Kalau dah bersimpati dengan DAP, apa nak dibuatkan.
Memang inilah sikap ketua pengarang akhbar The Star ini. Dia sanggup memnbelakangkan majikannya kerana dia memang chauvinistic.
Kerajaan dan MCA perlu melihat kedudukan orang ini. Dia memang membahayakan Barisan Nasional.
Buat apa disimpan lagi!
THE STAR BERITAHU DAP DIBERI AMARAN PRESIDEN MCA KOPITIAM TALK (Malaysia Aktif, 8 Februari 2009)
Keruntuhan kerajaan PR Perak oleh pancak silat licin dan pantas Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dengan tendangan tepat ke muka Anwar Ibrahim, Penasihat Parti Keadilan Rakyat, tidak sahaja meningkatkan kepercayaan rakyat di seluruh negara terhadap kewibawaan Najib yang akan mengambilalih pucuk pimpinan negara pada Mac depan, tetapi juga menyerlahkan keupayaan kepimpinan baru MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiat.
Pembelotan seorang ADUN DAP untuk menyokong BN adalah satu tangkapan besar oleh MCA yang menaikkan semula imejnya selepas runtuh dalam pilihan raya umum 2008
Keruntuhan lebih disebabkan permainan media yang dikuasai oleh MCA sendiri yang memberikan banyak ruang kepada DAP untuk memperlekeh dasar kerajaan terutama dasar keistimewaan Melayu dan sensitiviti agama. MCA yang terikat dengan kontrak sosial dan tidak dapat berbuat apa-apa dalam keadaan itu telah kelihatan lemah di kalangan masyarakat Cina.
The Star juga membantu mempopularkan blog yang mempromosikan isu-isu yang bersifat perkauman dengan sering kali memetik dari blog berkenaan dan membuat susulan berita daripadanya termasuk buku 13 Mei yang ditulis oleh seorang anggota DAP yang pernah menjadi pensyarah di Universiti Singapura.
Khabarnya Presdien MCA telah pun memanggil semua pengarang akhbar Cina yang ada kaitan dengannya dan dan juga akhbar The Star untuk mengingatkan mereka supaya menentukan jelas dalam pendirian mereka sama ada untuk "bersama dengan MCA atau bersama dengan musuh."
Peristiwa 6 Febuari 2009 telah sedikit sebanyak memulihkan imej dan keyakinan MCA kerana DAP yang dilihat oleh masyarakat Cina sebagai mara ke hadapan sejak pilihan raya lalu telah kelihatan menerima tamparan yang menjejaskan maruah dan semangat mereka. Kesan baru ini diakui sendiri oleh Pengerusi DAP Karpal Singh dalam sidang akhbarnya untuk memberitahu tindakan yang akan diambilnya terhadap Sultan Perak kerana menyebabkan kejatuhan kerajaan PR.
Bukanlah mudah bagi pemimpin DAP yang terbentuk kesetiaan mereka kepada parti menerusi sistem perkaderan untuk menyeleweng, tetapi inilah yang telah berjaya dilakukan oleh MCA menerusi Presiden barunyanya Ong Tee Kiat yang sekaligus meningkatkan moral MCA .
Penasihat DAP, Lim Kit Siang sendiri yang dianggap sebagai " Chinese God" oleh pelampau Cina dan yang sedang berada dalam keyakinan yang tinggi terhadap kemaraan Malaysian Malaysia tentunya tidak menduga akan berlaku pengkhianatan dalam DAP yang sedang menguasai dua negeri.
Kit Siang dan Syed Husin Ali bekas Ketua Parti Rakyat menyertai Pakatan Rakyat lebih kepada keyakinan Anwar Ibrahim sebagai "seniman jalanan" yang berkesan untuk menghapuskan BN dan bukan kerana keyakinan kepada Anwar sebagai "role model" kepimpinan negara. Maka itu untuk "langkah sementara" bagi mencapai matlamat, mereka sanggup terlihat mengorbankan prinsip-prinsip moral lebih dahulu.
Kenyataan Penegerusi DAP Karpal Singh hendak menyaman Sultan Perak yang disanggah oleh Anwar dan juga bekas Menteri Perak sendiri Mohammad Nizar Jamaluddin tidak dapat lagi menudung keretakan nilai dalam prinsip kepartian. Bunga keretakan mulai berkembang.
Dalam keadaan ini, tentunya MCA akan mendapat keuntungan politik yang amat diperlukan untuk pemulihan imejnya.
Sekalipun pendekatan Tee Kiat selepas pilihan raya 2008, nampak seperti mahu turut menyanyikan lagu perkauman pembangkang dan melupakan asas hidup bersama UMNO yang diletakan oleh mendiang Tun Tan Siew Sin, tetapi nampaknya setelah menguasai MCA beliau lebih menumpukan kepada usaha membersihkan integriti dan moral MCA dan merapatkan semula barisan parti .
Tee Kiat telah menunjukan kepimpinan yang tegas, berjaya mengenepikan pemimpin MCA yang tidak bermoral, menambah sokongan golongan muda dan mengembalikan rakan-rakan berwibawa yang menjauhi diri daripada MCA. Kepimpinannya telah mulai dihormati dan disegani dan dan digeruni oleh kawan dan lawan.
