Sunday, May 22, 2011

Tohmahan PAS Kepada UMNO Makan Diri

"Kami Pemuda Pas Negeri Kelantan, yang berhimpun pada hari ini, dengan ini berikrar Allah matlamat hidup kami, al-Quran perlembagaan kami, jihad jalan kami, mati syahid cita-cita kami".- Ikrar Pemuda PAS


Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama jentera Pas dan pelajar berdoa pada Himpunan 10 Ribu Jentera Pemuda Pas Kelantan di Kota Bharu, semalam.

Tohmahan tidak berasas Pas terhadap UMNO selama ini akhirnya memakan diri apabila Himpunan 10 Ribu Jentera Pemuda Pas Kelantan di Padang Perdana malam semalam menjadi bukti bagaimana parti itu memperalatkan pelajar sekolah agama dan maahad tahfiz di seluruh negeri ini dalam program politik mereka.

Lebih mengejutkan, rata-rata pelajar terbabit yang berpakaian jubah lengkap dengan lencana sekolah masing-masing, didatangkan dari seluruh negeri termasuk Gua Musang, menggunakan bas-bas sekolah yang beratur panjang di beberapa lokasi berhampiran.

Apa yang lebih mengejutkan apabila ucapan beberapa pimpinan Pas dalam program tersebut turut meniupkan kebencian dan penentangan di kalangan pelajar terbabit terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Antara yang berucap pada program itu ialah Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Mohd. Zaki Ibrahim; Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa.
Turut berucap, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO yang juga penganjur program, Abdul Fattah Mahmood dan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Abdul Latif Abd. Rahman dan bekas pengacara serta penulis lirik, Bob Lokman.

Husam dalam ucapannya antara lain berkata, pelajar terbabit merupakan sebahagian daripada pelajar Yayasan Islam Kelantan (YIK) iaitu produk kerajaan Pas Kelantan dalam usaha parti itu memecahkan tembok Putrajaya.

Abdul Fattah berkata, pelajar terbabit yang berusia belasan tahun merupakan barisan yang akan menjatuhkan pemerintahan negara pada masa hadapan bagi diberikan kepada golongan yang berhak dan mampu membawa keadilan.

Sementara itu, Bob Lokman pula berkata, untuk mencapai kesejahteraan akhirat maka mereka perlu korbankan dunia dan dunia yang dimaksudkan adalah UMNO yang beliau dakwa gilakan keduniaan.

"Pas parti yang tahu destinasi di akhirat. Korbankanlah dunia, korbankan UMNO," katanya.

Pada perhimpunan itu, pelajar terbabit turut membaca ikrar Pemuda Pas antara lain berbunyi: "Kami Pemuda Pas Negeri Kelantan, yang berhimpun pada hari ini, dengan ini berikrar Allah matlamat hidup kami, al-Quran perlembagaan kami, jihad jalan kami, mati syahid cita-cita kami".

2 comments:

Wake UP! said...

Kalau dah Parti Ajaran Sesat, tak payah nak tohmah orang lain la.

anti bohmau said...

BIADAP & AMAT MELAMPAU!!! KETAHUILAH PAS! ALLAH TIDAK SUKA HAMBA2NYA YG BERSIKAP MELAMPAU!!

JIWA ANAK2 YG SEPATUTNYA DIBIARKAN BEBAS DARI POLITIK SEMPIT TP DIMANIPULASIKAN SEPENUHNYA OLEH PAS! JAHAT NIAT MRK!! ANAK2 INI BAKAL MEMBESAR SEBAGAI PEMBERONTAK! BAGI MRK, SEMUANYA YG KERAJAAN BUAT TAK BERMAKNA WALAUPUN MRK HIDUP AMAN DAMAI DLM SEKOLAH2 YG BESAR, BERASRAMA PENUH MCM SEKOLAH2 SAINS & MARA. DI MANA SIKAP IKHLAS MRK?

SEDANGKAN PELAJAR2 DI SEKOLAH MENENGAH BIASA TIDAK DIDOKTRINKAN @ DIKONGKONG DGN IDEOLOGI POLITIK KRN ADA JUGA IBUBAPA MRK AHLI2 PARTI PEMBANGKANG, CIKGU2 PUN RAMAI AHLI2 PAS, MUSLIMAH PAS, ISTERI WAKIL2 PAS & YG PENTING PLJR2 CINA TETAP ANAK AHLI DAP. TAK RAMAI DAH GURU2 CINA DARI MCA SBB CINA MAKIN INGIN MENGAMBIL ALIH KUASA NEGARA...PAS HANYA AKAN JADI PAK PACAK!!

BENGANG SUNGGUH!

SBB TU SEKARANG NI AKU TIDAK INGIN MEMBERI SEBARANG KURSUS/KELAS KPD GURU2 AGAMA YIK & ANAK2 SEKOLAH TAHFIZ YG TELAH DIPESONGKAN TOK GURU MENJADI MCM AHLI2 TALIBAN UTK BANGUN MENENTANG KERAJAAN MALAYSIA SEDANGKAN KERAJAAN BEGITU BAIK HATI MEMBENARKAN SEKOLAH2 LATIHAN PELAMPAU2 INI BEROPERASI SETIAP HARI & ADA SEKOLAH AGAMA NEGERI YG MENERIMA BANTUAN KERAJAAN PUSAT DI BAWAH PROGRAM SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN! BETUL2 MELAMPAU!!

HARI TU ADA GURU2 SEKOLAH YIK YG TERUJA SGT NAK HANTAR ANAK DIA BALIK KE MESIR & GEMBIRA SGT KRN KATANYA TOK GURU SENDIRI YG BAGI TIKET KE TANGAN MRK. AKU NAK TANYA JUGAK SIAPA YG BERUSAHA BAWAK ANAK MRK BALIK DARI MESIR HARI TU? BUKAN KERAJAAN MALAYSIA KA? BENGANG BETUL TENGOK PUAK2 YG TIDAK TAHU BERTERIMA KASIH KPD KERAJAAN NI. BERAT SUNGGUH MULUT MRK UTK BERCAKAP TENTANG KEBAIKAN KERAJAAN TP CUKUP MURAH MEMAKI HAMUN & MEMBURUK2KAN KERAJAAN PUSAT.

BAGI AKU, SAMPAI BILA PUN PAS TAK AKAN BERJAYA MENJADI PEMERINTAH NEGARA INI KRN MEREKA SANGAT AMAT HIPOKRIT!!! RENCUNG DI LUAR , PEPAT DI DALAM. MRK SUKA MEMANIPULASIKAN KEADAAN & GAGAL MENTARBIAHKAN RUH ISLAM YG SEBENAR2NYA BILA SUKA BERPURA2 SETIAP MASA. CIKGU YG SUAMINYA PEMIMPIN TINGGI PAS NEGERI JUGAK HIPOKRIT BILA KERJA MAKAN GAJI DGN KERAJAAN TP TIDAK SUKA BEKERJA DGN YIK! SEPATUTNYA DIA TIDAK MENGAJAR DI SEKOLAH KERAJAAN USAT YG DIA ANGGAP TAGHUT, KAFIR & MCM2 YG PAS TUDUH KPD KERAJAAN TERUTAMANYA UMNO, AMNYA BN...