Rakyat Kelantan sudah cukup hujah untuk menjatuhkan PAS pada pilihan raya akan datang dan AMANAH hanyalah berusaha mengganti bagi meneruskan
pentadbiran Islam yang diasaskan oleh almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
dahulu.
Naib presiden AMANAH Datuk Husam Musa berkata demikian
ketika mengulas dakwaan kononnya beliau mendapat dana dari seorang Cina untuk
menjatuhkan PAS Kelantan.
"Seorang pengguna facebook yang menggunakan nama Wan
Zawawi W Ismail telah memfitnah saya dalam status yang dimuatkannya.
"Ini satu fitnah dan saya sedang menyiasat akaun sebenar pemilik fb ini walaupun ramai memberitahu akaun ini milik ketua eksekutif PKINK, Datuk Wan Zawawi." katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Wisma Tok Guru, Salor, semalam.
Menurut Husam, pelbagai tindakan yang dilakukan kerajaan PAS sekarang sudah cukup untuk ditolak rakyat dalam pilihan raya akan datang.
"Pengendalian pembangunan dibuat dengan cara merugikan rakyat dan begitu menyebelahi pihak pemaju.
"Di Lembah Sireh perjanjian untuk kemudahan rakyat dilupuskan begitu saja.
"Di Kampung Laut, rakyat tidak dirundingi dahulu sebelum tanah mereka diambil.
"Kini di Lembah Binjai pula kerajaan terang-terang menipu apabila memberitahu tuan-tuan tanah telah bersetuju tanah mereka diambil sedangkan sebenarnya mereka tidak pun diberitahu di peringkat awal," katanya.

Kerajaan juga katanya gagal merancang untuk menjaga
kebersihan dan alam sekitar.
"Pengurusan sampah begitu teruk dan keluhan orang
ramai tidak dipeduli malah diancam kononnya mereka yang mempersoalkan hal
sampah akan masuk neraka.
"Orang Asli dilayan dengan buruk semata-mata cuba
mempertahankan hutan sekitar mereka dan air sungai yang bersih untuk meneruskan
kehidupan.
"Pemerintahan yang jadikan rakyat musuh seperti ini
tentu akan jatuh dan jangan salahkan parti seperti AMANAH.
"Sebagai parti Islam AMANAH memikul tanggungjawab
untuk memastikan pentadbiran Islam berdsarkan al-Quran dan memihak kehendak
rakyat terus kekal di negeri ini selepas pilihan raya nanti," katanya.
(malaysiadateline.com)
No comments:
Post a Comment