UMNO memang mahu serang PAS menggunakan faktor kegagalan pentadbiran di Kelantan sejak 1990?
Betul ker tu 'Tok Pa'?
Jadi mana yang kata ada kerjasama UMNO-PAS dalam berdepan Pilihan
Raya Umum ke-14 (PRU14) ?
Atau pemimpin UMNO memang sedang ‘main wayang atau sandiwara’ dengan
menyerang PAS di depan tetapi ‘bersekongkol’ di belakang.
PAS-UMNO mungkin akan bekerjasama untuk menjamin semua
kerusi DUN dan Parlimen di negeri itu dipertandingkan tiga penjuru yang akan
memberikan kelebihan sama ada kepada PAS atau UMNO sahaja.
Mungkin pembangkang - AMANAH dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) - akan menang beberapa kerusi tetapi
tidak akan mampu menjadi satu force yang boleh memerintah Kelantan.
Walaupun pada 30 Januari lalu, UMNO Kelantan menegaskan
pihaknya akan menggiatkan sesi penerangan mengenai kelemahan pentadbiran PAS,
masih diragui apakah Mustapa bercakap benar atau sedang ‘berdailog dalam sebuah
sandiwara’ untuk menutup kerajasama PAS-UMNO yang sedang dirangka.
UMNO Kelantan menegaskan usaha menggiatkan sesi
penerangan kepada rakyat negeri itu mengenai kelemahan pentadbiran kerajaan
negeri PAS yang memerintah negeri itu sejak tahun 1990 akan dipertingkatkan.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed (Tok Pa) berkata antara isu yang akan dibangkitkan kepada pengundi termasuklah masalah pemilikan tanah, setinggan dan kurangnya peluang ekonomi.
Rakyat telah beri peluang kepada PAS untuk majukan Kelantan sejak 27 tahun lepas, namun masih tiada perubahan.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed (Tok Pa) berkata antara isu yang akan dibangkitkan kepada pengundi termasuklah masalah pemilikan tanah, setinggan dan kurangnya peluang ekonomi.
Rakyat telah beri peluang kepada PAS untuk majukan Kelantan sejak 27 tahun lepas, namun masih tiada perubahan.
“...kalau ada pun (pembangunan) ia jasa kerajaan
Persekutuan," katanya kepada pemberita.
Husam....kebimbangan PAS memuncak terhadapnya. |
Daripada apa yang dicakapkan oleh Mustapa ini menimbulkan
banyak pertanyaan, benarkah ini sebagai wadah perjuangan UMNO Kelantan atau ‘wayang’
semata-mata di mana apabila berlangsungnya pilihan raya nanti, UMNO dan PAS
akan bergabung membentuk kerajaan.
PAS berusaha mengelak kekalahan dengan kemunculan AMANAH
dan PPBM di mana jelas UMNO boleh menjadi
penyelamat untuk PAS terus memerintah.
Mustapa menyatakan
akan menjadikan faktor kegagalan PAS sebagai bahan bahan kempen UMNO
Kelantan selePAS majlis perjumpaan bersama anggota jawatankuasa Pusat Daerah
Mengundi (PDM) Kuala Gris, Dabong di Kuala Krai
Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dabong, Datuk Ramzi Ab Rahman.
Sebagai mempertingkatkan serangannya terhadap PAS, menurut Mustapa, dalam menghadapi PRU14, UMNO Kelantan akan memperkukuhkan kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) terutama di luar Kelantan.
Ia bagi mendekati
pengundi muda yang tinggal di luar negeri itu.
Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata UMNO turut merancakkan program mendekati golongan mahasiswa.
Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata UMNO turut merancakkan program mendekati golongan mahasiswa.
Tujuannya ialah mengelakkan mereka daripada mudah
dikelirukan dengan fitnah pembangkang.
No comments:
Post a Comment