Daripada – www.hambali1.blogspot.com
Menarik membaca komen pada entri bertajuk K’JAAN UMNO PERAK DAN TERENGGANU ATAS EHSAN SULTAN? dalam www.teganukini.blogspot.com semalam.
Saya mengatakan komen berkenaan menarik kerana ia menggambarkan betapa kemelut politik Terengganu yang dikatakan selesai oleh Datuk Seri Hishamuddin Hussein sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO negeri nampak belum selesai.
Malah, satu komen mengatakan Perdana Menteri sendiri berhasrat menukarkan Menteri Besar Terengganu. Betulkah?
Cakap-cakap dan tindakan mahukan Datuk Ahmad Said disingkirkan sebagai Menteri Besar jelas masih diperkatakan hebat di belakang tabir.
Hakikatnya komen-komen berkenaan menggambarkan betapa peranan pihak tertentu perlu dihentikan segera dan jangan sampai pihak istana bertindak balas kerana tiadanya political will daripada pemimpin tertinggi UMNO mengatasi kemelut politik Terengganu.
Persoalan timbul kini ialah benarkan Hishamuddin berjaya meredakan kemelut politik Terengganu dan apakah Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Razak sungguh-sungguh mahu menjamin Terengganu terus berada dalam tangan Barisan Nasional (BN).
Ramai mula mempersoalkan keberkesanan Hishamuddin di Terengganu dan dengan mengasingkan kuasa Perhubungan Negeri dengan Menteri Besar tidak akan mendatangkan banyak faedah kepada UMNO.
Kenapa di Perlis sebagai contoh – kemelut politik juga ada tetapi Menteri Besar dilantik sebagai Ketua Perhubungan dan tidak digantikan?
Pertanyaan lain ialah apakah Najib sebagai Perdana Menteri tidak melihat betapa pentingnya survival UMNO melalui kekuatan UMNO Terengganu. Jika salah langkah atau tindakan, bukan Terengganu sahaja yang hilang Menteri Besarnya kerana Najib juga terpaksa turun daripada kedudukannya sebagai Perdana Menteri jika UMNO Terengganu gagal mempertahankan negeri berkenaan.
UMNO tidak punya banyak pilihan. Kuasa yang ada tidak banyak. Kini hanya Johor, Terengganu, Sabah, Pahang, Melaka, Perak dan Negeri Sembilan sahaja yang boleh dianggap ‘bernyawa’.
Negeri lain seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Perlis semakin terhimpit.
Saya tidak mahu buat kesimpulan tetapi bacalah 4 komen berikut:
1. Kata Law (LLB) Center: “Cukup-cukup la derhaka ke Raja. Raja itu payung. Payung kepada semua rakyat dan semua kaum. Dan sepatutnya wakil rakyat itu menjaga payung ini. Ini tidak, digoncangnya pagar istana. DERHAKA ke Raja.Ini semua patut dihentikan. YAB PM perlu memberikan arahan kepada budak hitam yang dikepalai oleh 'ore demo' ini STOP. There must be a STOP to this. Mari la kita sama-sama bangunkan negeri daripada menentang YAB MB. Anda sebagai wakil rakyat perlu tahu bahawasanya jika anda menentang MB anda juga menentang Istana. Macam mana nak jadi wakil rakyat jika Raja tak berkenan? Bukan sahaja wakil rakyat.. agaknya jika menyebabkan Raja murka nak jadi rakyat pun payah! (17 JANUARY 2010 07:46)
2. martkilau kata: “Masa marah lantik MB Mat Said kerajaan nak kaji cara lantik MB. Menteri anggap undang-undang sedia ada sudah lapuk, timbulkan masalah Undang-undang yang ketinggalan zaman, khususnya berkaitan pelantikan pemimpin kerajaan negeri, kata wajar dikaji semula supaya tidak timbul masalah pada masa depan, kata Menteri BN. Menteri berkata, kajian semula itu perlu kerana ada antara undang-undang negeri itu digubal pada awal 1900-an dan sudah tidak lagi sesuai pada zaman ini. Nasib baik tak pinda, dengan "KEDAULATAN" UMNO dapat ambil balik semula Perak dan Terengganu ! (17 JANUARY 2010 08:06)
