Tuesday, June 30, 2009

KENAPA ANWAR BIMBANG SANGAT?

Apa ni Anwar?

Kijang Jantan hairan kenapa awal-awal lagi sudah memberi amaran kononnya Barisan Nasional (BN) aktif menjalankan kempen memburukkan pakatan pembangkang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, BN mencemarkan nama baik Menteri Besar yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk menarik sokongan pengundi.

Katanya, kempen memburuk-burukkan nama baik Nik Aziz tidak sepatutnya berlaku dan Anwar menjangka perbuatan tersebut akan bertambah sepanjang kempen pilihanraya kecil itu nanti.

Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata taktik itu menunjukkan bahawa BN merasa terancam dengan kehadiran Nik Aziz.

Itu andaian Anwar semata-mata.
Sedangkan semua penceramah BN telah diarahkan supaya jangan menabur fitnah sewaktu berkempen dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, UMNO tidak mahu menggunakan pilihanraya sebagai tempat untuk memaki hamun dan menabur fitnah.


"Tepulang kepada Datuk Seri Anwar nak bercakap apa pun," katanya seperti dilaporkan Malaysiakini semalam.
Ahmad yang juga timbalan menteri jabatan perdana menteri berkata, UMNO akan menggunakan saluran media untuk menyampaikan penerangan kepada pengundi Manek Urai.

Dalam pilihanraya kecil 14 Julai depan, calon BN Tuan Aziz Tuan Mat akan ditentang oleh bendahari PAS kawasan Kuala Krai, Fauzi Abdullah.

Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Annuar Saffian pula berkata, pihaknya menjangka PAS dan Pakatan akan terus menyebarkan fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Datuk Seri Najib Tun Razak, dengan mengaitkannya dengan pembunuhan wanita Mongolia.

"PAS juga akan mempermain-mainkan hukum hudud dan memutarbelitkan mengenai kerajaan perpaduan.

"Memang ini yang berlaku setiap kali pilihanraya di Kelantan di mana pemimpin PAS " katanya.
Berikutan itu, Pemuda UMNO akan menjawab serangan PAS dan pakatan pembangkang di Manek Urai supaya rakyat tidak terpengaruh dengan pembangkang.

Mengenai peluang Tuan Aziz, ketua Pemuda UMNO Kelantan itu berkata, beliau berkeyakinan tinggi calon BN itu akan diterima pengundi.

Katanya, maklumat awal yang diperolehi pengundi atas pagar menyebelahi BN.

No comments: