"KFC yang mempunyai 20 cawangan di Kelantan, termasuk 10 daripadanya di Kota Bharu menunjukkan contoh dengan mula memperkenalkan pakaian seragam baru itu sejak April lalu. Ia dibuat selepas perbincangan dengan kerajaan negeri."
Ada benar dan tidak benar apa yang diperkatakan oleh bekas
menteri Datuk Zaid Ibrahim mengenai langkah kerajaan Kelantan mewajibkan
pekerja wanita Islam di restoran makanan segera dan pasar malam memakai baju
berlengan panjang.
Bagi Zaid, yang juga bekas Ahli Parlimen Barisan Nasional Kota Bharu, langkah
itu menunjukkan pentadbiran PAS di
negeri itu dalam keadaan terdesak.
Ada persoalan ialah, apakah majikan dan pengusaha sudah
bersedia dengan syarat itu kerana ia membabitkan kos dan menukar budaya
berpakaian.
Bagaimana pula dengan syarat terhadap restoran-restoran
milik orang Cina dan ‘restoran tom yam’ yang begitu banyak di Kelantan?
Menurut Zaid, kerajaan PAS Kelantan hanya tahu jaga tepikain wanita dan menyelar pembuat dasar di bawah pentadbiran PAS Kelantan yang tidak tahu masalah dihadapi pekerja
wanita.
Peraturan itu tidak adil memandangkan ada pekerja wanita
yang terpaksa berlengan pendek.
“Mereka (kerajaan negeri) hanya tahu duduk atas kerusi
dan keluarkan peraturan. Apa yang mereka tahu? Mereka lebih tertumpu kepada
usaha memastikan wanita tutup semuanya.
“Dulu, isu ini tidak menjadi masalah,” katanya, mengulas
langkah yang diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan,
Belia Dan Sukan Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood.
Abdul Fatah berkata, kerajaan negeri akan menguatkuasakan peraturan pemakaian sopan dan menutup aurat di restoran-restoran makanan segera
di negeri ini berkuatkuasa Januari 2017 nanti.
Menurutnya, perbincangan dengan pemilik pasar raya dan
pemilik perniagaan di negeri ini sudah dilakukan.
Bagi pekerja bukan Muslim, ada syarat khas selagi mana ia
menjaga kesopanan dan kesantunan, tidak terlalu seksi sehingga menimbulkan
ketidakselesaan kepada pelanggan. Tukang masak misalnya, mempunyai pakaian yang
sesuai untuk kerja-kerja di dapur.
Beliau berkata, peniaga di pasar-pasar malam juga akan
dibudayakan dengan satu pakaian yang walaupun bukan uniform, tetapi menarik
sebagai satu tarikan baharu kepada pelanggan.
“Penguatkuasaan ini akan melibatkan KFC, Mc Donalds,
Marry Brown dan restoran makanan segera lain di negeri ini. Di bawah PBT, kita
sudah adakan perbincangan agar peniaga mengenakan uniform yang sesuai dengan
negeri Kelantan.
“Setakat ini, restoran makanan segera KFC sudah melakukan
perubahan itu tahun ini, walaupun belum menyeluruh,” katanya kepada media
selepas majlis hari raya bersama mahasiswa Kelantan di JKR 10 di Kota Bharu, 10
Julai lalu.
KFC sudah mula mewajibkan pekerja wanitanya memakai baju
seragam berlengan panjang di cawangan Kelantan sebagai mematuhi peraturan
menutup aurat yang bakal dilaksanakan kerajaan negeri itu tahun depan.
New Straits Times melaporkan KFC yang mempunyai 20
cawangan di Kelantan, termasuk 10 daripadanya di Kota Bharu menunjukkan contoh dengan mula memperkenalkan
pakaian seragam baru itu sejak April lalu.
Ia dibuat selepas perbincangan dengan kerajaan negeri.
“Syarikat kami tiada masalah mematuhi peraturan kerajaan
negeri Kelantan itu dan kami akan memastikan pekerja wanita memakai baju
seragam itu sepanjang masa,” kata seorang jurucakap KFC kepada akhbar terbabit.
Abdul Fattah berkata, yang ditakrifkan dengan pemakaian
sopan ialah uniform dikenakan menutup aurat patuh syariah menutup bahagian
lengan dan labuh di bawah paras punggung.
“Kita dalam proses
mendapatkan penaja untuk menaja apron kepada peniaga-peniaga pasar malam di
negeri ini. Ada yang bersetuju kerana secara tidak langsung ia turut
mempromosikan mereka,” katanya.
Menurutnya, kerajaan negeri juga akan bekerjasama dengan
Jabatan Kesihatan Kelantan dengan menyertai kunjung Inspektor Kesihatan (IK) ke
gerai-gerai makan untuk memastikan makanan yang dijual bersih.
Zaid pula berkata rakyat Kelantan harus membantah
peraturan yang hanya menyusahkan mereka.
Menurutnya, PAS merupakan parti terdesak tanpa apa-apa
perancangan. Suka membuat peraturan. Mereka sanggup melakukan apa-apa supaya
kekal relevan.
Apapun, Zaid menyerahkan kepada rakyat Kelantan sekiranya mereka masih
memilih PAS.
No comments:
Post a Comment