3. Kata ali: “Dengar sumber dari Kementerian Kewangan PM nak tukar MB. Perkara ni hangat dikata masa PM datang ke Trg utk Monsun Cup dan beri bantuan banjir. Jika betul la perkara ini memang UMNO tak bersyukur la ada Agong yang baik dan beriman. Pasal apa kata camtu? Sebab MB ni adalah MB pilihan Raja. Kalau nak tukar maknanya tak setuju dengan perintah Raja. Dengan kata lain .. DERHAKA la. Come on la .. wakil rakyat goncang pagar Istana kerja nak bela 'oghe Besut'? Patutnya PM kena respect Agong dengan memberikan sokongan sepenuhnya ke MB. Kalau sokong MB maknanya dia sokong Agong. Kalau dia sokong MB maknanya dia kena suruh budak2 hitam ni STOP menentang MB. Patutnya dia syukur sebab Agong lantik jadi PM sebab masa dekat2 dilantik dulu ada suara dari bekas Menteri di JPM yang background law kata jangan lantik sebab ada kes2 yang ragu2. Bayangkan jika dia sokong MB. Confirm Terengganu akan maju berbanding dengan ZAMAN HADHARI yang penuh dengan hipokrit dan projek mega yang membazir yang mana hasilnya sekarang adalah ... ? RUNTUH satu per satu. (17 JANUARY 2010 08:18 )
4. martkilau kata: Dato' Seri Utama dah confirm kuasa mutlak Sultan Terengganu lantik Ahmad Said sebagai MB. Derhaka namanya jika 3 budak hitam ungkit lagi. Tak sempurna hidup jika dimurkai !”Najib tak payah layan 3 budak hitam ni. Hormatilah Tuanku Mizan yang beriman dan telah lantik kita jadi PM walaupun ada suara yang tak suka. Hishamuddin kena kenanglah jasa Sultan Terengganu yang telah anugerah Darjah Kerabat (DK) kepada Tun Hussein Onn, jadi setaraf dengan Raja. UMNO dan Istana sama-samalah ambil tindakan kepada 3 budak hitam, tindakan disiplin dan tarik balik gelaran, bagi jadi pengajaran ! (17 JANUARY 2010 09:30)
Baca entri asal K’JAAN UMNO PERAK DAN TERENGGANU ATAS EHSAN SULTAN? untuk lebih jelas kenapa komen-komen tersebut dibuat.
Rakyat Perak yang telah menyerahkan kuasanya pada suatu masa dulu kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah dimana pada Pada 13 Februari 2008, Mohammad Nizar, 52 dilantik oleh DYMM Sultan Perak sebagai Menteri Besar.
Barisan Nasional mengambilalih semula pemerintahan kerajaan negeri Perak ekoran tindakan Adun Bota, Nasaruddin Hashim melompat spring ke Umno semula menjadikan bilangan Kerusi BN kembali kepada 28. Di Pihak Pakatan pula kini hanya tinggal 28 Kerusi setelah 2 Adun PKR dan seorang Adun DAP mengistiharkan keluar parti sebagai wakil rakyat bebas dan menyokong BN.
Mohamad Nizar membawa perkara ini ke Mahkamah dimana Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak pada 6 Feb 2009, menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, adalah tidak mengikut perlembagaan.
Peguam Sulaiman Abdullah, mewakili anakguamnya Mohammad Nizar, berkata bahawa Zambry tidak boleh menuntut pejabat Menteri Besar kerana Mohammad Nizar belum meletak jawatan dan pejabat Menteri Besar tidak pernah dikosongkan.
Perlembagaan Perak sangat sangat jelas katanya bahawa Sultan tidak ada kuasa untuk melucutkan jawatan Menteri Besar .
Disamping alasan Nizar telah menasihat dan memohoan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mengelakkan berlaku sebarang kebuntuan dalam pentadbiran hal ehwal negeri itu memandangkan tiga anggota DUN tersebut telah meletak jawatan.
Alasan lain yang digunakan ialah tidak ada pembubaran DUN dan tidak ada usul tidak percaya dibentangkan terhadap Nizar di DUN.
Namun, Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah menggunakan “Kedaulatan” baginda dengan titah untuk tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menitahkan supaya Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin dan barisan exconya meletak jawatan berkuat kuasa serta merta.
Apakah isu “Ketuanan Melayu’ dimainkan oleh Pak Lah selaku PM dan Najib selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Perak telah menambat perhatian Sultan ?
Situasi di Perak adalah ulangan peristiwa yang telah berlaku kepada PAS semasa memerintah Terengganu pada 1959, Kerajaan PAS Terengganu ketika itu hanya bertahan dua tahun empat bulan 10 hari sahaja, Menteri Besar kerajaan PAS Terengganu ketika itu ialah Mohd Daud Abdul Samad.
Pada 1959 kerajaan negeri Terengganu Darul Iman telah dibentuk oleh PAS yang memenangi pilihan raya negeri pertama . Bagaimanapun pada tahun 1962 UMNO berjaya mendapat sokongan dua Adun PAS iaitu Abdul Kadir Mohamed (Kuala Terengganu Tengah) dan Wan Said Mohd Noor (Kuala Besut) telah keluar PAS dan memberi sokongan kepada UMNO telah menyebabkan kerajaan yang dibentuk oleh PAS tidak stabil.
