Wednesday, December 31, 2008

APA SUDAH JADI DENGAN PKR?

sumber: mstar.com

Lebih 50 pemimpin India mengugut akan keluar daripada Pakatan Rakyat dan tubuh parti sendiri.

Pemimpin India peringkat nasional dalam Pakatan Rakyat bertemu di Kuala Lumpur hari ini - pertemuan terbesar sejak pilihan raya umum Mac lalu - bagi menentukan hala tuju kedudukan dan sokongan mereka dalam ikatan pembangkang itu.

Pertemuan yang dilihat sebagai “amat penting” akan membincangkan rasa tidak puas hati dan kekecewaan ekoran dakwaan bahawa masyarakat India juga terus ‘didiskriminasi dan dipinggirkan’ oleh kepimpinan ikatan pembangkang itu.

Forum hari ini yang berpusatkan isu Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam, yang telah mengumumkan hasrat untuk keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR), akan membincangkan beberapa opsyen.

Antara opsyen ialah keluar beramai-ramai daripada Pakatan Rakyat dan menubuhkan parti sendiri yang bagi mewakili kepentingan masyarakat India ataupun kekal dalam Pakatan Rakyat dengan terus mendesak agar tuntutan masyarakat India dibela dengan adil dan lebih baik berbanding kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pertemuan itu dianjurkan oleh Jawatankuasa Perhubungan Masyarakat India.Ketika dihubungi mStar Online lewat petang kelmarin, Pengerusinya, P. Jenapala berkata, “kami mengadakan pertemuan ini untuk mencapai satu pendirian kukuh sama ada mahu kekal dalam PKR, Pakatan ataupun sebaliknya.”

“Jika mahu kekal, kami akan kekal bersama dan jika mahu keluar, kami akan keluar bersama,” kata beliau sambil menegaskan, pertemuan esok sebagai adalah amat penting bagi menentukan nasib masyarakat India selepas sembilan bulan pilihan raya umum ke-12 berlalu.

Jenapala merupakan Timbalan Setiausaha Agung PKR dan telah menyatakan hasrat untuk keluar PKR minggu lalu.Sambil mengakui sudah wujud perasaan tidak puas hati di kalangan sebahagian besar ahli dan pemimpin India dalam Pakatan Rakyat, Jenapala memberitahu, pihaknya mahu mengambil satu pendirian bersama diambil bagi memastikan kepentingan masyarakat India di negara ini terus dipertahankan dalam Pakatan Rakyat.

“Sejak kebelakangan ini banyak pemimpin dan wakil rakyat India dalam Pakatan Rakyat menyatakan pendirian masing-masing, satu persatu satu tentang rasa tidak puas hati mereka.”Jadi kami hendak mendengar semua pandangan bersama dan membuat satu pendirian bersama,” kata beliau.

Beliau menambah, ramai di kalangan pemimpin India dalam Pakatan Rakyat khususnya dalam PKR menyedari bahawa “mereka tidak boleh kembali kepada Barisan Nasional.”

“Kami mahu tubuhkan satu badan di bawah satu payung iaitu mempunyai satu parti sendiri,” katanya.

Justeru, katanya, perlu membuat pendirian tegas untuk menentukan hala tuju masa depan dengan kemungkinan memikirkan menubuhkan sebuah parti baru bagi masyarakat India.
Jelas beliau, rasa tidak puas hati timbul sekitar isu pelantikan pemimpin India untuk memegang jawatan sebagai ahli majlis kerajaan tempatan serta memegang jawatan dalam agensi-agensi hubung kait kerajaan (GLC) dan dalam jawatankuasa kampung.

Pertemuan itu diadakan lima hari selepas Manikavasagam menyatakan hasrat untuk keluar PKR, yang dijadual diumumkan Rabu ini.

Pendirian Manikavasagam itu juga berkisar pada perkembangan dalam Pakatan Rakyat dan juga PKR, salah satu komponen ikatan pembangkang itu.Pakatan Rakyat dibentuk selepas prestasi pembangkang dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.Manikavasagam juga dijadual mengumumkan pendiriannya selepas pertemuan tersebut.

Dianggarkan 150,000 ahli parti komponen Pakatan Rakyat merupakan masyarakat India.
Malah hari ini, mesyuarat Biro Politik iaitu badan tertinggi penentu dasar politik parti itu akan membincangkan semua perkara yang berkaitan dan mencari penyelesaian.

Ia akan dipengerusikan oleh Syed Husin sendiri memandangkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di luar ibu negara sehingga 6 Januari ini.PKR adalah anggota komponen Pakatan Rakyat yang memerintah lima negeri iaitu Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Sunday, December 21, 2008

ALAHAI MAT SABU...

Mohamad Sabu (Mat Sabu) tidak berputus asa.

Dia tahu sebelah kakinya kini sudah berada dalam kelompok calon PAS yang akan bertanding pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu, 17 Januari nanti.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berharap parti itu terus mengekalkan Mat Sabu sebagai calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Nik Aziz yakin Naib Presiden Pas itu mampu membawa kemenangan kepada parti. Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu diadakan berikutan kematian mengejut penyandangnya, Datuk Razali Ismail pada 28 November lalu.

Mat Sabu, calon yang kalah dalam pilihan raya umum lalu bagi kerusi berkenaan yang juga Naib Presiden berkata pada 11 Disember lalu , beliau akan tetap memberi sokongan kepada siapa sahaja calon yang dipilih parti itu untuk bertanding pilihan raya kecil Kuala Terengganu bulan depan.

"Saya akan tetap sokong siapa jua calon yang dipilih oleh parti," katanya ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Azman Shapawi Abdul Rani yang mahukan bakal calon PAS terdiri daripada anak tempatan.

Mat Sabu sebagai veteran PAS berkata perkara tersebut biasa berlaku dalam parti dan sesiapa sahaja boleh mengemukakan pandangan dalam isu berkenaan.

Kijang kesian kat Mat Sabu kerana dia sudah pun mendapat sokongan padu Musyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Namun, nampak gayanya, Mat Sabu akan melopong kerana PAS Terengganu akan veto pandangan ‘Tok Guru’ itu.

Selain Nik Aziz, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin juga ada pandangan tersendiri selepas berbincang dengan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali mengenai perkara iu.

Kedua-dua mereka memberikan ceramah di Masjid Rusila baru-baru ini dan perkara itu dikatakan turut dibincangkan.

Ikuti kisah ‘Kasihan Mat Sabu... ‘
mesintaipburuk.blogspot.com(9 december 2008)

Selain mangsa tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, aku turut bersimpati dengan nasib Naib Presiden Pas, Mat Sabu. Mana taknya, dialah pemimpin tertinggi parti itu yang tidak dapat menikmati elaun wakil rakyat selepas gelombang tsunami politik pada PRU-12. Mat Sabu, ya Mat Sabu(t) umpama lebai malang...

Mat Sabu cukup terkenal di kalangan puak2 Pas sebab dia adalah penglipur lara Pas. Setiap kali beri ceramah ramai yang terbahak2 gelak dengan cerita2 yang dibawa, sama ada benar atau rekaan semata-mata tak penting. Yang penting orang seronok. Seronok belum tentu setuju dan menyokong. Ya, Mat Sabu... Mat Sabu yang pernah ditangkap berkhalwat dengan isteri orang tetapi "terlepas" selepas mendapat pembelaan dari peguam seorang bekas Ketua Hakim Negara.

Setahu aku Mat Sabu orang Kedah tetapi (kesihan) setiap kali PRU dia terpaksa mencari kawasan diluar Kedah untuk bertanding. Seingat aku PRU tahun 1999 dia bertanding di Kuala Kedah dan menang tetapi pada 2004 dia kalah. Dia pernah bertanding di Kelantan. Pada PRU-12 dia mahu bertanding di Pulau Pinang sebab yakin selamat tetapi akur dengan keputusan Pas pusat yang meletaknya di Kuala Terengganu.

Aku percaya Mat Sabu paling menyesal sebab kalau dia bertanding di Pulau Pinang sudah pasti dia menang dan mungkin dah jadi Timbalan Ketua Menteri tetapi dia memilih Terengganu tepatnya Parlimen Kuala Terengganu dan dia kalah kepada Datuk Razali Ismail. Mungkin yakin Pas dapat merampas kembali Terengganu maka dia bersedia bertanding di negeri keropok lekor itu.

Nyata ramalannya silap sebab dia kalah di sana. Selepas ditolak oleh pengundi di Kuala Terengganu, dia cuba nasib untuk mengalahkan Razali melalui mahkamah dengan mengemukakan petisyen tetapi ditolak. Kesian...

Dan ketika harapannya untuk bergelar wakil rakyat dimusnahkan oleh mahkamah maka peluangnya datang kembali selepas Razali meninggal dunia secara mengejut baru-baru ini. Maka pilihan raya kecil (PRK) Kuala Terengganu bakal diadakan bulan depan. A'hah... inilah peluang beliau untuk kembali bertanding di sana dan Tok Guru Nik Aziz pun dah bagi "green light" supaya Mat Sabut bertanding semula di Kuala Terengganu.

Tetapi nyatalah nasib Mat Sabu umpama lebai malang apabila puak2 Pas Terengganu menolak Mat Sabu untuk bertanding di sana dengan alasan Mat Sabu orang luar, orang Kedah bukan orang Terengganu. Mungkin sebab Mat Sabu bercakap tak cukup "g" berbanding orang Terengganu yang terlebih "g" maka pencalonan Mat Sabu ditolak oleh orangnya sendiri.

Maka kini Mat Sabu hanya menggigit jari ketika rakan2 lain dalam Pas menikmati elaun ADUN atau Parlimen dan bergelar wakil rakyat. Maka harapan Mat Sabu, Naib Presiden Pas musnah dan kini terpaksa meneruskan kerjayanya selaku tukang karut parti.

Mat Sabu kena tunggu lagi PRU-13, dan aku syorkan pada pilihan raya akan datang dia bertanding di Sabah atau Sarawak sebab dua negeri itu akan ditakluk oleh pembangkang sepertimana angan2 Anwar Ibrahim. Macam mana Mat Sabu?

Inilah pandangan orang tua2 untung sabut timbul, untung batu tenggelam tetapi Mat Sabu(t) sentiasa tenggelam...! Kasihan...

Bagi Mat Sabu mudah saja, iaitu hak menentukan calon terletak di tangan pucuk pimpinan parti itu. "Siapa jua calon tidak penting kerana semuanya tertakluk kepada keputusan PAS Pusat. "Saya akan terima apa jua keputusan parti. Apa pun kita tunggu keputusan parti mengenai calon kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada 21 Disember ini," katanya.
Tambahnya, beliau akan tetap turun berkempen biarpun jika dirinya tidak terpilih sebagai calon bagi memastikan kemenangan calon PAS nanti.

Friday, December 19, 2008

TV3 MINTALAH MAAF

Siapa tak marah. Laporan sedemikian banyak kesan negatifnya.

Kerana itu menurut Berita Harian, hari ini gan Negeri (DUN) Terengganu panas seketika semalam, apabila Menteri Besar, Datuk Ahmad Said mendakwa TV3 cuba menjatuhkannya dengan melaporkan fakta yang salah mengenai beberapa anak syarikat kerajaan negeri yang mengalami kerugian dalam slot Buletin Utama kelmarin.

Beliau berkata, Buletin Utama yang melaporkan kenyataan bahawa tiga anak syarikat kerajaan negeri iaitu Golden Pharos Bhd, Permint Sutera Semai Sdn Bhd dan Syarikat Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn Bhd akan ditutup adalah tidak benar.

