Husam pada ceramah di Selising. |
Kata ADUN Salor itu, beliau akan mempertahankan apa yang
diucapkannya semasa berceramah di Selising, Pasir Puteh pada 6 Februari lalu.
"Tindakan mahkamah mungkin satu cara untuk
membuktikan kebenaran isu berbangkit," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan
Man berkata, peguam parti itu sedang meneliti kenyataan dibuat Husam mengengai
isu dana RM90 juta yang dikaitkan dengan parti berkenaan.
Kata Tuan Ibrahim, kenyataan Husam itu adalah 'tuduhan jahat' dan "fitnah.
Saman ke atas Husam itu, katanya, akan dikemukakan dalam
masa terdekat.
Husam dalam ceramahnya di pentas Parti Amanah Negara
(AMANAH) mendakwa, beliau mempunyai butiran berkaitan dana RM90 juta yang
didakwa ada kaitan dengan PAS.
Kata Husam, dana berkenaan disalurkan ke akaun di Affin
Bank.
Semalam Tuan Ibrahim berkata PAS menganggap kenyataan
Husam mengenai dana itu adalah rantaian daripada fitnah dibuat Sarawak
Report sebelum ini.
Katanya, PAS menafikan sekeras-kerasnya "tuduhan
jahat Datuk Husam Musa" bahawa PAS menerima dana RM90 juta daripada Umno
melalui akaun Affin Bank.
"PAS akan mengambil tindakan undang-undang ke atas
beliau (Husam) sebagaimana kita ambil tindakan kepada Sarawak Report,"
katanya.
Husam berkata beliau menganggap kenyataan Tuan Ibrahim
semalam dibuat tanpa penelitian.
"Kemungkinan beliau tidak tahu hujung pangkal isu
berbangkit," katanya.
Husam juga berkata, beliau tidak pasti sama ada kenyataan
Tuan Ibrahim mengenai tindakan mahkamah ke atasnya itu adalah bersifat peribadi
atau pendirian rasmi PAS.
Isu dana RM90 juta itu mula ditimbulkan oleh laman
sesawang Sarawak Reportyang sebelum ini giat membuat laporan
mengenai salah laku yang dikaitkannya dengan kerajaan.
Ia disiarkan pada Ogos 2016.
No comments:
Post a Comment