Ahli
Parlimen RAUB
Satu masa
dahulu ada seorang bekas menteri mengisytiharkan bahawa pendapatan purata
rakyat Malaysia ialah RM5,900 sebulan.
Semua
orang, terutama pemimpin UMNO bersorak gembira. Inilah hasil perjuangan UMNO
kata mereka. Setiap biji beras yang kita makan, adalah hasil perjuangan UMNO,
jerit seorang pemimpinnya.
Saya faham
konsep purata. Saya percaya ramai lagi yang faham konsep purata. Antara
persepsi dan realiti, ada perbezaan besar.
Tapi angka
yang disebut itu terlalu luar biasa. Ianya tidak dapat diterima sebahagian
besar rakyat Malaysia.
Jika
seorang Syed Mokhtar masuk ke dalam kumpulan yang hendak dihitung, tentulah
pendapatan purata semua orang akan meningkat. Pendapatan Syed Mokhtar seorang
akan menaikkan pendapatan semua orang lain.
Sebenarnya,
kesenjangan pendapatan antara yang terkaya dan yang termiskin makin melebar.
Ertinya
dalam bahasa mudah, yang kaya semakin kaya, yang miskin bertambah miskin.
Saya ke
pasar minggu Raub, timbul satu soalan, bolehkah saya mendapat RM5,900 sebulan
dengan menjual buah?
Perkara
ini terjadi bukan sebab ianya kejadian dan peraturan masyarakat yang semula
jadi. Ianya bukan ketentuan Tuhan. Tidak juga ia terjadi sebab rezeki secupak
tidak jadi segantang. Kenapa orang kampung yang rajin berkerja masih mendapat
pendapatan yang rendah?
Ia terjadi
akibat dari institusi politik dan ekonomi. Institusi politik mengagihkan kuasa
antara kumpulan-kumpulan dalam negara kita. Institusi ekonomi pula menentukan
bagaimana sumber pengkayaan diagihkan dalam negara kita.
Kuasa
terus berpusat dalam tangan orang atasan dan bangsawan- yakni golongan
terpilih. Faedah ekonomi terus berpusat dikalangan yang berkuasa dan yang sedia
kaya.
Pemimpin
UMNO akan pergi ke merata kampung dan berkata; lihat dari segi purata, orang
termiskin, yakni yang 40 peratus terbawah sudah bertambah pendapatan. Dasar
kerajaan baik. Pilih dan sokonglah kerajaan. Kerajaan Najib jaga kebajikan
rakyat. Najib jaga 30 juta rakyat Malaysia.
Angka
purata dan angka peratusan tidak membawa kegembiraan pun kepada golongan Melayu
termiskin. Memang benar, jika kita banding tahun 2012 dengan 2014, pendapatan
kasar purata Melayu 40 peratus terbawah meningkat sebanyak 40 peratus! Wow, itu
besar!
Tapi dari
segi pertambahan mutlak, pendapatan kasar purata untuk melayu 40 peratus
terbawah hanya RM681 berbanding dengan pertambahan mutlak Melayu 20 peratus
teratas sebanyak RM1,964.
Bagi kaum
Melayu; meski dari segi peratusan, golongan Melayu yang 20 peratus teratas
hanya bertambah 18 peratus pendapatan, realitinya, itu lebih baik untuk mereka.
Melayu 40 peratus yang terbawah pula bertambah 40 peratus pendapatan. Namun,
pertambahan 18 peratus lebih baik dari pertambaan 40 peratus. RM1,964 tentulah
lebih baik dari RM681.
Saya yakin
kalangan kaum Melayu yang membentuk 40 peratus terbawah mahukan pertambahan
sebanyak RM1,964. Tentu, jika diberi pilihan, Melayu miskin mahukan pertambahan
RM,1964 biarpun peratusannya kecil.
Demikianlah
angka purata mengelirukan kita dan menyembunyikan realiti. Kesenjangan
pendapatan antara yang miskin dan yang kaya terus melebar.
Apa
peniaga pasar minggu dan pekan sehari di Bandar Raub, di Pekan Dong, di Sungai
Ruan, di Bukit Koman, di Batu Malim, Felda Sungai Klau; semua mereka mahukan
pertambahan mutlak.
Angka
purata tidak bererti apa-apa kepada mereka. Adakah kerajaan mahu dengar
rintihan rakyat?
No comments:
Post a Comment