Sunday, January 9, 2011

Masalah Air - Rakyat Kelantan Mahu Tunggu 5 Tahun Atau 14 Tahun?

Badan Perhubungan Umno Kelantan memberi jaminan akan menyelesaikan masalah bekalan air bersih di negeri itu dalam tempoh satu penggal atau lima tahun jika Barisan Nasional diberi peluang memerintah Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Timbalan Pengerusinya Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata tempoh itu lebih cepat berbanding jaminan kerajaan PAS Kelantan bahawa isu itu akan dapat diselesaikan dalam tempoh 17 tahun akan datang.

"Kita tidak mahu rakyat Kelantan menerima kesulitan itu dalam tempoh yang terlalu lama kerana isu itu merupakan antara keperluan asas yang mesti diutamakan," katanya kepada pemberita ketika ditemui semalam.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata satu projek contoh untuk menyelesaikan isu air bersih akan dibina di Kampung Gunong di Bachok dalam tempoh terdekat.

Projek itu menggunakan sistem bekalan air tiub bagi keperluan 30 rumah yang kini terpaksa menggunakan air dari perigi yang seakan bercampur minyak.

"Jika kaedah itu berjaya kita akan perluaskan ke seluruh Kelantan, itu pun jika rakyat Kelantan memberi kepercayaan," katanya.

1 comment:

Anonymous said...

Yo bro, rakyat kelantan tak kisah bab air ada selesai ke tidaknya. Yang maha penting, tu, Pope Nick Ajiz tu terus berkuasa. Dia blh jadikan rakyat kelantan ahli syurga, walau pun penyamun, penyagak, pelacur agama, penjual agama, perogol kanak2, bercampur dlm masjid jantan betina dgn pakaian menghidupkan .....,pemain bontot.