Tindakan
Tun Dr Mahathir Mohamed merancang penubuhan parti baharu bagi menguatkan blok
pembangkang memudahkan kerja UMNO untuk mengenal pasti ‘musuh politik’ yang
sebenar.
Ketua
Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, perancangan Mahathir itu sangat
dialu-alukan kerana sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen sudah termaktub
dalam perlembagaan kebebasan untuk berpolitik asalkan penubuhan parti maenepati
peraturan.
Menurutnya,
rancangan Tun M menubuhkan parti dianggap lebih 'gentleman' berbanding
berpolitik tanpa parti kerana ia lebih berperaturan dan semua pihak perlu
menghormati.
“Terima
kasih Tun M sebab dia isytihar secara berperaturan, berparti secara rasmi dan
juga isytihar untuk tawan BN secara terbuka, itu lebih memudahkan kita.
“Malah ia
satu perkembangan yang baik bagi amalan sistem berdemokrasi selain memudahkan
untuk BN buat persiapan awal, kerana kita dah tahu nak lawan siapa pada pilihan
raya nanti,” katanya kepada media di Kota Bharu semalam.
Tambahnya,
menubuhkan parti baharu lebih baik daripada terus berada dalam UMNO tetapi
bersikap ‘tikam belakang’ dan berpura-pura ‘sayang’ kerana ia hanya memberi kesan
buruk kepada perjuangan anak bangsa.
“Ini juga
satu kejayaan buat Tun M kerana berjaya guna orang yang selama ini beliau telah
tawan berkali-kali, berpuluh tahun PKR, DAP kalah kepada beliau dan kini kalah
lagi sebab boleh duduk bawah Tun M dalam blok pembangkang.
“Dalam UMNO
hidup tetap diteruskan seperti biasa, mereka (Tun M, Tan Sri Muhyiddin Yassin,
Datuk Seri Anwar Ibrahim) adalah ‘musuh politik’ yang kita sudah kenal tiada
perkara baharu. Kita kena mengalu-alukan mereka dan fikir itu lebih mudah sebab
boleh kenal pasti siapa yang jadi pencabar UMNO,” katanya.
Bagaimanapun
katanya, tindakan Mahathir menubuhkan parti baharu tetap memberi kesan namun ia
bergantung kepada UMNO untuk mendepani cabaran tersebut dengan lebih berhemah.
“Kita
kena sedia ‘antibodi’, kalau di luar sana ada ancaman ‘kuman selesema’ kuatkan
antibodi, sekurang-kurangnya kita tahu nak berlawan dengan siapa.
Ini normal,
sebab kita dah tahu kelemahan dan kekuatan ‘musuh-musuh politik terbabit,”
katanya.
No comments:
Post a Comment