Friday, November 7, 2008

JJ & TAN SRI AMZI - SIKAP PERKAUMAN THE STAR TERSERLAH

Akhbar The Star milik MCA semakin jelas sifat perkaumannya.

Lihatlah bagaimana sikapnya terhadap kenyataan Datuk Seri Jamaluddin Jarjis (JJ) dalam isu kebebasan akhbar dan perlantikan Tan Sri Zaki Tun Azmi sebagai Ketua Hakim Negara dalam terbitan 22 Oktober 2008.

Jelas benar ia tidak mementingkan kebebasan bersuara dan meletakkan akhbar sebagai pencetus demokrasi kerana The Star langsung tidak menyiarkan sepatah pun ucapan anggota Parlimen BN Rompin itu yang mengecam parti parti pembangkang kerana memusuhi akhbar dengan tindakan memboikot, menyaman dan sebagainya.

Jamaluddin mendedahkan tindakan saman Ahli Parlimen Seputeh (DAP) Teresa Kok terhadap akhbar Utusan Malaysia sebanyak RM30 juta dan diikuti dengan saman RM100 juta terhadap akhbar yang sama kerana penyiaran cerpen oleh Chamil Wariya yang dianggap ditujukan kepadanya.

Sementara itu Ahli Parlimen Bukit Gelugor ( DAP) Karpal Singh pula telah menyaman Utusan Malaysia RM10 juta sekalipun Utusan telah meminta maaf.
Kerajaan pembangkang di Selangor dan Perak pula memboikot Utusan Malaysia dan kerajaan Kelantan memboikot Berita Harian.

Mana setiakawan The Star dengan akhbar lain? Ia bagaikan ‘enau dalam belukar’ yang mahu melepaskan pucuknya sahaja sedangkan dalam terbitan 24 Oktober 2008, The Star dengan nyaring memperjuang dan mempertahankan kebebasan media dan menentang ISA.
Itu kes JJ dan bagaimana pula dengan kes Tan Sri Zaki?

The Star bagaikan berkabung sebagai membantah perlantikan Tan Sri Zaki Tun Azmi sebagai Ketua Hakim Negara. Berbanding dengan Utusan Malaysia yang menjadikan berita ini sebagai tajuk utama muka satu keluaran 22 Oktober, The Star hanya menggunakan tiga para berita ini dari Bernama dimuka 22.

Berita yang lebih besar di samping berita itu ialah hasil kajian Transparency International Malaysia di kalangan peguam (kebanyakan orang India) yang mendapati mereka mempunyai persepsi “muram” terhadap badan kehakiman dan perundangan negara (judiciary).

Menurut presidennya Tan Sri Ramon Navaratnam, 91% dari 339 peguam yang ditinjau merasakan proses perundangan dan penghakiman di Mahakamah Tinggi, Mahakamah Rayuan dan Persekutuan adalah tertakluk kepada berbagai peringkat pengaruh daripada kerajaan dan lain lain.

Tidakkah berita ini sebenarnya bertujuan menimbulkan keraguan terhadap ketulusan dalam pelantikan Tan Sri Zaki kerana beliau diketahui mempunyai hubungan yang rapat dengan kalangan pemerintah dan UMNO. Beliau pernah menjadi peguam dan penasihat kepada UMNO?
Bagi The Star sekalipun sesaorang mempunyai kelayakan dan kualiti yang diperlukan untuk memegang sesuatu jawatan penting dalam kerajaan tetapi jika terlibat dengan parti pemerintah maka kredebilitinya sudah terjejas.

Sebaliknya sekalipun seseorang itu ditolak oleh rakyat tetapi kerana sikapnya yang liberal dan bukan seorang nasionalis Melayu maka dia adalah bersih dan layak untuk diberikan kedudukan penting.

Berbalik kepada isu kebebasan akhbar ‘KOPITIAM TALK’ dalam http://malaysiaaktif.com pada 30 Oktober berkata, tindakan yang diambil oleh pemimpin-pemimpin DAP terhadap Utusan adalah benar-benar mengikuti jejak langkah Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew yang menutup mulut pembangkang dan media di Singapura dan juga di luar negaranya termasuk Malaysia dengan tindakan saman yang angka kosnya menggerunkan.

Utusan Malaysia dan The Star sendiri pernah menjadi mangsa saman Kuan Yew dan membayar kepadanya beratus ribu ringgit. Ini berlaku semasa Singapura dalam Malaysia dan sesudah Singapura keluar dari Malaysia.

Tidak mengejutkan DAP mengikuti langkah ini kerana ia adalah parti yang dilahirkan oleh PAP bagi mewarisi perjuangan Malaysian Malaysia di Malaysia.