DYMM Sultan Terengganu telah menolak permintaan Menteri Besar ( PAS) untuk membubarkan dewan keranapihak Umno boleh membentuk kerajaan dengan adanya Adun yang cukup setelah Adun PAS menyeberang ke pihak mereka. Akhirnya, pada 30 Oktober 1961, kerajaan PAS pimpinan Mohd Daud tumbang dalam satu undi tidak percaya.
Situasi di Perak dan Terengganu menzahirkan Sutan mempunyai “kedaulatan” untuk mengampuni perkenan atau sebaliknya nasihat Nizar dan Mohd Daud untuk membubar Dewan.
Tindakan Raja diatas menyangkal teori Demokrasi yang menggariskan Raja berindak atas nasihat (advice) sebagaimana dalam praktis ‘comman law’ di England. Apabila diberi nasihat oleh Menteri Besar,atau Perdana Menteri, Raja mesti memberi perkenan. Raja juga dikatakan sebagai simbul sahaja sebelum ini.
Jika DUN dibubarkan, Nizar dan Mohd Daud akan menjadi Menteri Besar sementara untuk tempoh maksimum 90 hari ,( atau 60 hari bagi Terengganu sekiranya Undang-Undang Tubuh Negeri masih belum dipinda selaras dengan Perlembagaan Persekutuan) sebelum pilihan raya dan ahli Dewan Undangan Neger baru dilantik.
Keputusan pilihan raya tidak dapat diramalkan tetapi yang pasti Perak dan Terengganu belum pasti menjadi milik UMNO. pada masa itu.
YB. Dato’ Seri Utama Rais Yatim telah diajukan soalan oleh wartawan Berita Minggu dalam akhbar berkenaan 8 Mac 2009 bagi mengesahkan perkara di atas dengan soalan ;
“Apa yang membezakan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dengan negeri lain?”
Jawapannya “Perbezaannya ada pada beberapa aspek. Salah satu daripadanya adalah kuasa diraja. Kuasa diraja negeri Perak yang ada di bawah 16 (4) tadi didapati hanya ada di beberapa negeri. Dua daripadanya ialah Perlis di bawah Sesyen 39 dan Terengganu di bawah kuasa lama 1911 yang pada tahun 1948 dipinda dan menjadi kuasa mutlak bagi Sultan Terengganu. Dalam proses melantik seseorang Menteri Besar, Sultan di ketiga-tiga negeri ini berkuasa penuh untuk menentukan siapa yang baginda rasa wajar. Jadi kuasa ini dianggap kuasa tradisional.
Kuasa turun-temurun dunia Melayu ini lagi dan selepas Inggeris mengaturkan pada 1948, di bawah Perjanjian Persekutuan Malaya 1948. Semua negeri Melayu mempunyai beberapa bidang pindaan kepada Perlembagaan yang ada. Jadi bagi negeri Perak, Perlis dan Terengganu khususnya mempunyai kuasa-kuasa itu.
Tambahnya lagi “Kuasa untuk memberi pengampunan semuanya ada. Kuasa untuk menentukan Raja itu boleh menjalankan tugas dalam bidang tradisi ada di beberapa kelompok kuasa di Negeri-Negeri Melayu Yang Bersekutu, tetapi tidak ada di dalam Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.”
Kedaulatan Raja Melayu mula terserlah semasa negara di terajui Pak Lah dan Najib?
Monday, January 18, 2010
Wednesday, January 6, 2010
ROSOL YANG DITIMBA BALA!
Membaca surat terbuka melalui blogspot penawarrinduku, mengejutkan saya mengenai belang sebenar YB Datuk Rosol Wahid.
Ingatkan dia seorang yang baik dan murni dalam perjuangan tetapi dia memang seorang yang menyalahgunakan kuasa, tamak kuasa dan ‘jahat’dalam politik.
Saya malas menceritakan mengenai peribadinya tetapi bacalah apa yang ditulis seseorang melalui blog berkenaan.
Bacalah olehmu mengenai ‘kebejatan’ manusia bernama YB ROSOL WAHID!
Surat terbuka untuk YB Dato' Rosol Wahid
(Disalin daripada : PENAWARINDU, http://penawarrinduku.blogspot.com/)
Apr 24, 2008
Assalamualaikum,
YB Dato', semoga YB dato' didalam kesejahteraan dan berada dalam suasana ketenangan yang memuncak hendaknya.
Maafkan saya kerana menjenguk Dato' dengan surat ini.Bukan lah niat saya untuk menyerabutkan dato' dengan peristiwa-peristiwa lepas yang semestinya dato' sendiri tidak selesa untuk memperingatinya kembali.
