Anaknya,
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (Ketua Pemuda PAS yang juda Ahli Parlimen
Pasir Mas) sering menggunakan nama ‘Tok Guru’ dalam beberapa kenyataannya.
Sementara pemimpin AMANAH, khususnya Datuk
Husam Musa pula sering mengaitkan nama ‘Tok Guru’ untuk memperkukuhkan hujahnya
dalam perkara-perkara tertentu.
Husam
yang terbuang selepas ketiadaan ‘Tok Guru’, hakikatnya sudahpun ‘dibuang keluar
dari Kelantan’ ketika ‘Tok Guru’ masih di penghujung hayatnya.
Kini Husam
berusaha mendapatkan simpati dan
sokongan menggunakan nama ‘Tok Guru’ bagi menyambung karier politiknya.
Malah
Ahli Dewan Undangan (ADUN) tunggal AMANAH di Kelantan itu baru-baru ini berkata rakyat
Kelantan perlu memilih satu kerajaan yang meneruskan cara Tok Guru Nik Aziz
jika mahu negeri itu maju dan selamat pada masa hadapan.
Persoalannya,
apakah ‘Tok Guru’ yang sudah
meninggalkan PAS dan Kelantan itu benar-benar meletakkan Kelantan sebagai
negeri yang berjaya?
Apakah
Kelantan boleh dijadikan model pembangunan mapan dan pentabdiran yang
berintegriti sesuai dengan labelnya sebagai sebuah ‘Serambi Mekah’?
Apakah
ketika pemerintahan ‘Tok Guru’ Kelantan berada dalam keadaan yang baik
ekonominya dan mantap pendtadbirannya?
Bolehkah
Kelantan dijadikan sebagai salah sebuah negeri yang maju di Malaysia?
Juga
apakah Kelantan negeri yang aman, damai dan bebas jenayah berbanding negeri
lain?
Bolehkah
dikatakan Kelantan bebas rasuah dan bersih pentadbirannya?
Bolehkah
Kelantan disifatkan negeri yang berjaya memenuhi keperluan rakyat, khususnya
keerluan asas seperti rumah rakyat, air bersih, peluang perniagaan, kemudahan
kesihatan, jalan raya dan pengangkutan yang mengatasi negeri-negeri lain di
Malaysia?
Apakah
Kelantan negeri yang tergolong sebagai negeri bersih di Malaysia?
Yang
dibangga-banggakan mengenai Kelantan ialah kononnya ‘politik Islam’ segar di
negeri itu, sedangkan hakikatnya, apabila Nik Aziz tiada, Kelantan menjadi
‘kuca-lembe’.
Persoalannya
yang perlu dijawab oleh mereka yang memuja Nik Aziz ialah apakah apabila dia
meninggalkan Kelantan, negeri itu dalam keadaan ekonominya baik, maju, bebas
rasuah dan memenuhi ciri-ciri sebuah negara Islam?
Jika
tidak, kalau hanya mahu mengambil beberapa aspek kecil ciri-ciri ‘Tok Guru’,
tidak payahlah diagung-agungkan beliau sebagai pentadbir yang berjaya.
Malah,
Husam turut terpalit dengan ‘kegagalan kemajuan di Kelantan’ kerana beliau
sendiri pernah menjadi orang kanan ‘Tok Guru’.
Cumanya
kini, jika beliau berjaya dengan AMANAH untuk memerintah Kelantan, beliau boleh
memperbaiki atau menyelesaikan misinya yang belum selesai selama ini. Dengan
kata lain, ‘menebus dosa’ yang lalu.
Kerana
itu, biarlah Nik Mohd Abduh atau beberapa yang taksub sahaja berulang-ulang
menyebut ‘Tok Guru’. Itupun bertujuan penyatuan pemimpin dalam PAS yang
kini semakin berpecah.
Memang
diakui ketika hayatnya, faktor ‘Tok Guru’ penting dalam konteks penyatuan dalam
PAS khususnya di Kelantan tetapi selepas peninggalannya terbukti bahawa apa
yang dikatakan sebelum ini bahawa memang wujud perpecahan di kalangan pemimpin
PAS, khususnya di kalangan ulama dan progresif, adalah kenyataan.
Penubuhan
AMANAH menjawab segala-galanya.
Jadi,
jika AMANAH berjuang hanya untuk mendapatkan sokongan penyokong PAS, maka ia
tidak akan berkembang jauh.
Namun
berasaskan kepada apa yang disebut Husam bahawa AMANAH menawarkan pentadbiran Islam lebih baik dan
memfokus untuk menyelesaikan isu-isu rakyat bila diberi peluang menjadi
kerajaan di Kelantan, ia menjanjikan sesuatu yang boleh diletakkan harapan.
