Istilah tidak menutup aurat di Kelantan bermaksud tidak
memakai tudung dan berpakaian ketat serta menyolok mata.
Semalam Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK)
melakukan 'Ops Ramadan dan Aurat' sekali lagi. Ini bukanlah kali pertama
operasi seperti itu di negeri ‘Serambi Mekah’ berkenaan.
Sesiapa yang ditangkap menerusi operasi tersebut akan
dikenakan tindakan dibawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan
berkaitan Seksyen 5(1) perbuatan tidak sopan dan Seksyen 26 (KJS 2/85) makan di
bulan Ramadan.
Anggota jabatan itu akan melakukan pemantauan di pasar raya utama
di negeri ini bagi mengesan mereka yang tidak menghormati bulan Ramadan dengan
berpakaian tidak senonoh.
Mereka yang sengaja melakukan perbuatan atau berkelakuan
tidak sopan yang bertentangan dengan hukum syarak di mana-mana tempat awam jika
sabit kesalahan boleh dikenakan denda RM1,000 atau penjara enam bulan atau
kedua-duanya sekali.
Dalam konteks operasi menutup aurat, operasi sebegini turut diadakan di peringat majlis daerah melalui Operasi Gempur Aurat bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan wanita tanggungjawab menutup aurat.
Sebelum operasi, Kempen Menutup Aurat dilakukan di berbagai Pihakj Berkuasa Tempatan bagi memberi kesedaran mengenai tanggungjawab menutup aurat dalam kalangan wanita.
Dalam konteks operasi menutup aurat, operasi sebegini turut diadakan di peringat majlis daerah melalui Operasi Gempur Aurat bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan wanita tanggungjawab menutup aurat.
Sebelum operasi, Kempen Menutup Aurat dilakukan di berbagai Pihakj Berkuasa Tempatan bagi memberi kesedaran mengenai tanggungjawab menutup aurat dalam kalangan wanita.
Kempen dilakukan secara berterusan, termasuk melalui
khutbah Jumaat di mana melaluinya
dikupas tanggungjawab menutup aurat itu.
Usaha seperti ini dilakukan sebagai usaha berterusan kerajaan negeri dengan pihak
berkuasa tempatan dan juga pimpinan setempat melaksanakan peraturan menutup
aurat tersebut.
Setiap program kerajaan negeri itu akan diselitkan tazkirah yang turut
menyentuh isu menutup aurat dengan menyediakan banting ‘Aurat Dijaga’ yang
diedarkan ke masjid-masjid bertujuan meningkatkan kesedaran menutup aurat
tersebut.
Turut diadakan ialah ceramah agama bertajuk ‘Aurat Saya Maruah Saya’.
Dalam konteks operasi pula, ia diadakan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat di Kelantan mengenai kewajipan menutup aurat mengikut Syariat Islam.
Dalam konteks operasi pula, ia diadakan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat di Kelantan mengenai kewajipan menutup aurat mengikut Syariat Islam.
Untuk permulaan Ramadan, fasa pertama bagi operasi cegah
aurat serta perbuatan tidak sopan adalah peringkat didikan serta nasihat
manakala untuk operasi puasa, kita lebih ke arah fasa penguatkuasaan.
Semalam, seramai 24 wanita diberi amaran manakala tujuh
lagi dikaunseling berikutan mendedahkan aurat. Untuk permulaan, jabatan itu
mengeluarkan amaran dan kaunseling kepada wanita yang tidak menutup aurat.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan
Undang-Undang Syariah JAHEIK, Mohd Fadzuli Mohd Zain, berkata pihaknya hanya
memberikan kaunseling serta amaran kepada mereka kerana tujuan kami adalah
untuk mendidik masyarakat supaya menghormati bulan Ramadan.
Mohd. Rahim Jusoh
menunjukkan risalah berkenaan berpuasa dan menutup aurat dalam sidang akhbar di
Kota Bharu, Kelantan, semalam.
|
Dari segi operasi terhadap mereka yang tidak berpuasa
pula, Pengarah Jaheaik, Datuk Che Mohd. Rahim Jusoh berkata, operasi yang
diadakan setiap hari bermula pukul 11 pagi sehingga 5 petang itu turut
melibatkan kerjasama seluruh pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu.
Operasi tersebut diadakan bagi memberi pendedahan dan kesedaran
kepada masyarakat di negeri ini supaya melaksanakan ibadah puasa di bulan
Ramadan selain perlu menjaga aurat mengikut syariat Islam.
Seramai 89 anggota di seluruh negeri itu dikerahkan dan jabatan mendapat kerjasama
daripada Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) serta pihak
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam memastikan operasi ini berjalan lancar.
Berikutan itu, seluruh umat Islam juga diseru agar dapat
menghayati bulan Ramadan dan memastikan diri tidak terlibat dengan perkara
yang tidak berfaedah.
Anggota penguat kuasa akan dibahagikan tugas melakukan
operasi menangkap mereka yang tidak berpuasa dan mengenakan tindakan kepada
golongan wanita khususnya yang berpakaian tidak menutup aurat di kawasan
tumpuan ramai.
Bagi kesalahan makan di bulan Ramadan, mereka boleh
dikenakan denda RM500 atau penjara tiga bulan dan denda RM1,000 atau penjara
enam bulan bagi kesalahan berikutnya.
“Tahun lepas tidak
banyak kes yang direkodkan mengenai kesalahan tidak berpuasa dan tahun ini,
kita ambil langkah awal bagi memberi peringatan kepada seluruh umat Islam
khususnya di negeri ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment