
Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kelantan, Wan Adnan Wan Ibrahim berkata mereka dipilih daripada senarai pendaftaran e-Kasih, dengan syarat tidak mempunyai rumah dan tanah kediaman sendiri.
Nelayan-nelayan di Tumpat, Kota Baharu, Bachok dan Pasir Puteh yang masih tidak mendaftar dengan e-Kasih boleh membuat pendaftaran mulai sekarang," katanya semalam.
Katanya bagi mereka yang tidak mempunyai bot dan peralatan menangkap ikan akan dipertimbangkan untuk mendapatkan bantuan daripada keraja

Wan Adnan berkata isteri para peserta akan diberi peluang bekerja dengan menceburkan diri dalam projek-projek industri kecil dan sederhana (IKS) seperti projek fertigasi tanaman lada bagi menambah pendapatan keluarga.
Wan Adnan berkata Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meluluskan peruntukan sebanyak RM30 juta bagi melaksanakan projek berkenaan yang bermula awal tahun lepas dan dijangka siap sebelum Ogos tahun ini.
No comments:
Post a Comment