Dato' tentu masih ingat semasa seawal zaman reformasi ditahun 1998. Ketika itu Dato' bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu, selepas sebelum itu dato' bertugas di Sek Men Matang, Hulu Terengganu.
Dato' semasa itu adalah penyokong dan pendokong Dato' Seri Anwar Ibrahim,mati-mati Dato' pertahankan DSAI.Tak sudah sudah Dato' mengutuk Tun Mahathir ketika itu.Sementara Dato' membuat salinan bahan reformasi di laman web, salinan itu pula di bawa oleh isteri Dato' ke Pejabat Pertanian Kuala Berang untuk edaran teman-teman sepejabat beliau.Saya amat yakin tentu sekali Dato' Masih Ingat....Masihkah Kau Ingat....
Dato' YB,
Tapi reformasi Dato' telah dihidu oleh Dato' Tg Putera yang ketika itu telah menjadi ketua umno Hulu Terengganu.Kebetulan semasa hampir PRU 10 Nov 1999 Di Dun Ajil itu sendiri memerlukan BN menonjolkan satu muka baru selepas YB Othman Daud ketika itu dilihat tidak berfungsi dengan baik untuk berkhidmat kepada rakyat.Lalu ketika itu Dato' Tg Putera telah mencadangkan Dato' sebagai calon untuk Dewan Undangan Negeri Ajil.Maka jadilah Dato' sebagai ADUN Ajil,yang ketika itu menjadi pembangkang di Terengganu bersama 3 yang lain termasuk Dato' Tg Putera itu sendiri.
Dato' sangat lantang bersuara, dato' menjadi jaguh, sebagai Adun baru yang berkebetulan dato'lah satu-satunya Adun BN yang boleh membaca Quraan dan hadith( walaupun lintang pukang dan seringkali ditegur oleh speaker ketika itu)Dato' sanggup menyewa helikopter melalui KETENGAH dan menggunkan duit dana khas untuk mengajak beberapa pemberita akhbar mengambil gambar udara kawasan balak di Tasik Kenyir yang gondol akibat pembalakan ketika itu.Dato' samggup berbohong, sedangkan dato' sendiri tahu, pulau di Tasik kenyir yang berhampiran muara sungai Kerbat itu gondol akibat dari telah dilaksana perlombongan yang diluluskan lesenya dizaman Wan Mokhtar Ahmad, sanggup dato' jadi penipu dan pembohong.
Pilihanraya ke-11 2004 nasib dato' agak baik selepas dato' berjaya mempengaruhi DS IdrisJusoh supaya menukarkan Tg Putera ke Parlimen, maka dengan itu Dato'lah calon BN dari Hulu Terengganu yang layak menjadi exco.Ketika itu DUN Telemung dan Kuala Berang adalah muka baru iaitu cikgu Rozi dan dan Cik gu Komaroddin.Selepas hampir 4 bulan sebagai YB cik gu Komaruddin meninggal di Genting Highland, sekali lagi dato' berjaya mempengaruhi Idris jusoh supaya mencalonkan Cik gu Zawawi sebagai calon BN.Ketika itu dato' sudah menjadi SU Perhubungan Umno Terengganu. Kini 3 wakil Rakyat di Hulu Terengganu adalah cik gu-cikgu termasuk dato' sendiri.
Selepas itu suara dato' mula berbisik-bisik untuk merampas jawatan Ketua bahagian Hulu Terengganu.Dato' tidak sabar, dato' gelojoh dalam politik, kerana dato' naik dengan cepat lalu dato' merasakan dato' sangat hebat.Itu lah kesilapan dato' dan juga kesilapan tokoh-tokoh yang berjiwa besar dalam umno.
Apabila dato' telah menjadi exco dan selaku SU umno negeri sudah tentu dato' sangat rapat dengan MB yang juga ketua perhubungan berbanding Tg Putera yang cuma timbalan Ketua Perhubungan .Dato' telah menggunakan kesempatan ini dengan menguasai dan membelakangi Dato' Tg Putera Awang didalam majlis Parti dan Kerajaan di daerah dan Parlimen Hulu Terengganu.
Akhirnya kemuncak pengkhianatan Dato' terhadap YM dato' Tg Putera Awang ialah apabila dato' merancang bersama-sama Idris Jusoh untuk menggugurkan YM Tg Putera Awang sebagai calon dalam PRU Ke-12, dan sekali lagi Dato' mencadangkan seorang guru Pencen Mohd Nor Otman sebagai calon MP Hulu Terengganu.
Tujuan Dato berbuat demikian suapaya nanti senang dato' untuk menang merebuat jawatan Ketua Umno Hulu Terengganu,kerana dato' ketika itu turun sebagai calon Ketua Bahagian dengan tittle Exco kanan, sedangkan YM Tg Putera hanya sebagai bekas Ahli Parlimen.Cik gu Zawawi dan cik gu Mohd Nor sudah sah bersama dato', tapi cikgu Rozi masih dibayangi oleh YM Tg Putera,( Ruzi dok derake raje).
