Tuesday, June 19, 2012

YG Husam, YB Sentiasa Gagal: Jangan Jamnaparikan Dinar Emas


The Unspinners (18 Ogos) 2012)

Wahai YG Husam, YB yang sentiasa Gagal .... Hantarlah gangster untuk cederakan orang.

Hantarlah loyar untuk saman dan mufliskan rakyat biasa yang berblog.

Hantarlah apa yang nak dihantar tapi bagi rakyat sedemikian ramai, YG yang sentiasa gagal hanya jawablah sesuatu yang kami di The Unspinner dah syak lama tapi ditanya Kickdefella berikut:

Umar Ibrahim Vadillo:

1. Apakah hubungan sebenar beliau dengan Umar Ibrahim Vadillo?

2.Siapakah yang membuat keputusan melantik Umar Ibrahim Vadillo sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan Gold Trade Sdn Bhd?

3.Mengapakah setelah dilucutkan dari jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan Gold Trade, Umar Ibrahim Vadillo dilantik pula sebagai Penasihat syarikat tersebut?

4.Apakah Husam sedar terdapat 3 laporan polis dibuat terhadap Umar Ibrahim Vadillo?

5.Apakah perjanjian kewangan di antara Kelantan Gold Trade Sdn Bhd dan Umar Ibrahim Vadillo?

6.Apakah perjanjian tidak rasmi dari aspek kewangan di antara Husam sendiri dengan Umar Ibrahim Vadillo?

7.Berapakah jumlah wang yang sudah dikeluarkan dari Kelantan Gold Trade diatas arahan atau permintaan Umar Ibrahim Vadillo?

8.Mengapakah kebenaran kelulusan cek dari RM50,000 di kurangkan kepada RM10,000 sewaktu Umar Ibrahim Vadillo dan seorang Bekas Pengarah Eksekutif Kelantan Gold Trade menjadi penandatangan cek syarikat?

9.Adakah Umar Ibrahim Vadillo menerima habuan lain berbentuk komisen dalam aktiviti Dinar Emas Kelantan selain dari imbuhan berbentuk gaji, elaun dan tuntutan perbelanjaan yang dibayar oleh Kelantan Gold Trade?

10.Adakah Husam sedar nama beberapa Raja-Raja Melayu telah diguna dan dikaitkan oleh sindiket tertentu di dalam aktiviti Dinar Emas untuk mendapat sumber kewangan dari penderma-penderma dalam dan luar negara?

Soalan-soalan ini berat ... Jawablah, jangan di Jamnaparikan projek Dinar Emas.

 Jangan tak jawab.

YG belum habis cerita highway prepaid sudah ada lagi isu lain.

Monday, June 18, 2012

"Saya Kerja Untuk Rakyat, Bukan Kejar Nama' - Mustapa Mohamed


Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata semua usaha yang dilakukannya di Kelantan adalah demi melihat negeri itu membangun dan sekaligus memanfaatkan rakyatnya.

"Saya buat kerja untuk rakyat. Saya sudah memegang beberapa jawatan menteri sebelum ini dan apa yang saya lakukan (pembangunan) di Kelantan bukan untuk mengejar nama.

"Saya tidak kisah apa pun label yang diletakkan kepada saya tetapi saya mahu lihat Kelantan membangun dan tidak terpinggir dan membuktikan kerajaan Pusat tidak pernah meminggirkan negeri ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan di Kota Bharu, semalam.

Turut hadir Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Azmi Osman dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Datuk Makhtar Mustafa.

Mustapa diminta mengulas label rakyat Kelantan terhadapnya sebagai "Bapa Pembangunan Kelantan" yang berperanan besar membawa pembangunan ke negeri ini.

Sehingga kini, Mustapa antara lain membawa enam pembinaan pejabat agensi kerajaan Pusat di Tunjong di sini termasuk Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan itu yang kesemuanya bernilai RM250 juta.

Selain itu, Mustapa juga mengubah Jeli iaitu kawasan Parlimen yang diwakilinya sehingga menjadi bandar maju termasuk cawangan Universiti Malaysia Kelantan serta pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua dengan kos RM150 juta yang boleh digunakan pada Ogos ini.

