Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
melaporkan bilangan anak tidak sah taraf di Kelantan pada 2013 ialah seramai
450 orang dan meningkat kepada 524 orang pada 2015.
Angka ini sudah pasti membimbangkan, bukan sahaja dalam
konteks moral dan agama tetapi persediaan mereka ketika sebelum dan selepas
bersalin.
Mungkin ada yang terbiar, di halau keluarga dan dinyah
keluar dari masyarakt setempat tetapi persoalannya ke mana mereka akan membawa
diri untuk perlindungan?
Langkah menyediakan rumah perlindungan untuk remaja hamil
tanpa nikah yang akan mula beroperasi di Tumpat, Jun ini, adalah langkah mulia
dan wajar disokong.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata rumah 'Generasiku Sayang' akan dikendalikan kakitangan jabatan berkenaan.
Rumah Penjagaan yang terletak di Jalan Istana Bukit Tanah, itu diwujudkan bagi menangani masalah sosial yang dilihat semakin meningkat kebelakangan ini di Kelantan.

Pengarah JKN, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir, berkata
seramai 11 penyelia terdiri daripada kakitangan hospital akan menyelia bakal
penghuni yang akan mendaftar pada bulan depan.
"Kita mengalu-alukan sumbangan atau dana bagi membiayai kos harian dan penyelengaraan," katanya kepada pemberita pada pelancaran Program Generasiku Sayang di Tumpat, Isnin (23 Mei lalu).
Rumah itu, yang boleh menempatkan enam penghuni dan dua bayi pada sesuatu masa, dirasmikan isteri Tengku Temenggung Kelantan Tunku Datuk Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj selaku penaung program itu.
Ahmad Razin yang juga pengerusi program Generasiku Sayang berkata objektif khusus penubuhan rumah perlindungan itu adalah bagi memastikan remaja terbabit mendapat sebelum dan selepas bersalin dengan sebaik-baiknya.
"Sebagai masyarakat, kita perlu bimbing golongan ini bagi membolehkan mereka membina kembali jati diri dan bersedia untuk kembali kepada masyarakat," katanya.
Remaja terbabit akan ditempatkan di rumah itu sehingga bayi yang dilahirkannya berusia tiga bulan sebelum kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.

Rumah itu, yang kali pertama diwujudkan di Kelantan, akan turut menyediakan rawatan sokongan psikososial selain bimbingan kerohanian terhadap remaja berkenaan.
Dr Ahmad Razin berkata, pihaknya sentiasa berhubung dengan pelbagai agensi lain untuk memberi sokongan, kaunseling, pendidikan agama dan ilmu kemahiran kepada penghuni di rumah penjagaan itu nanti.
No comments:
Post a Comment