"Ini syarikat ada kepentingan awam, saya tak mahu ulas panjang. Tetapi, semalam (kelmarin) TV3 salah lapor, kata saya nak tutup Golden Pharos... saya sedih. TV3 memang nak buat saya sokmo (selalu).. dari dulu lagi ada agenda.

"Saya ingin jelaskan di dalam dewan ini, TV3 mempunyai niat jahat terhadap saya, termasuk ketika krisis pelantikan saya sebagai Menteri Besar (MB) dulu, keluar berita Badan Pencegah Rasuah (BPR) siasat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal. Apabila Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) kata Ahmad dipilih sebagai MB, keluar pula berita Adun Kijal disiasat BPR.

"Kemudian, apabila Majlis Tertinggi (MT) Umno mengesahkan Ahmad Said sebagai MB, keluar lagi saya warning (beri amaran) dia (TV3), kalau keluar lagi saya saman, sedangkan BPR tak pernah siasat saya berkenaan kes itu (enam projek termasuk tiga projek menambak tanah di Kemaman)," katanya ketika sesi soal jawab pada persidangan DUN di sini, semalam.

Serentak itu, Yang Dipertua DUN, Datuk Tengku Putera Awang mengesahkan bahawa laporan dikeluarkan TV3 mengenai kedudukan anak syarikat kerajaan negeri itu mengelirukan serta tidak selaras dengan kenyataan Ahmad dan meminta pihak media mengambil perhatian serius.
Sambil menyatakan kekesalan dengan kesilapan laporan dan fakta mengenai isu terbabit, Ahmad menjelaskan, beliau cuma menyebut beberapa contoh anak syarikat yang mengalami kerugian dan menyatakan kemungkinan anak syarikat yang tidak menghasilkan keuntungan untuk jangka masa terlalu lama akan ditutup.

Bagaimanapun katanya, sebelum tindakan itu dilaksanakan, langkah pemulihan akan dilakukan dengan meletakkan semua entiti perniagaan milik kerajaan negeri di bawah 'Management Holding Company', iaitu Terengganu Incorporated (TI) serta menstruktur semula sistem pengurusan, garis panduan, dasar, mekanisme pemantauan dan kaedah yang selaras bagi menjana keuntungan kepada rakyat.

Ahmad berkata, walaupun jumlah terkumpul untung rugi anak syarikat terbabit menunjukkan kerugian, jumlahnya semakin berkurangan dan ia adalah satu perkembangan baik apabila jumlah untung bersih diperoleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dari 2004 hingga 2007 meningkat 17.68 peratus atau RM27.4 juta.

Tuesday, December 16, 2008

AGENSI PROPAGANDA MELAYU GAGAL?

Kijang tertarik dengan sebuah posting bertajuk Agensi-agensi gerak saraf Melayu gagal, disiaran melalui laman Mummy Rokiah (mummyrokiah.blogspot.com) 8 December 8, 2008 kerana ia mengajak kita berfikir secara terbuka.

Kata Mummy Rokiah:

“Semalam kawan Mummy ajak keluar dinner di salah sebuah restauran lima bintang di Kuala Lumpur. Temujanjaji yang sudah seminggu tertangguh terpaksa Mummy penuhi bukan kerana memilih tempat tetapi atas kehendak sahabat tersebut yang ingin “privacy”. Lagipun Mummy baru baru balik dari “outstation”.

Katanya apabila kita menyentuh isu ketuanan Melayu, Islam dan Majlis Fatwa, Raja-raja Melayu dan kontrak social jangan dipersalahkan parti-parti politik sahaja. Kita harus bongkar peranan-peranan agensi-agensi propaganda dan gerak saraf Melayu yang sudah lapuk dan gagal memainkan peranan mereka. Banyak Negara-negara bekas penjajahan British serba sedikit masih mewarisi strategi-strategi gerak saraf British yang sudah lapuk. “Our early warning system failed” kata rakan Mummy.

Contoh yang terbaru ialah Mumbai Attack di India. Pihak keselamatan India langsung tidak dapat menghidu pergerakkan terrorist. Begitu juga insiden London Bombers di London satu ketika dahulu. Begitu juga dalam negara kita apabila golongan minority iaitu Hindraf yang tak pernah kita sangka telah bangun dengan anggkuh menunjuk perasaan mereka dan menuntut perkara-perkara yang tidak masuk akal.


Pengajaran yang paling parah dan terbukti ialah PRU12 yang lepas apabila gerak saraf BN langsung gagal mengidu pergerakkan pembangkang dan mengalami trauma Tsunami politik yang sampai sekarang masih terasa bahananya. Samada kita sedar atau tidak sedar ada beberapa agensi propadanga dan gerak saraf yang ditubuhkan kerajaan Melayu untuk memainkan peranan physwar dan psy op mempertahankan Ketuanan Melayu tetapi gagal.

Agensi-agensi ini seperti Kemas, JASA, Jabatan Penerangan, Kementrian Penerangan, Kementerian Dalam negeri, GPMS dan banyak lagi yang disembunyikan.
Mereka yang tahu sahaja mengetahui entah berapa banyak peruntukan disalurkan kepada agensi-agensi ini untuk bergerak dengan bijak dan bermuslihat untuk menegakkan ketuanan Melayu tetapi lumpuh samasekali.

Pegawai-pegawai mereka yang “government oriented”, buta IT, selesa dalam pejabat dan tidak hands on, tua dan kuno, tidak menerima idea-idea baru dari orang muda, pekat birokrasi, berlegar-berlegar dengan redtape dan berbagai-bagai lagi yang tidak praktikal.


Akibatnya mereka disapu bersih oleh propaganda-propaganda baru melalui internet dan serangan cyber yang lebih cepat dan efektif.
Kegagalan mereka mungkin dari beberapa sebab. Yang ketara ialah Pengarah-pengarah mereka sudah kolot dan ketinggalan zaman.

Pengarah-pengarah ini diletakan sekadar memberi pekerjaan selepas pencen bukan nya untuk bekerja.
Strategi mereka telah lapuk tidak “up to date” dan ditelan mentah-mentah oleh media-media baru seperti bloggers dan laman-laman web yang terancang.

Banyak aktiviti mereka lebih kepada “syiok sendiri” dan berpolitiking serta memihak kepada pemimpin-pemimpin individu dari perjuangan untuk Melayu.
Sebagai contoh peranan Kemas lebih kepada kempen untuk Mat Taib yang dah lapuk.

Peranan JASA lebih kepada bekas menteri mereka Zahid Hamidi dan mana-mana pemimpin yang boleh mereka berpaut untuk jadi wakil rakyat. Kementerian Penerangan berkiblat kepada menteri mereka. Apabila berbangkit isu mencabar ketuanan Melayu, Social Kontrak dan Majlis Fatwa mereka lambat bertindak. Langsung lesu, mandom dan lumpuh. Laporan lebih kepada laporan di atas kertas tidak ada apa hasil dan tindakan.

Laporan mereka lebih selalu “bias” hanya membodek dan harapan dinaikan pangkat. Maklumat-maklumat yang sepatutnya sulit boleh dibeli dengan sepinggan nasi kandaq.
Menurut sahabat Mummy mereka ada juga “planted” bloggers-bloggers mereka tetapi semuanya tidak cerdik.

Lebih kepada politicking budak mentah tidak strategik dan cetek fakta mereka.
Seharusnya Najib membuat satu rombakan yang holistic berhubung strategi geraksaraf ini seperti yang Najib selalu raung-raungkan seperti dalam buku bacaannya “Blue Ocean Strategy”, make your competitors irrelevant.

Kijang setuju 100 peratus!

Sunday, December 14, 2008

PERTELINGKAHAN KUMPULAN ERDOGAN, HADI TERSERLAH

Kijang dah agak dah. Akan berlaku pertelingkahan puak-puak dalam PAS.

Dulu bila cakap orang tidak percaya terutamanya puak-puak dalam PAS sendiri.

Kini Setiausaha presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berdepan dengan tuduhan liar di internet apabila didakwa memainkan "peranan subversif" untuk menyingkirkan "kumpulan Erdogan" di Selangor.

Bagaimanapun Roslan Shahir Mohd Shahir, yang dilantik ketua penerangan PAS negeri baru-baru ini, enggan mengulas lanjut tuduhan serius itu di Malaysia Waves, blog yang mendedahkan pergeseran dalam parti itu.

Berbeza dengan Anti Husam yang menentang "kumpulan Erdogan", blog yang ditulis aktivis muda parti - yang dikenali Tulang Besi - membela kumpulan tersebut dan menjadikan kumpulan promuzakarah dengan Umno sebagai sasarannya.

"Saya tidak mahu memanjangkan isu ini, biarkan kepada Tulang Besi.

"Saya dinasihatkan oleh Datuk Seri Hadi agar tidak memberi respons (dakwaan di blog itu)," kata Roslan kelamrin.

"Kalau saya respons, ia membuatkan dia rasa 'saya besar'. Dia tidak ada jawatan dalam parti. Buang masa sahaja respons.

"Tuduhan itu liar dan jahat."

Tulang Besi dalam beberapa tulisannya mencabar Roslan menafikan terlibat berkempen untuk menyingkirkan "kumpulan Erdogan", antaranya Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa, khususnya selepas mendapat jawatan barunya itu.

"... kumpulan Erdogan wajib dibersihkan daripada PAS secepat mungkin dan tidak perlu menunggu muktamar yang akan datang," tulis penulis blog 3 November lalu.

Tulang Besi mendakwa kenyataan itu disampaikan oleh Roslan dalam mesyuarat di kawasannya Kelana Jaya.

Diminta menjelaskan faktor pendorong sehingga Dewan Harian PAS Selangor dipanggil ke lajnah politik seperti pendedahan Malaysia Waves – lokasi pertembungan hangat Khalid dengan ketuanya Dr Hasan Ali – Roslan berkata:

"Ia masalah dalaman parti dan ia sangat sulit."

Blog Anti Husam turut menamakan setiausaha agung PAS Datuk Kamaruddin Jaafar, bendaharinya Dr Hatta Ramli dan anggota biro lajnah politik Khalid Samad sebagai sebahagian "kumpulan Erdogan."

Khalid, yang juga ahli parlimen Shah Alam, digugurkan sebagai timbalan pesuruhjaya II PAS Selangor bulan lepas.

Mengulas dakwaan wujud laporan "100 peratus negatif" terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang dibuat oleh Dr Hasan di permukiman PAS di Langkawi awal November, seperti coretan blog tersebut, Roslan berkata:

"Saya tidak tahu. Saya belum pegang jawatan ketua penerangan. Tanyalah dengan setiausaha badan perhubungan."

Selain menegaskan kembali tiada krisis dalam PAS Selangor, Roslan juga menafikan PAS negeri mempunyai masalah parti-parti gabungan dalam Pakatan Rakyat.

"Kita sudah selesa dalam Pakatan. Kita buat keputusan secara kolektif," katanya.

Dihubungi Malaysiakini semalam, Khalid berkata pembentangan Dr Hasan di Langkawi dan lajnah politik adalah satu "laporan yang sulit berhubung prestasi PAS Selangor".

"Ia tidak perlu diketahui umum," tambahnya.

Khalid, yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam, menjelaskan jawatannya sebagai pengerusi Perancang Strategik dan Kajian Dasar (Paskad) PAS negeri turut tergugur apabila tidak lagi menyandang jawatan kanan tersebut.