Husam
tidak perlu ada kaitan dengan ‘Tok Guru’ kerana memang Islam mengutamakan
rakyat miskin dan mereka yang kekurangan keperluan asas, bukan mengejar taukey
besar untuk dapat habuan segera.
Boleh
menjadikan rujukan mengenai sifat ‘cakna’ kepada orang miskin yang ditunjukkan
‘Tok Guru’ namun Husam dan AMANAH tidak boleh lagi mengambil bayang-bayang PAS
jika mahu terus ke hadapan.
Tidak
perlu bernostalgia dengan ‘Tok Guru’ dalam menyatakan dasar dan perjuangan.
Yang
penting AMANAH perlu berusaha keras bagi membawa Islam yang mencari
penyelesaian kepada semua masalah yang dihadapi termasuk masalah air, sekolah
agama Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan menaikkan taraf hidup rakyat di kampung-kampung.
Kalau
AMANAH diberi kuasa menurut Husam, salah satu usaha terpenting adalah
menjadikan semua guru YIK adalah tetap dan berpencen.
Benar
Husam sedang memperteguhkan pengaruhnya di Kelantan, namun Husam juga adalah
tokoh nasional dan sewajarnya terus memperkatakan isu membanteras rasuah,
membela rakyat dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, perumahan, menambah
pendapatan dan mencari jalan mengatasi tekanan hidup akibat kenaikan harga
barang.
Memanglah
bukan PAS sahaja yang memperjuangkan Islam. Malah, AMANAH turut memperjuangkan
Islam. UMNO juga memperjuangkan Islam.
Namun
apakah perbezaan antara ketiga-tiganya?
Menurut
Husam, "Islam menganjurkan "Fastabiqul khoirat” yang bermaksud “Boleh
berlumba-lumba dalam membuat kebajikan” dengan syarat membawa kepada Islam yang
gagah.
Menjawab
satu soalan hadirin pada satu majlis ramah mesra di kampung Cherang dalam
kawasan Kota Bharu, Husam berkata tujuan AMANAH ditubuhkan serta hala tuju
parti AMANAH berlandaskan dasar Islam yang diterjemahkan dengan bijaksana
sesuai dengan keadaan di Malaysia.
"Misalnya, di tempat kita terdapat ada bangsa Cina, india dan Melayu, jika kita memperjuangkan hanya dasar bangsa Melayu semata-mata, Islam tidak akan dapat naik untuk memerintah," katanya.
"Misalnya, di tempat kita terdapat ada bangsa Cina, india dan Melayu, jika kita memperjuangkan hanya dasar bangsa Melayu semata-mata, Islam tidak akan dapat naik untuk memerintah," katanya.
Walaupun
nampak mudah, namun usaha Husam pastinya akan berdepan dengan berbagai
rintangan.
Beliau
bukan sahaja berdepan dengan UMNO tetapi PAS Kelantan akan berusaha untuk
menenggelamkan beliau.
‘Dendam’
pemimpin PAS Kelantan dan PAS Terengganu terhadap Husam akan dapat dilihat
bagaimana mereka memerangi Husam selepas ini.
PAS
Kelantan dan PAS Pusat tidak akan berdiam diri. Husam juga mungkin akan disekat
daripada terus ‘menggunakan nama Tok Guru’ dalam perjuangan politiknya.
Sebelum
ini pun sudah ada kenyataan Nik Mohamad Abduh supaya Husam jangan menggunakan
nama arwah ayahnya untuk tujuan politik.
Kerana
itu adalah baik Husam melupakan strategi menggunakan nama ‘Tok Guru’.
Ini kerana Husam sudah bersama AMANAH, perjuangannya kini sudah baharu.
Dengan
bernostalgia mengenai ‘Tok Guru’ akan membawa gambaran seolah-oleh beliau masih
‘gila-talak dengan PAS’ sedangkan
hakikatnya, beliau sudahpun membuang jauh-jauh cara dan perjuangan lamanya
melalui PAS.
Husam
kini adalah Husam baharu.
Beliau
kini menggendong perjuangan baharu bersama AMANAH, iaitu parti baharu yang diuar-uarkan
sebagai menggantikan PAS.
Kerana
itu adalah baik Husam tidak lagi mengaitkan dirinya serta membebaskan dirinya daripada ‘Tok Guru’ dengan biarkan pemimpin
PAS yang bernostalgia dengannya.
Husam
baharu perlu berwajah baharu dengan idea dan wawasan perjuangan yang baharu.
AMANAH
perlu dilihat parti baharu, bukan parti yang bersalin kulit daripada PAS.
Persoalannya
bersedia dan dapatkan Husam dan AMANAH memisahkan dirinya daripada ‘bau dan pengaruh’
Tok Guru dalam menjayakan wadah perjuangan dalam politik Malaysia yang semakin
mencabar?
No comments:
Post a Comment