Kemenangan moral untuk AMANAH Kelantan.
Ini kerana bapa saudara Sultan Kelantan Tengku Mohamed
Tengku Yahya Petra mengisytiharkan menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) pada
25 November lalu.
Beliau membuat keputusan itu kerana kesal dengan tindak-tanduk
pemimpin kerajaan negeri yang tidak turun padang membantu rakyat.
Pada majlis di kediamannya ketika kunjungan pimpinan AMANAH
negeri Kelantan yang diketuai Datuk Husam Musa, beliau melahirkan kekecewaan
kerana banyak masalah rakyat tidak diselesaikan.
"Bolehkah bila berlaku banjir seorang pemimpin
berkata saya tidak boleh pergi melihat keadaan rakyat kerana rumah sayapun
turut kena banjir," katanya dengan nada kesal.
Beliau turut membangkitkan masalah yang dihadapi
masyarakat Orang Asli akibat pembalakan di Kuala Balah.
"Saya tidak dengar mana-mana pemimpin negeri yang
turun padang ke tempat Orang Asli buat 'blockade' sebagai protes kawasan mereka
menghadapi masalah akibat pembalakan.
"Yang saya dengar Datuk Husam (Musa) yang pergi
jumpa Orang Asli dan bertanya masalah mereka," katanya.
Beliau memuji pemimpin-pemimpin AMANAH negeri yang selalu
turun padang dan berusaha mencari penyelesaikan kepada masalah yang dihadapi
rakyat.
"Saya rasa ada persamaan antara kami.
"Sebab itu sekarang saya nak isytiharkan bahawa saya
menyertai parti AMANAH," katanya.
Beliau turut membangkitkan usaha menghapuskan rasuah
dalam pentadbiran kerajaan.
"Saya yakin parti AMANAH mempunyai sikap yang sama
dengan saya untuk melawan rasuah.
"Insya Allah saya akan membantu parti AMANAH dengan
segala upaya yang saya ada sehingga parti ini berjaya," katanya.
Pada majlis itu, Tengku Mohamed menyerahkan borang
keahlian AMANAH kepada Husam disaksikan
oleh Setiausaha AMANAH negeri Kelantan, Rushdan Mustafa.
No comments:
Post a Comment