Pemuda Pakatan Harapan (PH) mahu UMNO Kelantan dan Pengerusi badan perhubungannya, Datuk Seri Mustapha Mohamed bertanggungjawab
terhadap tindakan pegawai khas Datuk Ahmad Jazlan mencederakan dua pemimpin
mereka Ahad lalu.
"Kita tidak mahu budaya politik samseng kembali
menyerap dalam situasi kini yang telah lama ditolak masyarakat.
"Ingatlah bahawa langit tidak selalunya cerah dan
tindakan samseng penyokong Umno itu sememangnya ditolak oleh seluruh rakyat
yang bertamadun," kata Ketua Armada Bersatu Kelantan, Asran Alias.
Mustapa perlu bertanggungjawab |
Kenyataannya dibuat pada
sidang media di sebuah hospital tempat beliau masih di rawat semalam.
Menurutnya pemimpin pemuda semua parti gabungan PH
bersetuju membuat kenyataan bersama membantah tindakan pihak Umno itu dan
bersedia untuk mengambil tindakan bersepadu dalam menghadapi isu berkenaan.
"Di sini saya kemukakan kenyataan yang dipersetujui
Ketua Pemuda AMANAH Kelantan, Zulhazmi Hasan, Ketua AMK PKR Kelantan, Hafidz
Rizal. DAP Kelantan Mohd Fauzi Mohd Azmi dan saya sendiri mewakili
Armada," katanya.
Menurutnya, pihak pemuda PH amat kesal apabila tindakan
pemuda PH Kelantan yang membuat laporan itu berlandaskan semangat Keluhuran
Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang sebagaimana yang digariskan dalam
Rukun Negara, dibantah dan dikasari oleh Pegawai Khas Timbalan Menteri tersebut
dan para pengikutnya apabila mereka bertindak memukul dan menyepak Setiausaha
Pemuda Amanah Kelantan Syahidul Amri Khairuddin.
"Memandangkan tindakan samseng yang dilakukan oleh
pegawai khas timbalan menteri tersebut terhadap pemuda PH Kelantan, maka satu
laporan polis telah dibuat terhadap mereka atas tindakan ganas,tidak
bertamadun, kasar dan jenayah seperti yang dilakukan oleh pengikut timbalan
menteri tersebut," katanya.
Beliau mengingatkan kepada pengikut timbalan menteri yang
telah bertindak samseng dan ganas sehingga memukul wakil pemuda bahawa langit
tidak selalunya cerah.
"Tindakan samseng penyokong Umno itu sememangnya
ditolak oleh seluruh rakyat yang bertamadun.
"Pemuda Pakatan Harapan Kelantan mengecam
sekeras-kerasnya tindakan samseng ala Pemuda Tahan Lasak seperti yang telah
berlaku dalam arena politik tidak bertamadun pada puluhan tahun lampau oleh
Umno Barisan Nasional," katanya.