Seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan maut apabila terjatuh ke dalam sebuah kolam ikan terbiar ketika ibunya sedang memasak dalam kejadian di Kampung Atas Banggol, Kok Lanas, kelmarin.
Ibu mangsa, Zurina Ismail, 39, berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 1 petang ketika anaknya, Mohd Danial Rozmi, ditingggalkan bermain seorang diri di ruang tamu rumahnya.
"Masa tu saya tengah memasak, Mohd Danial tengah main kat ruang tamu, saya di dapur, tinggalkan dia bermain seorang diri dalam beberapa minit saja tetapi bila saya keluar semula ke ruang tamu saya tengok Mohd Danial dah tak ada," katanya.
"Saya terkejut apabila dengar jiran saya menjerit memanggil nama saya, dalam kekalutan saya menjengah keluar rumah dan melihat jiran menunjuk ke arah kolam yang terletak kira-kira empat meter dari rumah, sebelum ternampak Mohd Danial terapung di dalamnya," katanya.
Zurina berkata dengan pertolongan jirannya beliau kemudian mendapatkan anaknya lalu bergegas ke Klinik Pulai Chondong, Machang untuk rawatan bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia dan dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk bedah siasat.
Showing posts with label Lemas. Show all posts
Showing posts with label Lemas. Show all posts
Friday, January 14, 2011
Sunday, January 9, 2011
Kanak-Kanak Perempuan Korban Pertama Banjir Di Kelantan
Gayah Hassan, 35, dan suaminya Kamaruzaman Ismail, 41, disamping mayat anak mereka, Siti Aisyah, 10, pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Peringat yang lemas ketika bermain bersama rakan berhampiran rumahnya yang ditenggelami air di Kampung Belukar Limbat, Kota Bharu, semalam.Ibu mangsa, Gayah Hassan, 35, hanya mampu melihat Siti Aisyah Kamarulzaman, 10, anak ketiga daripada lima beradik itu terkapai-kapai sebelum tenggelam dan dibawa arus. "Setiap tahun kawasan rumah saya akan ditenggelami air.
Anak-anak memang dah biasa main air termasuklah Siti Aisyah. Saya benarkan mereka bermain tetapi betul-betul di hadapan rumah, kira-kira tiga meter dari rumah. "Ketika kejadian kira-kira jam 11.15 pagi itu, saya memang ada memerhatikan Siti Aisyah dan adik beradik dia yang lain main air, tetapi tak sangka ada kawasan yang airnya dalam menyebabkan Siti Aisyah lemas," katanya di Bilik Mayat Hospital Raja Perempuan Zainab Dua (HRPZII) di Kota Bharu.
Siti Aisyah adalah murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Peringat.
Menurut Gayah, selepas melihat anaknya lemas, dia cuba menyelamatkan anaknya bagaimanapun arus deras dan air sedalam satu meter menyebabkannya gagal berbuat demikian.
Pegawai Bomba Kanan II, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Baharu, Hasmadi Jusoh berkata, pihaknya menemui mayat kanak-kanak tersebut pada jam 1.30 petang yang tersangkut di dasar tali air kira-kira dua meter dari tempat mangsa dilaporkan lemas.
Subscribe to:
Posts (Atom)