yang digerakkan.
“Sehubungan itu, saya meminta Mukhriz dan semua pihak
tidak sesekali menjadikan Terengganu sebagai modal politik untuk kepentingan
peribadi,” kata Ahmad Razif dalam kenyataan semalam.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu
menegaskan, kini ahli UMNO sudah cukup
matang dan spekulasi liar itu tidak mampu menggugat perpaduan dalam parti
sebagaimana telah dibuktikan apabila Majlis Tertinggi UMNO membuat keputusan
sebulat suara memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mukhriz.
PAS Kedah turut menafikan sekeras-kerasnya dakwaan
Mukhriz itu, malah PAS Kedah tidak
pernah menghulur salam, menyambut usaha atau mengadakan perjanjian dengan UMNO
seperti dimaksudkan Mukhriz sehingga seolah-olah pemerintahan boleh dipotong
bahagi seperti kuih bengkang.
Pesuruhjayanya, Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh
Fakhrurazi (kiri) menegaskan :“Sangkaan Adun
Ayer Hitam Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mengesyaki wujud perjanjian antara UMNO-PAS
untuk membahagi negeri pemerintahan ialah tuduhan sangat dangkal dan ternyata
berunsur fitnah.
“Selaku ahli politik, dakwaan itu hanya cubaan mencipta
persepsi negatif dan propaganda buruk yang tidak selayaknya daripada seorang
yang pernah menjawat kedudukan menteri besar,” katanya dalam satu kenyataan
hari ini.
Fakhruddin berkata mereka yang menjatuhkan Mukhriz daripada
jawatannya sebagai menteri besar adalah kumpulan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah
yang mendakwa kelemahan pemerintahannya akan memberi peluang PAS meramPAS
kembali negeri berkenaan.
“Tidak mungkin mereka yang membunuh politik Mukhriz atas sebab itu tiba-tiba hendak melePASkan
Kedah kepada PAS,” katanya.
Beliau berkata, parti itu tidak akan menjadikan jalan
singkat, memperdayakan dan tipu muslihat untuk meramPAS kedudukan. “PAS juga
tidak dayus untuk membiarkan UMNO terus bermaharajalela dengan maksiat dan
kemungkaran pemerintahan. Sebaliknya PAS mahukan mandat yang kuat daripada
rakyat menerusi demokrasi adil mengikut penggal dan tatacaranya di mana PAS
komited menentang UMNO/BN dengan menyediakan kekuatan di seluruh negara. “
katanya.
PAS akan bertanding kerusi pilihan raya di mana saja UMNO
bertanding hingga dapat menurunkan UMNO/BN dari tampuk pemerintahan negeri
serta Putrajaya, katanya.
Berikutan itu beliau menasihatkan Mukhriz jangan lagi menjadi
boneka atau nujum Pak Belalang,” katanya.