Paskad, satu jawatankuasa kecil yang diselia oleh Dewan Harian PAS Selangor dan dianggotai lebih 10 anggota, untuk merangka strategi dan dasar PAS negeri terutama dalam pilihanraya.

Friday, December 12, 2008

TETAP BERTEGAS TEBANG BALAK

Ini cerita Kijang tak sedap nak dengar. Delinga berdengung dan mahu telan air lior pun tersangkut dekat halkum.

Semalan Kerajaan Negeri Kedah tetap bertegas dengan pendiriannya untuk menebang balak di kawasan Hutan Simpanan Kerajaan di Hulu Muda sekiranya kerajaan Persekutuan gagal membayar pampasan RM100 juta untuk khidmat alam sekitar (PES) pada masa akan datang.

Kerajaan Kedah dikatakan akan memperoleh hasil balak sebanyak RM35 juta pada 2009 menerusi sistem tender terbuka kepada syarikat-syarikat pembalakan.

Pada pertengahan Jun lalu, kerajaan negeri itu berkata ia akan menebang pokok balak di kawasan tadahan air sekiranya kerajaan Pusat tidak membayar pampasan ekoran sumber hutan di kawasan berkenaan tidak boleh diambil.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak semalam pula berkata, pampasan tersebut merupakan janji daripada kerajaan Persekutuan untuk diberikan kepada kerajaan negeri kerana tidak menebang balak di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, kata beliau, setakat ini, penebangan balak tidak akan dijalankan di kawasan berkenaan tetapi kerajaan negeri mungkin terpaksa berbuat demikian sekiranya sumber kewangan negeri terjejas.

''Sekarang kita tak tebang lagi, kalau kita dah tidak ada duit, barulah tebang," katanya kepada pemberita pada majlis Himpunan Pelajar dan Mahasiswa Negeri Kedah di Kediaman Menteri Besar, Sri Mentaloon di Alor Setar.

Azizan dipetik Utusan Malaysia berkata demikian menjawab soalan mengenai isu pembalakan di negeri Kedah yang sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana dikatakan boleh menjejaskan alam sekitar memandangkan ia dijalankan di kawasan tadahan air.

''Ramai yang tidak faham, sebenarnya ia bukan kawasan tadahan air tetapi Hutan Simpanan Kerajaan, cuma ia dikelilingi oleh tasik. Jadi kenalah bezakan antara hutan simpan dengan kawasan tadahan air," tambahnya.

Pada 25 Jun lalu, beberapa ahli Parlimen membangkitkan isu ini di Dewan Rakyat ketika membahaskan Rang Undang-Undang Geologi dengan mendesak cadangan itu dibatalkan.

Dr. Mohd. Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) berkata langkah itu bukan sahaja boleh menjejaskan kualiti alam sekitar tetapi juga bekalan air untuk sektor pertanian di negeri tersebut serta ke negeri Pulau Pinang dan Perlis.

''Kerajaan Kedah sepatutnya mengambilkira pandangan semua pihak termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga tidak bersetuju dengan cadangan membalak di kawasan tadahan itu," katanya.
Menurutnya, kerajaan Kedah tidak sewajarnya menjadikan ketiadaan dana sebagai alasan untuk mereka membalak di kawasan tadahan tersebut yang juga dikhuatiri boleh menjejaskan pertanian padi di negeri itu.

Tian Chua (PKR-Batu) yang mencelah ketika perbahasan itu turut melahirkan kekesalan terhadap cadangan kerajaan negeri Kedah tersebut kerana isu alam sekitar adalah masalah bersama.

Beliau berkata, semua pihak bertanggungjawab terhadap pemuliharaan alam sekitar dan langkah menyekat kemusnahan alam sekitar perlu dilakukan termasuk kerajaan Pusat memberi dana kepada kerajaan negeri Kedah agar mereka tidak melakukan penebangan balak itu.

Puad memberitahu, kerajaan Pusat dan Kedah wajar berbincang tentang dana berkenaan tetapi ia bukan alasan untuk pembalakan itu diteruskan sebagai satu sumber pendapatan negeri.

Sementara itu, Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) pula berkata, penguatkuasaan agensi berkenaan dalam pembalakan hutan tidak menjadi masalah besar bagi pengusaha kerana mereka mempunyai kemampuan untuk menyelesaikannya termasuk menawarkan sogokan yang boleh mendorong pihak penguat kuasa menerima rasuah.

Thursday, December 11, 2008

MALAYSIA TETAP PILIHAN PELABUR

Ada orang mengatakan ekonomi Malaysia menghadapi zaman suram kalau Barisan Nasional (BN) terus memenrintah.

Kijang mahu tunjukkan betapa pendapat sedemikian silap.

Kesatuan Eropah (EU) tetap percaya negara ini masih merupakan destinasi terbaik untuk melabur dan berdagang walaupun dunia dijangka mengalami kemelesetan pada tahun depan.

Duta Perancis ke negara ini, Marc Baretty berkata, ia disebabkan langkah Malaysia yang membuat persedian rapi bagi menghadapi kemelesetan dan kebolehan negara ini untuk menghadapinya.

Beliau berkata, keupayaan Malaysia diyakini oleh negara-negara EU dan masyarakat pedagang benua itu yang berminat untuk menjalankan perniagaan dengan negara ini disebabkan pendekatannya yang mesra pelabur.

"Banyak perkara perlu dilakukan di seluruh dunia untuk menghadapi kemelesetan ekonomi yang dijangka berlaku pada tahun depan.

"Tetapi Malaysia telah membuat persediaan terbaik untuk menghadapinya dan negara ini adalah tempat terbaik untuk melabur dan berdagang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai kunjungan hormat duta negara-negara EU ke atas kerajaan negeri di Kota Darulnaim di Kota Bharu semalam.

Delegasi tersebut disertai seramai 18 orang duta semalam. Perancis mengetuai negara-negara EU di Malaysia dalam tempoh enam bulan sebelum ia digantikan oleh negara Eropah yang lain.

Utusan Malaysia memetik Baretty sebagai berkata, EU menjadi negara pengeksport utama Malaysia pada bulan Februari lalu, sekali gus mengatasi eksport Amerika Syarikat (AS) buat kali pertama.

"Biarpun dalam siri lawatan ini kami tidak membincangkan mengenai ekonomi tetapi kami tetap akan melihat peluang ekonomi, perdagangan dan pelaburan. Kami memerlukan sebuah unit perancangan ekonomi dalam masa terdekat, baru isu ini akan dibincangkan.

"Negara Eropah adalah penyumbang utama eksport negara ini dan ia akan terus berkembang di masa akan datang," katanya.

Selain itu, sikap dedikasi dan kesetiaan yang tinggi terhadap kerjaya di kalangan pekerja tempatan telah menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menarik bagi syarikat asing.

Ketua Pasaran bagi Malaysia dan Singapura, Towers Perrin, Michael Drawhorn berkata, faktor itu membantu para pekerja akan memiliki kadar motivasi, kreativiti dan pengetahuan yang tinggi dalam kerjaya masing-masing.
Malah, kata Drawhorn, mereka sanggup meluangkan lebih masa untuk memastikan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dilaksanakan dengan baik.

Sehubungan itu, kata beliau, ia dilihat sebagai penyumbang positif kepada operasi perniagaan dan keputusan kewangan syarikat berkenaan.

''Berdasarkan kepada faktor tersebut, pasaran Malaysia kini lebih kompetitif untuk menarik pelaburan terus asing," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.
Drawhorn berkata, keputusan itu diperoleh hasil kajian Tower Perrin Global Workforce Study 2007/2008 yang kini diedarkan kepada umum.

Kajian yang dimulakan pada akhir tahun lalu itu adalah projek penyelidikan pengurusan sumber manusia global terbesar yang membabitkan 90,000 responden dari 21 buah negara termasuk 800 kakitangan dari Malaysia yang meliputi pelbagai sektor.

Mengulas lanjut, Drawhorn menerangkan bahawa, antara faktor yang menyebabkan pekerja tempatan setia kepada syarikatnya adalah kerana peluang kerjaya yang lebih baik bakal ditawarkan pada masa depan.

''Bagaimanapun, mereka masih akan mencari peluang pekerjaan baru sekiranya peluang peningkatan kerjaya itu adalah terhad,'' ujarnya.

Katanya, penyumbang lain pula ialah pekerja tersebut mengetahui mengenai hala tuju perniagaan syarikat masing-masing dan mengetahui mengenai komitmen pihak pengurusan untuk mengukuhkan kedudukan syarikat termasuk prestasi kewangannya.

''Ini sekali gus akan memberi kesan kepada pembayaran gaji dan pelbagai insentif kepada mereka,'' katanya.

Tambah beliau, pekerja yang berdedikasi ini akan setia kepada organisasi masing-masing sekiranya pihak pengurusan sentiasa berusaha menyediakan latihan dan pelbagai program ilmiah kepada pekerja untuk meningkatkan prestasi kerja mereka.

''Kesungguhan syarikat dalam menunaikan tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat juga adalah salah satu faktor yang turut diambil kira bagi menentukan kesetiaan pekerja kepada syarikat,'' terangnya.

Tower Perrin adalah firma global yang terkemuka dalam bidang pengurusan pembangunan sumber manusia yang menyediakan perkhidmatan profesional global.
Firma tersebut membantu organisasi meningkatkan prestasi perniagaan masing-masing melalui pengurusan kakitangan yang efektif, kawalan risiko serta pengurusan kewangan.

Wednesday, November 26, 2008

IBRAHIM PENTING UNTUK MELAYU?

Ada pihak yang benar-benar marah dengan Datuk Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Pasir Mas sehingga sanggup menganggpnya sebagai “sampah” dalam politik.

Penulis Mohd Sayuti Omar (MSO) kini tidak boleh dengar nama Ibrahim. Marah benar dia.
Beberapa penulisan MSO dalam blognya tidak lagi memberikan peluang kepada Ibrahim dan Ahli Parlimen itu ‘begitu buruk’ di mata Ibrahim.

Ibrahim yang sebelum ini dikatakan berguna kepada Pas untuk pilihan raya dan sebelumnya kepada UMNO dan sekarang imejnya lebih hebat kerana dia dapat membuktikan bahawa dia berguna tidak sahaja kepada perjuangan politik Pas dan UMNO, tetapi kepada perjuangan yang melampaui batas parti, perjuangan Melayu dan Islam.

Tidak wajar bagi Pas untuk menghinanya lagi kerana dalam pilihan raya umum lalu, Ibrahim juga telah memberikan sokongan moral kepada Pas dan UMNO juga tidak boleh memperkecilkannya kerana selepas pilihan raya beliau menjadi relevan dengan keperluan semasa UMNO.

Sebaliknya persoalan besar yang dihadapi dan mesti diputuskan oleh orang Melayu sekarang ialah sama ada dua anak Melayu Pulau Pinang yang mempunyai kedudukan tertinggi di negara ini masih relevan dengan kepentingan agama,bangsa dan negara.

`KATAK' YANG BERGUNA KEPADA BANGSA
Oleh Munsyi Abdullah - KOPITIAM TALK 25 November 2008 ORANG Melayu mengambil masa yang agak lama untuk membetulkan semula persepsi yang cuba dibangunkan oleh parti-parti politik dan NGO bukan Melayu bahawa mempertahankan hak Melayu yang termaktub dalam perlembagaan sebagai perkauman dan perjuangan bukan Melayu yang bersifat antinasional sebagai sah dan demokratik..

