Isu kenaikan
elaun dan gaji wakil rakyat Kelantan semakin ‘panas’ kerana kenyataan Datuk
Husam Musa diulas oleh tiga pemimpin PAS, termasuk Naib Presiden PAS, Datuk
Idris Ahmad.
Dua ulasan
oleh pemimpin PAS iaitu Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik
Abdul Aziz dan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah mempertahankan
kenaikan elaun dan gaji wakil rakyat di Kelantan.
MohdAmar berkata tidak wujud sebarang paksaan atau ugutan sebagaimana yang didakwa
di sebalik kenaikan elaun wakil rakyat yang diluluskan sidang Dewan Undangan
Negeri Kelantan, 2 November (Isnin lalu).
Menurutnya, dakwaan yang dinyatakan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor itu tidak benar, malah semua wakil rakyat yang
hadir tidak menolak cadangan kenaikan tersebut.
“Tidak ada pun, dakwaan itu serius , tidak ada paksaan untuk
bersetuju. Kalau tidak mahu, tulis surat kepada kerajaan, tidak masalah, bagi
pada rakyat dan sebagainya,” katanya.
Mohd Amar berpendapat, tidak sesuai dengan masa sekarang hanyalah
pandangan peribadi bekas exco kerajaan negeri itu dan perkara tersebut
sebenarnya telah dibincangkan sejak zaman keberadaan arwah Tok Guru Nik Aziz
lagi.
NikAbduh turut mempertahankan tindakan kerajaan negeri Kelantan menaikan elaun
ADUN, Exco, Timbalan, Menteri Besar dan Speaker Kelantan yang berkuat kuasa
Januari tahun hadapan.
Menerusi posting di laman Facebook miliknya, Nik Abduh yang juga
Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, semua kenaikan gaji yang diluluskan di
Parlimen dan dewan-dewan negeri adalah betul.
"Yang tak betul ialah gaji tak naik-naik. Hanya kerajaan
gila sahaja naikkan gaji sesama mereka tanpa naikkan gaji kakitangan awam,'
tulisnya.
Pertentangan
pendapat antara Husam dan Idris pula berlaku apabila ADUN Salor itu menolak
logik Idris yang mempertahankan kenaikan elaun wakil rakyat Kelantan.
Husam
terus bersikap sinis dengan berkata beliau tidak sangka Idris seorang yang
“melucukan dan sangat pro kenaikan gaji wakil rakyat”.
“Dasar
kesederhanaan pemimpin yang dianjurkan oleh PAS nampaknya dah sirna belum
sepenggal bergelar YB.
“Gaji
wakil rakyat besar, senanglah rakyat - itu logik YB Bukit Gantang (Idris). Ya
kah begitu?
Bila gaji
sudah naik, pintunya akan terbuka?” soal Husam, seorang naib presiden PAS
sebelum Idris.
SinarOnline semalam
melaporkan Idris sebagai berkata kerajaan Kelantan sudah mengambil kira pelbagai
faktor sebelum menaikkan elaun ADUN, exco, timbalan, menteri besar dan speaker
yang berkuat kuasa Januari depan.
Beliau
berkata wang yang diperoleh itu akan turut berakhir di tangan rakyat, antaranya
melalui bantuan kepada golongan susah.
Ulasan
oleh Teganuku mengenai isu ini juga menarik. Dengan tajuk ‘Jangan susah hati
Husam…kenaikan gaji selepas semua pertimbangan’ menyebut, bukan Kelantan sahaja
gaji wakil rakyat naik.
Jiran sebelah, Terengganu dan Pahang pun
mengalami kenaikan juga, malah lebih besar!
Di Pahang,
gaji ADUN naik 167 peratus.
Pada 29
Mei lalu, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ni meluluskan kenaikan gaji 42
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada RM4,112 kepada RM11,000 sebulan,
berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Kenaikan
itu juga membabitkan gaji Speaker DUN daripada RM6,109 kepada RM14,000 sebulan
dan Timbalannya (RM2,662 kepada RM7,000 sebulan).
Sementara
itu, gaji Menteri Besar pula dinaikkan kira-kira 110 peratus daripada RM14,175
kepada RM30,000 sebulan manakala Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (RM6,109
kepada RM14,000 sebulan) dan gaji Setiausaha Politik Menteri Besar (RM3,993
kepada RM9,000 sebulan).
Gaji
Menteri Besar Kelantan yang diluluskan oleh sidang DUN Kelantan pada 2 November
itu bukan besar pun berbanding gaji Menteri Besar Pahang dan Terengganu.
Elaun
menteri besar Kelantan naik daripada RM12,800 kepada RM15,000 sebulan tetapi di
Terengganu, enakmen yang diluluskan oleh persidangan DUN Terengganu pada 8
September lalu ialah Menteri Besar kini menerima gaji RM30,000 sebulan
berbanding RM14,000 sebelum itu.
Yang
Dipertua Dewan dan Exco Terengganu menerima gaji RM14,000 sebulan berbanding RM6,100 sebelum ini.
Kesemua 32 ADUN kini menerima gaji RM11,000 sebulan berbanding RM4,112
sebelum ini.
Dalam
kenyataannya di Facebook hari ini, Husam, anak didik ikon perjuangan PAS
allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, berhujah isu kenaikan gaji sebenarnya masih
boleh disemak selepas ini kerana pada Mac depan DUN Kelantan akan bersidang
lagi.
Ketika
itu, katanya, sebahagian besar isu yang dibangkitkannya mungkin telah
diselesaikan.
“Lima
bulan sahaja untuk bersabar berbanding sudah sepuluh bulan lebih rakyat dilanda
bah menunggu. Itulah
pengorbanan, kalau pun hendak dikira sebagai berkorban. Dengan itu, imej
pejuang Islam di mata rakyat tidak rosak,” katanya.
Beliau
mengingatkan bahawa PAS mengajar untuk mengutamakan kewajipan kepada rakyat
terlebih dahulu.
Bagi Husam,
beliau membangkitkan isu kenaikan itu
ketika banyak lagi perkara belum selesai.
Husam
antaranya membangkitkan soal banyak lagi rumah yang dihanyutkan banjir besar
tahun lalu belum terbina, selain beberapa bayaran tertunggak kerajaan negeri.
“Tunggakan
guru YIK (Yayasan Islam Kelantan) belum berbayar sejak 16 bulan. Bayaran
pencarum kifalah juga tertunggak. Peserta Ladang Rakyat belum menerima
dividen,” kata bekas exco ekonomi negeri itu.
Malah,
soalan menarik untuk Husam yang belum dijawab oleh beliau seperti yang disebut
oleh Teganukini ialah: “Kita tunggulah, sama ada Husam akan tolak kenaikan itu atau
'enjoy' dengan kenaikan yang tidaklah setara dengan kenaikan ADUN di Terengganu
dan Pahang.”
No comments:
Post a Comment