Mana yang benar - Orang Asli dipergunakan oleh pertubuhan bukan
kerajaan (NGO), orang politik dan parti politik atau Kerajaan Negeri
Kelantan mengabaikan hak tanah dan wilayah
adat masyarakat berkenaan.
Selain itu, benarkah bantahan lebih 200 penduduk Orang
Asli ke atas aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Kekal Balah, Gua Musang adalah
berpunca daripada salah faham?
Pada ketika Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata isu
itu boleh diselesaikan, Timbalannya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengingatkan
badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik supaya tidak menggunakan isu
berkaitan masyarakat Orang Asli untuk kepentingan tertentu.
Mohd Amar berkata NGO
yang mewakili masyarakat Orang Asli di kawasan itu juga diharap dapat hadir ke
Kompleks Kota Darul Naim bagi berbincang dan menyelesaikan masalah berkenaan.
Kumpulan Orang Asli itu menggesa semua aktiviti pembalakan
di hutan kekal berhampiran kawasan penempatan mereka dihentikan kerana mendakwa
aktiviti itu merosakkan alam sekitar dan memupus hutan hingga menjejaskan mata
pencarian mereka.
Konflik antara pembalak dan Orang Asli tercetus akhir bulan lepas kerana mereka membantah aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Kekal Balah.
Konflik antara pembalak dan Orang Asli tercetus akhir bulan lepas kerana mereka membantah aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Kekal Balah.
Laporan Malaysia Dateline semalam, menyebut kemuncak pergelutan antara syarikat pembalak
dengan Orang Asli di Gua Musang, Kelantan sehingga berlaku tembakan, 28
September lalu dilihat akibat pengabaian kerajaan negeri terhadap hak tanah dan
wilayah adat masyarakat berkenaan.
Memetik sumber
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) berkata, isu berkaitan kawasan rayau atau
saka masih gagal ditangani ketika Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik
Abdullah memberi alasan kononnya operasi syarikat pembalakan di kawasan itu
adalah berlesen.
“Bila kita sebut
tentang kawasan rayau, di sinilah peranan kerajaan negeri. Kita (JAKOA) cuma
boleh maklumkan berkenaan kawasan rayau tapi hak milik adalah kerajaan negeri,”
ujar sumber berkenaan yang mahu dikenali sebagai Razak ketika dihubungi
Malaysia Dateline.
Ditanya tentang
peranan yang wajar diambil bagi mengelak ancaman berterusan aktiviti pembalakan
terhadap masyarakat Orang Asli, beliau mengakui hal tersebut sama sekali bukan
dalam pertimbangan kerajaan negeri.
“Terus terang,
kawasan rayau ini tidak pernah pun diambil berat oleh kerajaan negeri sebab
tidak ada dalam undang-undang. Pejabat Menteri Besar tidak peduli walaupun
memorandum dan bantahan pernah dibuat.
“Sebabnya, kerajaan
negeri sudah ada perjanjian dengan syarikat balak tersebut. Banyak kelompangan
dalam aspek berkaitan undang-undang berhubung hak Orang Asli,” ujarnya.
Sumber itu
menjelaskan, tuntutan Orang Asli juga berdepan cabaran besar apabila Akta 134
tidak mengandungi istilah kawasan rayau walaupun wilayah itu turun-temurun
didiami Orang Asli.
“Ancaman pembalakan
kepada Orang Asli ini memang banyak. Sungai mereka bergantung tercemar, hasil
hutan berkurangan, tanah-tanah yang sebelum ini menjadi sumber pendapatan Orang
Asli juga musnah,” tegasnya.
Menurutnya pihak
JAKOA telah menyatakan pendirian supaya dalam pengurusan hutan termasuk di
negeri Kelantan, Jabatan Perhutanan mesti mengambil kira kepentingan masyarakat
setempat khususnya yang melibatkan kawasan tadahan air dan aktiviti
sosioekonomi setempat seperti bercucuk tanam dan mencari hasil hutan.
