Benarkah Badan Perhubungan UMNO Kelantan mencadangkan Datuk Seri Najib Tun Razak merundingkan pengisian jawatan Timbalan Presiden UMNO agar persaingan bagi merebut jawatan itu dapat dielakkan?
Setidak-tidaknya itulah kata Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa.
Tetapi bila mereka mengadakan mesyuaratnya? Betulkan Datuk Awang Adek dan yang lain?
Atau itu pendapat Annuar seorang sahaja berikutan ‘bingung dan mabuk’ ketika ini kerana mendapat hanya satu pencalonan untuk bertanding Naib Presiden?
Menurut Annuar, polarisasi ekoran persaingan merebut jawatan nombor dua dalam parti itu kini semakin menular secara senyap dalam UMNO dan ia kian meruncing.
"Walaupun pertandingan terbuka ini boleh dilihat sebagai baik dari satu sudut, namun ia mungkin akan membawa kesan yang tidak diingini kepada parti. Lagipun kini sudah timbul riak-riak untuk menolak orang itu, orang ini dan istilah barisan 'orang itu orang ini','' katanya kepada Utusan Malaysia di Kuala Lumpur kelmarin (12 Oktober).
Beliau member amaran, sekiranya keadaan itu terus dibiarkan, ia boleh menyebabkan munculnya keadaan berpuak-puak dalam UMNO.
"Jika ia berlaku, maka pelan peralihan kuasa daripada Presiden, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Timbalan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak seolah-olah disia-siakan," tegasnya.
Annuar menegaskan, sekiranya Najib berjaya mengambil alih jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO, beliau mempunyai budi bicara untuk melantik timbalannya yang biasanya daripada Timbalan Presiden UMNO.
Kijang tidak mahu komen banyak, sila baca apa yang ditulis oleh tunpadukatuan melalui blog beliau, http://tunpadukatuan.blogspot.com/
Annuar Musa
HUKUM KARMA MAKAN DIRI ANNUAR MUSA
Assamualaikum... Calon corot untuk jawatan Naib Presiden Umno, Tan Sri Datuk Panglima Haji Annuar Haji Musa mengemukakan cadangan yang berbau seperti orang kalah dan putus harapan saja.
Beliau mencadangkan supaya jawatan Timbalan Presiden Umno dirundingkan. Maknanya jangan ada pertandingan. Alasannya bagi mengelakkan wujud kumpulan itu dan kumpulan ini. Katanya juga sudah ada dengar-dengar orang itu hendak mengambuskan orang ini dan orang itu.
Menurut calon Umno yang kalah di Parlimen Ketereh itu juga, cadangan itu bagi tidak mengsia-siakan peralihan kuasa antara Datuk Seri Abdullah Badawi dengan Datuk Seri Mohd Najib Razak. Ada benarnya juga cadangan Annuar itu.
Sebelum ini beliaulah juga mencadangkan supaya Umno tidak bertanding melawan Datuk Seri Anwar Ibrahim di pilihan raya kecil Permatang Pauh. Katanya buat menghabiskan beras saja. Pendapat beliau itu ditengkis oleh Pak Lah dengan mengatakan belum pernah Umno tidak bertanding dalam mana-mana pilihan raya.
Akhirnya pandangan Annuar itu benar. Umno kalah teruk kepada Anwar dengan tambahan majoriti.
Bagi saya, saya terima pandangan agar Umno tidak action (agah) menyertai setiap pilhan raya walaupun tidak yakin menang. Cadangan itu geliga dari Annuar. Tetapi cadangan terbaru beliau ini nampak sangat kegelabahan diri beliau sendiri. Cadangan itu seakan pelan nak menyelamatkan air muka beliau saja.
Annuar sudah sedar dia tidak akan mendapat pencalonan banyak untuk tanding ahli MT. Jadi apabila beliau mengemukakan cadangan itu dengan harapan ada cadangan agar dikemukakan pula supaya ahli MT juga dirunding, tidak usah bertanding. Sudah pasti kalau diadakan rundingan Annuar secara automatik akan menjadi ahli MT atas kapasitinya sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan.
Bijak juga Annuar dalam hal ini, hal untuk menyelamatkan dirinya. Annuar tahu kalau beliau terus juga dengan hajat nak bertanding beliau akan malu besar. Saya berani ramalkan paling banyak pun beliau akan dapat antara 10 hingga 15 pencalonan saja. Angka ini tidak genap dan beliau akan gagal untuk bertanding. Kalau pun Jeli dan Bachok calon tetapi undi belum tentu lagi. Mustapa Mohamad dan Awang Adek Hussein senantiasa ingat apa yang Annuar lakukan kepada mereka.
Jadi untuk mengelakkan Annuar malu lebih besar, tariklah diri cepat-cepat. Apa nak tunggu lagi. Kalau minggu pertama kita sudah tidak nampak riak angin akan menghala ke kita, maka cepat-cepatlah berundur. Tidak gunakan nak anjur wau kalau angin tidak ada... wau tidak akan naik. Dan kalau hendak harapkan wau akan naik kerana kita membawa lari, lama kelamaan kepenatan dan akan jatuh juga.
Bahana yang diterima Annuar ini bukan apa kerana celupar mulutnya sendiri juga. Awal-awal lagi beliau sudah khinati Tengku Razaleigh Hamzah, membuat kenyataan agar anak Raja itu disingkirkan. Jadi tidak hairanlah kalau hukum karma alam pula mengkhianati beliau! -
1 comment:
Mabuk ada seribu jenis mabuk.Diantaranya yang ada pada annuar Musa mabuk pitih,mabuk kuasa,mabuk betina dan mabuk bersyarah.
Bila mabuk tidak tahu yang mana satu kena buat dulu.
Bermacam-macam masalah melandah bahagian-bahagian UMNO di Kelantan.Tidak ada komitment langsung dari beliau.
Sekarang apa dah jadi.Yang dikejar tak dapat, tangan bergelumang dengan tahi.
Angan-angan nak tanding Naib Presiden.Kemudian tukar nak tanding Majlis Tertinggi.Akhir sekali 'nahi-nahi,elek-elek'.
Orang yang tidak waras macam Tuan Hashim dijadikan pembantu dan penasihat.Maka tuai lah apa yang disemai.
Post a Comment