Parti-parti pembangkang melakukan ini kerana mereka percaya bahawa akhbar arus perdana tetap berpengaruh dan terus dibaca oleh rakyat walaupun mereka memburukannya sebagai suara kerajaan, tidak bebas, bohong, tidak berkredebiliti dan sebagainya.

Adalah hak parti pembangkang untuk menjalankan tindakan itu, tetapi rakyat yang berfikiran rasional dapat membaca tindakan ini sebagai amaran awal tentang taraf kebebasan yang akan dinikmati rakyat apabila parti parti pembangkang memerintah Malaysia kelak..

Tidak boleh dinafikan banyak orang yang tidak memahami etika kewartawanan dan hak awam dari segi undang-undang yang mengawal kebebasan akhbar arus perdana.Tindakan undang-undang oleh parti- parti pembangkang terhadap akhbar adalah menjadi bukti betapa akhbar senantiasa terkawal dan tidak dapat bebas dalam penyiaran dan penerbitan mereka setiap hari terutama dalam menyiarkan bahan- bahan yang bersifat politik.

Pengendali akhbar `nyamuk' parti-parti pembangkang dan juga akhbar mingguan atau bulanan yang tidak diterbitkan secara tetap dan media siber tidak menghadapi ancaman ini kerana orang ramai tidak menganggap mereka penting dan berkesan dan tidak berpengaruh (walaupun sebenarnya mereka berkesan) kerana tidak diterbitkan oleh institusi perniagaan dan perusahaan yang gagah, maju dan lama.

Kebanyakan akhbar perdana adalah berfungsi secara self-regulated, mengadakan penapisan penyiaran dengan ketat setiap hari bagi semua bahan penyiaran. Mereka bersikap demikian bukan kerana takut kepada tindakan dari kerajaan tetapi yang lebih ditakuti oleh mereka ialah jika terlepas sesuatu penyiaran yang membolehkan pihak orang awam mengambil tindakan saman malu dan sebagainya yang melibatkan kewangan syarikat mereka. Inilah yang disedari oleh pemerintah Singapura yang cekap dan bijak yang mempunai rekod tidak pernah kalah dalam menyaman akkhar dan mingguan terkemuka luar. Singapura digeruni oleh media luar negara kerana menggunakan senjata hit the pocket.

Sebenarnya di Malaysia parti-parti pembangkang dan akhbar perdana tidak menghadapi ancaman udang-undang seperti di Singapura (sehinggga ini tidak diketahui apakah keputusan kerajaan Malaysia terhadap suara Parti Keadilan yang mendakwa Ketua Polis Negara lumpuh kerana serangan jantung).

Ancaman besar yang menakutkan akhbar di Malaysia ialah wabak saman dari Singapura yang dibawa oleh parti pembangkang sendiri, artis, individu dan syarikat-syarikat yang tindakan undang-undang mereka boleh membengkrapkan akhbar.

Tindakan ini tidak sahaja menutup kebebasan bersuara tetapi boleh membunuh industri akhbar, boleh menghapuskan para wartawan, melenyapkan bukan sahaja hak wartawan untuk menulis tetapi juga untuk bernafas, makan dan pakai setiap hari. Ia juga melibatkan pegawai dan kakitangan di bahagian pengeluaran dan pengurusan.

Bercakap tenang kebebasan akhbar adalah sesuatu yang ideal tetapi hak untuk hidup bagi setiap manusia adalah lebih mahal daripada kebebasan yang bersifat idealisma..

Semua akhbar dan wartawan di Malaysia menyedari hakikat bahaya ini tetapi mereka tidak bersatu dalam menentangnya. Ini tergambar apabila Utusan menghadapi ancaman itu, maka jelas akhbar Inggeris yang selama ini memperjuangkan kebebasan media tidak menunjukan semangat setiakawan.

Ini berbanding dengan setiakawan yang ditunjukan kepada sebuah akhbar Cina sehingga menjadikan wartawannya yang terlibat tahanan sehari ISA sebagai pejuang jihad..
The Star sebagai akhbar yang dipunyai oleh sebuah parti komponen Barisan Nasional sewajarnya memberikan penjelasan kepada rakyat Malaysia kenapa ia langsung tidak menyiarkan kecaman Jamaluddin Jarjis terhadap pembangkang yang menggugat kebebasan akhbar dengan saman beratus juta ringgit.