Persepsi ini telah timbul di bawah dasar liberalisasi yang diisytiharkan oleh Perdana Menteri, Abdullah Badawi dengan akhbar-akhbar bukan Melayu menjuarai pelbagai isu yang menampakkan ketidakadilan terhadap bukan Melayu. Negara telah menyaksikan pelbagai provokasi terhadap Islam dan Melayu. Majlis Terbuka Aidilfitri diceroboh, papan tanda jalan pelbagai bahasa diadakan, penghinaan terhadap lagu Negaraku, usaha membengkrapkan Utusan Malaysia dan perbuatan menggantung kepala babi di hadapan rumah orang Melayu di Melaka.

Ironinya di tengah-tengah kemaraan dasar liberalisasi, keterbukaan dan ketelusan ini, tiba-tiba kerajaan mengumumkan untuk mengkaji semula “Rumah Terbuka Hari Raya” sama ada akan diteruskan atau tidak di masa depan.


Tujuan para kelulusan Oxford dan Cambridge menasihatkan Perdana Menteri Abdullah Badawi mengamalkan dasar terbuka itu adalah untuk menunjukan Abdullah lebih demokratik dan tidak authoritarian seperti Dr. Mahathir.

Tetapi belum pun terbuka semuanya sudah ada yang perlu ditutup semula. Ini tidak pernah berlaku di zaman Dr.Mahathir.
Ini memalukan kerana apabila Abdullah mengumumkan “era baru libralisasi” itu akhbar NST, Berita Harian dan lain-lain akhbar telah menyiarkan secara besar besaran dengan tujuan untuk memperkecilkan dan menghina era Mahathir.

Ini diikuti dengan siaran besar-besaran ucapan Sultan Perak kepada Majlis Peguam dengan tajuk “ Defend Democracy” seolah olah demokrasi negara ini hendak dihancurkan oleh orang Melayu yang telah menunjukan bantahan mereka terhadap isu-isu sensitif yang telah dibangkitkan oleh bukan Melayu di bawah dasar liberalisasi.

Aspek kritikan Raja Azlan terhadap Majlis Peguam ditenggelamkan dalam berita itu. Kementerian Dalam Negeri dengan pegawai-pegawai yang lemah dan tidak berpengalaman tidak dapat memantau semua ini. NST dan Berita Harian adalah akhbar yang berada di belakang usaha kempen liberalisasi yang menimbulkan keluh-kesah di kalangan orang Melayu.

Ini dapat dilihat dengan jelas sehingga saat ini apabila kegiatan NGO Melayu seperti Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) dan juga Perkasa ( Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) tidak disiarkan atau diperkecilkan sahaja oleh kedua-dua akhbar itu.
Pewaris akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara bagi meminta pihak berkuasa mempertahankan kedaulatan agama Islam serta hak kaum Melayu dan bumiputra seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perkasa telah mulai bertindak balas terhadap isu-isu yang bersifat provokasi dari bukan Melayu.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir dalam suatu kenyataannya baru-baru ini telah menyesali orang Melayu yang bersikap “bertahan” dan tidak menyerang dalam menghadapi semua provokasi ini. Katanya strategi mempertahankan diri yang sebaiknya ialah dengan menyerang. Ibrahim Ali anggota Parlimen (bebas) dari Kelantan yang selama ini dianggap sebagai katak ternyata dapat melompat dengan berani dalam menghadapi cabaran ini dan dalam keadaan yang cemas ini. Beliau mengambil langkah untuk menyatukan semula orang Melayu di bawah Perkasa .(Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia).

Sekalipun terlambat dan tidak berlaku reaksi secara spontan terhadap semua provokasi yang telah dihadapkan kepada orang Melayu tetapi masih ada masa untuk memulakan langkah berani, masih tidak terlewat untuk menyambut seruan Dr.Mahathir. Suatu masa dulu, Ibrahim Ali dianggap sebagai “sampah” dalam politik.

Beliau kemudiannya membuktikan berguna kepada Pas dan juga kepada UMNO dan sekarang imejnya lebih hebat kerana dia dapat membuktikan bahawa dia berguna tidak sahaja kepada perjuangan politik Pas dan UMNO, tetapi kepada perjuangan yang melampaui batas parti, perjuangan Melayu dan Islam.


Tidak wajar bagi Pas untuk menghinanya lagi kerana dalam pilihan raya umum lalu, Ibrahim juga telah memberikan sokongan moral kepada Pas dan UMNO juga tidak boleh memperkecilkannya kerana selepas pilihan raya beliau menjadi relevan dengan keperluan semasa UMNO.

Sebaliknya persoalan besar yang dihadapi dan mesti diputuskan oleh orang Melayu sekarang ialah sama ada dua anak Melayu Pulau Pinang yang mempunyai kedudukan tertinggi di negara ini masih relevan dengan kepentingan agama,bangsa dan negara..
Pertama ialah Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Badawi dan kedua ialah Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Monday, November 24, 2008

DUNIA TERSILAP TIDAK IKUT MALAYSIA

Oleh Baharom Mahusin

(Utusan Malaysia, 24 November)

LIMA 23 Nov. – Krisis kewangan global yang berlaku sekarang menunjukkan komuniti ekonomi dunia telah tersilap langkah kerana tidak menerima cadangan Malaysia sejak 10 tahun lalu untuk membuat pembaharuan kepada struktur sistem kewangan yang dikawal selia oleh Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan institusi-institusi Bretton Woods lain.

Bercakap kepada wartawan Malaysia selepas hari pertama sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di sini semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau memberitahu perbincangan para pemimpin APEC itu bahawa kawal selia sistem kewangan dunia kali ini, seperti juga yang diperlihatkan dalam krisis kewangan Asia 1997-1998, telah gagal mengesan “lebihan belanja yang keterlaluan dalam sistem kewangan antarabangsa.”

Katanya, hakikat bahawa kegawatan tersebut berulang lagi dalam skala dan impak yang lebih besar hingga mengakibatkan negara-negara dunia terjebak dalam kemelesetan menunjukkan “pemikiran lama IMF sudah tidak sah lagi.”

Mengulangi gesaannya supaya wujud respons yang boleh membawa kepada pembaharuan dalam arkitektur kewangan bagi mencipta Bretton Woods 2, Najib yakin kesedaran telah muncul di kalangan negara-negara maju, misalnya seperti ketetapan mengenai isu keberkesanan sistem Bretton Woods yang dimasukkan dalam Deklarasi Washington Kumpulan 20 (G-20) baru-baru ini dan dicerminkan juga dalam kenyataan para pemimpin APEC pada sidang kemuncak di sini.

“Sekarang ini ekonomi mereka yang kena, jadi mereka sedar bahawa mereka sebenarnya telah tersilap langkah.

“Sekarang ini mereka sedar penyusunan semula kepada struktur kewangan dunia perlu dilakukan. Pembaharuan struktur kewangan ini perlu diambil kira sekiranya kita hendak membendung kemungkinan perkara seperti ini berulang lagi,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kewangaan berkata, kegagalan sistem kewangan sedia ada mengawal gejala seperti pinjaman berlebihan, masalah urus niaga produk derivatif baru khususnya Credit Default Swap (CDS) dan masalah pasaran gadai janji subprima yang tidak dikawal dengan rapi merupakan punca tercetusnya krisis kewangan dunia yang dihadapi sekarang.

Najib juga memberi satu lagi contoh kelemahan besar sistem Bretton Woods yang tidak mengawal CDS yang nilai transaksinya berjumlah beberapa trilion dolar Amerika.

“Tidak diketahui banyak mana yang sebenarnya yang telah diurus niaga setakat ini.

“Untuk mengelak perkara ini berlaku lagi, satu bentuk arkitektur kewangan baru perlu digubal untuk menentukan segala lebihan belanja daripada sistem ini dapat dipantau dan diambil tindakan dengan kawal selia yang lebih berkesan,” ujarnya.

Dalam pemukiman pemimpin-pemimpin APEC di Pusat Konvensyen Kementerian Pertahanan Peru di sini yang dikawal ketat, Najib duduk bersebelahan Presiden Mexico, Felipe Calderon Hinojosa dan Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak.

Acara itu yang dipengerusikan oleh Presiden Peru, Alan Garcia Perez turut dihadiri oleh Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush, Presiden China, Hu Jintao serta ketua negara dan kerajaan dari 21 buah negara anggota APEC. Malam tadi para pemimpin APEC itu diraikan dalam satu jamuan gala dan persembahan kebudayaan Peru.

Najib menjelaskan, sidang kemuncak APEC itu yang pertama kali disertainya berjalan dalam suasana yang terbuka dan positif dengan krisis kewangan dunia menjadi sesuatu yang menarik perhatian semua pemimpin pertubuhan serantau itu.


“Mereka menunjukkan komitmen yang tinggi untuk menjadikan APEC sebagai satu forum (berkesan) dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan nanti boleh menggambarkan kepimpinan APEC dalam soal menangani krisis kewangan global,” ujarnya.

Krisis kewangan global setakat ini menyebabkan pakej menyelamat AS$750 bilion terpaksa diumumkan di AS manakala banyak bank dan syarikat di AS dan Eropah terpaksa diambil alih oleh kerajaan.

“Asas krisis itu ialah kurang keyakinan terhadap sistem kewangan dunia. Apa yang berlaku sekarang boleh menyebabkan pihak yang mempunyai kemampuan pun tidak akan membuat sesuatu dan berasa bimbang untuk memberi pinjaman kepada pelanggan.

“Oleh itu, sidang kemuncak APEC ini mencadangkan rangsangan fiskal dilakukan secara terselaras antara negara-negara APEC dan bukan APEC,” jelas Najib.

Beliau menambah, beberapa negara APEC seperti China dan Malaysia telah mengumumkan pakej rangsangan fiskal masing-masing tetapi “kita mengambil langkah ini berdasarkan keputusan domestik.”

Menurut Najib, terdapat kebimbangan para pemimpin pertubuhan itu yang menyuarakan tiada satu ketetapan dibuat berdasarkan kepada apa yang diperlukan oleh ekonomi global untuk mengelakkan dunia tergelincir dalam kemelesetan.

Katanya: “Kalau ada satu perancangan yang lebih terselaras, maka suntikan daripada setiap negara APEC itu boleh dilihat dalam konteks menyelamatkan dunia daripada kemelesetan global.”

Para pemimpin pertubuhan yang mengamalkan dasar tidak terikat itu, kata Najib, bersetuju dengan saranan tersebut dan bersedia menyelaraskan pakej rangsangan fiskal anggota ekonomi masing-masing bagi menambah perbelanjaan selain meningkatkan kecairan dan pinjaman kepada para pengguna.

“Para pemimpin APEC telah memutuskan bahawa rangsangan fiskal dalam bentuk satu bajet pengembangan perlu dilaksanakan untuk menyelamatkan dunia daripada terjerumus ke dalam kemelesetan,” katanya.

Najib juga berkata, apa yang menarik dalam sidang kemuncak itu ialah setiap pemimpin negara APEC yang bercakap, tiada seorang pun yang tidak menyentuh mengenai bahaya dasar perlindungan terhadap ekonomi dunia.

“Dalam menghadapi keadaan ini, apa yang perlu dilakukan adalah menentukan perdagangan dunia merupakan sistem yang bebas dan terbuka. Sehubungan itu sidang kemuncak ini juga menetapkan supaya segala usaha dilakukan bagi memastikan rundingan perdagangan bebas Pusingan Doha dapat dimuktamadkan pada bulan Disember,” katanya.