Hal itu, ujarnya,
antara rumusan daripada mesyuarat JAKOA bersama pihak Jabatan Perhutanan Negeri
Kelantan, syarikat serta wakil komuniti Kampung Kuala Bering, Gua Musang pada 5
Mei lalu yang kemudiannya dimaklumkan kepada pihak Suruhanjaya Hak Asasi
Manusia Malaysia (Suhakam).
Dalam surat bertarikh
28 Jun yang ditunjukkan kepada Malaysia Dateline itu, turut dimaklumkan bahawa
pihak syarikat telah menggantung semua operasi pembalakan ekoran bantahan
penduduk tempatan.
“Sebarang
perancangan, permohonan, kelulusan, pengeluaran permit, perjanjian, hasil,
keluasan kawasan untuk pembalakan dan penguatkuasaan hutan adalah di bawah
seliaan dan bidang kuasa Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri,”
dipetik daripada surat ditandatangani Ketua Pengarah JAKOA, Mohd Jamalludin
Kasbi.
Untuk rekod, Perkara
7(3) Akta 134 memberi kuasa kepada kerajaan negeri membatalkan, meminda dan
mengubah mana-mana pengisytiharan mengenai rizab Orang Asli yang dibuat di
bawah Seksyen 3(1).
Mohd Amar kelmarin menegaskan, isu berkaitan pembalakan di Hutan
Simpan Kekal (HSK) Balah di Gua Musang tidak seharusnya dipolitikkan kerana ia
berkaitan pentadbiran kerajaan negeri semata-mata.
“Saya harap mereka
yang terlibat dalam isu ini betul-betul nak membantu Orang Asli, bukan untuk
mengambil kesempatan. Jangan gunakan Orang Asli untuk ‘mileage’ tertentu. Itu
harapan kitalah. Tak kira siapa-siapapun termasuk parti-parti politik, NGO pun
jangan ambil kesempatan atas isu menggunakan Orang Asli sebagai batu loncatan
untuk dapat nama dan kredit,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat
Anggota Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darul Naim semalam.
Ahmad ketika mempertahankan keputusan kerajaan negeripula menganggap bantahan Orang Asli ke
atas aktiviti pembalakan di Gua Musang itu berpunca daripada salah faham dan
boleh diselesaikan.
Menurutnya, mereka perlu memahami bahawa aktiviti
pembalakan merupakan sumber hasil kerajaan negeri dan mereka tidak boleh
mendesak agar aktiviti itu dihentikan tanpa alasan kukuh.
"Lagi pun,segala aktiviti pembalakan itu dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Jabatan Perhutanan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pejabat Tanah dan Jajahan Kecil Lojing di Pos Brooke semalam.
"Lagi pun,segala aktiviti pembalakan itu dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Jabatan Perhutanan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pejabat Tanah dan Jajahan Kecil Lojing di Pos Brooke semalam.
Ahmad mengulas mengenai tindakan penduduk Orang Asli yang berhimpun dan membina sekatan di laluan keluar-masuk lori pengangkut balak di Kampung Petei, Pos Bering sejak 26 September lepas.
Pada Isnin lepas kerajaan negeri mengarahkan syarikat pembalakan agar menangguhkan operasi berkaitan pembalakan di kawasan terbabit sehingga semua isu yang timbul dapat diselesaikan.
Beliau bertegas, kerajaan negeri tidak akan menghentikan selama-lamanya aktiviti pembalakan atas sebab salah faham kumpulan penduduk tertentu yang tinggal di kawasan Hulu Kelantan.
Ini kerana jika aktiviti pembalakan dihentikan, ia akan menjejaskan sumber hasil kerajaan negeri dan merencatkan faedah yang dinikmati rakyat.
Lagipun tindakan Orang Asli itu akibat hasutan pihak tertentu, malah perbuatan itu tidak harus berlaku kerana ia tidak memberi sebarang faedah.
No comments:
Post a Comment