Sebenarnya sikap akhbar ini adalah membuktikan bahawa ia sendiri tidak bebas.Ia tertakluk kepada ideologi Malaysian Malaysia, bersikap prejudis terhadap Utusan sebagai suara orang Melayu dan Islam, berkongsi dengan pandangan dan pemikiran DAP.

Dengan berselindung di sebalik parti tertentu, akhbar ini telah sekian lama memupuk perasaaan prejudis, syak wasangka dan juga kebencian bukan Melayu terhadap kerajaan dengan berbagai-bagai cara yang tidak dapat dibaca oleh pegawai-pegawai kerajaan yang bertanggungawab tapi lemah dan oleh ahli parti BN yang tidak sensitif. .

Sesungguhnya akhbar ini telah berjaya besar dalam mengelirukan masyarakat bukan Melayu untuk menunjukan perjuangan orang Melayu bagi mempertahankan hak mereka dari segi perlembagaan sebagai rasis dan perjuangan bukan Melayu yang di luar perlembagaan dengan pelbagai provokasi terhadap orang Melayu adalah sebagai hak mereka.

Provokasi yang terkini ialah penggunaan tulisan Cina dan Tamil bagi nama jalan di Pulau Pinang.
Dengan tidak menyiarkan langsung ucapan Jamaluddin yang membidas pembangkang kerana tidak mempertahankan prinsip berkaitan dengan kebebasan akhbar dan blog adalah membuktikan bahawa akhhar ini mempunyai agenda yang besar untuk suatu tugas reformasi yang membahayakan kepentingan dasar nasional.

Sikap wartawan-wartawan Malaysia yang tidak menunjukan semangat setiakawan dalam menghadapi ancaman sebenar bererti mereka sedang membantu untuk menegakkan sebuah kerajaan authoritarian yang kelak akan membenamkan segala idealisme mereka terhadap kebebasan.

Mereka tidak perlu melihat hal ini lebih jauh kerana contohnya berada di muka pintu.
‘KOPITIAM TALK’ pada 23 Oktober 2008 pula mengajak kita mengingatkan semula bagaimana The Star merayakan perlantikan Datuk Zaid Ibrahim sebagai menteri undang-undang de facto kerana dia liberal, tidak mempunyai keperibadian bangsa , sanggup memalukan Tun Dr.Mahathir dan pejuang kebebasan dan demokrasi yang tidak mengenal batas dan sempadan .Orang seperti ini adalah celeberity kepada Star.

The Star berselindung di sebalik imej MCA untuk menjadi suara kepada parti pelampau Cina yang anti Melayu. Dasarnya sama sahaja dengan Gerakan yang menjadi duri dalam daging dalam BN. Sikap talam dua muka inilah yang mengelirukan masyarakat Cina dan mendorongkan mereka untuk mengundi pembangkang dalam pilihan raya lalu.

The Star percaya dengan hanya menunjukan imej bebas, propembangkang, anti-Melayu, antikeris dan anti-Kontrak Sosial akan meyakinkan pembaca terhadap kredebilitinya. Ia melalaikan peranan dan tanggungjawab utamanya untuk membentuk fikiran rakyat dan bukannya dikuasai oleh nilai-nilai rakyat yang bertentangan dengan aspirasi nasional..

Pada hari The Star berkabung kerana pelantikan Zaki sebagai Ketua Hakim Negara, akhbar itu juga menjadikan tajuk berita utama di muka yang sama tentang tindakan saman malu anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok terhadap Datuk Chamil Wariya dan Utusan Malaysia sebesar $100 juta kerana sebuah cerpen yang dikatakan menyindirnya dalam Mingguan Malaysia dan juga berita tuntutan RM10 juta terhadap Datuk Syed Ali Alhabshee Ketua UMNO Bahagian Cheras atas sebab yang sama.

Sebelum itu berita tindakan Utusan meminta Teresa Kok meminta maaf kepadanya telah diperkecil oleh TheStar. Berita seorang anggota parti Keadilan di Ipoh yang dituduh menerima rasuah seks tidak disebutkan keanggotaannya dan berita seorang pemimpin parti Keadilan keturunan India yang memeras ugut dan ditahan oleh polis di Kedah tidak disiarkan langsung.

Sikap double standard akhbar itu dalam perjuangan kebebasan kewartawanan dan akhbar juga jelas apabila tekanan terhadap Utusan oleh kerajaan Selangor dan Perak dengan memboikot Utusan Malaysia dan melarang wartawannya membuat laporan diperkecilkan tetapi bila wartawan akhbar Berita Harian dilarang membuat liputan mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kelantan dibesarkan. Sebabnya The Star melihat ada kepentingan DAP di Selangor dan di Perak, tetapi di Kelantan hanya kerajaan Pas sahaja.

