"Biarlah dia sumpah. Biarlah dia bersumpah. Kalau apa yang dia kata itu betul, kami berbohong, mesti dia bersumpah."
- Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Mulanya pemimpin
tertinggi PAS ‘underate’ pengaruh Datuk Husam Musa, khususnya daripada Presiden
PAS Datuk Abdul Hadi Awang.
Beliau tidak
berbuat sesuatu ketika bekas Naib Presiden itu mengkritik Kerajaan PAS Kelantan,
seolah-olah PAS Kelantan tiada kaitan dengan tugas-tugas Presiden.
Hadi
bagaikan tidak kisah dan tidak mahu masuk campur. Seolah-olah ‘masalah Husam’
ini boleh diselesaikan pemimpin PAS Kelantan.
Namun
ternyata anggapan dan tindakan ‘tidak kisah’ terhadap Husam itu membawa bala
kepadanya dalam isu pembentukan kerajaan campuran di Selangor, apabila Husam
mencabar Hadi mulanya dengan pertanyaan ‘Ya atau Tidak’.
Kemudian
ia diikuti pula dengan kenyataan Husam bahawa beliau sanggup ‘bersumpah talak isteri’ bagi membuktikan kenyataannya itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)
Salor itu berkata demikian ketika menjawab soalan di majlis “Demo Tanya, Ambo
Jawab” di Kota Baru, Kelantan, malam kelmarin.
Menurut Husam, usaha membentuk
kerajaan di antara PAS dan Umno sudah berlaku sejak sekian lama.
Hadi pastinya
terkejut kerana dia ingatkan Husam ‘hanya berpolitik’ dengan saingannya di
peringkat Naib Presiden dalam PAS.
Hadi
terperangkap dan terkapai-kapai apabila Husam mencabarnya. Apakah selepas ini
Husam mengajak Hadi BERSUMPAH?
Kini kepimpinan
tertinggi PAS kacau-bilau. Malah, sehingga ke peringkat membiarkan Ketua Ulama PAS
menyuruh Husam keluar parti. Itupun Hadi
diam.
Dalam menangani
Husam, nampaknya Hadi masih tidak nampak bencananya kepada PAS keseluruhannya.
Kerana itu
Hadi lebih tertumpu antaranya dengan Husam. Bukan antara PAS dan Husam,
termasuk isu di Kelantan.
Nampaknya
dalam isu Husam di Kelantan, ia bulat-bulat diserahkan kepada Timbalan
Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man ‘untuk menyelesaikannya’.
Jalan
penyelesaian daripada kritikan Husam ialah Tuan Ibrahim berkata PAS akan memanggil bekas Naib Presidennya itu bagi memberikan penjelasan berhubung dakwaan mengenai Kerajaan
Negeri Kelantan dalam masa terdekat.
“Kita
sudah menerima laporan daripada PAS Kelantan dan kita buat keputusan untuk
dengar sendiri daripada beliau. Bagi PAS
sendiri, kita kena tengok serta dengar secara dekat dan Husam perlu memberikan
penjelasan atas apa yang didakwanya,” katanya kepada Sinar Harian.
Apabila
disebut sepatutnya menggunakan saluran
betul untuk menyampaikan rasa tidak puas hatinya kerana masih terikat dengan
peraturan parti, Tuan Ibrahim pun macam dah mula ‘gelabah’.
“Apa
jua yang melibatkan mengenai parti, ahli harus menggunakan saluran yang betul
untuk menyuarakannya. Apabila perkara seperti ini berlaku, ia akan menimbulkan
polemik dan kesan kepada parti,” katanya Tuan Ibrahim.
Kenapa
tunggu hingga Husam buat majlis penerangannya sendiri baru PAS mahu bertindak?
Dalam
kes Husam dengan Hadi, kenapa mesti ada cabar-mencabar seprti dilaporkan media?
Lebih
memalukan Presiden PAS pun ikut ‘angin Husam’ apabila turut bersetuju agar
Husam bersumpah hingga ‘hilang bini’.
Gila
ke?
Tidak
boleh disekat ke angin Husam tu? Bagaimana kalau Husam cabar Hadi sama-sama
bersumpah?
Hadi semalam mencabar Husam untuk bersumpah talak isteribagi bukti dakwaan Husam berhubung usaha
pembentukan kerajaan antara PAS dan Umno di Selangor.
Sambil menafikan dakwaan Husam, presiden PAS itu menyifatkan
ianya sebagai satu yang ketinggalan zaman.
"Biarlah dia sumpah. Biarlah dia bersumpah. Kalau apa
yang dia kata itu betul, kami berbohong, mesti dia bersumpah," katanya
kepada pemberita di majlis "Hi-Tea Konvensyen Jelas Bersama Presiden"
di Pusat Konvensyen Shah Alam, Selangor semalam.
Persoalannya, apakah sudah tidak ada jalan lain yang boleh
dicadangkan Hadi bagi mengatasi kemelut ini?
Apakah Hadi juga emosional dan terjerat dengan dua soalan
Husam yang turut disahkan oleh beberapa bekas pemimpin PAS bahawa wujudnya
usaha untuk membentuk kerajaan campuran PAS – UMNO di Selangor?
Suasana
kelam kabut dalam PAS sebenarnya tidak baik kerana seperti kata penganalisis ZulkifliSulong, selepas sebahagian pemimpin tertingginya lari bagi membentuk Parti Amanah Negara (AMANAH),
PAS kini berdepan "fenomena Husam Musa".
Suasana ini bolehlah dinamakan "fenomena harum
manis" iaitu PAS terpaksa berdepan dengan serangan ahlinya sendiri yang
berpengaruh dari dalam.
Malah, Dialog
"Demo tanyo, kawe jawab" di Kota Baru, Kelantan malam kelmarin
memperlihatkan betapa PAS tersepit apabila diserang juga dari dalam parti.
Kira-kira 10,000 orang menonton dialog itu secara langsung
dengan kira-kira 5,000 di dalam dan perkarangan dewan Kelab Suara Muda dan
lebih 5,000 lagi menontonnya secara atas talian yang dipancarkan menerusi
YouTube.
"Sampai jem Youtube," kata menganalisis dan
pengkaji politik Ilham Centre, Mohamad Hisomuddin Bakar apabila ditanya apakah
reaksi awal tentang dialog bersama Husam itu.
Percayalah, perkembangan ini tidak baik
untuk PAS kerana kegairahan AMANAH untuk memasuki Kelantan dan Terengganu ada
sebab munasabah.
Apakah ‘fenomena Husam Musa’ membuka jalan
lebih luas dan mudah untuk menjayakan kegairahan AMANAH?
No comments:
Post a Comment