Tuesday, February 14, 2012

PAPAGOMO Disaman, Penasihat Sultan DiMinta Berhenti, Kenapa?

Kijang lihat blog proPAS bukan main seronok apabila blogger proUmno PAPAGOMO menghadapi tuntutan saman sehingga RM10 juta kerana didakwa memfitnah ahli perniagaan Abdul Razak Mohd Noor, kini seorang peguam terkenal yang juga ahli politik, Datuk Sukri Mohamed.

Mereka memfailkan saman terhadap PAPAGOMO di Mahkamah Tinggi di Kota Bharu 9 Februari lalu.

Saman terbabit difail ekoran tulisan dalam blog Papagomo atau nama sebenarnya Wan Mohamad Azri Wan Deris dikatakan memfitnah secara terbuka peguam terbabit.


Harakahdaily bukan main seronok lagi. Shukri diwakili peguam Hisham Fauzi dan dalam tuntutannya plaintif memohon defendan membuat permohonan maaf secara terbuka dengan menyiarkan permohonan maaf dalam blog defendan di alamat www.papagomo.com.

Defendan juga perlu mengiklankan permohonan maaf tersebut dalam akhbar nasional harian berbahasa Melayu dan bayaran gantirugi sebanyak RM10 juta. Selain itu memohon gantirugi teladan, gantirugi melampau dan gantirugi punitif.

Plaintif juga merupakan ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri dan ahli Majlis Perajaan Negeri Kelantan.

Dalam blog terbabit defendan menyiarkan tulisan bertajuk “Ratusan ribu wang rakyat lesap disamun penasihat Sultan Kelantan” pada 4 Mei 2011.

Bagaimanapun mahkamah masih belum menetapkan tarikh bagi sebutan k
es berkenaan.

Tapi yang sedap dan tidak sedapnya, semalam dalam posting terbaru
nya PAPAGOMO mengatakan Syukri yang disebut Penasihat Sultan Kelantan itu diminta BERHENTI.

Apa halnya? Baca tulisan PAPAGOMO berikut:

Kerakusan Penasihat Sultan Kelantan Akhirnya Sampai Ke Pengetahuan Tuanku Sultan Muhammad Ke V

Penasihat Yang Tak Berapa Nak Sihat

Syukur Allhamdullilah, apa yang dibongkarkan oleh Papa Gomo pada tahun lepas akhirnya mendapat kesan waktu ini. Kesan yang amat besar buat rakyat Kelantan terutama imej Tuanku Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke 5 itu sendiri.

Untuk makluman pada tanggal 4 May 2011 Gomo ada mengeluarkan artik
el yang mana menjelaskan mengenai salahgunakuasa Dato Seri Paduka Haji Sukri Bin Mohamed Penasihat DYMM Sultan Muhammad ke V. Artikel berkaitan KLIK DISINI

Dan pada tanggal 24 November 2011 Gomo sekali lagi mendedahkan mengenai salahgunakuasa Dato Seri Paduka Haji Sukri Bin Mohamed Penasihat DYMM Sultan Muhammad ke V. Dan kali ini berhubung Wang Yayasan Sultan Kelantan yang mana sebanyak RM 700 Ribu telah diselewengkan dan tidak dimasukkan kedalam akaun Yayasan Sultan Kelantan. KLIK DISINI

Dalam artikel tersebut Gomo merasakan hairan mengapa Tuanku Sultan seolah olah menyembunyikan cerita kerakusan Sukri selaku Penasihat Sultan dari pengetahuan ra
kyat Kelantan. Malah dalam artikel tersebut Gomo turut menemplak mereka yang berjawatan dalam Istana Kelantan kerana seolah olah tidak mampu untuk berbuat apa apa dari menghalang Sukri yang sedang gila merakus wang dan mencemarkan maruah Tuanku Sultan.

Syukur dengan pendedahan yang telah Gomo lakukan maka telah difahamka
n bahawa Tuanku Sultan dan pembesar Istana serta Kerajaan dalam negeri Kelantan sedar akan apa yang dilakukan oleh Sukri ini. Tindakan telah pun diambil mengikut apa yang Gomo dijelaskan semalam oleh seorang wakil dari Kelantan berhubung apa yang dikeluarkan oleh Blog Gomo dan beberapa rakan Blogger yang lain.

Mengikut dari sumber maklumat Istana bahawa Dato Seri Paduka Haji Sukri Bin Mohamed Penasihat DYMM Sultan Muhammad ke V telah pun diTAMATKAN Perkhidmatan selaku Ahli Jawatankuasa Perkhidmatan Negeri pada tanggal 31.12.2011.