Semasa kemelut perlantikkan MB Terengganu, dato' juga lah yang merancang supaya seseorang menawarkan rasuah kepada cikgu Zawawi untuk bersama Dato' Ahmad Said, nak kata licik dato' ni tapi ramai orang tahu.Dengan dakwaan itu kononya tawaran tersebut datang dari puak puak Ahmad Said, Dato' mengharapkan agar Ahmad Said di benci oleh rakyat dan di siasat BPR.
Ketika itu Dato' menjadi jaguh dan jurucakap kepada Idris Jusoh, dan disatu pihak yang lagi satu YM Tg Putera pula dilihat sebagai mewakili 6 Ketua bahagian yang menyokong perlantikan Ahmad Said.Dato' sangat lantang dan sudah berpatah arang dengan istana,setiap hari wajah dan kenyataan dato' keluar di berita utama stesen TV.
Lihat petikan berita internet dibawah :
Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, setiausaha Umno Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata Ahmad terlucut keahlian dalam Umno kerana menerima watikah pelantikan tersebut pagi tadi.Menurut Rosol lagi, surat rasmi pemecatan Ahmad akan dikeluarkan oleh pihak Umno Malaysia.Tambahnya, pagi tadi, beliau mewakili 22 Adun BN - tidak termasuk Idris - telah menyerahkan memorandum kepada MPPR, membantah pelantikan Ahmad sebagai menteri besar.
Rosol berkata, beliau juga turut menyerahkan surat daripada badan perhubungan Umno Terengganu kepada Ahmad, mengingatkan bahawa beliau akan dipecat daripada Umno jika menerima pelantikan menteri besar.Katanya, surat peringatan tersebut dikeluarkan dengan restu presiden Umno.Kedua-dua memorandum dan surat tersebut diserahkan melalui setiausaha MPPR, Shafie Ali pada kira-kira jam 7.55 pagi.
Ditanya mengenai bagaimana sekiranya pihak istana meneruskan upacara mengangkat sumpah Ahmad sebagai menteri besar, Rosol menjawab: "Itu anda kena rujuk kepada pegawai undang-undang negeri".
Dan lagi petikan akhbar
KUALA LUMPUR: Kesemua 23 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu tidak menolak kemungkinan untuk melepaskan jawatan masing-masing sekiranya Adun Kijal, Datuk Ahmad Said tetap memegang jawatan Menteri Besar negeri itu.
Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Rosol Wahid dalam satu sidang akhbar di ibu negara malam ini, berkata tidak mustahil perkara seumpama itu berlaku memandangkan pelantikan tersebut tidak mendapat sokongan kesemua Adun berkenaan.
Katanya kesemua mereka telah berikrar untuk berdiri teguh di belakang bekas Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh bagi memberikan sokongan padu terhadap beliau.
"Kami menyatakan sokongan penuh semua wakil rakyat kecuali Kijal (Ahmad Said) atas keputusan presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memilih Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu. Maksudnya tidak ada calon lain yang dicadangkan untuk jawatan tersebut," katanya.
Menurut beliau, tidak ada sebab untuk Idris tidak dipilih berdasarkan kepada reputasi dan pencapaian cemerlang beliau dalam mentadbir negeri berkenaan sejak empat tahun lepas."Apa yang berlaku pagi tadi di Istana Tetamu sebenarnya tidak mendapat persetujuan kami semua dan ini berbeza dengan apa yang berlaku di Perlis. Ertinya Adun Kijal berseorangan dalam perkara ini," katanya.
Petikan bernama pula:
KUALA TERENGGANU: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang mendakwa semua Ketua Umno Bahagian di Terengganu, kecuali Besut, menyokong pelantikan Ahmad sebagai Menteri Besar.
Tengku Putera berkata, mereka sebulat suara menyokong pemilihan Ahmad kerana percaya beliau mampu menerajui kepemimpinan negeri itu.
Selain Tengku Putera selaku Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu, turut menyokong pelantikan Ahmad yang juga Ketua Umno Bahagian Kemaman, ialah Datuk Dr Rosli Mat Hassan (Dungun), Datuk Abdul Rahman Bakar (Marang), Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri (Kuala Nerus) dan Datuk Mohd Jidin Shafee (Setiu).
“Saya tidak dapat menghubungi Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu (Datuk Wan Farid Wan Salleh), tetapi saya percaya beliau juga menyokong pelantikan Datuk Ahmad sebagai Menteri Besar.
“Kami Ketua Umno Bahagian memberi jaminan untuk memastikan beliau (Ahmad) mendapat sokongan daripada anggota Umno dan berharap rakyat turut memberi sokongan,” katanya kepada Bernama.
Itulah Dato' kerana terlalu yakin dengan perancangan dan pelan yang disusun bersama DS Idris Jusoh.dato' menerima padah.
Rata-rata sekarang rakyat Terengganu sedang menunggu apa tindakan Dato', kemana arahtuju Dato' selepas ini. Walaupun Dato' menganggap kemelut itu sebagai carik-carik bulu ayam, namum rakyat mengatakan Dato' sebagai hangat-hangat tahi ayam.
Keegoan Mengudang Padah (Gambar ini dirakam didalam DUN Dato' Sendiri, ketika perjalanan saya dari Pekan Ajil ke Bukit Besi)
Akhirnya pada kesempatan ini ,saya ingin mengingatkan Dato' yang "Langit tidak selalu Cerah" Semoga Dato' belajarlah bagaimana untuk menghormati orang lain sama ada kawan ataupun lawan dalam politik.
Sekian Terima Kasih
CtKay's

Tuesday, January 5, 2010
KONTROVERSI KALIMAH ALLAH: KHALID LWN ZULKIFLI
Dua ahli parlimen Pakatan Rakyat - Khalid Samad dari PAS dan Zulkifli Noordin dari PKR - bertelagah berhubung keputusan mahkamah mengenai penggunaan kalimah 'Allah'.
Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Samad yang merupakan ahli parlimen Shah Alam menuduh Zulkifli - ahli parlimen Kulim Bandar Baru, mempunyai 'mentaliti seperti Umno'.
Katanya, Zulkifli - seorang peguam Syarie - seharusnya menyelaraskan pandangannya mengikut pendirian partinya, yang mengalu-alukan keputusan mahkamah itu.
Khalid berkata, Zulkifli perlu membuat keputusan dia hendak bersama parti mana.
"Jika dia seorang pemimpin Umno, dia harus mengikut pendirian Umno seperti yang diperjelaskan oleh (Presidennya) Datuk Seri Najib Tun Razak. Jika dia dalam PKR, maka dia harus mengikut pendirian parti itu," tambahnya.
Zulkifli tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komennya.
Khalid mengulas tulisan dalam blog Zulkifli semalam yang menggesa Khalid keluar dari PAS dan menyertai DAP kerana menyokong keputusan mahkamah tersebut.
Dalam mempertahankan pendiriannya itu, ahli parlimen Shah Alam itu berkata kalimah "Allah" telah digunakan secara meluas oleh bukan Islam sewaktu era Nabi Muhammad SAW dan oleh itu, ia tidak seharusnya menjadi isu sekarang.
Katanya, apa yang membezakan istilah tersebut ialah konsep triniti (dalam Kristian) dan dalam Islam, Allah itu esa.
Baca apa kata Zulkifli:
POLITIK INGUSAN YB KHALID
04 January 2010 Oleh Zulkifli Noordin
Salam 2 all.
Apabila Nik Amalina Nik Abdul Aziz menegur segelintir pimpinan PAS yang tidak mempertahankan Ayahandanya, lalu beliau mendesak mereka yang berkenaan meletak jawatan; pandangan Nik Amalina tidak dijawab dengan hujah yang bernas atau bertanggungjawab, sebaliknya Nik Amalina dilabel sebagai pembuka pekung dan pengkhianat PAS.
Apabila saya menegur YB Khalid Samad yang nampak terlalu terpengaruh dan menari-nari dengan rentak mainan kumpulan bukan Islam, dengan nas, dalil, bukti dan fakta, dan mendesak beliau supaya keluar PAS, beliau tidak menjawab dengan hujah bernas dan bertamadun.
Sebaliknya beliau melabel pandangan saya sebagi pro-UMNo! Inilah budaya politik ingusan yang ujud dikalangan ahli politik Malaysia mutakhir ini. Ternyata YB Khalid Samad ketandusan hujah bila berdepan dengan pandangan saya menyanggah kenyataan beliau yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya Kristian diberikan hak menggunakan nama ALLAH sebagai Tuhan mereka dalam bentuk ALLAH mempunyai anak bernama Jesus.
Saya telah memberikan pandangan menyanggah tiga alasan yang beliau kemukakan berdasarkan nas, dalil, bukti dan fakta yang saya yakin benar. Malahan ternyata kepimpinan PAS sendiri menyokong pandangan saya.
Diantaranya temasuk Musryidul 'Am PAS sendiri YAB Tok Guru Nik Aziz yang membantah Kristian diberi hak mengguna nama ALLAH dalam bentuk yang syirik. Timbalan Presiden PAS YB Ustadz Nasharuddin Mat Isa turut sama menyokong saya sebagaimana saperti yang disiarkan oleh akhbar-akhbar perdana hari ini. Mereka juga turut memberikan hujah-hujah, nas dan dalil yang mantap untuk menyokong pendirian mereka.
