Pakatan Harapan (PH) Kelantan semalam dan kelmarin
menerima sindiran dan kata-kata pedas daripada dua pemimpin PAS negeri itu.
Ini berikutan kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah menamakan Husam sebagai Menteri Besar jika pakatan itu menang dalam PRU-14.
Kelmarin, PAS menyifatkan PH yang dikatakan diketuai DAP
tidak sesuai menggantikan Barisan Nasional (BN) untuk memerintah negara selagi
mereka tidak mengubah sikap.
Semalam pula Dewan Pemuda PAS Kelantan secara sinis
mengucapkan tahniah kepada bekas Naib Presiden parti itu, Datuk Husam Musa
kerana dipilih oleh ‘ketua’ Pakatan Harapan, DAP sebagai bakal Menteri Besar
negeri ini sekiranya gabungan pakatan pembangkang tersebut menang dalam Pilihan
Raya Umum Ke-14 nanti.
Bagaikan melepaskan geram kepada Husam, Ahli Jawatankuasa
Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, sikap sering
bersaing untuk menunjukkan kekuatan masing-masing dan tidak menghormati
parti-parti lain dalam gabungan telah menyukarkan hasrat tersebut.
Beliau berkata, perkara itu dibuktikan apabila DAP tanpa
menghiraukan sekutunya untuk menamakan Datuk Husam Musa sebagai Menteri Besar
Kelantan sekiranya mereka menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
“Itulah sikap sebenar DAP yang telah difahami oleh Pas
sejak sekian lama. Sebab itu kita berpisah dengan mereka kerana kita tahu DAP ini
apabila merasakan dia kuat, dia akan menguasai.
“Kalau DAP saling menghormati parti-parti lain, dia tidak
akan mudah untuk menentukan mana-mana parti yang layak menjadi Menteri Besar.
“Jadi, apa yang Pas kata sebelum ini telah terbukti
berlaku dalam PH. Sekarang PH dilihat sering bersaing untuk berada di depan,
bagi saya, kalau mereka terus dengan sikap ini, masih tidak sesuai untuk mereka
menggantikan BN,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Rumah Terbuka PAS
Kelantan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV Kota Bharu.
Dalam ceramah Pakatan Harapan di Dewan Perniagaan Cina di
Kota Bharu awal minggu ini, Penasihat
DAP, Lim Kit Siang telah menamakan Husam sebagai Menteri Besar jika pakatan itu
menang dalam PRU-14.
Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari pula
berkata, pengumuman oleh Kit Siang mengenai pemilihan Husam itu adalah satu
pengiktirafan dan penghormatan yang besar.
Beliau berkata, pemilihan Husam itu juga jelas
menunjukkan bahawa DAP mempunyai kuasa untuk menentukan siapa pemimpin di negeri
ini manakala parti lain seperti AMANAH dan PPBM hanya ‘pak turut’.
“Kami Pemuda Pas Kelantan merakamkan ucapan ‘tahniah’
kepada Husam kerana bakal dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan kerana bukan
mudah untuk mendapat pengiktirafan daripada pemimpin agung itu sekali gus
penghormatan daripada DAP.
“Jarang anak Melayu menerima pengiktirafan seperti ini,”
katanya ketika ditemui dalam majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Dewan
Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir DI Pasir Mas semalam.
Ahmad Fadhli berkata, agak mustahil untuk Husam menjadi
Menteri Besar di negeri ini kerana rakyat sudah membuat keputusan untuk menolak
pemimpin atau mana-mana pihak yang bersekutu dengan DAP.
Katanya, malah pengumuman Kit Siang itu bertambah sukar
untuk direalisasikan kerana Husam dikatakan ditolak oleh Istana Kelantan untuk
dilantik dalam kerajaan negeri sebelum ini.
“Bagi saya,
pengumuman yang dibuat oleh Kit Siang ini akan menoktahkan karier Husam dalam
politik Kelantan kerana rakyat negeri ini jelas menolak kepemimpinan DAP,”
katanya.
No comments:
Post a Comment