Malah Gomo juga difahamkan bahawa waktu ini beliau Dato Seri Paduka Haji Sukri Bin Mohamed Penasihat DYMM Sultan Muhammad ke V telah diminta oleh pihak Yayasan Sultan Kelantan untuk meletakkan jawatan selaku Setiausaha Yayasan Sultan Muhammad ke V sebelum 25.02.2012.

Jika pada tanggal 25.02.2012 beliau Dato Seri Paduka Haji Sukri Bin Mohamed Penasihat DYMM Sultan Muhammad ke V masih enggan meletakkan jawatannya ma
ka Usul Undi Tidak Percaya akan dilakukan oleh para ahli Yayasan Sultan Kelantan untuk memastikan beliau disingkirkan.

Bukan niat nak mengaibkan Dato Seri Paduka Haji Sukri Bin Mohamed Penasihat DYMM Sultan Muhammad ke V tetapi sebagai anak Kelantan adalah sewajarnya isu Kerakusan Sukri didedahkan buat pengetahuan rakyat dan juga pihak Istana kerana ian
ya melibatkan maruah Istana Kelantan itu sendiri.

Pelbagai kemelut berlaku di Istana yang menyaksikan Tuanku Sultan Ismail Petra tidak lagi diangkat menjadi baginda Sultan dan kerabat Baginda Tuanku Sultan Muhammad ke V s
endiri iaitu Yang Mulia Tengku Temenggong dilucutkan Gelaran dan juga beberapa nama lain yang menerima tempias yang sama.

Tidak mahu untuk patik menderhaka pada Tuanku Sultan Muhammad ke V dalam isu kemelut Istana ini namun pada pandangan patik Penasihat seperti Dato Seri Paduka Haji Sukri Bin Mohamed Penasihat DYMM Sultan Muhammad ke V perlulah disingkirkan dari jawatan yang ada kerana campurtangan beliau dalam banyak isu kemelut Istana telah secara tidak langsung mencemarkan nama Tuanku Sultan Muhammad ke V.

Bukan sahaja setakat itu malah apa yang patik difahamkan beliau Dato Seri Paduka Haji Sukri Bin Mohamed Penasihat DYMM Sultan Muhammad ke V turut dipanggil dengan gelaran TENGKU SUKRI oleh rakyat marhaen Kelantan kerana tindakan dan cara beliau yang mengawal serba serbi dalam pentadbiran Tuanku Sultan.

Imej beliau yang mengguna pakai Wang Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Puteh untuk pelangsungan perkahwinan anak beliau yang dianggarkan sekitar RM200 Ribu mengundang rasa tidak senang oleh rakyat Kelantan. Malah isu TIDAK AMANAH dalam menerima Wang Sumbangan RM700 Ribu yang sepatutnya masuk ke akaun Yayasan Sultan Kelantan telah diguna pakai oleh beliau selaku Penasihat Sultan mengundang persepsi buruk akan imej Tuanku Sultan Muhammad ke V.

Salahgunakuasa yang dilakukan Dato Seri Paduka Haji Sukri Bin Mohamed Penasihat DYMM Sultan Muhammad ke V secara jelas telah mencemarkan imej Tuanku Sultan Muhammad ke V pada pandangan mata rakyat Kelantan dan juga seluruh rakyat Malaysia.

Patik juga dengan ini meminta agar Tuanku menilai apa yang telah didedahkan oleh Blogg Patik dan juga Blogger Blogger lain serta aduan aduan yang disampaikan oleh Rakyat Kelantan berhubung tindakan yang melampaui batas Dato Seri Paduka Haji Sukri Bin Mohamed Penasihat DYMM Sultan Muhammad ke V dalam kerakusan dan salahgunakuasa yang beliau lakukan.

Dimana Bumi Dipijak, Disitu Langit Dijunjung. Patik masih setia bersama Tuanku Sultan Ismail Petra walaupun baginda masih dalam kegeringan waktu ini. Sesungguhnya apa yang patik Luahkan dan dedahkan ini adalah demi Kelantan negeri tumpahnya darah patik. Semoga baginda Tuanku Sultan Ismail Petra terus sihat hendakNya. Amin

Psssttt.... Sukri nak hantar orang Ugut Gua lagi? Kita Standby dan Ready....Laporan Polis dah dibuat.....

1 comment:

PAPA GOMO said...

salam, tulah realitinya dalam isu shukri, kita pakat nantikan perkembangan selanjutnya.