Jika melibatkan dengan kepentingan DAP maka The Star akan lebih berhati-hati.
Bagaimanapun pemimpin-pemimpin UMNO dan orang Melayu umumnya tidak sensitif kepada peranan yang dimainkan oleh The Star selama ini terutama pemimpin-pemimpin yang sering diberikan publisiti olehnya. Mereka tidak nampak sikap perkauman Star .

Akhbar The Star pernah digantung dalam masa Ops Lalang di bawah pemerintahan Dr.Mahathir kerana sering menghasut dengan cara halus. Di antaranya ialah menyiarkan gambar orang Cina miskin sedang makan di bawah gambar majlis jamuan Raja-Raja Melayu..

Wartawan-wartawannya yang jahat telah lari ke Hong Kong semasa Ops Lalang itu tetapi beberapa orang dari mereka telah kembali berkerja dengan New Straits Times akhbar kepunyaan UMNO dengan bantuan penasihat tidak rasmi Perdana Menteri, Kalimullah Hassan.

Kalimullah dan keluarganya telah pun lari meninggalkan negara ini untuk menetap di London..
Maka itu jangan hairan mengapa akhbar The Star semakin berani dan semakin agresif dalam menentang Institusi Melayu dan menyokong DAP untuk menegakkan Malaysian Malaysia.

Jika anasir-anasir subersif boleh berlindung di akhbar UMNO maka mengapakah Star tidak boleh menjadi suara DAP dengan berimejkan MCA.

Ibrahim Ali sebagai Ketua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia( Perkasa) mestilah memantau peranan akhbar The Star yang bersifat musang berbulu ayam dan janganlah kerana publisiti yang diberikannya akan menyebabkan Perkasa tidak nampak bahayanya kepada bangsa dan agama.

KENAPA RAVINDRAN MAHU BALIK KE MALAYSIA?

PERTUBUHAN haram Hindraf dan juga peguam-peguam India di Malaysia sering kali menggambarkan Malaysia sebagai negara yang tidak adil kepada bukan Melayu, tidak membela nasib orang India, meroboh kuil Hindu dan sebagainya.

Bagaimanapun adalah amat menghairankan apabila seorang India yang telah meninggalkan negara ini lebih 30 tahun masih mahu pulang untuk menetap di Malaysia.Mungkin baginya cerita Hindraf adalah cerita karut. .

Kes terbaru ialah C.K Ravindran yang berasal dari Melaka dan pergi melanjutkan pelajaran di India dalam tahun I967, berkerja di sana dan berkahwin dengan wanita India tetapi sekarang dia mahu balik ke Malaysia. Dia menghadapi masalah untuk pulang ke Malaysia kerana tidak mempunyai kad pengenalan dan surat beranak yang menurut dakwaannya telah diserahkan kepada kedutaan Malaysia pada tahun 1977. Dia juga pernah memohon passport India dan mengundi dalam pilihan raya India.

Sekali lagi yang menjadi juara untuk memperjuangkan kes seumpama ini ialah akhbar The Star.
Tetapi kita tidak harus lupa bahawa akhbar The Starlah juga yang membina perasaan tidak selamat di kalangan bukan Melayu dengan mendakwa berlaku “brain drain” orang Cina ke luar negara kerana tidak mendapat peluang perkerjaan di Malaysia. Star tidak boleh menafikan semua ini kerana semua keratan akhbar mengenainya ada dalam simpanan kami kecuali tidak ada di Kementerian Dalam Negeri yang tidak cekap.

Star menelefon Ravindran di India untuk menafikan semua tuduhan terhadapnya di samping mendapatkan rakan-rakan sekolah Ravindran di Malaysia untuk mengesahkan bahawa Ravindran memang berasal dari Malaysia.

Kerajaan harus sedar bahawa banyak kerja yang bertentangan dengan aspirasi nasional yang dijalankan oleh The Star. Datuk Syed Hamid Albar tak usahlah terpengaruh dan cepat gementar dengan “gempak” akhbar ini atau terlalu bertolak ansur dengan akhbar ini kerana banyak memberikan publisiti kepadanya.

Syed Hamid harus menjaga maruahnya sebelum orang Melayu mengambil langkah untuk menjatuhkan maruahnya.

Bagi orang Melayu dan bumiputra negara ini sesiapa juga boleh keluar mencari perkerjaan di luar negara. Sepuloh orang keluar seribu orang akan datang mengganti.

Ketua Pengarang The Star patut sedar bahawa kawan-kawannya yang lari ke Hong Kong juga balik cari makan di Malaysia.

No comments: