Sunday, February 19, 2012

"Meme" Nik Aziz, Exco Kelantan 'Make Gaji Buto'!

Ada dua makhluk bengong yang mengatakan kemiskinan di Kelantan disebabkan oleh Perdana Menteri, termasuk yang terdahulu.

Seorang ialah seorang pensyarah Pengajian Media, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dan seorang lagi Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof yang mengatakan Kerajaan Pusat dianaktirikan sejak hampir 22 tahun lalu dengan menyekat pelaburan dan jalanraya juga tidak dimajukan.

Profesor UM itu berkata adalah menjadi tanggungjawab kerajaan memerintah untuk memajukan mana-mana negeri dan tugas itu berada di atas batu jemala seorang perdana menteri berkenaan.

"Negeri mana pun yang dikatakan miskin selagi dia adalah negeri di dalam Malaysia maka tanggungjawab memberi kekayaan, kemajuan, kesejahteraan dan kebajikan masadepan itu berada di atas kepimpinan seorang Perdana Menteri. Ini bukan zaman penjajah British dengan polisi kejadah pecah dan perintah!," tulis Profesor UM itu.

Jadi betullah kata Tengku Razaleigh Hamzah sambil mengesyorkan agar pemimpin PAS Kelantan, termasuk Menteri Besarnya digelar Make Gaji Buto’.

Sebabnya tidak payah kerja, Kerajaan Pusat sudah ada untuk menyelesaikan masalah rakyat Kelantan!

Tapi kita tenguk fakta berikut yang dikemukakan oleh HAMBALI ABDUL LATIFF melalui blognya:

Projek-projek Kerajaan Pusat untuk kesejahteraan rakyat di Kelantan:

a. Pembinaan 14 masjid baru dan usaha membaik pulih masjid dan surau dengan kos lebih RM40 juta sejak 2005; b. Pembinaan jambatan kedua Jambatan Sultan Yahya Petra sepanjang 800m berharga hampir RM150 juta menghubungkan Kota Baharu dan Pasir Pekan, Tumpat, yang dijangka siap hujung tahun ini, serta jalan bertingkat Pasir Pekan-Jalan Hamzah-Wakaf Siku, untuk atasi masalah kesesakan;

c. Jambatan Tendong yang menghubungkan Tendong di Pasir Mas dan Wakaf Che Yeh di Kota Baharu serta Jambatan Salor yang menghubungkan Salor-Pasir Mas juga merupakan sumbangan kerajaan pusat kepada rakyat Kelantan bagi memudahkan urusan harian mereka;

d. Menaik taraf Jalan Kubang Kerian-Sabak dengan kos RM27 juta, yang sekarang dilihat tidak mampu menampung jumlah kenderaan yang semakin bertambah;

e. Di Bandar Baru Tunjung kerajaan pusat menempatkan beberapa jabatannya yang akan menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi di situ dan kawasan sekitarnya (Bangunan kerajaan pusat terlibat ialah Terminal Agrobisnes Negara (Teman) berharga RM85.7 juta, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan (RM20 juta), Wisma Audit Negeri Kelantan (RM18 juta) dan Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Tanah dan Galian Negeri Kelantan (RM8.76 juta), Kompleks Mahkamah Syariah (RM22.1 juta) dan Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan (RM33.1 juta); (Nota: Tunjung tidak akan ada apa-apa jika tidak ada bangunan yang diwujudkan oleh kerajaan pusat. Bandar Baru Tunjung mungkin inisiatif kerajaan negeri tetapi memenuhkan bangunan di situ, semuanya bangunan kerajaan pusat); f. Kerajaan pusat juga membelanjakan RM40 juta untuk memanjang dan melebarkan landasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, bagi membolehkan pesawat lebih besar mendarat dan berlepas dengan selamat;

g. Kerajaan pusat sedang memperbesar dan menambah baik kemudahan Hospital Universiti Saind Kubang Kerian dengan kos RM127 juta, begitu juga di Hospital Raja Perempuan Zainab II, yang melibatkan kos RM182.17 juta; h. Kerajaan juga sedang membina dewan bedah baru berharga RM9 juta di Hospital Kuala Krai untuk kemudahan penduduk daerah tersebut.