Rundingan Pusingan Doha yang dimulakan pada 2001 mencapai kebuntuan pada Julai lalu berikutan pertelagahan antara AS dan India berhubung perdagangan kapas.

Saturday, November 22, 2008

KEDAH JELAPANG PADI, BUKAN JELAPANG BABI

Tak habis-habis dengan isu babi.

Sebelum ini Selangor dan Negeri Sembilan. Kelmarin, Kerajaan Negeri Kedah pimpinan PAS berkata pihaknya hanya akan membuka ladang babi moden secara berpusat di kawasan Bukit Selambau dekat Sungai Petani jika ia tidak mendapat bantahan daripada penduduk tempatan.

Kerajaan negeri dalam jawapan bertulis pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Ke-12 memberitahu, tapak seluas 162 hektar itu telah diluluskan pada 4 Disember tahun lalu.
Jawapan bertulis itu juga menyebut, hanya satu syarikat dikenal pasti untuk mengendalikan ladang babi tersebut.

Sebanyak 46,000 ekor babi dibenarkan diternak di ladang berkenaan.

Tunggu dulu. Kerajaan Negeri pimpinan PAS hanya mengambil alih selepas pilihan raya umum Mac lalu. Jadi cadangan ini bukan daripada PAS, ia sudah dipersetujui sejak Barisan Nasional memerintah lagi. UMNO pun terpalit sama.

Baguslah kalau Kerajaan Negeri mahu mengambil kira pandangan penduduk.

Kijang kesian kepada penduduk pekan Bukit Selambau dekat Sungai Petani yang bimbang dengan projek berkenaan.

Adalah wajar jika mereka membuat rayuan kepada kerajaan Negeri Kedah agar menjalankan kajian impak secara mendalam sebelum melaksanakan projek pembinaan ladang ternakan babi di sekitar kawasan itu.

Mereka meminta agar Kerajaan Negeri sewajarnya diberikan perhatian berat mengenai perkara ini.

Menurut mereka, kajian terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu memandangkan ia berkait rapat dengan isu alam sekitar dan keharmonian hidup penduduk setempat.

Mereka berharap kerajaan negeri harus mengambil kira sensiviti masyarakat tempatan memandangkan mereka merupakan golongan yang merasai kesannya jika projek itu dilaksanakan.

Sejak isu berkenaan timbul, penduduk bimbang nilai hartanah di kawasan itu turun ekoran pembinaan ladang tersebut.

Menurut laporan Utusan Malaysia hari ini, penduduk bimbang kesan sampingan yang mungkin timbul akibat pembukaan ladang tersebut kelak.

Walaupun kerajaan negeri berjanji ia kandang tertutup tapi sejauh mana janji itu dapat ditunaikan? tanya seorang penduduk.

Lim Choon Ooi, 57, menyambut baik cadangan tersebut yang disifatkan boleh mengurangkan kos makanan tetapi beliau harap kerajaan negeri mendapatkan maklum balas semua pihak terlibat terlebih dahulu.

"Kena dapatkan pandangan umum, kalau kebanyakan kata tak dapat terima tak payah buat,'' katanya.

Seorang petani berketurunan Siam dari Kampung Padang Sekawan, Somlai Endin Ban, 58, berkata, sebarang keputusan yang dibuat kerajaan berhubung projek pembangunan perlulah mendapat restu daripada penduduk tempatan.

TIMBALAN KETUA MENTERI PP YANG MEMALUKAN

Ada penulis bernama mohdnoorawang berkata “90% Melayu Pulau Pinang Miskin Tegar” melalui tranungkite.

Dia menyalahkan BN dan UMNO habis-habisan. Salahkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tanpa melihat pun kepada Anwar Ibrahim yang pernah jadi TPM dan Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang.

Ini yang ditulisnya:

“Telah 51 tahun UMNO dan BN memerintah Pulau Pinang. Perdana Menteri Datuk Abdullah Badawi dari Pulau Pinang dan puluhan rancangan dan ratusan seminar malah puluhan juta wang yang dIkatakan untuk membangun bangsa melayu Pulau Pinang HANCUR DAN BERKECAI. Dimana pemimpin Umno Pulau Pinang yang dikatakan WIRA dan PAHLAWAN MELAYU yang sangat perihatin kepada bangsa Melayu?.

Wahai pemimpin UMNO dan BN Pulau Pinang MENGAPA DALAM MASA 51 TAHUN BERKUASA tidak dapat memjaga dan membina bangsa Melayu. Atau umno ketika itu terlalau sibuk mengumpul harta? Terlupa pada bangsa Melayu. LIMA PULUH SATU umno terabai umat melayu Pulau Pinang.

Atau UMNO sengaja membiarkan umat Melayu Pulau Pinang berada dalam kemiskisnan yang dirancang untuk menjadi "umpang pilihanraya?"
LIMA PULUH SATU TAHUN Umno menjadikan Melayu Pulau Pinang kecewa dan tertindas oleh UMNO DAN BN sendiri. LIMA PULUH SATU TAHUN Melayu Pulau Pinang menjadi pelarian dalam negeri sendiri.

Dimana janji Umno dan Bn yang perihatin kepada masalah rakyat? Terlalu banyak kelemahan dan seribu janji umno untuk membela bangsa Melayu Pulau Pinang tinggal janji dan rancangan dikertas atau dilayar tv sahaja.
UMNO pulau Pinanag dan BN menipu bangsa Melayu secara terang dan dirancang cukup halus oleh pemimpin BN dan UMNO yamg bagaikan lembu di padang.

Dengan ini kami ucap syabas pada ketua menteri Pulau Pinang Sdr.Lim Guan Eng secara terang dan jelas mahu mencari dan merancang agar 90% melayu yang miskin tegar keluar dari arus kemiskinan yang dirancang oleh BN semasa memerintah dulu.

Hanya kami pinta pada umat Melayu Pulau Pinang jangan terburu-buru dan mengharap rancangan untuk membina bangsa melayu kelaur dari kepompong kemiskinanan dapat dijelmakan dalam waktu yang singkat.
Sekali lagi kami ucap syabas kepada Lim Guan Eng yang menerajui negeri dibawah pakatan rakyat secara (CAT). competency, accountability, transprency. "

Dan apabila pembangkang menang di Pulau Pinang, bagaikan ada cahaya kecil melalui sebatang lorong untuk memulihkan keadaan ini.

Lalu diletakkan budak ini sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Tetapi kini ada persoalan ‘kenapa letak budak ini?”

Dia ini kini bukan sahaja memalukan PKR, dia juga memalukan Anwar Ibrahim.

Lebih memalukan ialah apabila Melayu Pulau Pinang akan dipersalahkan kerana ‘model’ yang diletakkan untuk menguruskan hal ehwal Melayu tidak boleh diharap dan lepas itu tuduh orang UMNO mahu menjatuhkannya.

Malu sungguh dengan Lim Guan Eng dan Cina Pulau Pinang kerana menjadi Melayu Yang Tidak Boleh Diharapkan.

Dalam kesnya ini, perhatian tiga daripada banyak rencana mengenai beliau yang diposkan kepada blog yang pro-PKR.

Baca dan teliti sendiri. Cubalah buat kesimpulan.

1. Ganti Jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Segera

Seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) hari ini mencadangkan Timbalan Ketua Menteri 1 Mohamad Fairus Khairuddin diganti dengan Abdul Malik Abul Kassim (PKR-Batu Maung).

Mohd Farid Saad (BN-Pulau Betong) berkata Mohamad Fairus tidak layak memegang jawatan itu memandangkan beliau tidak aktif dan tidak diberi kepercayaan kerajaan negeri untuk menguruskan perkara berhubung hal ehwal agama Islam.

Beliau turut mencadangkan jawatan exco Agama yang turut disandang Mohamad Fairus diberi kepada Hamdan Abdul Rahman (PAS-Permatang Pasir) untuk kebaikan kerajaan Pakatan Rakyat dan rakyat negeri ini.

"Dalam pembentukan satu jawatankuasa untuk menyediakan produk halal mengikut ajaran Islam, sebagai exco agama, beliau (Mohamad Fairus) tidak diberi kepercayaan.

"Demi menjaga maruah orang Melayu dan agama Islam saya berpendapat beliau tidak lagi layak menjadi timbalan ketua menteri. Berikan sahaja jawatan itu kepada Adun Batu Maung yang begitu aktif," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2009 dan Usul Anggaran Pembangunan 2009 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, Rabu.

Mohd Farid berkata penduduk Islam di Pulau Pinang kecewa kerana Mohamad Fairus gagal memainkan peranan sebagai pemimpin nombor dua negeri.

"Saya juga hairan kenapa Mohamad Fairus yang juga exco Agama dan exco Pembangunan Usahawan dan Koperasi tidak dipilih menganggotai jawatankuasa pusat Hab Halal. Bukan sahaja tidak dipilih sebagai anggota jawatankuasa malah yang paling mengecewakan tidak diberi peluang mengetuai AJK itu," katanya.

Sebaliknya beliau berkata empat exco yang tidak perlu makan makanan halal pula dilantik sebagai AJK Hab Halal itu untuk melaksanakan projek itu.

Beliau berkata sikap Mohamad Fairus (PKR-Penanti) pernah ditegur oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau jarang melawat kawasan.

"Bila ditegur jarang lawat kawasan, alasannya sibuk. Bila diberi tanggungjawab sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang, beliau letak jawatan dengan alasan jadual terlalu ketat," katanya.

2. Fairus dakwa ada konspirasi hendak jatuhkan dia

Petikan daripada: alahaifairustkmpenang.blogspot

Enggan muhasabah diri - inilah salah satu masalah mental yang mengikat kepala hotak si budak Fairus, asyik menuding jari menyalahkan orang lain bagi menutup kesalahan diri sendiri.

Semua orang salah, hanya aku seorang betul - sampai kiamat pun masalah sikap buruknya sejak azali itu tidak akan selesai. Kalau dah dia sendiri tidak mahu membaiki kelemahan dirinya, apa diharap orang lain.

Nak harap Anwar Ibrahim ?

Dah berbuih mulut ‘pak sheik’ tegur. Bukan setakat tegur, hatta pujuk dan hentam marah pun dah dibuatnya.

Bukan setakat itu sahaja, bahkan pada peringkat awal dulupun Anwar dah bentuk jawatankuasa khas- ahlinya Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Zahrain Hashim, Setiausaha Negeri Mustafa Kamal Yusof dan ahli MPT Dr Mansor Othman untuk membantu si budak Fairus.

Tapi lain pula jadinya. Mereka yang ikhlas untuk membantu, dituduh pula datang untuk mencari kesalahan dirinya, bahkan tak pasal-pasal Dr Mansor pula dituduh mengidam jawatannya. Last- last mereka inipun tak tahan…..frust, cabut !

“You ni datang, nak ambik tempat I ye ?” demikian antara kata-kata si budak Fairus kepada Dr Mansor.

Punyalah mangkuk ayun si budak Fairus ni. Dr Mansor hanyalah bekas calon PKR, bukannya ADUN. Macam mana dia nak ambik tempat TKM…bangangggg.

Suatu ketika, hal ini ditanya oleh salah seorang ahli Majlis MPSP Johari Kassim, di depan teman-teman, bagaimanapun si budak Fairus seperti biasalah akan bermati-matian menafikan dia pernah berkata begitu kepada Dr Mansor.

