Persaingan tiga penjuru dalam politik Malaysia hampir pasti
berlaku.
Blok ketiga atau Gagasan Sejahtera (GS) yang diwujudkan
oleh PAS dan IKATAN semakin jelas akan beraksi dengan kekuatannya sendiri
sebagai pilihan untuk rakyat Malaysia berhadapan BN dan Pakatan Harapan.
Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz
berkata, kenyataan terbaru bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir untuk
"tidak sujud" di kaki PAS telah menamatkan secara tidak rasmi
teka-teki hubungan politik antara PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(BERSATU).
BERSATU telah mengukuhkan pendiriannya untuk menjalin
hubungan dengan Pakatan Harapan.
Justeru ujarnya, kekuatan PAS untuk bergerak sendiri
memimpin blok ketiga adalah nyata kerana DAP, AMANAH (Parti Amanah
Negara), PKR dan BERSATU dakwanya terus menerus menyerang PAS bahawa PAS
adalah rakan UMNO.
"Bagi Pakatan Harapan, undi PAS adalah undi UMNO.
Maka jangan undi PAS. Bagi UMNO, undi UMNO adalah undi PAS. Maka undilah UMNO.
"Tujuan mereka walaupun berbeza tetapi bertemu di
satu titik iaitu kemenangan adalah sama ada untuk UMNO- BN ataupun untuk
Pakatan Harapan. Hilangkan kemenangan untuk PAS.
"Adakah itu sukar buat PAS? Ya, PAS sentiasa sukar
perjuangannya.
"Tetapi kemenangan dan kekuatan PAS hari ini adalah
hasil kesabarannya menempuh kesukaran demi kesukaran. PAS sentiasa yakin bahawa
motivasi perjuangan Islam adalah 'beriring kesukaran adalah kemudahan',"
terangnya seperti dicatat dalam facebooknya pagi 15 Februari lalu.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, UMNO tidak
mampu lagi selain berbuat baik kepada PAS. Rekod buruk UMNO terhadap PAS
ujarnya, mesti dipadamkan demi survival UMNO.
Manakala Pakatan Harapan tidak pula mampu memomokkan
rekod buruk PAS dalam Pakatan Rakyat dulu sebagai peluru ampuh buat membedil PAS.
"Mereka walaupun benci tetapi terpaksa akur jasa PAS
dalam Pakatan Rakyat. Jika mereka
menidakkan, peluru itu akan melantun balik kepada mereka sendiri.
"Justeru sebaik-baik senjata mereka untuk membunuh PAS
adalah menghujahkan perbuatan baik UMNO kepada PAS sebagai bukti bahawa PAS dan
UMNO adalah satu.
"DAP menjaja PAS menyokong UMNO. Bersatu menjaja PAS
makan dedak UMNO. PKR menjaja PAS menyokong kezaliman. AMANAH hanya ikut kata.
Mabuknya belum habis. Setianya dengan DAP memang lejen. Satu dalam sejarah
negara," ujarnya.
Sambung Nik Abduh lagi, PAS menolak untuk tunduk kepada
tekanan musuhnya.
"PAS akan kekal melaungkan ingatan kepada umat Islam
dan rakyat Malaysia bahawa penyelesaian terbaik adalah dengan kembali kepada
Islam sebagai cara hidup. Ia suara yang tidak akan padam dengan jaminan Allah. PAS
setianya dengan Islam adalah lejen. Satu dalam sejarah politik negara.
"Walau baik mana sekali pun UMNO terhadap PAS, PAS
akan kekal bersendirian melawan UMNO. UMNO adalah musuh tradisi PAS dalam
politik.
"Jika UMNO ikhlas berbuat baik, itu hak dan
kewajiban semua untuk berbuat baik. Jika UMNO bersandiwara atau hanya berlakon
semasa susahnya kini, lambat laun UMNO PASti akan terjun ke dalam lubang
digalinya sendiri.
"PAS telah siap siaga menolak sebarang sandiwara. PAS
telah lama beriman dan mengajar rakyat bahawa dunia ini adalah sandiwara. Yang
selamat adalah yang hidup istiqamah dan berwaspada di jalan Allah. Di tikar
sejadah ubudiyah mahupun di karpet merah kemewahan.
"PAS mengingatkan rakyat bahawa politik DAP adalah
bahaya untuk negara. Rosak negara adalah kerana UMNO membangunkan negara dengan
tiang-tiang sekular sejak lama.
"Akhirnya ia merapuh dan dimakan anai-anai. DAP
datang dengan tiang-tiang baru dengan tahap sekular yang berganda sepuluh. Ia
jelas akan menambahkan kehancuran negara dalam kealpaan rakyatnya nanti.
