Lambunglah tinggi-tingggi selagi boleh.
Jangan sampai jatuh sudah. Kalau tergolek bangun sendiri.
PAS Kelantan menyifatkan Rang Undang-undang Persendirian
Akta 355 yang dibentangkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini
merupakan sumbangannya paling besar sebagai presiden parti itu.
Perwakilan Kelantan, Wan Ismail Wan
Jusoh berkata, rakyat Kelantan amat berbangga dengan
pembentangan RUU kerana mereka telah menunggu tindakan tersebut sejak sekian
lama.
Pada 26 Mei lalu, Abdul Hadi membentangkan usul Rang
Undang-Undang Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang
Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat.
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang kemudiannya
mencadangkan usul itu dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.
Ia baru usul, belum lagi menjadi suatu rang undang-undang
untuk dibentangkan baca bacaan kali kedua.
Malah, kalau usul itu tersekat di jalan, bagaimana?
Apakah itu kejayaan?
Siapa pula yang akan PAS persalahkan.
PAS memerlukan sokongan UMNO dan Barisan Nasional (BN)
untuk menjadikannya suatu Rang undang-undang yang boleh dibentangkan untuk
diperbahaskan seterusnya.
Jika diteliti baik-baik, kenapa Hadi membiarkannya untuk
dibahaskan pada Oktober? Kalau dibahaskan segera, ia mungkin sangkut.
Lihat sahaja penentangan daripada parti komponen BN dan
DAP. PKR belum pasti menyokong rang undang-undang berkenaan apabila dibacakan
untuk kali kedua.
Bagi PAS Kelantan, ia seolah-olah sesuatu yang seperti
sudah diperingkat pembentukan rang undang-undang dan melihatnya menjadi
kebanggaan buat umat Islam, rakyat Kelantan dan seluruh anggota PAS.
"Saya boleh bayangkan Allahyarham Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat (bekas Mursyidul Am PAS) kalau masih hidup, bagaimana seronoknya
Allahyarham mendapat tahu Rang Undang-Undang ini boleh dibentangkan.
"Ini adalah satu kejayaan dan sumbangan Yang
Berhormat Tuan Guru Presiden (Abdul Hadi) yang paling besar," katanya.
Beliau berkata demikian semasa membahaskan ucapan dasar
Presiden PAS di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) dekat Kota Bharu,
Khamis (2 Jun 2016).
Sehubungan itu, Wan Ismail menggesa semua umat Islam
khususnya anggota PAS supaya memperjuangkan RUU berkenaan
Namun,
seperti disebut oleh blog hambali1,
UMNO dan BN mungkin tidak mudah melepaskan untuk PAS dan Hadi mendapat
kredit atau kelebihan setelah sedar mereka telah mengambil langkah
salah dan perlu bertanggungjawab.
Jika Rang
Undang-Undang (RUU) bagi meminda Akta 355 (Bidang Kuasa Mahkamah Syariah) atau
RUU 335 tersangat penting, kenapa pula beri Presiden PAS itu untuk
mengusulkannya di Dewan Rakyat?
Sedangkan
hakikatnya, usaha meminda Akta 355 itu adalah usaha kerajaan BN yang diterajui
oleh UMNO untuk memperkasakan bidang perundangan Syariah sedia ada.
Ia diharap
akan berubah kepada sistem yang selari dengan perkembangan semasa dan
berakar kukuh kepada sumber-sumber perundangan syariah yang diiktiraf di dalam
Islam.
Usaha ini
wajar disokong dan sudah pasti selain menegakkan Islam, ia membawa kelebihan
atau milage kepada UMNO selepas menjelaskan tujuan murni itu kepada
parti komponen BN.
Sebaliknya,
kenapa pula UMNO mahu menghadiahkan milage itu kepada PAS dan Hadi?
Kita lihat nanti sejauh mana usul ini akan dibahaskan dan
apakah UMNO dan BN membiarkan PAS dan Hadi mendapat milage daripadanya.
Buailah tinggi-tinggi, jangan sampai tali buaian putus
sudahlah.
Jangan selepas ini PAS menyalahkan semua pihak apabila
usulnya tersekat di tengah jalan atau diambil kembali oleh UMNO dan BN!
No comments:
Post a Comment