Tok dan, dan (dialek Kelantan bermaksud tak sabar-sabar)
Kenapa kerajaan Kerajaan Kelantan bertegas akan
meneruskan rancangan pembalakan terpilih di Pos Gob, Gua Musang?
Muslihat apa sehingga Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd
Amar Nik Abdullah, bertegas sedemikian?
Kelantan benar-benar memerlukan premium hasil balak berkenaan
atau sebab-sebab lain?
Kenapa tidak diredakan dulu kemarahan penduduk Orang Asli
di Pos Gob, Kampung Pinchong dan Kampung Tembaga, Gua Musang, baru buat
penegasan seperti ini?
Ada udang di
sebalik mi?
Kelmarin Timbalan Menteri Besar itu berkata rancangan itu
akan dijalankan bagi pokok-pokok yang sudah matang usianya dan sesuai untuk
ditebang dan bukannya untuk pembukaan ladang.
"Projek itu tiada masalah ... Pengarah Perhutanan (Pengarah Jabatan Perhutanan Kelantan Zahari Ibrahim) beritahu 'tagging' (pembalakan terpilih), bukan tebang habis.
"Dan itu adalah projek pembalakan kerana projek itu dibuat secara terpilih kecuali kalau ladang. (Jika pembalakan untuk pembukaan) ladang itu memang kita akan tebang habis," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.
Semalam, akhbar melaporkan lebih 100 penduduk Orang Asli di Pos Gob, Kampung Pinchong dan Kampung Tembaga, Gua Musang menggesa kerajaan negeri mewartakan kawasan hutan sekitar kawasan penempatan mereka sebagai tanah adat bagi mengelak kegiatan pembalakan daripada terus berleluasa sehingga menjejaskan kehidupan mereka.
Mohd Amar yang juga Pengerusi Pembangunan Wilayah, Tanah dan Sumber Asli negeri berkata kegiatan pembalakan di Pos Gob juga terletak kira-kira lima kilometer dan jauh dari penempatan Orang Asli di kawasan itu.
Beliau berkata masa depan dan kepentingan Orang Asli sentiasa berada dalam pertimbangan kerajaan negeri pimpinan PAS itu.
"Setakat ini, kerajaan negeri telah menggazetkan empat kawasan sebagai rizab Orang Asli. Macam tahun lepas kita ada lulus dua kawasan, dan kita sentiasa berbincang dengan JAKOA (Jabatan Kemajuan Orang Asli) nak kenal pasti berapa lagi kawasan yang sesuai.
"Cuma mungkin dalam proses ini kita perlu ambil kira pandangan Orang Asli sebab tahun lepas ada kumpulan Orang Asli datang berjumpa dan memberitahu kalau boleh ambil pandangan mereka sebelum menggazetkan kawasan di sana," katanya.
Sumber - Bernama

No comments:
Post a Comment