Tuesday, October 7, 2008

TERUSKAN JADI ‘KING MAKER’

Kesian juga dengan MSO. Dulu naikkan Husam Musa hingga berkedudukan seperti sekarang.
Apa yang MSO tidak lakukan untuk menjamin Husam yang suatu ketika ‘tercari-cari rentak politiknya’.
Kini Husam bukan sekadar berkedudukan baik dalam Pas malah beristeri dua dan dapat pula menempatkan isteri mudanya di Kuala Lumpur.
Mungkin bab beristeri muda itu MSO tidak masuk campur!
Kini Ibrahim Ali pula marah kat dia.
Sabar MSO, Kijang rasa jentik-jentik sikit untuk mengingatkan sahabat tidak mengapa. Selain itu kalau berbuat baik pada orang tidak semestinya orang itu membalasnya. Allah maha pengasih.
Kijang petik apa yang diperkatakan oleh MSO dalam blognya:

Ibrahim Marahkan Murai (Tuesday, October 7, 2008)
TAK sangka Murai ahli politik yang mengaku profesional, Ibrahim Ali boleh melenting bila terkena batu kecil ke atas kepalanya yang Murai lontar. Malam tadi dia ada hantarkan SMS kepada Murai bernada kesal, marah dan ugut. SMS itu ekoran celoteh Murai yang dipostingkan kelmarin dalam blog ini.

Begini bunyi SMS Brahim; Bisa mu sayuti... mu nak aku serupa Husam. aku ada salah apa dengan mu... bolehlah kalau nak uji aku. lama juga aku sabar dengan mu... bisa mu deh. From: Ibrahim Ali 8:10pm.

Sebelum itu ada satu lagi SMS, dia forward SMS yang orang hantar kepadanya, berbunyi; guana sayuti gode demo kuat sangat. baru balik Mekah dan bahe orang... (nama). (Aku ada hutang ke dengan mu sayuti). From: Ibrahim Ali 5:35 pm. Dalam berket itu adalah ayat yang Ibrahim tambah.

Mulanya Murai tak nak balas. Lagipun dah lama dia tidak berSMS dengan Murai. Kali terakhir dia balas SMS Murai semasa Murai di Makkah.

Lepas fikir baru Murai balas; Demo tak pernah berhutang duit dengan kawan satu sen pun. Kritik adalah tugas kawan. Kawan bebas macam demo juga. Kalau demo tak senang dengan kawan, kawan juga tak senang dengan demo. Malam ni baru kawan tahu demo tak senang dengan kawan. Tak pa la lepas ni kawan tak kritik demo lagi. Tapi demo ingatlah apa yang dah kawan lakukan untuk demo sebelum ini. T kasih.

Lepas tu dia balas balik dengan nada sikit lembut berbunyi; T Kasih Ti. Kritik boleh. Sebelum pun kawan tak kisah. tapi bahasa dan cara biarlah beradab sikit. apatah kita lama berkawan. saya sentiasa hormati kebebasan sesiapa. saya sebelum ini pun macam-macam orang tulis hal saya. saya tak kisah. tapi ramai yang tahu kita berdua kawan rapat. saya tak larat najkjawab. sekarang terpulang pada demolah. kawan tak jual dulu atau mula bermusuh dengan sesiapa dulu cuma orang jual dulu... tengoklah.. allah maha kuasa, malapetaka nak jadi mudah saja. terpulang kepada manusia. t kasih dan salam."

Lepas tu Murai balas dan dia balas pula dengan ringkas; "Ikutmulah..."

Memahami kenapa ahli Parlimen Bebas itu marahkan Murai kerana dia tidak larat nak jawab bila orang tanya fasal kritikan Murai kepadanya. Dia kesal kerana dia berkawan baik dengan Murai tapi Murai godem juga. Nampaknya dia tahu dan reti kesal dan tidak larat nak jawab bila Murai kritik dia. Tetapi dia lupa yang Murai juga tak larat nak jawab bila dia buat perangai bebas tidak tentu fasal, kritik sesiapa saja yang dia suka termasuk puak Pas dan Anwar Ibrahim.

Dia tidak tahu Murai menanggung pedih dan disinis setiap kali dia bercakap songsang di Parlimen, dalam tv atau dalam surat khabar. Mungkin dia merasakan Murai tidak perlu peduli sikapnya itu. Apa kena mengena Murai dengan Anwar dan puak Pas!

Barang kali dia lupa apa yang berlaku sebelum ini, sebelum jadi MP. Murai nak jelaskan kepada dia, Murailah yang bertanggungjawab membawa dia masuk ke rumah Anwar semula selepas dia mengecam Anwar kerana sokong Mahathir dulu. Murailah juga bawa dia jumpa Nik Aziz, kecek Husam dan pengaruh Ismail Nuh (di Makkah) agar serahkan kerusi Parliemn Pasir kepada dia dan sokong dia dalam pilihan raya. Apa yang Murai lakukan itu kerana nak tengok dia menang, jadi ahli Parlimen.

Sepatutnya Ibrahim reti dan faham mengenai ini. Tahulah sikit menghormati orang dan menilai apa yang orang bantu kita. Jangan jadi seperti si buta bila lepas seberang jambatan buang tongkat.

Murai hormati dan setuju kalau dia nak terus bebas. Tetapi biar profesional dan jangan sentuh hal-hal personal orang lain. Becakaplah atas isu kegemarannya iaini Melayu. Perjuanglah Melayu habis-habisan. Tunjukkan kehebatan dan kesungguhan dalam memperjuangkan Melayu. Tumpahkan darah demi Melayu tidak mengapa.

Akhirnya Murai ingin tinggal Ibrahim Ali dengan stail politik tidak bermoralnya itu. Murai cukup faham dan mengerti dengan spesis orang politik. Mereka akan merendah, merayu dan meniarap ke bumi kalau tidak ada kuasa. Sebaliknya akan ego, besar kepala, lenggak ke langit dan cakap melampau batas bila sudah ada kuasa. Apa nak buat Tuhan telah jadikan spesis orang politik demikian, tidak terkecuali kepada sesiapa.

Kepada Ibrahim ingin dijelaskan sekali lagi, selepas ini Murai (MSO) tidak akan merugikan dakwat emasnya lagi dengan mencatat nama sdr di mana-mana tempat pun kecuali Ibrahim boleh memahami hati dan tanggungjawab Murai sebagai penulis. Atas keterlanjuran (ikhlas) budi baik sdr kepada Murai selama berkawan sehingga ke pinggir Everest diucapkan terima kasih dan selamat berjaya dengan stail politik sdr.

Jangan cepat merajuk MSO. Biasalah dalam berkawan, ada tegang-kendur.

Kijang harap MSO dapat jadikan apa yang dikatakan oleh Ibrahim sebagai peringatan dan teruskan dengan usaha saudara untuk menaikkan orang tertentu dalam politik.

Hakikatnya tidak ramai ‘king maker’ dalam kalangan penulis seperti kita!

No comments: