Orang ada duit bolehlah main ugut-ugut. Yang berharap
terpaksalah buat ‘muka tidak malu’ atau ‘lembu kenyang’. Memendam perasaam
bimbang hilang penajaan.
Itulah hakikat dalam isu Vida Beauty yang mengancam untuk
menarik balik penajaan kepada skuad Kijang,
Hari ini pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza
Othman (Datuk Vida) mengakui ancaman tersebut terpaksa dibuat kerana mahu
Kelantan bangkit memperbaiki prestasi pasukan.
Menurutnya, skuad Kijang
masih belum menunjukkan peningkatan meskipun perlawanan separuh musim hampir
tamat.
"Saya tidak mempunyai niat untuk menarik diri.
Kenyataan itu dibuat kerana mahu menyedarkan pemain dan pengurusan KAFA
mengenai pengorbanan saya terhadap pasukan.
"Saya tidak mudah menyerah diri. Sebagai ahli
perniagaan, saya dah biasa menghadapi situasi sedemikian, malah lebih teruk
lagi," katanya.
Usahawa kosmetik itu berkata beliau mengambil keputusan
menaja Kelantan bukan kerana mahu mencari populariti tetapi berhasrat
memartabatkan semula maruah pasukan.
"Saya perlukan perubahan kerana pasukan sangat lemah
dan corak permainan hambar tidak seperti saya harapkan," katanya.
Persoalannya apa perasaan pihak pengurusan, juru latih,
pemain dan semua pihak yang terlibat dengan pasukan Kijang?
Mentang-mentang banyak duit, boleh main ugut-ugut
sedemikian rupa.
Apakah skud Kijang tidak bermain dengan sepenuh hati?
Sengaja-sengaja tidak mahu menang?
Ekoran isu ini, Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa
akhirnya membuka mulut mengenai isu tersebut malam semalam.
Annuar dalam satu kenyataan menerusi Facebooknya pada
malam Selasa tampil memberi penjelasan mengenai maklumat tajaan pengasas Vida
Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida
terhadap pasukan Kelantan untuk mengelakkan timbul sebarang kekeliruan fakta.
Menurut beliau, meskipun KAFA hanya menerima jumlah
tajaan sebanyak RM1.4 juta daripada Vida setakat ini, badan induk bola sepak
negeri itu tetap menerima sumbangan tersebut dengan hati yang terbuka.
"Hingga saat ini pun KAFA tetap mempunyai hubungan
akrab dan sentiasa bekerjasama serta menerima apa sahaja seadanya. Kita sentiasa
hargai komitmen DSV (Datuk Seri Vida), sebab itu bagi kita tidak timbul soal
penamatan tajaan kerana kita ambil pendekatan tolak ansur," katanya.
Annuar berkata hubungan baik antara KAFA dan juga Vida
akan terus dikekalkan serta apa sahaja isu yang timbul akan diselesaikan secara
berunding demi kebaikan bersama.
"Saya sendiri memilih cara berdiam diri dari
komentar di Facebook tetapi mengekalkan hubungan akrab dengan para penaja.
"Info ini sekadar kongsi maklumat dengan anda untuk
mengelak silap fakta. KAFA akan update bila perlu," katanya.
Jelas beliau lagi, Vida memperuntukkan tajaan sebanyak
RM4 juta setahun manakala baki RM4 juta lagi digunakan untuk perbelanjaan lain
seperti membaiki stadium, Wisma DSV, penganjuran Piala DSV dan ganjaran juara bagi
kejohanan tersebut.
"Semuanya tak termasuk dalam bajet. Tapi KAFA tidak
boleh memaksa," katanya.
Namun, beliau berkata KAFA amat mengalu-alukan kehadiran
penaja baharu kerana Kelantan memerlukan sekurang-kurangnya RM4 juta lagi untuk
memantapkan pasukan musim ini.
"Soal penaja baharu yang lain sememangnya KAFA perlu
terus mencari dana kerana kita kekurangan RM4 juta lagi apabila Vida mahukan
tajaan beliau dibuat seperti yang dijelaskan," katanya.
Pada Ahad lalu, Vida mengancam untuk menarik balik
penajaannya kerana kecewa dengan prestasi pasukan Kelantan yang tidak menentu.
Malah Vida mengakui, ancaman untuk menarik penajaan bukan
omong kosong, sebaliknya beliau bersedia mengambil langkah drastik itu andai
isu prestasi pasukan masih gagal ditangani oleh KAFA.
No comments:
Post a Comment