Siapa tidak kenal dengan Datuk Ibrahim Ali?
Ibrahim pernah tiga kali jadi Ahli Parlimen Pasir Mas
iaitu menang pada 1986 atas tiket UMNO, 1990 atas tiket Parti Melayu Semangat
46 (S-46) dan 2008 atas tiket PAS.
Keahliannya dalam parti ialah menyertai BERJASA antara 1978 hingga 1981, kemudian UMNO
sehingga 1988, S-46 antara 1988 hingga 1991, kembali kepada UMNO antara 1991 dan
2003, kemudian BEBAS sejak 2003 hingga
sekarang.
Beliau bagaimanapun bertanding sebagai calon PAS di
Parlimen Pasir Mas pada 2008.
Ibrahim memilih jalan politik untuk kepentingannya pada
setiap pilihan raya. Kerana itu dia pernah bertanding atas tiket BERJASA, atas
tiket UMNO dan juga atas tiket PAS.
Ibrahim akan berubah warna mengikut keadaan.
Bagaimanapun, sejak lebih dua dekad lalu, walaupun Ibrahim
tidak khusus kepada satu-satu parti politik, dia dilihat sebagai penyokong kuat
Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri 22 tahun itu menjadi ‘pelindung
kepada Ibrahim’, terutamanya dalam soal membabitkan kedudukan ekonomi beliau.
Bukan rahsia lagi, semua orang tahu terutamanya penduduk
di Pasir Mas dan Kelantan.
Namun kini apakah hubungan rapat antara Presiden
PERKASA Datuk Ibrahim Ali dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
sudah berakhir?
Bagaimana kedudukan Dr Mahathir sebagai penaung PERKASA?
Nampak gayanya hubungan itu mungkin akan tamat serta
merta dan Ibrahim boleh membawa haluan sendiri mendekati Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Razak.
Kalaupun Ibrahim ‘berlembut’ dalam kenyataannya hari ini
atau mungkin juga lebih keras, hubungan akrab itu tidak mungkin akan terbentuk
semula seperti sebelum ini.
Apalagi Ibrahim kini dilihat menyokong kuat Perdan
Menteri. Sudah pasti pemimpin dan penyokong UMNO akan bertepuk
tangan kerana PERKASA kini di pihak mereka.
Strategi mereka memecahkan kem Ibrahim Ali daripada Dr
Mahathir kini berjaya.
Najib pasti tahu bagaimana mahu ‘memujuk Ibrahim’.
Caranya mungkin seperti bagaimana Dr Mahathir lakukan terhadap Ibrahim sebelum
ini.
Semua orang tahu apa yang Ibrahim dapat daripada Dr
Mahathir dana pa yang Dr Mahathir tolong beliau.
Kini hubungan rapat itu sudah berakhir semuanya gara-gara
Presiden PERKASA itu menegaskan
menentang DAP pada ucapan dasarnya ketika Persidangan Agung Tahunan Ke-7
PERKASA 2016 di Stadium Mini Titiwangsa.
Selain itu benarkah bekas Perdana Menteri itu penaung
PERKASA? Aatau ia hanya digembar-gemburkan oleh Ibrahim semata-mata untuk orang
Melayu menyokong pergerakannya?
Semalam Dr Mahathir menafikan secara rasmi pernah menjadi
penaung PERKASA.
Kenyataan Ibrahim pada 20 November 2016 lalu, bahawa NGO
itu tidak memusuhi kaum Cina sebaliknya menentang DAP hanya kerana sikap parti
itu yang cauvanis pastinya mengguris hati Dr Mahathir yang selama ini dilihat
sebagai ‘pelindung Ibrahim dalam banyak perkara’.
Kerana itulah mungkin Dr Mahathir sanggup berkata bahawa
beliau malu menyebut bahawa Presiden PERKASA itu adalah kawannya.
Malah secara terang Dr Mahathir menegaskan Ibrahim enggan
menyertai BERSATU kerana parti Dr Mahathir, Parti Pribumi Nersatu Malaysia
(PPBM) berkawan dengan DAP.
Ibrahim sebelum ini mendakwa bahawa DAP adalah
"jahat", tetapi jika dibandingkan DAP dengan MCA, siapa sebenarnya
lebih jahat.
“Saya perlu tegaskan di sini, anti-DAP bukannya
anti-Cina. Saya tentang DAP bukan kerana DAP dipimpin oleh keturunan Cina. Saya
menentang DAP kerana sikap, pendirian dan kerenah DAP yang cauvanis.
“Saya harap Malaysia faham dan jelas akan hal ini. Saya
hormati keturunan Cina kerana mereka ralyat Malaysia yang sah, kerana mereka
memiliki hak-hak yang sah dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Saya tidak pernah anti-Cina,” tegas Ibrahim.
Ibrahim berkata antara sebab lain beliau dan PERKASA menolak
DAP kerana parti itu menentang usul pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa
Jenayah) atau Akta 355 (RUU355).
Dengan tindakan
DAP itu menunjukkan seolah-olah memberi gambaran DAP berhak menentukan
perjalanan hal ehwal orang Islam di negara ini.
“Saya tentang DAP habis-habisan misalnya bangkangan DAP
dan senada dengannya kepada RUU355 memberikan gambaran seolah-olah DAP berhak
menentukan perjalanan hal ehwal orang Islam di Malaysia.
“Tapi, bila ada keturunan Cina mempersoalkan azan yang
kuat di masjid atau surau, umat Islam membuat laporan polis mengenainya DAP dan
senada dengannya hanya berpeluk tubuh dan diam seribu bahasa,” katanya.
Sebaliknya Dr Mahathir mempertahankan DAP bahawa parti
itu secara terbuka mengisytiharkan bahawa mereka menghormati perlembagaan,
kedudukan Raja-Raja Melayu, Islam sebagai agama rasmi negara dan sebagainya.
Adakah MCA atau MIC pernah melakukan perkara yang sama,
soal Dr Mahathir.
Pada satu sidang
media di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya semalam, Dr Mahathir berkata keputusan
Ibrahim untuk meletakkan 50 calon bebas mewakili kumpulan pendesak Melayu itu
pada pilihan raya umum akan datang bermakna bahawa Ibrahim bekerja untuk
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Dia bekerja untuk
Datuk Seri Najib. Sebab dia tau kalau lebih daripada pertandingan satu lawan
satu, Najib akan menang. Jadi dia berusaha supaya Najib menang
“Dia pura-pura berjuang untuk orang Melayu, tak boleh
cakap dengan DAP. Tapi dia sanggup bekerja dengan Najib, dia sanggup sokong
orang yang curi duit,” kata Mahathir.
Ibrahim pada Ahad lalu mengumumkan PERKASA merancang
untuk meletakkan 50 calon pada pilihan raya umum akan datang, termasuk dirinya.
PERKASA tidak akan
menggunakan platform parti politik sebaliknya hanya bergerak sebagai NGO kerana
mahu bertindak di luar radar politik tempatan.
Ibrahim akan mengadakan sidang akhbar hari ini untuk menjawab ulasan Dr Mahathir itu.