Datuk Dr
Awang Adek Hussin melahirkan hasrat untuk kembali aktif dalam politik.
Ok jugak
tu..tapi kena bantu Tok Pa (datuk Mustapa Mohamed) dan kali ini jangan kena main
dengan Tan Sri Annuar Musa sekali lagi.
Kena
ingat, Annuar kini kembali jadi panglima sejak dilantik Ketua Penerangan UMNO. Annuar akan mematikan siapa juga pesaingnya. Politiknya kejam!
Once
bitten, twice shy, kata orang putih. Main politik bijak Dr Awang Adek!
Bekas Duta
Besar Malaysia ke Amerika Syarikat semalam menyatakan bertekad meneruskan
perjuangannya selagi mendapat sokongan rakyat di peringkat akar umbi terutama
di bahagian Bachok.
"Saya
akan kembali menemui rakyat di peringkat akar umbi dan memberi perkhidmatan
kepada mereka," katanya kepada pemberita pada Majlis Mesra Bersama
Pemimpin di kediamannya di Kampung Perupuk, Bachok.
Beliau
menerima watikah pelantikan sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat
daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 31 Mac
2014 dan menamatkan tugas tersebut pada 7 April lepas.
Dr Awang
Adek sebelum itu berkhidmat sebagai timbalan menteri kewangan selama tujuh
tahun sejak 2006 di bawah dua perdana menteri iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi
dan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sepanjang
berkhidmat sebagai duta besar, beliau masih merupakan Ketua Umno bahagian
Bachok namun jawatan itu dipangku oleh Timbalannya, Datuk Dr Ilias Hussain.
Mengenai
jawatan Gabenor Bank Negara yang nama beliau turut disebut-sebut untuk dilantik
menyandangnya, Dr Awang Adek berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada
kepimpinan negara.
No comments:
Post a Comment