Tetapi bagaimana cara YB Khalid membalas hujah-hujah ini; beliau sekadar melabelkan pandangan ini dengan melabelnya sebagai pro-UMNo. Tidak mampu berdepan dengan hujah, beliau mematikannya dan cuba menyelewengkan pandangan dengan melabel pandangan orang lain.
Ini ternyata menunjukkan ketidakmatangan dalam berhujah! Pelajar tadika pun lebih baik akhlaknya dalam meraikan perbezaan pendapat. Beliau menyatakan saya tidak ada hak untuk menegur beliau. Apakah saya sebagai wakil rakyat Pakatan Rakyat tiak berhak menegur beliau.
Sokongan beliau kepada pihak Kristian mungkin akan menggembirakan segelintir kumpulan, tetapi apakah beliau fikir Pakatan Rakyat tidak memerlukan sokongan dan undi umat Islam, apakah bangsa Melayu terlalu murah pada fikiran beliau sehingga boleh diketepikan begitu sahaja perasaan dan sentimen mereka.
Sebagai wakil rakyat PR saya berhak menegur supaya Pakatan Rakyat tidak kehilangan sokongan dan undi umat Islam dan bangsa Melayu. Saya berani menegur beliau agar rakyat terutamanya umat Islam bangsa Melayu meletak keyakinan dan kepercayaan bahawa PR bukan sahaja akan membela kaum dan penganut agama lain, malahan PR juga komited untuk mempertahan dan membela umat Islam termsuk bangsa Melayu.
Kalau saya diberi maklum oleh kepimpinan PR bahawa agenda Islam dan Melayu tidak ada dalam PR, maka saya tidak akan teragak-agak keluar daripada PR.
Namun saya berbangga dan kagum kerana pemimpin besar PR sendiri iaitu DSAI telah berkali-kali menegaskan, samada secara private mahupun secara terbuka, bahawa PR tetap komited terhadap perjuangan umat Islam dan bangsa Melayu disamping tidak menafikan hak dan kebajikan kaum dan penganut agama lain selagi tidak bercanggah dengan Perlembagaan.
Malah saya sangat selesa bersama dengan Pakatan Rakyat kerana adanya Tok Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji Hadi, Ustadz Nasharudin Mat Isa, Tuan Guru Dr. Harun Din, Dato' Ismail Kamus dan banyak lagi ulama' dan 'ilmuan Islam yang masih lagi waras dalam pemikiran dan tindak-tanduk mereka berdasarkan Islam dan perjuangan ikhlas ini.
Namun malang karektor dan watak saperti YB Khalid dan yang sewaktu dengannya telah memberi tanggapan dan imej negatif dan buruk kepada perjuangan Islam didalam Pakatan Rakyat. Ramai dikalangan umat Islam dan bangsa Melayu hampir kehilangan keyakinan dengan perjuangan Islam dan bangsa Melayu dalam Pakatan Rakyat kerana adanya karektor dan spesis saperti YB Khalid ini.
Jika dibiarkan tanpa teguran dan amaran kepada spesis saperti ini, saya cukup yakin sokongan dan keyakinan umat Islam dan bangsa Melayu terhadap Pakatan Rakyat akan terhakis dan pudar. Saya memberi amaran kepada YB Khalid dan mereka yang sewaktu dengan beliau perlu ingat, majoriti penduduk dan pengundi dalam negera Malaysia ini masih orang Melayu beragama Islam! Jangan ingat kerana orang Melayu beragama Islam bertolak ansur dan bersabar, tidak bising dan tidak riuh rendah maka mereka boleh ditolak-tolak dan diperkotak-katikkan.
Kelak nanti mereka akan menghukum Pakatan Rakyat sekiranya spesis saperti YB Khalid ini terus dibenarkan bermaharaja lela. Teguran saya secara ikhlas dan terbuka terhadap beliau berdasarkan hujah bernas dan berdalil itu tidak lain hanyalah untuk menunjukkan kepada umat Islam bangsa Melayu di Malaysia bahawa dalam Pakatan Rakyat nasib dan maruah umat Islam masih dibela dan dipertahankan, agar mereka terus yakin dan menyokong Pakatan Rakyat Sebab itu saya mengambil sikap menegur beliau dengan secara terbuka, kerana beliau mempermainkan perasaan dan sentimen umat Islam bangsa Melayu secara terbuka.
Apakah beliau sudah merujuk kepada 'ulama dan ilmuan dalam PAS sebelum mengambil sikap dan membuat kenyataan menyokong puak Kristian secara terbuka. Ternyata tidak, kerana pendirian beliau bercanggah samasekali dengan pandangan dan pendirian Mursyidul 'Am dan kepimpinan PAS.