Tetapi dengan tiba-tiba si budak Fairus terkancing gigi, apabila Johari berkata, “ Dr. Mansor sendiri yang bagitau I.”

Haaaa…kan dah kantoiiiiiii…nak menipu lagi ?

Salahkan Malik pula ….

Semalam selepas Mohd Farid Saad ( BN Pulau Betong) menggamatkan sidang dewan kerana menggesa si budak Fairus, meletak jawatan dan digantikan oleh ADUN Batu Maung, Abdul Malik Kassim, dihalanya pula tuduhan, semua itu konspirasi Abdul Malik dengan Adun Umno.

Menurut intelegent kami, sebaik dia dibelasah di dalam dewan, si budak Fairus mula meraih simpati daripada Adun-adun PR, dengan menyalahkan Abdul Malik kononnya membocorkan maklumat kepada Adun Umno tentang salahlakunya.

Hee deeiiiii ….. masa Lu dalam dewan, Lu diam-diam tarak mau cakap, Lu cabut lari, orang hentam sama Lu, sampai Umno kata sama Lu TIPU pun, Lu diam-diam jugak duduk, tarak cakappp, sekarang luar dewan Lu mau cucuk sana, cucuk sini, apa pasai ? Lu tak ada tulurrrrrr ka ?

Lu tarak tau ka, itu maklumat bukan bawah akta OSA la, semuanya boleh dapat daripada pejabat SUK la…

Berapa kali Lu buat meeting MMK, berapa banyak Lu tidur dalam meeting, berapa kali Lu ponteng mesyuarat, berapa banyak Lu sakit perut, berapa banyak Lu ‘claim’ sebulan, berapa banyak Lu sapu duit minyak kereta rasmi untuk Lu guna sendiri… semuanya ada rekod laaaaa.
Lu tarak tau ka ? Itu komtar masih banyak saki baki penyokong Umno la, Lu tarak tau ka itu semuaaa ?

Ayoyooooo…itu Lu punya Ketua Inteligent @ Penasihat Peribadi Lu, Dr Pirdaus Khairuddin, Lu punya abang yang tiga suku macam Lu, tarak bagitau sama Lu ka ?

Sia-sialah Lu rekomen pingat PKT ( Pingat Kelakuan Terpuji ) sama Lu punya abang hari tu…
Lu tau ka, itu Anwar Ibrahim pun ada terkejut ooooo… bila Lu punya abang, angkat itu pingat dari Gabenor di depan-depan ‘pak sheik’ hari tu….

Ayomaaa…ayopaaa…masa tu baru tiga bulan perintah Pulau Pinang Lu sudah tunjuk Lu punya samdol laaa…..

Haaaaa…sebelum ‘macha’ lupa, apa macam Lu punya ‘Projek Petronas juta-juta’ guna proksi Persatuan Nelayan sama Lu punya abang, sama Omar lawyer sama itu Pak Su Senik, bila mau start ?

Bila projek sudah jalan, jangan lupa sama ‘macha’ sama la, kasi ‘macha’ sikit syer la, ‘macha’ pun mau angkat komisen jugakkkk … ‘macha’ pun mau hidup maaaaa…. !
Haaa..haaa..haaa…

Nanti kita jumpa lagi....ada banyak kotak lagi ni, lebih daripada 6 kotak yang Ezam ada …

3. Fairus khianat amanah rakyat, rosakkan imej Anwar dan PR

Petikan daripada: alahaifairustkmpenang.blogspot

SUKAR dipercayai namun setelah pelbagai pihak termasuk Anwar Ibrahim gagal mengubati 'penyakit mental' yang dihidapi sejak sekian lama oleh Timbalan Ketua Menteri 1, maka lahirlah blog Alahai ...... FAIRUS TKM 1 Penang ini.

Demi masa depan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang khususnya parti keADILan, agar tidak terus dicemuh dan dicaci, oleh akar umbi dan kakitangan kerajaan negeri, dek kerana tindak tanduk bodoh sombong seorang 'pemimpin' yang merosakkan imej parti, maka kami mewujudkan blog ini bagi membongkar 'wajah' sebenar Mohammad Fairus Khairuddin yang menjadi ADUN Penanti, Permatang Pauh secara bidan terjun.

Kata orang Don't Judge The Book By The Cover. Makna kata jangan cepat terpesona dengan pemimpin yang hanya nampak gah apabila bercakap tetapi hakikatnya cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap, bila berjanji dia mungkir, bila cakap dia menipu .....

Zaman pemimpin beretorik telah berlalu. PR tidak memerlukan 'pemimpin' yang khianat amanah rakyat.

Bagi mereka yang tidak kenalnya secara dekat, Alahai.... FAIRUS TKM Penang mungkin dianggap untuk merosakkan imejnya, yang sebenarnya sudah merudum teruk.

Pasti juga ada yang menganggap pembongkaran yang bakal menghiasi blog ini, sebagai fitnah jahat untuk menjahamkan karier politiknya, dan tidak kurang juga akan dianggap sebagai satu konspirasi.

Dan pasti juga, tidak kurang akan merungus bahawa Alahai...FAIRUS TKM Penang bertindak bodoh kerana membuka pekung pemimpin. Tapi inilah harga yang perlu dibayar kerana kesilapan pimpinan yang memilih pemimpin secara tangkap muat sebagai calon pilihan raya.

Kita hanya ada dua pilihan, satu- membiarkan TKM 1 terus bertindak bodoh merosakkan imej PR, atau 2- menyahkan TKM 1 dari kedudukannya sekarang !

Biar apapun tanggapan orang, namun kebenaran perlu diluah. Berkatalah benar biarpun pahit.....bukankah kita semua memperjuangkan kebebasan bersuara ?

4. Adun BN desak Fairus letak jawatan… hancus

Petikan daripada: alahaifairustkmpenang.blogspot

Kata orang tua-tua, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Sepandai-pandai menipu, akhirnya orang tahu juga.

Inilah yang berlaku kepada si budak Fairus pada sidang DUN Pulau Pinang pagi tadi (19 Nov), apabila YB Farid Saad (BN Pulau Betong) menggesa TKM 1 si budak Fairus meletakkan jawatan kerana gagal tunaikan tugas, antara lain kerana menipu.

Farid turut menyenaraikan salahlaku buruk si budak Fairus, sepanjang lapan bulan menjadi TKM 1, termasuk menipu dewan ketika menjawab soalan lisan pada sidang Dun lepas.
Si budak Fairus hanya tersengih macam kerang busuk ketika itu. Rakaman sidang tu boleh ditonton di http://www.vttv.tv/dunpenang/vod.html#

Selain mengungkitkan tentang si budak Fairus tidak hadir majlis sambutan kemerdekaan peringkat negeri 31 Ogos lalu, dan teguran Anwar Ibrahim kepada si budak Fairus kerana jarang turun padang, Farid turut mendedahkan penipuan si budak Fairus pada sidang dewan lalu.

Farid membuktikan dengan menyenaraikan bilangan hari mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) di bawah fortfolio si budak Fairus dan beberapa Exco lain.

Menurut Farid, MMK Tanah di bawah fortfolio Ketua Menteri Lim Guan Eng telah bermesyuarat sebanyak 27 kali dengan memperkenalkan 5 dasar yang dianggapnya sebagai cemerlang.

Cuba kita bandingkan MMK di bawah si budak Fairus dengan prestasi Lim Guan Eng seperti didedahkan pada sidang DUN Pulau Pinang.

1. MMK Agama : 3 kali bermesyurat semuanya dalam bulan Julai lalu, pada minggu pertama, kedua dan ketiga, tiada dasar baru diperkenalkan.

2. MMK Pembangunan dan Koperasi : 4 kali bermesyuarat sekali pada Mei dan 23 Okt,7 Nov dan 11 Nov, juga tiada dasar baru diperkenalkan.

“Mesyuarat ini saya rasa dibuat selepas saya tanya soalan ini ( sidang Julai ). Pada sidang pertama dulu saya tanya, dia ( Fairus ) jawab tiga kali mesyuarat- dia TIPU saya, sebenarnya baru sekali mesyuarat,” tegas Farid.

Farid turut mencadangkan jawatan exco Agama yang disandang oleh si budak Fairus diberi kepada Hamdan Abdul Rahman (PAS-Permatang Pasir) untuk kebaikan kerajaan Pakatan Rakyat dan rakyat negeri ini.

"Dalam pembentukan satu jawatankuasa untuk menyediakan produk halal mengikut ajaran Islam, sebagai exco agama, beliau ( si budak Fairus) tidak diberi kepercayaan.

Demi menjaga maruah orang Melayu dan Islam, tegasnya lagi si budak Fairus perlu letak jawatan kerana dia tidak layak memegang jawatan tersebut.

"Demi menjaga maruah orang Melayu dan agama Islam saya berpendapat beliau tidak lagi layak menjadi timbalan ketua menteri. Berikan sahaja jawatan itu kepada Adun Batu Maung yang begitu aktif," katanya.

Farid berkata penduduk Islam di Pulau Pinang kecewa kerana si budak Fairus gagal memainkan peranan sebagai pemimpin nombor dua negeri.

Fairus cabut lagiiiiii ... memalukan PR

Pada sidang semalam pun , si budak Fairus TKM 1 kuda kayu ini memalukan lagi Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang, khususnya Melayu @ Islam.

Ketika YB Shahbudin Yahya (BN Permatang Berangan) berbahas tentang Sekolah Agama Rakyat (SAR), yang sepatutnya dijawab oleh Exco Agama iaitu si budak Fairus, tetapi yang bangun jawab secara spontan ialah Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Minggu lepas (hari pertama sidang DUN 13 Nov) selepas cabut lari keluar dewan dengan alasan biasanya-sakit perut ( siri 3 ) bagi mengelak menjawab soalan bertulis, meskipun pun jawapan bertulisnya dah tersedia di atas mejanya, si budak Fairus buat hal lagi hari semalam (18 Nov) ….dia cabut lagi !

Turut hadir ikuti sidang DUN semalam ialah Setiausaha keADILan Pulau Pinang Mustaffa Kamal Yusof dan bendahari keADILan Permatang Pauh Sim Bak Seong.

Dalam perbahasan bajet 2009, wakil pembangkang Jasmin Mohamad (BN-Sungai Dua) menyentuh soal perletakan jawatan si Fairus sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Pulau Pinang pada bulan lepas. ( Nanti kami dedahkan sebab sebenar dia letak jawatan )

Secara sinis wakil Umno itu mencari di mana si budak Fairus bekas Presiden FAP.

Ada suara menyampuk ‘dia player.’

Aduhhhh …… si budak Fairus hilang lagi.

Wednesday, November 19, 2008

SEMAKIN BINGUNG & KELU

Mulanya Kijang terfikir juga mahu tulis al-kisah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mementingkan AirAsia untuk terbang ke Uzbekistan dalam usaha untuk mewujudkan hubungan udara antara kedua-dua buah negara.

Pelik sungguh kerana selalunya Penerbangan Malaysia (MAS) yang akan dapat keutamaan bagi tujuan seperti ini.

Tetapi tiba-tiba Perdana Menteri berkata, beliau telah memberitahu Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tony Fernandez mengenai perkara itu dan Tony bersetuju untuk mengkaji perkara itu secepat mungkin.

Apa mainan tak taulah!

Layar punya layar, terbaca apa yang ditulis oleh Mesin Taip Buruk. Oleh kerana perkaranya sama dan apa yang mahu dinyatakan juga sama, bacalah apa yang sudah tersedia ini.

