Seksi sangat ke iklan ni?
Ia bukan terpampang di billboard atau di banner yang dipasang
sepanjang laluan awam tetapi hanya di kedai jam dalam sebuah premis.
Gara-gara memaparkan memaparkan dua keping poster iklan
wanita yang dikatakan seksi dalam premis berkenaan, sebuah kedai jam tangan di Kota Bharu didenda.
Antara iklan itu adalah poster yang menggambarkan bintang
Bollywood Aishwarya Rai berpakaian hitam sedikit terdeah dan menggayakan jam
tangan Longines.
Poster lain menunjukkan seorang lelaki dan seorang wanita
yang duduk rapat antara satu sama lain dengan wanita itu memakai baju merah tanpa
lengan. Kedua-dua mereka memakai jam tangan Guess.
Tindakan pihak berkuasa tempatan mengenakan kompaun
kepada seorang peniaga di sebuah pusat beli-belah di Kelantan kelmarin, menimbulkan perbahasan di kalangan bukan
Islam.
Pada 25 Julai, satu saman dikeluarkan kepada seorang
peniaga jam yang beroperasi di tingkat bawah sebuah pusat beli-belah di Kota
Bharu kerana melanggar syarat-syarat (gambar seksi) ditetapkan MPKB (Majlis
Perbandaran Kota Bharu).
Menurut laporan Oriental
Daily, seorang peniaga jam tangan di sebuah pusat beli-belah di Kota Bharu
didenda kerana melanggar Seksyen 107 (2) Akta Kerajaan Tempatan 1976 menerusi
paparan dua keping poster iklan wanita yang dikatakan seksi dalam premisnya.
Peniaga terbabit mendakwa, ini bukan kali pertama beliau
didenda kerana kira-kira 10 saman diterimanya sejak mula menjalankan perniagaan
itu pada 1990.
Berikutan iru, beliau hanya boleh memohon lesen perniagaan
bagi premis baru selepas membayar semua denda berjumlah RM2,000 yang akhirnya
diberikan potongan harga sehingga RM400.
Kesan daripada saman terhadap ‘iklan seksi’ adalah bukti undang-undang syariah turut
memberi kesan kepada orang bukan Islam.
Masalahnya, isu ini dikaitkan dengan Akta Mahkamah
Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang dibentangkan Presiden PAS, Datuk
Seri Abdul Hadi Awang.
MCA Kelantan melihat saman terhadap kedai jam berkenaan
sebagai perkara yang perlu dilihat secara serius.
Parti itu akan meningkatkan kesedaran rakyat terhadap
cadangan pindaan yang dibentangkan oleh Presiden PAS itu dibimbangi golongan
bukan Islam tidak lagi dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Hu...MPKB tidak punya kuasa untuk menutup kedai |
Bagi pemimpin parti itu, tiada apa yang mampu menghalang
penggubal undang-undang persekutuan lain daripada mencadangkan pelaksanaan
hukum hudud ke atas orang bukan Islam.
Ahli Jawatankuasa Pusat AMANAH Hu Pang Chow pula berkata
saman itu memberikan tempoh sehingga 1
Ogos untuk menanggalkannya, jika tidak premis perniagaannya akan ditutup
selama-lamanya.
Hu menjelaskan, pihak majlis perbandaran tidak mempunyai
kuasa untuk menutup premis perniagaan itu sambil menambah bahawa kuasa mereka
terhad sekadar untuk tidak memperbaharui lesen perniagaan, walaupun terpaksa
menunggu hingga akhir tahun untuk berbuat demikian.
"Di bawah undang-undang sekarang atau undang-undang
majlis tempatan, tidak ada peraturan yang menyatakan kamu tidak boleh
meletakkan sebarang poster. Melainkan ia adalah poster bogel, maka itu adalah
berbeza.
"Tetapi jika poster ini boleh dipamerkan di seluruh
negara, mengapa tidak di Kelantan?" soal Hu.
Hu juga mendakwa bahawa kejadian seumpama itu banyak kali
belaku dan beliau sentiasa menasihatkan pemilik untuk mencabar saman berkenaan
di mahkamah.
Bagaimanapun, beliau berkata, kebanyakan pemilik
perniagaan takut untuk menentang kerajaan negeri.
Beliau mendakwa bahawa atas sebab itu MPKB terus
mengeluarkan saman kerana ia tahu pemilik perniagaan tidak akan mencabar
tindakannya.
"Oleh kerana saya pernah menjadi ahli Majlis
Perbandaran Kota Bharu (MPKB) selama lima tahun, saya tahu sikap mereka (MPKB),
mereka tidak akan mengalah.
"Mereka akan terus dengan keputusan dan mendesak
pemilik membayar saman atau mereka tidak akan memperbaharui lesen
perniagaan," kata Hu.
Hu sudah menasihat
pemilik untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap majlis perbandaran
tetapi tidak pasti sama ada nasihatnya akan diendahkan.
Hu berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan
pemilik tidak lama lagi dan akan menasihatkannya supaya mengambil tindakan
undang-undang.
Setiausaha MCA Kelantan, Datuk Lua Choon Hann yang
dipetik The Star Online pula berkata,
dakwaan PAS selama ini kononnya undang-undang syariah tidak akan dikuatkuasakan
ke atas golongan bukan Islam tidak benar.
Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Ekonomi MCA Kelantan
itu mendakwa penguatkuasaan kerajaan negeri pimpinan PAS itu sememangnya
menyasarkan bukan Islam dan menganggap mereka sebagai pelanggar undang-undang.
“Tiada apa yang mampu menghalang penggubal undang-undang
persekutuan lain daripada mencadangkan pelaksanaan hukum hudud ke atas orang
bukan Islam seperti yang berlaku di Aceh, Indonesia,” kata Lua.
Beliau merujuk pelaksanaan undang-undang syariah di Aceh
yang membenarkan sebatan di khalayak ramai ke atas golongan bukan Islam atas
kesalahan termasuk menjual dan meminum arak serta berjudi.
No comments:
Post a Comment