Beliau turut mengemukakan soalan-soalan berikut:

1. Kenapa Kerajaan PAS Kelantan tidak berminat untuk menyertai Program Transformasi Ekonomi (ETP) ? Walaupun ternyata usaha kerajaan negeri dalam meningkatkan ekonomi negeri dan pelaburan begitu lembam, ia enggan bekerjasama sedangkan selagi Kelantan tidak menjadi sebahagian ETP ini selama itulah rakyat terus dibelenggu kemiskinan;

2. Apakah Kerajaan PAS Kelantan sebagai kerajaan ‘Islam yang menjaga kebajikan’ melakukan usaha membantu rakyat seperti dilakukan Kerajaan Pusat melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)? Sejauh ini Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan sudah menyampaikan bantuan kepada lebih 300,000 keluarga. Hakikatnya 19 peratus penduduk di Kelantan berhak menerima bantuan itu. Sejauh ini sejumlah RM159 juta sudah diagihkan. Bukan itu sahaja, kerajaan pusat menghulurkan pelbagai bentuk bantuan kebajikan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia, Baucer Buku 1Malaysia bernilai RM200 dan RM100 untuk setiap murid sekolah;

3. Siapa beri belanja kos membina tebatan di Sungai Kelantan dan Sungai Golok yang sejak lima tahun lalu sekitar RM2 bilion itu? Harapkan kerajaan PAS Kelantan?

4. Kerajaan Pusat juga meluluskan sebanyak RM2.4 bilion dalam tempoh dua tahun pertama Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk melaksanakan 346 projek di negeri Kelantan. Berapa juta projek negeri dilaksanakan oleh Kerajaan PAS Kelantan dilaksanakan untuk rakyat Kelantan?

5. Kerajaan Persekutuan membelanjakan RM3.8 bilion setahun atau kira-kira RM300 juta sebulan untuk perbelanjaan mengurus 74,800 kakitangan awam di Kelantan. Siapa mereka ini? Mereka adalah penjawat awam bagi memastikan perkhidmatan cemerlang seterusnya membantu meningkatkan pembangunan di negeri ini.

Cadangan Hambali dalam blognya itu, amat wajar sekali jika Kerajaan Pusat memperincikan setiap peruntukan yang diperuntukkan kepada kerajaan Kelantan sejak beberapa tahun lepas agar rakyat negeri itu mengetahui sejelas-jelasnya mengenai perkara itu.

Ini kerana mengikut kajian yang dilakukan, rakyat Kelantan masih belum mendapat gambaran jelas apa sumbangan kerajaan Pusat terhadap kerajaan negeripimpinan PAS itu dalam membangunkan negeri tersebut selama ini.

"Rakyat Kelantan masih tidak mengetahui secara terperinci peruntukan kerajaan Pusat kepada Kelantan selama ini. Ini perkara utama yang kita akan perjelaskan dalam tempoh terdekat. Untuk pengetahuan setiap tahun lebih 30 peratus peruntukan itu digunakan bagi tujuan perbelanjaan tadbir urus kerajaan negeri dan 70 peratus lagi bagi peruntukan perbelanjaan pembangunan kerajaan negeri dan ini perlu rakyat tahu," demikian kata Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed baru-baru ini.

Amat jelas pemimpin PAS Kelantan lebih minat berrceramah, melepaskan tugas kepada orang lain, memerhati dan ‘makan gaji buta’.

Jadi benarlah apa yang dikatakan oleh Tengku Razaleigh bahawa pemimpin PAS Kelantan "meme make gaji buto..."

1 comment:

AMBO ORANG KAMPUNG said...

Assalamualaikum. abe. ambo baru jah dalam blog ni. kalu tok nyusoh , minta tolong paut blog ambo.. blog : amboorangkampung@blogspot. maklum salam