Maaf, Kijang tertidur lebih sebulan. Tepi sebatang pokok yang tidak jauh dari sebidang bendang. Nasib baik tak dingap oleh harimau atau pemburu.
Dahlah nyanyak, mimpi macam-macam pula!
Mimpi Permatang Pauh kalah, Kuala Terengganu menang tapi Perak tak timbul pula sebarang cerite.
Ada orang bisikkan dalam mimpi Kijang kononnya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kalah 3-0. Maksudnya, kalah pilihan raya kecil di Permatang Pauh, kalah di Kuala Terengganu dan masuknya Datuk Nasaruddin Hashim ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Tetapi selepas tersedar Kijang dapati realitinya tidak sama dengan mimpi.
Najib memang kalah di Permatang Pauh, tidak pasti sama ada kalah di Kuala Terengganu kerana beliau bukan pengarah pilihan raya di Kuala Terengganu sementara Nasaruddin pula kembali ke UMNO.
Yang ini lagi berat. Bukan sekadar dia seorang sahaja kembali kepada UMNO.
Tiga lagi ‘rakannya’ iaitu dua daripada PKR dan seorang daripada DAP turut menyeberang.
Najib sebagai Pengerusi BN Perak dan Pengerusi Perhubungan UMNO Perak bukan sekadar membalas ‘gol’ dijaringkan tetapi juga membolosi gol lawan sebanyak ‘tiga’ lagi menyebabkan Pakatan Rakyat tumbang.
Hakikatnya kedudukan Najib kini ialah satu kalah, satu menang dan satu lagi tiada keputusan rasmi. Jadi bagi Kijang, kedudukannya kembali normal seperti asal.
Dengan kedudukannya akan mengambil alih tampuk pemerintahan Mac depan, moral Najib memang tinggi.
Siapa kata Najib berdepan dengan krisis kepimpinan kalau sedemikian?
Bagi Kijang, kalau nak mengukur prestasi, Najib memang dalam keadaan yang memberangsangkan.
Kalahnya BN di Terengganu, bukan kerana Najib.
Kijang setuju dengan Rakyat Malaysia (hambali1.blogspot.com) yang mengatakan memang pilihan raya Kuala Terengganu paling ‘huruhara’ dari segi organisasi BN.
Bukan salah Najib. Soal calon? Najib setuju saja dengan pilihan Kuala Terengganu. Najib pengarah pilihan raya? BUKAN. Menteri Besar Terengganu pengarah pilihan raya kecil Kuala Terengganu? BUKAN.
Jadi jangan salahkan Najib. Najib sudah melakukan segala-galanya.
Kijang mahu lihat Najib terus mencapai kejayaan.
Biarlah orang Perak memijak gambarnya, biarlah orang India baling botol ketika pilihan raya kecil di Permatang Pauh. Itu budaya mereka!
Bagi Kijang, memang Najib ada class dan Najib tahan diuji!
No comments:
Post a Comment