Kerajaan negeri Kelantan perlu mengaudit jumlah keluasan
hutan simpan kekal yang masih ada dan yang telah diteroka secara haram di
negeri ini.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata penerokaan kawasan hutan simpan kekal adalah perbuatan serius sama ada dilakukan oleh individu mahu pun sindiket.
Mustapa mengulas pendedahan Jabatan Perhutanan Kelantan Rabu
lepas, mengenai 7,284 hektar kawasan hutan termasuk Hutan Simpan Kekal (HSK) di
negeri ini diteroka secara haram oleh sindiket dan individu.
Pengarah Jabatan Perhutanan Kelantan Zahari Ibrahim dilaporkan berkata lebih 400 hektar Hutan Simpan Kekal Ulu Galas dan Batu Papan, Gua Musang diteroka oleh sindiket yang menggunakan nama Sultan Kelantan dan kerabat baginda.
Sindiket itu memperdaya penduduk agar membeli lot-lot tanah yang diteroka dan menyertai penerokaan tanah bagi tujuan penanaman getah, kelapa sawit dan pisang.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata penerokaan secara haram itu menunjukkan kelemahan dari segi penguatkuasaan dan ia perlu diatasi dengan segera.
Beliau berkata kemusnahan hutan akan memberi banyak kesan kepada alam sekitar dan semua pihak perlu memelihara khazanah alam tersebut.

Sementara itu, kelmarin Timbalan Pengerusi Badan
Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berharap Kerajaan Kelantan
perlu mengambil tindakan segera mendakwa di mahkamah dalang dan anggota
sindiket yang meneroka hutan simpan kekal di negeri ini terutama di Gua Musang.
Pencerobohan kawasan hutan tidak boleh dipandang ringan kerana dikhuatiri akan menyebabkan berlakunya banjir besar seperti pada 2014, katanya.
"Kalau kerajaan negeri dapat meluluskan kawasan pembalakan walaupun di pedalaman kenapa dalam masa sama kegiatan penerokaan hutan simpan kekal tidak boleh dikesan dari awal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan jambatan yang menghubungkan antara Kampung Limau Nipis Luar dan Kampung Limau Nipis Dalam di Machang.

Ahmad Jazlan mengulas pendedahan Jabatan Perhutanan Kelantan Rabu lepas, mengenai 7,284 hektar kawasan hutan termasuk Hutan Simpan Kekal (HSK) di negeri ini diteroka secara haram oleh sindiket dan individu.
Pengarah Jabatan Perhutanan Kelantan Zahari Ibrahim dilaporkan berkata lebih 400 hektar Hutan Simpan Kekal Ulu Galas dan Batu Papan, Gua Musang diteroka oleh sindiket yang menggunakan nama Sultan Kelantan dan kerabat baginda bagi memperdaya penduduk agar membeli lot-lot tanah yang diteroka dan menyertai penerokaan tanah bagi tujuan penanaman getah, kelapa sawit dan pisang.
Semalam, Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata sebuah pasukan petugas khas sedang mengumpul pelbagai bukti untuk menangkap dan mendakwa dalang serta anggota sindiket terbabit.
No comments:
Post a Comment