"Diharapkan perkhidmatan air yang lebih mampan ini mampu dimanfaatkan oleh 1.6 juta pengguna dan industri di Kelantan...Apakah kejayaan perundingan ini akan turut menguntungkan PAS?"
Apa komitmen sebenar Kerajaan PAS Kelantan dalam menjamin air
bersih dibekalkan kepada rakyat Kelantan selepas Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air Negeri Kelantan yang berjaya dimeteraikan?
Apakah peruntukan baru tidak seperti peruntukan sebanyak RM600 juta pada 2001
akan ‘lesap’ begitu sahaja?
Soalan lain ialah Kerajaan Pusat turut menambah
peruntukan tambahan selain RM600 juta tetapi kenapa Kerajaan Kelantan ‘tidak
uar-uarkan’ kepada rakyat Kelantan.
Apakah pembohongan itu terpaksa dilakukan demi sokongan politik?
Apakah permainan politik seperti ini akan berterusan
hanya kerana mahu menyalahkan Putrajaya dalam isu bekalan air bersih ini?
Apakah Kerajaan Kelantan akan terus menjadikan ‘senjata
air’ untuk menjamin kuasa politik berterusan dipenang oleh PAS di Kelantan?
Jika demikian, apa untungnya Barisan Nasional dan UMNO
membantu PAS?
Atau apakah ini menggambarkan bahawa PAS dan UMNO
Kelantan kini boleh duduk semeja dalam isu membabitkan kepentingan rakyat?
Namun bagaimana dengan perlawanan politik, apakah akan
berterusan?
Kelmarin Kerajaan Kelantan mengucapkan terima kasih
kepada kerajaan Persekutuan selepas memuktamadkan Penstrukturan Semula Industri
Perkhidmatan Bekalan Air Negeri Kelantan setelah permohonan dibuat pada 2008.
Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata dengan
termeterainya perjanjian itu, peruntukan kewangan bagi Program Pembangunan
Bekalan Air di masa hadapan akan lebih terjamin, serta komitmen daripada
kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri akan lebih kukuh dalam menjamin
perkhidmatan bekalan air ditingkatkan dalam masa terdekat.
“Peruntukan kewangan ini diperlukan demi untuk
merealisasikan Rancangan Pembangunan Hiliran Bekalan Air Negeri Kelantan yang
sekian lama dipohon daripada Kerajaan Persekutuan oleh Air Kelantan Sdn Bhd
(AKSB) melalui Kerajaan Kelantan.
“Walaupun peruntukan disalurkan dalam 3 Rancangan
Malaysia lalu, namun masih banyak lagi peruntukan kewangan yang diperlukan bagi
melestarikan perkhidmatan bekalan air Negeri Kelantan,” kata Ahmad dalam satu
kenyataan malam kelmarin.
Komitmen Putrajaya lebih kukuh dan terjamin?
Ternyata Putrajaya sudah memenuhi komitmennya membantu
Kerajaan Kelantan, khususnya rakyat negeri itu.
Dalam kenyataannya, Ahmad berkata pada 2001, kerajaan
negeri mendapat pinjaman sebanyak RM600 juta daripada kerajaan Persekutuan
untuk tempoh 15 tahun, namun keperluan sebenar untuk jangka masa tersebut adalah
sebanyak RM2 bilion.
Bermakna Kerajaan Kelantan kekurangan RM1,400 juta untuk
melaksanakan rancangan ini. Apakah itu untuk menunjukkan bahawa Putrajaya
sengaja menyekatnya?
Ahmad mendakwa sebelum itu, segala pembiayaan pembangunan
air di Kelantan oleh AKSB dibantu sepenuhnya oleh kerajaan negeri dan Kelantan yang sebenarnya memerlukan lebih RM5 bilion bagi membangunkan bekalan air “Lost
Development Years” bagi memenuhi permintaan pengguna yang meningkat tiga
peratus setiap tahun.
Ternyata, Kerajaan PAS tidak mahu ambil tanggungjawab di
atas kegagalan menyediakan air bersih dan dengan cara menyalahkan Putrajaya
atas kegagalan AKSB sebelum ini, Kerajaan PAS boleh MENYUCIKAN DOSA LAMANYA?
Persoalannya, jika perlu RM2 billion dari 2001, kenapa
mohon cuma RM600 juta?
Kita tidak tahu apa yang akan diratip oleh pemimpin PAS
selepas ini kerana Ahmad nampaknya terus bermain politik apabila menyebut
'Lost Development Years' 12 tahun diletakkan kesalahan kepada Putrajaya.
Tidak disebut bahawa Kerajaan Persekutuan ada mohon untuk
ambil alih perkhidmatan air Kelantan pada November 1992 untuk bantu rakyat
Kelantan.
Sebaliknya, pada 1995 Kerajaan PAS Kelantan serah kepada
Thames Water di mana cerita ‘buruk mengenai bagaimana ia ditandatangani’ tidak
perlu diulangi kerana membabitkan orang yang sudah meninggal dunia.
Write-off sahajalah!!!
Kelantan merupakan negeri kelapan melaksanakan
penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air seperti diperuntukkan di bawah
Akta 655 selepas Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Perlis
dan Perak.
Kita gembira kerana rundingan penstrukturan semula
industri perkhidmatan bekalan air negeri Kelantan antara kerajaan Persekutuan
dan kerajaan negeri Kelantan bermula sejak 2008 itu akhirnya berjaya selepas tanpa
sebarang penyelesaian dan kemelut itu menjejaskan industri perkhidmatan bekalan
air, khususnya berkaitan kualiti dan kuantiti air di negeri ini.
Kita hanya berharap kali ini apabila Kerajaan Persekutuan
dan Kelantan memuktamadkan Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan
Air Negeri Kelantan ia mampu dimanfaatkan oleh 1.6 juta pengguna dan industri
di negeri itu dengan perkhidmatan air yang lebih mampan.
Cumanya, apakah kejayaan perundingan ini selain
menguntungkan rakyat dan industri di Kelantan, akan turut menguntungkan PAS?
Sudah pasti pemimpin PAS akan menyebut ini kejayaan dan
kebijaksanaan besar mereka kerana berjaya memujuk pemimpin BN, termasuk
Pengerusi BN dan Ketua Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Mustapa Mohamed serta
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Di pihak BN dan UMNO pula apakah usaha ikhlas mereka ini
akan mendapat ‘laba politik’ sedangkan rakyat Kelantan sudah lama diajar bahawa
usaha seperti ini adalah tanggungjawab kerajaan BN.
Seruan bahawa ‘beri kain ambil’ masih kedengaran di
Kelantan dan apakah BN dan UMNO akan terus berputih mata dari segi mendapat
undi daripada rakyat Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang?
No comments:
Post a Comment