"AMANAH adalah contoh awal kealpaan yang nyata. Amat
malang.Lebih malang adalah rakan lama dalam perjuangan, IKRAM. Semoga Allah
memilih yang terbaik daripada kalangan rakan-rakan dalam IKRAM untuk segera
menyedari kesilapan dan memadamkannya. Jangan mabuk politik DAP macam AMANAH.
Mabuk laut tak apa.
"Orang bertanya mana bahaya antara UMNO dan DAP?
Saya berkata, bahaya UMNO bahaya dirasai. Bahaya DAP bahaya
menanti. Hapuskan bahaya dirasai. Hilangkan bahaya menanti. Begitulah ubat
diciptakan dalam kehidupan menuju kesihatan dan kesejahteraan," ujarnya.
1 comment:
SALAM KOMPAK SELALU….dan selamat buat yg JUPE hari ini.
KALAU ANDA INGIN TAU INFO TOGEL, KENAL,KAN NAMA AWA IBU HARUNG, KAMI TINGGAL DI SABAH PEKERJAAN USAHA KECI-KECI LAH, DAN TUKAN MASAK DI RESTORAN ,SELAMA KAMI KENAL YANG NAMANYA KI NASIB KAMI TIDAK SEPERTI YANG DULUH… KAMI SANGAT BERTERIMA KASIH KEPADA AKI TAGALA BERKAT ANGKA YANG DI BAGI SAMA BELIAU.DAN ALHAMDULILLAH TEMBUS.DAN KAMI MINTA ANGKA,4D…5D…DAN 6D…
ANGKA NAIK YAITU,DI.
SPORTS,TOTO 4D,5D, 6D ,7-4-9-3-6-3
SIAPA TAU AWA SEMUA MAU SILAH KAN GABUNG SAMA KAMI,DI BOCORAN RAMALAN TOGEL, AKI TAGALA DAN KAMI BERSUKUR HASIL PASANG TOGEL TGL,18,02 ,2015…
….
SEMUA UTANG UTANG DLM KELUARGA KAMI KINI DPT TERLUNASI SEMUA,KAMI PUN BISAH MEMBUKA USAHA KEMBALI,WALAUPUN ITU DGN CARA PASANG TOGEL, ITU MERUPAKAN RESKI BAGI KAMI SE- KELUARGA ,JADI YG SERING KALAH DLM PERMAINAN TOGEL HUBUNGI AKI/SMS KE NMR INI, 082-302-563-395 —KESUSAHAN ANDA DALAM MAIN
TOGEL DI,JAMIN [3] KALI PUTARAN…
ATAU, KUNGJUNGGI, BLOG, AKI TAGALA …
DAN SUKUR ALHANDULILLA MENANG LAGI, …
Terima kasih yang amat dalam kami ucapkan kepada AKI TAGALA yang telah memberikan kebahagian bagi keluarga kami…berkat Beliau kami sekarang udah hidup tenang..sudah tidak di kejar-kejar hutang …Kami di berikan Angka Ritual Ghoib Dari AKI TAGALA yang sangat sangat Jitu 100%…hingga kami sekarang merasa tenang lagi…terima kasih KI …Jika Anda ada yang merasa kesulitan masalah Nomer Toto apakaH 2D.3D.4D.5D.6D.itu semua terserah anda, silahkan HBG ATAU SMS Aja Pada AKI TAGALA …di nmr hpnya [082-302-563-395] pasti anda akan merasakan apa yg selama ini kami rasakan…Salam Bahagia dan Sukses..!!
DENGAN ANGKA GOIB ,ATAU ANGKA RITUAL// ANGKA MAHLUK HALUS….
angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/
angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/
angka GHOIB; malaysia
angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/
angka GHOIB; laos
angka ritual gaib kuda lari
TOTO, 2D, 3D, 4D, 5D, 6D…
SUPREME TOTO 6/58,/MEGA TOTO,6/52,POWER TOTO 6/55…
MAKNUM 4D,/STS,/88,/DA MA CAI 1+3D,/ DAN LAIN-LAIN parah pencinta togel.
DAN LAIN-LAIN,ITU SEMUA TERGANTUNG PERMINTAAN KAMI…ATAU SEPESIAL DEROH 4D ANGKA RITUAL ADA PADA AKI TAGALA …..
Di jamin anda pasti menang seperti kami >>>>>> >>>> KELIK DISINI KELUARAN NOMOR TOGEL 4D 5D 6D 7D SAMPAI 12 ANGKA <<<<
Post a Comment