Selepas lapan tahun menyepi daripada politik, bekas ketua
UMNO bahagian Pasir Puteh selama 15 tahun, Kamarudin Mohd Noor kini menyertai PPBM
dan bakal menjadi calon Parlimen Pasir Puteh dalam pilihan raya umum akan
datang.
"Saya terpanggil untuk menyertai PPBM selepas ia
ditubuhkan dengan satu alasan, berkhidmat untuk negara, kerana melihat apa yang
berlaku kepada negara ketika ini,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Beliau membuat keputusan itu apabila melihat pemimpin UMNO
yang giat mengkritik 1Malaysia Development Bhd (1MDB), bekas perdana menteri Dr
Mahathir Mohamad dan juga bekas timbalan presiden UMNO Muhyiddin Yassin kini
bersama PPBM.
"Kalau rakan rapat saya Muhyiddin rela dipecat
kerana mengkritik 1MDB dan Dr Mahathir yang sudah 92 aktif kembali, kenapa
tidak saya," kata bapa kepada 10 anak ini yang rapat dengan bekas timbalan
perdana menteri yang dipecat, Muhyiddin.
Kamarudin, 70, dijangka berdepan dengan tokoh-tokoh besar
dari UMNO dan PAS dalam pertandingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum ke-14
(PRU14) nanti di kawasan Parlimen Pasir Puteh.
PAS dijangka meletakkan Nik Zawawi Salleh, setiausaha
Majlis Syura Ulama, badan tertinggi dalam parti itu manakala UMNO dijangka akan
meletakkan Ashraf Wajdi Ahmad Dasuki, timbalan menteri di Jabatan Perdana
Menteri.
"Kelebihan saya adalah, hanya saya orang tempatan
Pasir Puteh manakala kedua-dua calon PAS dan BN itu orang luar," kata
Kamarudin penuh yakin.
Ashraf dari Tumpat. |
Nik Zawawi berasal dari Besut, Terengganu daerah berjiran
dengan Pasir Puteh manakala Ashraf berasal dari Tumpat, Kelantan.
Sejak tiga pilihan raya umum lalu, calon PAS sentiasa
menang di parlimen Pasir Puteh mengalahkan calon UMNO. Dalam PRU13, calon PAS,
Nik Mazian Nik Mohamad menang mengalahkan calon BN, Tuan Mustaffa Tuan Mat
dengan majoriti 1,888 undi.
Walaupun tidak terlibat dengan prapenubuhan PPBM,
Kamarudin adalah antara pimpinan awal yang dinamakan PPBM. Beliau dilantik
sebagai ketua penerangan parti itu di peringkat nasional di samping pengerusi PPBM
Kelantan dan ketua PPBM bahagian Pasir Puteh.
Menurut beliau, sehingga kini, PPBM sudah mengenalpasti
40% calon daripada 52 kawasan Parlimen yang diperuntukkan Pakatan Harapan (PH)
kepada parti itu.
Beliau menjangka, 50% daripada calon PPBM nanti adalah
bekas pemimpin UMNO yang menyertai PPBM sebagaimana beliau.
"Hanya satu kebimbangan saya iaitu logo. Tanpa
penggunaan satu logo, ia akan memberikan masalah kepada pengundi," katanya
merujuk kepada tindakan Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang masih belum meluluskan
logo PH.
Kamarudin, bekas naib presiden Angkatan Belia Islam
Malaysia (Abim), menyertai UMNO pada 1986, selepas empat tahun rakan
rapat beliau, Anwar Ibrahim berbuat demikian.
Sehingga kini beliau masih dianggap rakan rapat Anwar
walaupun tidak menyertai PKR yang ditubuhkan Anwar dan kekal bersama Dr
Mahathir dalam UMNO ketika rakan rapatnya itu dipecat.
Beliau menang dua kali dalam pilihan raya iaitu untuk kerusi
Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak di Pasir Puteh. Namun, usahanya untuk
bertanding di parlimen Pasir Puteh pada 1990 dan 1999 tidak berjaya.
Kamarudin dianggap antara pemimpin UMNO yang mempunyai
nilai agama yang tinggi sesuai dengan penglibatan beliau dengan Abim, sebuah
NGO Islam yang dihormati di negara ini.
Menurut Mohamad Zainal Abidin Hussin, seorang bekas
penyelidik di Pusat Kajian Strategik (PKS), faktor Kamarudin itu cukup
besar.
"Bagi saya, faktor Kamarudin sendiri akan
menyebabkan PH boleh mendapat separuh dari undi UMNO sebelum ini, khasnya
golongan terpelajar dan juga undi PAS sebelum ini," kata bekas penyelidik
di badan bawah kerajaan negeri Kelantan itu.
Sebelum berehat daripada politik mulai 2008, Kamarudin
dikira pemimpin UMNO paling berpengaruh di Pasir Puteh selepas 15 tahun menjadi
ketua UMNO bahagian itu.
Zainal yang juga berasal kawasan DUN Semerak yang pernah
diwakili Kamarudin, mengakui pemimpin PPBM ini mempunyai pengaruh besar di
Pasir Puteh.
"Beliau bekas Adun kawasan saya. Walaupun dia tidak
kenal saya tetapi orang kampung saya sangat suka kepada dia," kata Zainal
yang kini menyertai Amanah.
Tambahnya, beliau yakin kehadiran Kamarudin akan
menambahkan nama baik PH Kelantan di mata pengundi negeri itu yang cenderung
untuk menyokong pemimpin dengan latar belakang agama yang baik.
2 comments:
Ha2, ini lagi sorang kononya bekas PM dan TPM sanggup berjuang menentang Najid dam 1MDB. Gunakalah kelebihan yang ada tu untuk jalan yang lebih berfaedah sikit....
\
Fast cash offer for you today at just 3% interest rate, both long and short term cash of all amounts and currencies, no collateral required. Apply now for your instant approval financialserviceoffer876@gmail.com WhatsApp +918929509036
Post a Comment