Dalam kata-kata lain, kempimpinan Tee Kiat telah menampakan keberkesanannya tetapi keberkesanan ini tidak akan berpanjangan jika beliau tidak dapat mengawal dan mempastikan apparatus terpenting iaitu media terutamannya akhbar yang ada kaitan dengan MCA terus berada bersama dengannya di jalan yang di kehendaki oleh parti dengan penghayatan mendalam mendarah daging dengan dasar, semangat dan jatidiri MCA.
Keyakinan sesetengah ketua pengarang akhbar MCA untk memakai baju pembangkang bagi menarik sokongan masyarakat Cina ternyata telah gagal sebaliknya menikam diri sendiri. Kata-kata bekas Presiden Bush dalam meminta sokongan rakyat menentang musuh dalam keadaan terancam mestilah digunakan oleh Presiden MCA terhadap para pengarang supaya menetapkan pendirian "You are either with us or against us in the fight against terror."
Jentera MCA atau Kee Tiat sendiri dapat mengkaji semula sikap akhbar sejak lama sebelum pilihan raya lalu di bawah dasar kebebasan dan ketelusan yang diberikan oleh Abdullah Badawi.
Akhbar-akhbar MCA telah mengelirukan pandangan masyarakat Cina terhadap UMNO dalam pelbagai isu sehingga UMNO terlihat sebagai parti perkauman.
Akhbar The Star adalah paling ke hadapan dalam soal ini dan telah memberikan kesan yang sangat besar. Akhbar Cina yang hanya dibaca oleh masyarakat Cina tidak begitu berpengaruh kepada pemikiran masyarkat aliran perdana dan "the elite power. "
Pendekatan Star di bawah pimpinan Datuk Seri Wong Chun Wai yang berjinak dan bermuka-muka dengan DAP dalam memperjuangkan isu orang Cina mengikut aliran DAP telah memperlihatkan seolah-olah MCA parti yang lemah yang tidak tidak dapat berbuat apa-apa selama ini kepada masyarkat Cina.
MCA telah biasa dengan keris dari sejak mengenali UMNO, tetapi Star telah berjaya memprovok isu ini sehingga masyarakat Cina melihat UMNO terlihat sebagai parti yang antiCina, tidak adil dan menggerunkan. UMNO dilihat sebagai begitu dominan dan MCA hanya sebagai parti yang menurut perintah.
Banyak lagi bukti yang boleh dikemukakan untuk menunjujkan Star telah menjatuhkan moral MCA dan telah menyebabkan MCA ditolak oleh masyarakat Cina dalam pilihan raya umum 2008.
Sebelum pilihan raya lalu, Star adalah musuh dalam selimut MCA yang bergerak dengan licin, yang berundur setapak apabila terhalang tetapi maju 100 tapak apabila peluang terbuka. Selepas pilihan raya, akhbar ini dengan cara yang halus terus menunjukkan sokongan kepada kerajaan DAP Pulau Pinang dan memburukkan kerajaan yang lalu.
Adalah sangat tidak wajar bagi seorang ketua pengarang akhbar MCA untuk memberitahu pihak DAP bahawa beliau telah dipanggil oleh Presiden MCA Ong Tee Kiat untuk menerima amaran supaya akhbarnya tidak lagi memberikan kebebasan kepada DAP seperti yang diberikan sebelum ini.
Presiden MCA tidak boleh menyimpan orang menggunting dalam lipatan. Akhbar yang meyokong MCA atau BN tidak boleh berpura-pura untuk meyakinkan pembangkang terhadap pendirian bebas mereka. Apapun wajah yang cuba ditunjukan oleh akhbar-akhbar MCA , UMNO atau MIC tidak akan meyakinkan orang ramai atau pembangkang bahawa mereka bebas, sebalinya mereka adalah wajah UMNO,MCA dan MIC.
Contoh yang baik dalam hal ini ialah kerajan PAP Singapura yang sekalipun berjaya menjadikan Singapura negara maju dan rakyatnya bertaraf kelas dunia, tetapi tetap menggunakan dasar dunia ketiga dalam dasar kebebasan dan demokrasinya terutama dasar kawalan media. Ini adalah kerana dasar ini telah teruji tidak sahaja dalam melahirkan masyarakat maju dan makmur tetapi berdisplin, setia dan berpadu untuk mengabadikan kestabilan dan kesejahteraan negara.
Jika MCA dan UMNO mahu mengembalikan kekuatan parti dan pengaruh mereka, maka orang yang benar-benar yakin, faham dan mempunyai penghayatan yang mendarah daging terhadap ideologi perjuangan nasionalisme dalam konsep Perikatan dan Barisan Nasional mestilah menerajui media arus perdana di negara ini. Ini akan dilakukan oleh Pakatan Pembangkang jika mereka berkuasa.
Saya percaya Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Ong Kee Tiat boleh berganding bahu dalam pendekatan ini dan melangkah dengan bijaksana untuk mencapai matlamat bersama.
MUNSYI ABDULLAH
malaysiaaktif.com
No comments:
Post a Comment