Terima kasih

Kera di hutan disusukan

http://mesintaipburuk.blogspot.com (18 November 2008)

Pagi ini aku terbaca tentang hasrat PM kita, Pak Lah Badawi yang mahukan Air Asia membuat penerbangan ke Uzbekistan untuk mewujudkan hubungan udara antara kedua negara. Berita tersebut disiarkan dalam Bernama Online pagi ini:
TASHKENT (Uzbekistan) 18 Nov. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, AirAsia kemungkinan terbang ke Uzbekistan dalam usaha untuk mewujudkan hubungan udara antara kedua-dua buah negara.

Perdana Menteri berkata, beliau telah memberitahu Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tony Fernandez mengenai perkara itu dan Tony bersetuju untuk mengkaji perkara itu secepat mungkin. - Bernama

Apa yang aku tidak faham, kenapa Pak Lah selaku Perdana Menteri mahukan Air Asia, sebuah syarikat penerbangan swasta menyediakan penerbangan ke negara itu dan bukannya Malaysia Airline (MAS) selaku syarikat penerbangan milik penuh kerajaan? Kalau benarlah cadangan ini, apakah bermakna Pak Lah sudah hilang kepercayaan kepada MAS atau kerana bertujuan meningkatkan kekayaan Tony Fernandes yang sekaligus membantu mengayakan beberapa orang kanan Pak Lah di dalam Air Asia termasuk menantunya? Andailah Air Asia bercadang untuk menerbangkan perkhidmatannya ke luar negara yang lebih jauh, Pak Lah selaku PM tidak sepatutnya membantu syarikat tersebut memandangkan Air Asia adalah pesaing MAS selaku syarikat penerbangan milik kerajaan. Jika alasan Air Asia adalah syarikat penerbangan murah, ia sepatutnya tidak menjadi modal bagi Pak Lah untuk membuka laluan kepada Air Asia ke Uzbekistan kerana MAS sendiri boleh memberikan tambang pada harga istimewa jika mahu. Dalam hal ini, aku teringat ketika MAS mengalami kerugian beberapa tahun lalu dan ketika beliau mengunjungi Yusof Kalla untuk membincangkan hal ini, beliau menyerahkan kepada pengurusan MAS untuk membuat keputusan. Akhirnya, salah satu cara yang diputuskan oleh pengurusan MAS ialah menggadaikan harta miliknya seperti bangunan MAS di tengah bandar raya Kuala Lumpur dan Akademik Penerbangannya di Kelana Jaya. Tetapi berita hari ini berlaku sebaliknya. Jelas sekali Pak Lah tidak sama-sama membantu meningkatkan keuntungan MAS sebaliknya lebih cenderung kepada Air Asia. Begitu juga cadangan Air Asia untuk membuka laluan ke Singapura tempoh hari, ia boleh mengurangkan perolehan MAS. Sedangkan MAS adalah syarikat kerajaan yang mencari wang dan keuntungan untuk kerajaan untuk membolehkan kerajaan melaksanakan projek2 melalui wang tersebut untuk kepentingan rakyat. Sedangkan jika Air Asia mencatat keuntungan, ke manakah wang tersebut dilaburkan? Mmm.. ya Air Asia juga membayar cukai tetapi banyak mana sangatkah cukai yang dikutip dari Air Asia berbanding wang yang salurkan secara langsung oleh MAS. Nampaknya di penghujung nyawa Pak Lah di takhta PM ini, beliau masih lagi tidak bersikap bijak dengan menamakan Air Asia selaku penerbangan ke Uzbekistan. Inilah dinamakan "kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan"...

Saturday, November 15, 2008

SEMPAT LAGI KE?

Kijang jadi tidak seronok membaca blog http://politica-net.blogspot.com yang membawa tajuk
“Abdullah nak pancong anak Pak Yassin?”

Bukan apa, macam itu sekalikah marahnya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin?

Benarkah beliau akan digugurkan daripada Kabinet?

Baca dulu apa yang diperkatakan oleh blog berkenaan:


ABDULLAH NAK PANCONG ANAK PAK YASSIN
http://politica-net.blogspot.com (12 November 2008)

Ini bukan fitnah. Desas-desusnya kini malah semakin kencang. The Malaysian Insider dah tau. Orang Kelantan dah tau. Orang Sabah pun dah tau. Kononnya, Abdullah Badawi akan singkirkan Muhyiddin Yassin daripada Jemaah Menteri menerusi satu rombakan dalam masa terdekat ini. Seorang daripada Setpol Abdullah dengan angkuhnya berkata baru-baru ini yang bos dia terlalu amat marah dengan Muhyiddin.

Sebabnya, ikut kata Setpol itu, Muhyiddin jadi trouble-maker paling utama yang menyebabkan tarikh peralihan kuasa disingkatkan daripada Jun ke Mac 2009.
Apa ni? Muhyiddin hanya menyuarakan keresahan warga UMNO akar umbi. Ini salah ke? Ini dosa ke? Macam mana Abdullah tuduh Muhyiddin trouble-maker semata-mata kerana dia jadi jurucakap ahli-ahli UMNO yang resah dan gelisah? Heh, songsang betul! Tapi, kenapa Abdullah pernah kata yang dia pilih Mac dan bukan Jun 2009 untuk serah kuasa pada Najib Razak atas perkiraannya sendiri? Betul-betul dolak-dalik tak sudah-sudah.

La ni Abdullah nak hukum Muhyiddin. Dia rancang nak pancung Muhyiddin dari Kabinet. Apa lagi, buatlah. Kalau betul-betul Abdullah jantan, buatlah segera. Kita pun apa lagi? Kita pakat-pakatlah buat apa yang patut kita buat.

Paling akhir sekali, kita ramai-ramai keluar UMNO. Itu saja. Senang. Tak pening kepala!
Harap-harap Najib pun dah dengar rancangan Abdullah ni. Harap-harap Najib juga akan berusaha mati-matian halang rancangan ni dari berlaku. Sekarang terserahlah kepada kebijaksanaan Najib.

Sebagai seorang yang bijaksana, takkan Najib nak pilih Mat Taib atau Ali Rustam jadi Timbalannya. Kiamat Malaysia kalau antara dua ni jadi Timbalan Najib!


Ada beberapa pertanyaan di sini.
Pertama, wajarkah ada rombakan Kabinet ketika ini?

Pada 24 Oktober 2008 lalu, Abdullah berkata, rombakan Kabinet mungkin akan dilakukan dalam masa terdekat berikutan perubahan kepada pucuk kepemimpinan dalam MCA selepas pemilihan parti minggu sebelumnya.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, Presiden MCA yang baru, Datuk Ong Tee Keat, perlu berjumpa dengannya untuk memaklumkan sebarang cadangan perubahan wakil parti itu dalam Kabinet yang mahu dilakukan.

Soalnya apakah Abdullah sudah memutuskan demikian atau ini hanya ‘berita angin’ yang sengaja disebarkan oleh orang Abdullah? Kedua, dengan pancong Muhyiddin, ia tidak akan merugikan beliau kerana akan memberikan ‘sdvantage’ kerana simpati terhadap Muhyiddin akan melonjak.

Dengan itu, cita-cita Abdullah untuk menjamin kemenangan Datuk Seri Mohd Ali Rustam atau Tan Sri Muhammad Muhd Taib tidak akan berjaya. Harap-harap apa yang diramalkan ini tidak benar!

RAMASAMY MEMPERLIHATKAN WARNA SEBENAR DIRINYA

Dulu kononnya peramal atau penganalisis politik.

Sekarang tunjuk warna.

Ramai lagi pensyarah-pensyarah di universiti-universiti yang perangai seperti Ramasamy ini. Kononnya ‘bijak menganalisis politik’ tetapi sebenarnya bersikap perkauman dan menyokong pembangkang.

Namun editor akhbar arus perdana khususnya dan stesen televisyen tempatan, tetap memberikan ruang kepada mereka. Alasannya, mereka bijak dan kritis.

Ketika persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kelmarin, Timbalan Ketua Menteri II, Prof. P. Ramasamy menuduh UMNO yang menjadi penyebab berlakunya ketidakseimbangan dalam pengambilan kakitangan kerajaan.

Beliau yang juga Exco Perancangan Ekonomi Negeri
Pendidikan & Sumber Manusia, Sains, Teknologi & Inovasi itu sudah pasti mencetuskan rasa tidak puas hati daripada wakil-wakil pembangkang Barisan Nasional (BN).

Berikutan itu, Ramasamy berkata kerajaan campuran negeri mahu memastikan pelantikan kakitangan awam di negeri tersebut seimbang bagi setiap kaum dan bukan didominasi oleh kaum tertentu sahaja.

Persoalannya benarkah UMNO bertanggungjawab atau kaum lain berminat bekerja dengan swasta kerana sebab-sebab tertentu?

Pensyarah di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Ahmad Nidzammuddin Sulaiman berkata, masalah kekurangan orang bukan Melayu dalam sektor awam berpunca daripada masalah skim gaji yang tidak menarik.
Malah sektor kerajaan juga tidak membayar bonus sebanyak sektor swasta dan faktor ini turut menyebabkan orang bukan Melayu tidak berminat untuk berkhidmat dalam kerajaan walaupun kehadiran mereka amat dialu-alukan,

Biarlah kalau beliau mahu mengkritik jabatan-jabatan kerajaan secara am.
Bagaimana dengan perkhidmatan polis dan tentera? Kenapa ramai orang Melayu berkhidmat dengannya?

Kenapa bukan Melayu kurang menyertai perkhidmatan berkenaan?

Bolehkah kita terus membuta tuli membnuat andaian bahawa orang bukan Melayu tidak menyertai polis dan tentera kerana mereka tidak setia dengan Malaysia?

Ramasamy jangan cepat membuat andaian melulu.

Benar juga kata Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo bahawa kenyataan bahawa UMNO adalah punca ketidakseimbangan kaum dalam sektor awam merupakan satu pandangan bodoh yang tidak sepatutnya dilontarkan oleh seorang yang berpendidikan tinggi sepertinya.

Sebagai seorang yang berpelajaran tinggi, Ramasamy sewajarnya melakukan penyelidikan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan.

‘‘Sebagai seorang profesor, dia tidak sepatutnya memberi satu pandangan bodoh dan tidak berpengetahuan dengan membuat tuduhan kepada UMNO,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di Kuala Lumpur semalam.

Tegas Mohamad Khir, Ramasamy perlu memohon maaf terhadap kenyataan yang dibuatnya itu kerana masalah yang berlaku di dalam sektor awam tidak ada hubung kait dengan UMNO.
Jelasnya, kenyataan yang dibuat Ramasamy juga mencerminkan bahawa pembangkang begitu terdesak untuk meraih sokongan rakyat dengan membangkitkan isu-isu yang kononnya membela hak rakyat negara ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Abdul Rashid Abdullah berkata, tuduhan liar yang dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai itu secara terang-terangan merupakan pandangan yang membuta- tuli dan berbaur politik.

Beliau member amaran, kenyataan yang menyalahkan rejim pemerintahan lama dan dasar UMNO sebagai punca wujudnya ketidakseimbangan kaum dalam sektor awam di negeri itu mampu mencetuskan perbalahan antara kaum di negara ini.

''Kenyataan Ramasamy itu memang bertujuan untuk memecahbelahkan kaum dengan mengaitkan isu tersebut serta menuduh UMNO sebagai puncanya. Ini memang satu perbuatan dan tujuan yang sangat keji. Ini semua mainan politik yang mahu memporak-perandakan masyarakat majmuk di negara ini," katanya.

