Sebahagian wanita asing yang bekerja sebagai GRO disebuah restoran ditahan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Kelantan, kelmarin. - UTUSAN
Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen negeri menahan enam pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga asing selepas menyerbu sebuah restoran di Jalan Kebun Sultan di Kota Bharu kelmarin.
Kesemua GRO itu terdiri daripada tiga wanita warga Thailand, seorang wanita Indonesia dan dua dari Laos ditahan ketika sedang leka melayan pelanggan sambil minum minuman keras.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen negeri, Hasimi Musa berkata, kesemua GRO itu berusia antara 18 hingga 28 tahun ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 12 tengah malam.
Katanya, hasil pemeriksaan ke atas semua GRO itu, mereka didapati melanggar syarat pas yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen dan boleh dikenakan tindakan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.
"Ketika serbuan, mereka sedang leka melayan pelanggan dan kita percaya GRO itu turut menawarkan perkhidmatan seks.
"Kita dapati kebanyakan GRO itu pernah ditahan sebelum ini atas kesalahan yang sama dan mereka tidak serik-serik masuk tanpa kebenaran untuk menjalankan kegiatan tidak bermoral," katanya di sini.
Menurut Hasimi, hasil pemeriksaan terhadap restoran berkenaan, pemilik terbabit turut menyediakan beberapa bilik yang dipercayai dijadikan tempat menjalankan kegiatan tidak bermoral.
Tambahnya, pihaknya akan terus menjalankan operasi untuk memastikan semua restoran di negeri ini tidak menggunakan khidmat GRO yang masuk tanpa kebenaran selain mencegah aktiviti tidak sihat.
"Operasi sentiasa dijalankan dari semasa ke semasa dan kita akan pastikan kemasukan warga asing tanpa izin atau mereka yang melanggar syarat pas dapat dibanteras.
"Kita juga tidak teragak-agak mengambil tindakan termasuk menghantar mereka balik ke negara asal," tegasnya.
Hasimi berkata, kesemua GRO itu dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut sebelum dihantar pulang ke negara asal masing-masing.

No comments:
Post a Comment