Malahan beliau pernah ditegur secara tegas dan terbuka oleh ulama' PAS YB Ustadz Taib Azzamuddeen dalam sidang Parlimen berkaitan isu ALLAH Kristian ini, sehingga ianya tercatat dalam Hansard Parlimen. Saya sendiri sebelum membuat kenyataan dan ulasan mengenai isu ini telah merujuk kepada beberapa orang ulama' termasuk kepimpinan PAS, juga para 'ilmuan dan intelek termasuk para peguam kanan dan mereka yang arif dalam isu ini.
Malah saya telah membuat kaji selidik dan pertanyaan kepada kalangan rakan Kristian termasuk digereja mengenai pandangan mereka sebelum membuat ulasan saya dalam isu ini. Saya mengambil sikap yang mudah. Siapa yang menghina Islam, maka mereka adalah musuh saya walaupun duduk satu parti dengan saya. Sesiapa yang membela dan mempertahankan Islam adalah sahabat saya walaupun berlainan parti.
Apatah lagi mereka yang bukan sahaja sanggup menggadai perkahwinan mereka, malah sanggup menjual nama ALLAH! Itulah adalah sebesar-besar musuh saya. Dan saya sedikit pun tidak gentar atau takut dengan celaan mereka yang mencela. Saya tetap akan berkata yang hak walaupun pahit untuk ditelan.
Yang penting Islam mesti dipertahankan, maruah umat Islam mesti dibela "at all cost"!! Sekiranya ulasan dan komen saya tidak betul, sila tunjukkan dimana ianya tidak betul berdasarkan hujah, nas, dalil dan bukti serta fakta. Kalau setakat melabel pandangan saya sebagai pro UMNO tanpa nas, fakta dan dalil, saya kira itu adalah sekadar pilitik hingusan yang langsung tidak menunjukkan kematangan dalam berpolitik. Saya ingat pelajar Tadika Pasti lebih bijak dalam hal ini. Tetapi begitulah cara politik murahan yang di amal oleh segelintir manusia.
Saya merujuk semula pandangan dan komen saya dalam kes Nik Amalina anak Tok Guru Nik Aziz yang memberi komen dan teguran terhadap segelintir mereka yang tidak mempertahankan ayahandanya. Bukan sahaja mereka tidak menjawab hujah dan teguran Nik Amalina dengan nas dan hujah yang bernas, mereka cuba menutup mulut Nik Amalina dengan melabel beliau sebagai pembuka pekung, pengkhianat parti dan lain-lain. Na'uzubillah min zaalik. Saya telah mengemukakan bukti dan fakta bagaimana tindak-tanduk YB Khalid bercanggah dengan arus perjuangan PAS.
Malah sikap beliau adakalanya memalukan PAS dan kepimpinannya sendiri. Sebab itu saya sekali lagi menyeru YB Khalid supaya menimbang untuk keluar daripada PAS, kerana saya berpendapat sikap dan tindak-tanduk beliau akan menghakis kepercayaan dan keyakinan umat Islam kepada perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Malah saya berpendapat sikap dan tindak-tanduk beliau lebih sesuai untuk beliau duduk bersama dengan DAP. Tetapi itu hak beliau untuk memikirkannya.
Wallahu a'lam dan wassalam.
Zulkifli Bin Noordin Isnin 178
Muharram 1431
04 Januari 2010
###################################################
(Petikan Sinar Harian Isnin 18 Muharram 1431/ 04.01.2010)
Khalid anggap Zulkifli terperangkap dalam helah UMNO SHAH ALAM – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, menyifatkan desakan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin supaya beliau keluar daripada Pas sebagai kenyataan jahil yang sealiran dengan UMNO.
Beliau juga menganggap desakan itu perkara remeh dan menasihatkan Zulkifli berfikir sebelum mengeluarkan kenyataan, terutama yang melibatkan parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR). “Zulkifli sendiri perlu keluar PKR dan sertai Pas jika hendak memberi kenyataan seperti ahli Pas dan mengkritik Pas. Beliau bukan ahli Pas. Mengapa masuk campur hal Pas, malah kenyataan beliau memperlihatkannya seperti pemimpin yang tiada pendirian. “Saya tidak komen apa-apa mengenainya walaupun dalam PKR beliau banyak buat hal.
Beliau tidak layak menggesa ahli Pas dipecat malah dinasihatkan memberi keutamaan kepada partinya sendiri,” katanya kepada Sinar Harian, semalam ketika diminta mengulas kenyataan Zulkifli melalui blognya yang mendesak Khalid keluar Pas dan menyertai parti lain, terutama DAP, berikutan kenyataannya menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar mingguan Herald- The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah.

Subscribe to:
Posts (Atom)