Kenapa Ketua Menteri Melaka yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam nak bising pasal replika gambar penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Batu Caves, Selangor?
Cuba jenguk ke luar sikit. Gambar siapa yang banyak terpampan di sebelah lebuh raya, tepi jalan dan banner besar di bangunan-bangunan?
Kijang nak tanya, gambar Mohd Ali sendiri tidak adakah yang besar khususnya di Melaka?
Bukankah tujuan meletakkan gambar itu sebagai ‘pemujaan’ – meraih sokongan?
Replika Anwar setinggi 12.2 meter itu dikatakan dibina dengan kos RM5,000 hasil bantuan penduduk dan penyokong Anwar.
Gambar penasihat PKR yang diperbuat daripada papan lapis itu dinaikkan pada 28 September oleh sekumpulan penyokong PKR bagi menyambut Aidilfitri diletakkan di sebuah simpang depan Wisma Keringat dengan kelulusan Majlis Perbandaran Selayang.
Ini wang dikeluarkan oleh rakyat, tanpa menggunakan tabung awam seperti daripada ‘poket’ kerajaan negeri atau pertubuhan tertentu.
Bagaimana dengan gambar pemimpin tertentu dengan Perdana Menteri atau dengan Timbalan Perdana Menteri yang menggunakan ‘duit rakyat’?
Apakah duit itu tidak boleh dugunakan untuk keperluan lain umpamanya membantu rakyat miskin seperti yang dikatakan oleh Mohd Ali?
Apakah poster gergasi, banner gergasi dan bunting besar-besar serta bentuk lain pun banyak. Tidak membazir ke?
Persoalannya, kenapa kempen-kempen umpamanya pelancongan domestik pun mesti ada gambar menteri dengan Perdana Menteri.
Cuba kira berapa banyak?
Merata seluruh Malaysia dan bukankah itu juga sebagai mendewa-dewakan pemimpin?
Kadang-kadang bila bercakap tidak melihat diri sendiri seperti Mohd Ali inilah mudah untuk orang bantai balik UMNO.
Lagipun, apa kenapa mengena dengan kelulusan Pasnya, kalau penyokong Anwar mahu bina replika beliau.
Kijang rasa kalau tanya berdosa ke tidak berdosa memuja replika baru betul!
Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin ada menegaskan, Islam melarang penganutnya menjadikan objek manusia seperti replika yang besar untuk diagungkan oleh pengikut masing-masing kerana menjurus kepada unsur mengagungkan sesama manusia lebih daripada had yang sepatutnya.
Inilah pemimpin UMNO, “orang tak boleh, dia boleh!”
Apa yang jelas kini gambar besar Anwar itu tidak akan diturunkan sekarang walaupun dianggap “berunsur keberhalaan” dan “perlu dihapuskan dengan segera.”
Wakil rakyat PKR kawasan itu Amiruddin Shari yang juga naib ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), menafikan wujud aktiviti keberhalaan di tempat tersebut.
Katanya, ia akan diturunkan apabila permit kelulusannya tamat tempoh tidak lama lagi.Bagaimanapun tidak pasti bila tarikh tamat permit tersebut.
“Apabila tamat tempoh yang dibenarkan, kita akan turunkan. “Saya tidak pasti berapa lama, tetapi seingat saya, permitnya tidak sampai sebulan,” katanya.
No comments:
Post a Comment