“Ramasamy yang bersuara mewakili kerajaan campuran negeri itu mungkin dangkal dan kurang mengerti mengenai proses pemilihan kakitangan sektor awam kerana ia diuruskan di bawah pentadbiran awam dan bukannya mana-mana parti politik.

''Beliau sepatutnya lebih cekap dan memahami konsep itu. Jangan main cakap lepas sahaja," tegas Abdul Rashid.

Monday, November 10, 2008

TAK ADA PERPECAHANLAH...

Berlaku perpecahan di kalangan penyokong UMNO ketika ini?

Kijang tidak nampak sedemikian.

Kijang tidak melihat pertandingan untuk jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden serta Majlis Tertinggi UMNO akan menyebabkan penyokong calon berpecah-belah.

Itu andaian Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sahaja. Dan andaiannya itu salah dan mengelirukan!

Kenyataan beliau berharap penyokong tiga calon timbalan presiden akan bersatu dan kembali bekerjasama selepas pemilihan pucuk pimpinan parti itu selesai pada Mac depan, sebagai tidak tepat.

Memanglah pertandingan dalam parti mewujudkan tiga kumpulan penyokong tetapi ia tidak boleh menyebabkan perpecahan.

Lagipun ia bersifat sementara dan penyokong calon-calon tertentu akan kembali bersatu selepas pemilihan itu nanti.

Tiga calon yang layak bertanding jawatan timbalan presiden parti ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Perdana Menteri mengakui bahawa pertandingan tiga penjuru ini sebagai kehendak ahli Umno dan ini bermakna ketiga-tiga calon itu perlu bertanding.

Yang Kijang bimbang Presiden UMNO yang akan bersara itu terlepas pandang bahawa perpecahan di bawah, iaitu di Bahagian-Bahagian kerana wujudnya peranan ‘double-standard’ Ibu Pejabat UMNO dan Setiausaha Agung UMNO akan mendatangkan masalah kepada parti khususnya masa pilihan raya.

Masalah ini perlu diselesaikan segera.

Kerana itu ahli UMNO sangat berharap Presiden yang sedang dalam pembikinan, Datuk Seri Mohd Najib Razak akan dapat melihat masalah ini dan membersihkan Ibu Pejabat UMNO daripada kumpulan yang mementingkan ‘mereka yang berduit’, rakan serta kenalan dan membelakangkan Bahagian-Bahagian UMNO yang diterajui oleh mereka yang bukan ‘kenalan’ mereka.

Berkaitan dengan perpecahan di bahagian ini, Kijang mahu mengajak pembaca menilai sebuah tulisan dari http://hambali1.blogspot.com





TOLONG TOK, MASALAH BAHAGIAN BOLEH RANAPKAN UMNO


Tuesday, Nov 4,2008

Ketika sebahagian besar Ketua-Ketua Bahagian UMNO sedang bergembira dan mengucapkan tahniah kerana Datuk Seri Mohd Najib Razak memenangi pemilihan untuk jawatan Presiden UMNO tanpa bertanding, banyak juga pemimpin bahagian yang sedang ‘bertembung sesama sendiri’ kerana masalah di bahagian-bahagian belum dapat diatasi oleh Ibu Pejabat UMNO.

Ada bahagian yang sudah sanggup untuk membawa kes ke mahkamah setelah Perhubungan UMNO negeri-negeri dan Ibua Pejabat UMNO gagal mengatasi masalah dihadapi mereka. Ada pemimpin Bahagian UMNO di Sabah yang memberi amaran akan membakar Perlembagaan UMNO jika masalah di bahagiannya berlarutan akibat permainan kotor Perhubungan Negeri.

Mereka dikatakan kecewa dan putus asa apabila Ibu Pejabat UMNO Malaysia dilihat memihak kepada orang tertentu serta tuduhan bahawa ‘ada pemimpin tertentu cuba diselamatkan oleh pihak-pihak tertentu di Ibu Pejabat UMNO Malaysia’.

Sementara mereka mendakwa beberapa arahan Ibu Pajabat UMNO Malaysia pula banyak yang bercanggah dan bersifat ‘sekali boleh’ dan ‘sekali lagi tidak boleh’.
Perkembangan ini sebenarnya merunsingkan kerana jika Ibu Pejabat UMNO gagal mengatasinya segera ia akan membawa kepada perpecahan di peringkat bahagian. Sewajarnya Ibu Pejabat UMNO memberikan tumpuan kepada penyelesaian kes-kes ini secara sebaik-baiknya kerana masalah di akar umbi juga penting seperti pentingnya pemilihan pemimpin penting UMNO yang berlaku ketika ini.

Janganlah membiarkan ahli UMNO di peringkat cawangan dan bahagian merasa mereka dipinggirkan pada ketika UMNO memerlukan sokongan padu bagi menjamin Najib menerajui kerajaan dengan memenangi pilihan raya akan datang dengan cemerlang.
Dan Najib sendiri, selepas terjamin sudah kemenangan untuk kerusi Presiden, minta tolong intai dan bantu selesaikanlah masalah yang berkecamuk di bawah.

Mereka ini sebenarnya penting buat UMNO kerana merekalah pengundi pilihan raya! Jika dibiarkan bergolak dan penyelesaian yang kurang bijak, kesannya bukan sekarang. Akan ada pelbagai perbuatan tidak menyenangkan akan berlaku pada pilihan raya umum akan datang atau pilihan raya kecil yang mungkin diadakan sekiranya berlaku sesuatu perkara seperti perletakan jawatan Ahli Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak berpuas hati.

Sesetengah pihak mungkin menganggapnya kecil tetapi perhatikan bagaimana kesannya apabila ahli UMNO tidak menyokong Bendahari UMNO sendiri dalam pilihan raya umum lalu di kawasan Parlimen Bukit Gantang dan pada pilihan raya 1999, Menteri Pusat ditumbangkan di Parlimen Parit. Untuk pilihan raya umum akan datang, masalah seperti sabotaj dan sanggup menyokong pembangkang akan menjadi lebih kritikal jika daripada sekarang masalah di bahagian-bahagian tidak diselesaikan.

Ibu Pejabat UMNO Malaysia dan Perhubungan UMNO Negeri jangan melihat masalah ini remeh kerana kelak ia akan menyebabkan perpecahan serius peringkat bahagian. Perlu diingat, Bahagian bermakna kerusi Parlimen dan kebanyakannya mempunyai tiga kerusi negeri. Kemenangan menjadi Ketua Bahagian atau jawatan penting parti tidak ada gunanya jika dalam pilihan raya UMNO kecundang.

Apabila UMNO tidak lagi menjadi majoriti Barisan Nasional di Parlimen, Presiden UMNO pun tidak layak menjadi Perdana Menteri. Begitulah juga Timbalan, Naib-Naib atau ahli Majlis Tertinggi yang lain, usahlah berharap menjadi Menteri, Menteri Besar atau Timbalan Menteri. Ketua-Ketua Bahagian pula hanya layak jadi pembangkang sahaja seperti di Perak, Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan sekarang.

Difahamkan antara bahagian yang bergolak serius kini ialah Larut, Tanah Merah, Pengkalan Chepa, Ampang, Tenom dan beberapa yang lain hingga menyebabkan bahagian-bahagian berkenaan dijangka akan bermesyuarat selepas 9 November ini. Antara kes menarik ialah Larut apabila pencalonan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hamzah Zainuddin untuk bertanding merebut jawatan ketua Umno Bahagian Larut ditolak, semalam, selepas didapati melanggar peraturan keahlian yang ditetapkan parti.

Ketua Umno Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, berkata bahagian itu dalam mesyuarat khas semalam, sebulat suara menolak pencalonan Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut dan bekas Ketua Umno Bahagian Ipoh Barat. ‘‘Alasan kukuh penolakan Hamzah ialah dia baru bertukar keahlian pada 3 April lalu sedangkan mengikut pekeliling, mereka yang menjadi ahli dan membayar yuran sebelum 31 Disember 2007 sahaja layak bermesyuarat.

Ekoran masalah tersebut, mesyuarat UMNO Larut yang sepatutnya diadakan pada 9 November terpaksa ditangguhkan sehingga masalah itu diselesaikan oleh Majlis Tertinggi (MT) parti.
Mengikut surat pekeliling dikeluarkan ibu pejabat Umno negeri, seseorang hanya layak menghadiri mesyuarat cawangan atau bahagian serta bertanding jika mereka mendaftar sebagai ahli mana-mana cawangan Umno sebelum 31 Disember 2007. Pada mesyuarat Umno Bahagian Larut kali ini, Raja Ahmad menghadapi saingan Timbalannya, Datuk Mohamad Daud Mohd Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selama dan Hamzah yang tidak mempertahankan jawatan Ketua Bahagian Ipoh Barat pada mesyuarat bahagian itu, 19 Oktober lalu.

Pada mesyuarat cawangan Umno Bahagian Larut yang berlangsung pada 17 Julai hingga 24 Ogos lalu, Raja Ahmad mendapat 28 pencalonan, Daud (33) dan Hamzah (22) untuk melayakkan mereka bertanding merebut jawatan ketua bahagian itu. Raja Ahmad berkata, pihaknya sebelum ini ada membangkitkan perkara keahlian Hamzah pada mesyuarat badan perhubungan Umno negeri sebanyak dua kali termasuk yang dihadiri Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di sini, 21 September lalu.

"Pada mesyuarat itu, Hamzah memaklumkan beliau tidak berhasrat bertanding jawatan ketua bahagian Larut kepada Pak Lah, Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali dan turut dihadiri Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor," katanya.

Beliau berkata, pihaknya sebelum ini, sudah bertolak ansur untuk menerima Hamzah bertanding di Parlimen Larut pada pilihan raya umum lalu. Dalam kes Bahagian Tanah Merah pula dikatakan calon Ketua Bahagian iaitu bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tanah Merah, Ikmal Hisham Abdul Aziz yang dikatakan menang tanpa bertanding jawatan ketua bahagian tersebut selepas tiga lagi pencabarnya tidak mendapat pencalonan yang mencukupi, tidak sah.

Pada mesyuarat cawangan yang berakhir 11 Oktober lalu, Ikmal dilaporkan mendapat sebanyak 91 pencalonan manakala tiga lagi pencabarnya iaitu pemangku ketua UMNO bahagian tersebut, Nik Kemaruzaman Sulong memperoleh lapan pencalonan; ahli jawatankuasa bahagian, Rosli Kadir (enam) dan ketua penerangan bahagian, Datuk Supardi Md. Noor (dua).


Cawangan UMNO bahagian Tanah Merah merupakan yang terakhir mengadakan mesyuarat selepas ibu pejabat parti mengarahkan Badan Perhubungan UMNO Kelantan mengambil alih pengendalian kesemua 115 mesyuarat cawangan bahagian itu.
Hasil pemantauan yang dibuat hanya 108 cawangan sahaja yang layak bermesyuarat.

Beberapa pemimpin UMNO Bahagian termasuk Nik Kemaruzaman mempertikaikan kesahihan Ikmal untuk bertanding kerana masalah pembayaran yuran cawangan yang beliau wakili. Difahamkan, selepas tidak berpuashati dengan penggendalian isu ini oleh Ibu Pejabat UMNO, pihaknya akan membawa kes ini ke mahkamah dan satu sidang media akan diadakan dalam masa sehari dua ini. Sekali lagi “Tolong Tok (Datuk Seri Najib), masalah sesetengah bahagian amat berkecamuk”!