Ketika menjawat jawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Mustapa telah membawa pembinaan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di sini yang berharga RM140 juta.

Berikutan itu, Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, meminta rakyat Kelantan supaya mengembalikan pemerintahan negeri ini kepada Barisan Nasional untuk membolehkan lebih banyak pembangunan dilakukan.

Monday, June 4, 2012

PAS Jangan Nak Berlagaklah Kalau Sekadar Jadi Penumpang Dalam Pakatan Pembangkang


Layakkan PAS ganti UMNO dalam konteks kepimpinan politik negara?

Dalam pakatan pembangkang, apakah PAS menerajuinya?

Dalam konteks Islam pula, apakah PAS diakui atau diiktiraf sebagai parti yang membela dan menjaga Islam di Malaysia?

Dalam konteks antarabangsa apakah PAS dilihat sebagai parti mewakili orang Islam di Malaysia?

Di mana kedudukan PAS pada forum-forum antarabangsa mengenai Islam dan apakah pemimpinnya dianggap bertaraf antarabangsa?

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang boleh bermimpi atau menyorongkan bantal di kepala sendiri untuk berkhayal jauh.

Namun hakikatnya PAS tidak serupa dengan UMNO, Jauh sangat bezanya!

Kerana itu, baik pemimpin PAS duduk merenung 'nasib sendiri' dan jangan nak berlagak konon ia setaraf dengan UMNO.

Dalam pakatan pembangkang, DAP sudah menggantikan PAS sebagai sahabat PKR yang lebih akrab. PAS sudah jatuh taraf...

Berdasarkan kedudukan inilah mungkin Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mustapa Mohamed meminta PAS membuktikan parti itu mampu menjadi peneraju dalam pakatan sebelum memikirkan untuk menggantikan Umno.

Menurutnya pada masa ini, DAP mempunyai kerusi terbanyak di Parlimen manakala Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai ketua pembangkang.

“Dalam kalangan tiga parti, PAS mempunyai kerusi paling sedikit, kita tidak nampak bagaimana parti yang mempunyai kerusi paling sikit boleh jadi peneraju,” katanya semalam.

Beliau mengulas kenyataan Presiden PAS,  menyatakan parti itu sedia menggantikan Umno sebagai wadah utama bagi umat Melayu dan Islam.

Mustapa yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan berkata, adalah jelas DAP mendapat keuntungan yang paling besar dalam pakatan tersebut sekali gus akan menolak agenda yang wibawa PAS.

Dalam pada itu, veteran Umno Terengganu, Datuk Abdul Rahman Bakar menyifatkan PAS masih belum layak untuk menggantikan Umno sebagaimana diidamkan. Abdul Rahman berkata, sokongan parti itu masih jauh di belakang DAP dan PKR dan keadaan itu memberi gambaran jelas keupayaan sebenar PAS.

“PAS juga sentiasa akur dengan tekanan daripada DAP dan PKR, langsung tiada pendirian mereka sendiri sekadar pak turut semata-mata dan ia boleh dibuktikan dengan pelbagai isu yang berlaku sebelum ini.

“Oleh itu, bagaimana PAS mahu ganti Umno? Mereka perlu buktikan keupayaan dulu baru boleh bercakap,” katanya.

Menurut Abdul Rahman, PAS juga tidak layak menggantikan Umno kerana sudah jauh menyimpang daripada perjuangan asal mahu menegakkan Islam dan ketuanan Melayu.

Beliau berkata, ia jauh berbeza dengan Umno yang sentiasa konsisten dalam matlamat asal parti biar apa juga keadaan sekalipun selain menjadi juara menjaga kebajikan rakyat dengan pelbagai bantuan kepada golongan memerlukan.

“Malah, kita lihat bilangan kerusi Parlimen Pas lebih kecil dari PKR dan DAP sedangkan kerusi Umno pula banyak dalam Barisan Nasional (BN),” katanya.